nor_hh Publish time 13-6-2014 11:46 PM

yeay dah update..tq
nah bunge {:1_149:}

Leo_Gurlz Publish time 14-6-2014 11:01 PM

Best best. Update lagi tak sabar nak tahu sambungan

AisyDani13 Publish time 16-6-2014 09:15 AM

Comelnya Aryan & Farisya !!!
Kbai !!! heheheheh

sambung lg {:1_152:}{:1_152:}

babypurple Publish time 17-6-2014 09:31 AM

Ipo posted on 13-6-2014 08:10 PM static/image/common/back.gif
kbai tu trademark depa ke?

citer yang bagus

yer Ipo..tu trademark mereka..hihihi
thanks sudi membaca...karya awk pun best! {:thumbo

babypurple Publish time 17-6-2014 09:31 AM

nor_hh posted on 13-6-2014 11:46 PM static/image/common/back.gif
yeay dah update..tq
nah bunge

mekasih nor... :loveliness:

babypurple Publish time 17-6-2014 09:32 AM

Leo_Gurlz posted on 14-6-2014 11:01 PM static/image/common/back.gif
Best best. Update lagi tak sabar nak tahu sambungan

hari ni TT sambung yer...keadaan tak mengizinkan a few days ni..huhuhu

babypurple Publish time 17-6-2014 09:33 AM

AisyDani13 posted on 16-6-2014 09:15 AM static/image/common/back.gif
Comelnya Aryan & Farisya !!!
Kbai !!! heheheheh



kbai! hahaha..mcm comel jer :loveliness:

babypurple Publish time 17-6-2014 12:12 PM

*****************************5****************************

Sudah hampir seminggu Farisya tidak bertanya khabar Aryan. Masing-masing sibuk dengan kerja dan kehidupan sendiri. Sedang Farisya sibuk melayan Facebook, tiba-tiba mesej Aryan masuk.

"Awak, minggu ni buat apa?"
"Minggu ni ekk...rasanya minggu ni saya balik kampung, ada kendurilah. Kenapa?"
"Oh, yakah. Ingatkan nak ajak awak pergi stadium, Pahang lawan Felda kan minggu ni".
"Sorrylah, tak dapat teman awak. Tapi kalau saya pergi pun, saya tetap sokong Selangor sebab lawan dekat Stadium Shah Alam. Kahkahkahh!"
"Hish! Dia ni agak-agaklah. Tak habis-habis dengan Selangor dia tu. Tak apalah, orang ajak saja, kalau tak boleh join it's okey".
"Elehh, ayat nak sentaplah tu. Okey, esok malam kita pergi makan ya". Farisya cuba memujuk Aryan.
"Betul ni? Okey, awak belanja!".
Macam tulah Aryan. Kalau bab keluar memang paling berkobar tapi last-last dia juga yang bayar, bukannya Farisya. Gentleman sangat.

Esoknya mereka ke Seksyen 7. Saja Farisya bawa mamat ni rayau jauh sikit sebab hari tu bising si Aryan suruh Farisya membawanya pusing-pusing Shah Alam. Saja menggedik, bukannya Aryan tak tahu jalan-jalan area Shah Alam ni. Nak bermanjalah konon.

"Eh, ni dekat JPJ kan? Cepatnya sampai sini. Hari tu orang cari JPJ ni sampai sesat-sesat tak jumpa jalan. Awak ikut jalan mana tadi?"
"Laaaa...sesat! Buat malu sayalah awak ni sesat area Shah Alam ni. Ini jalan dalam, saya malas nak ikut Federal Highway tu, sesak."
"Manalah orang tahu jalan ni, awak tu bawa jalan-jalan waktu malam. Memang idok ler orang nak ingat jalan". Memang betul pun apa yang dikatakan Aryan tu. Mereka hanya dapat berjumpa waktu malam, selepas masing-masing pulang dari kerja. Itu pun cuma untuk 2 jam sahaja, sangat limited kerana Farisya perlu pulang sebelum jam 12 malam. Hah, dah macam Cinderella gitu. Haruslah anak dara tak boleh balik lewat malamkan. Sesampai di Seksyen 7, mereka melilau mencari kedai makan yang menarik. Kalau tiba bab makan ni, bila ditanya mahu makan apa, mesti masing-masing akan menjawab, "Tak kisah, mana-mana pun okey". Last-last bergaduh semata-mata sebab nak pilih kedai makan. Akhirnya Aryan memberi cadangan untuk makan Nasi Kukus tapi full house, so terpaksa ke pilihan akhir-Sup Utara favourite Farisya. Sedang menikmati makan malam mereka, tiba-tiba Aryan memulakan bicara.

