berun Publish time 3-7-2014 12:53 PM

Mini klasik masih menjadi tarikan

PERTANDINGAN kereta Mini klasik hujung minggu lalu memeriahkan Pameran Permotoran dan Bot 2014, yang berlangsung di Giant Mall Kelana Jaya, Selangor dari 1 hingga 30 Jun.

Kira-kira 20 kereta Mini klasik menyertai cabaran 'Park-It-Right', berjaya menarik perhatian pengunjung yang datang ke pusat beli-belah tersebut.

Juara pertandingan dimenangi Bob@ Mustafa Husin, 68, dari Semenyih, Selangor. Manakala naib juara disandang Hemraj, sementara Mohd Shahrizad Mohamed Tahawin, 33, dari Gombak di tempat ketiga.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.293843.1403759672!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg


Pelbagai jenis kereta dan motosikal turut dipamerkan dengan promosi sepanjang aktiviti berlangsung.

Antara model baharu yang dipamerkan seperti Perodua MyVi baharu, Suzuki Swift, Subaru XV2.01, Kia Rio/ Cerato, Nissan Almera/ Livina, Mazda 3, Peugeot, Mitsubishi Attrage/ NSX dan Hyundai Sonata/i10.

Juga dipamerkan sepanjang bulan ini ialah model superbike daripada Kawasaki. Tarikan lain seperti kereta pikap, Mini klasik dan bot Cruiser Marine.

Promosi tahunan bagi pameran ini dikelolakan oleh Master Event dan Management Services yang disokong Explorer Marine Centre Sdn Bhd, Yoshi Classic Car Specialist, PM Mini Auto Service Centre, Sport Mini Owner Club dan Chai Ken Motor Club.

alidada Publish time 13-7-2014 05:57 PM

cantiknye...mini cooper

ana_w_houb Publish time 15-7-2014 06:12 AM

nak yg purple

wilhb81 Publish time 17-7-2014 09:51 AM

Yang biru muda tu cun :)

deanswify Publish time 22-7-2014 03:30 PM

cute sgt! Klu ada jual murah-murah buat 2nd car best ni.

penduduk_bumi Publish time 25-7-2014 02:42 PM

teringin nk miliki sebiji, sekali sekala bawak bini ng anak jalan2....

cut_the_crap Publish time 4-8-2014 01:19 PM

lawa nyer.. mesti mahal
Pages: [1]
View full version: Mini klasik masih menjadi tarikan


ADVERTISEMENT