"Awak selalu ke makan dekat sini?"
"Selalu jugalah sebab banyak sup boleh makan dekat sini. Dah jemulah makan nasi".
"Patutlah macam dah biasa saja".
"So, Sabtu ni macam mana? Pergi tengok bola dengan siapa?"
"Oh, Sabtu ni pergi dengan budak-budak tulah. Aizat semua turun sini stay rumah orang".
"Hah, okeylah tu dah ada geng. Saya nak balik kampung pun tak ada rasa serba salah. Hahaha". Ayat cover line, padahal Farisya sendiri yang akan terseksa menanggung rindu berjauhan nanti. Selesai makan, mereka pusing-pusing cuci mata layan warna-warni lampu di I-City. Terimbau kembali kenangan beberapa tahun yang lalu antara mereka berdua.

"Aduh, sakitnya!"
"B kenapa ni?"
"Kaki terseliuh. Orang terpijak batu tu". Adu Farisya kepada Aryan.
"Laaa..kenapa tak tukar sandal, yang pergi pakai wedges tinggi-tinggi buat apa?" Aryan mula membebel.
"Memanglah kena pakai wedges ni, kalau tak mesti macam berjalan dengan Menara KL".
"Hahahahaa! Itulah, masa kecil-kecil dulu tak nak bergayut. Tapi katek-katek macam inilah yang orang sayang". Pujuk Aryan lantas membantu Farisya untuk berjalan. Nasib baik tak teruk, kalau tak cancel niat hati mereka nak rayau-rayau dekat I-City ni. Itulah kali pertama Farisya keluar bersama-sama Aryan dan adik-adiknya. Walaupun baru berkenalan, tapi Farisya seperti sudah 'kamceng' dengan adik-adik Aryan. Ada sahaja perkara yang akan membuatkan Aryan kalah dalam perang mulut antara mereka.

"Awak! Dengar tak orang panggil ni?". Tersentak Farisya tatkala mendengar suara Aryan di sebelahnya. Berangan jauh rupanya Farisya. Kisah manis mereka dahulu disimpan kembali ke dalam kotak memorinya.
"Eh, awak tanya apa tadi? Maaflah, tak dengar".
"Saya tanya nak ikut jalan mana ni?"
"Oh, ikut jalan tadi sajalah, senang sikit".
"Awak berangan apa tadi sampai orang panggil pun tak dengar?"
"Mana ada berangan, saya penatlah sebab tu mamai". Ayat cover line Farisya, tak nak mengalah tu.
"Eh, bawa kereta nanti jangan nak speeding sangat. Bawa biasa-biasa, tak ada apa nak dikejarkan".
"Yalah, orang tahu".
"Kalau tahu takkan 20 minit dah sampai rumah? Sekarang pukul 10.30, orang tahu pukul 11 baru awak sampai rumah"
"Okey, thanks ya. Kbai!" Farisya memandu pulang dengan senyum yang tak pernah padam. Sedang memandu pun dia sempat berangan tapi masih dalam speed yang sama, tahu-tahu saja sudah sampai ke rumah. Lantas dia menghantar pesanan kepada Aryan, 'Saya dah selamat sampai rumah, 20 minit yaww!'.
'Eloklah tu, degil. Dah, pergi tidur. Kbai'. Tersenyum lagi Farisya membaca pesanan Aryan. Saja nak bakar line mamat sado tu. Tanpa mereka sedari, sudah genap 2 bulan mereka kembali rapat dan yang belum pasti, adakah bibit-bibit cinta musim bunga antara mereka akan kembali terjalin?...

Zamzam2013 Publish time 17-6-2014 01:01 PM

makin menarik plot cite ni...

-electrifying- Publish time 17-6-2014 03:49 PM

AisyDani13 posted on 13-6-2014 04:16 PM static/image/common/back.gif
thorbaik !!! tgh menanti sambungan TT

lol haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ;P

AisyDani13 Publish time 17-6-2014 04:18 PM

yeaaaa!!!!
besh!! sambung lg yaww!!!

{:1_152:}

babypurple Publish time 18-6-2014 08:57 AM

********************************6*********************************

"Hello, Assalamualaikum. Awak sibuk ke?", entah mengapa, laju saja jemari Aryan mendail nombor Farisya.
"Waalaikumussalam. Saya dalam tren ni. Ada apa awak call? Mimpi ek tak pernah-pernah call saya?" soal Farisya walaupun hatinya melonjak kegembiraan sebenarnya.
"Saja nak call, dah lama tak call awakkan. Apa khabar?"
"Khabar baik-baik saja. Dekat mana ni?"
"Baru balik kerja, dekat rumahlah. Hari ni orang OT. Penat, mesti best kalau ada yang sudi urutkan".
"Gediknya. Pergilah mana-mana rumah urut Bali dekat sana suruh dia orang urutkan. Apa ada hal".
"Amboi, daripada buang duit pergi sana, baiklah orang guna duit tu buat makan-makan. Tak berbaloi okey".
"Macam ada udang disebalik mee saja awak ni?" duga Farisya.
"Mana ada apa-apalah. Minggu ni free tak?"
"See, kan dah cakap mesti ada something ni. Minggu ni mak ajak balik kampung tapi tengoklah mood macam mana".
"Oh, I see. Jangan sampai orang kacau mood awak nanti".
"Motif? Nak kacau apanya?"
"Adeh, susahnya cakap dengan awak ni. Okeylah, orang ada kerja ni. Kbai". Talian diputuskan.
"Adoi, merajuk pula ke mamat tough ni. Gedik betullah. Hish!" omel Farisya sendirian. Semakin hari, semakin pelik Farisya rasakan perangai Aryan terhadapnya. "Dulu bukan main lagi cakap, 'Ini Aryanlah. Tak ada touching sentap mak nok.' Sekarang ni apa kalau bukan merajuk. Gedik sokmolah mamat ni, aku nak buat apa ni? Bukan jenis aku pandai memujuk ni, geli tahu!". Farisya kebingungan memikirkan tentang Aryan. Si mamat tough yang dikenalinya dulu, bukanlah seorang yang suka merajuk tapi Aryan yang sekarang sangat jauh beza. "Ah, lantak pi kat hanglah nak merajuk bagai. Tak kuaso den nak mujuk eh". Akhirnya, malam itu Farisya tertidur tanpa memikirkan tentang Aryan. Sedangkan si mamat tough yang kental konon tak sentap masih menantikan Farisya memujuknya. "Hish! Dia tak kisah pasal aku ke? Kenapa tak ada mesej or call pun? Eh, kejap! Aku merajuk minta dipujuk? Woi, Aryan! Sejak bila kau jadi mamat touching sentap mak nok ni? Aduh, stresslah gini. Takkan aku merajuk dengan dia kot? Atau, mungkinkah aku dah mula cintakannya, untuk kali kedua?....." Jawapannya hanya Aryan yang tahu. Malam itu dia terlelap sambil menantikan pujukan daripada Farisya. Kerana keegoan masing-masing, hati yang menanggung derita. Aryan dan Farisya, sama-sama keras kepala tetapi masing-masing tidak mahu mengaku. Adakah lagi rasa cinta antara mereka yang telah terkubur sejak 3 tahun lalu?...


"Salam. Good morning abang posmen. Sorry pasal semalam ek. Kerja elok-elok tau, hari nak hujan ni". Pesanan dihantar kepada Aryan.
"Awak, marah dekat saya ke? Sorrylah, saya tak pandai nak memujuk ni".
Beberapa jam kemudian...
"Ini Aryanlah, tak main merajuk, sentap hati mak nok. Buat apa nak sorry kalau tak ada buat salah. Jangan buat orang serba salah pula ya".
"Hidup lagi, ingatkan dah tak ada. Baguslah kalau tak sentap. Tak sesuai okey badan tough tapi hati ada taman. Kahkahkah!"
"Sudahlah, orang nak buat kerja ni. Kbai".
"Masih sentap lagi ke mamat ni? Adusss..."
Farisya masih tidak berputus asa. Dia terus menghantar pesanan kepada Aryan sepanjang hari itu.
"Awak, saya tak jadi balik kampung. Saya nak bagi awak something ni". Pujuk Farisya cuba memancing Aryan.
"Apa benda?" akhirnya mesej berbalas.
"Nanti saya send gambar ek. Saya dah terbeli dua helai tapi yang satu ni saya segan nak pakai. So, awak ambillah ek". Sebenarnya memang Farisya ingin memberikan hadiah itu buat Aryan kerana dia tahu Aryan memang suka barang yang RARE.
"Okey, nantilah bagi. Malam ni orang penatlah, baru balik kerja".
Wokey, tak ada hal punya. Selamat malam. Kbai".

Zamzam2013 Publish time 18-6-2014 11:43 AM

merajuklah plk... sama2 lah pujuk diri sendiri ya...

babypurple Publish time 18-6-2014 12:38 PM

Zamzam2013 posted on 18-6-2014 11:43 AM static/image/common/back.gif
merajuklah plk... sama2 lah pujuk diri sendiri ya...

merajuk manja gitu...hahhaa :P

babypurple Publish time 18-6-2014 12:41 PM

***************************************7***********************************

"Gumuk!! Tengok ni". Aryan menghantar pesanan buat Farisya pagi itu menggunakan panggilan yang dibenci oleh Farisya tapi digemari oleh Aryan.
"Apa gumuk-gumuk?!!Nasi apa ni? Hish! Pagi-pagi dah hantar gambar makanan".
"Gumuk yang comel. Inilah Nasi Arab tu. Hari tu orang nak pergi makan tapi kedainya dah tutup".
"Oh, yaka. Sedap ke dekat sini?"
"Tak tahulah sebab tu nak cuba. Steak cancel lah, nak yang ni. Bila nak belanja?".
"Adoii..dia ni nak makan ke melantak? Ke nak jamu saka ni?"
"Okeylah ni daripada pizza. NI single set, bukannya yang dalam talam punya."
"Eh, pizza lagi best apa, sedap. Kata nak pergi main Go Kart minggu ni?"
"Orang ada cakap ke? Minggu ni busylah. Lagipun tak confirmkan lagi dengan Aizat tu".
"Hari tu awak ada cakaplah. Busy kerja ke?"
"Siapa kerja?"
"Awaklah. Saya ingatkan awak kerja hari ni."
"Masa bila pula orang cakap ada kerja. Tak pernah pun lagi kerja hari Sabtulah."
"Hish! Manalah orang tahu awak tak kerja. Dah awak kata minggu ni awak busy".
"Bukan orang yang busylah, orang cakap budak-budak tu yang busy. Entah balik kampung ke, apa ke, mana orang tahu. Aduh, loadinglah dia ni".
"Eeeee..dah awak pun cakap macam tettttt pastu nak kata orang loading".
"Dah tu nak belanja ke tak ni? Orang dah call tadi booking untuk 2 orang. Kalau tak nak, orang nak cancel saja".
"Wah, advance! Nampak sangat tahap kebuluran tu. Kahkahkahh".
"Sudahlah, Bye!"
"Eh, Aryan kan tak touching, sentap mak nok. Takkan nak bye dah kot?"
"Bukanlah, tak sentap pun. Memang orang tengah lapar ni, jangan dibuat main-main".
"Yalah, jom pergi. Pukul berapa nak keluar ni?"
"Okey on. Orang nak iron baju kejap. Datanglah nanti". Seronok gila Aryan dapat keluar dengan Farisya setelah sekian lama tidak menghabiskan masa bersama-sama Farisya dengan dating yang sebenar-benarnya dating.

'Aduh, baju apa aku nak pakai ni? Dah lama tak keluar dating ni. Keluar malam-malam tu sempoi saja, ini dating woi! Aku nak pakai baju apa ni?!'
Habis almari bajunya dipunggah, akhirnya ketemu jua yang berkenan dihati. Farisya segera bersiap kerana tidak mahu mendengar bebelan mamat tough itu, nanti makin menjadi-jadi pula bebelannya. Sesampai saja di kawasan perumahan Aryan, dia sudah sedia menanti Farisya. 'Aduh, cair lagi hati aku tengok mamat ni. Come on Farisya, jangan mengalah okey. Be strong!'

"Sorry, tadi jalan sesak maklumlah waktu puncak ni. By the way, nah hadiah untuk awak".
"It's okey. Wah, terima kasih! Terharu pula rasa dapat hadiah ni. Wah, T-shirt RARE ekk! Cantik!"
"Weyh! Gediklah awak ni. Dah, jomlah cepat, nanti kalau lambat sesak pula jalan tu".
"Yalah jom. Awak tahu tak location kedai tu?"
"Laaa..manalah saya tahu. Awak yang sibuk sangat nak pergi, takkan awak tak tahu kot?"
"Orang tak ingat jalanlah sebab hari tu pergi malam lepas tu member yang bawa".
"Adehh, waze ada, google map pun ada. Apa ada hal. Hahaha! Nah, you drive!"
"My pleasure. Tapi awaklah jadi google map orang ya. Kahkahkah!". Akhirnya meletus ketawa Aryan tatkala melihat muncung sedepa Farisya. Sedang bibit-bibit cinta baru bercambah, tanpa mereka sedari, ada insan lain yang sedang menanti dan menagih cinta Farisya.

Zamzam2013 Publish time 18-6-2014 12:44 PM

wah.... ada peminat jgk si farisha ya...

lulubell Publish time 18-6-2014 03:24 PM

nak lagi..sambung ler citernye....hihi..nk tau saat bibit-bibit cinta nie..

babypurple Publish time 19-6-2014 10:46 AM

***********************************8*****************************************

"Awak, thanks untuk hari ni ek. Jadi driver dan juga ATM bergerak saya, belanja makan macam-macam".
"You're welcome. Ini gaji pertama orang, so bolehlah belanja. Next time belum tahu lagi. Kahkahkah!"
"Eleh, kedekut. Dahlah, saya nak balik, dah lewat ni".
"Okey, drive hati-hati. Sekarang ni pukul 10.50PM, orang tahu pukul 11.30PM awak sampai rumah. Jangan nak speeding sangat".
"Saya tahulah, kecoh! Hahahaa!" Tiba-tiba deringan telefon Farisya mematikan perbualan mereka.

"Hello, awak tengah buat apa?" Soal si pemanggil.
"Saya tengah drive ni, nantilah call balik ek". Jawab Farisya acuh tak acuh. Sebenarnya dia tak nak Aryan salah faham jika dia melayan si pemanggil tadi. Lantas talian dimatikan.
"Okeylah awak, saya balik dulu ya. Thanks and sorry. Kbai". Farisya melambai tangan kepada Aryan. Nampak akan kekeruhan pada wajah itu
"Yalah gumuk, Bye". Aryan seperti tidak puas menghabiskan masa bersama Farisya. Walaupun hakikatnya, seharian mereka bersama merayau dari Shah Alam ke Kuala Lumpur, masuk ke Setia City Mall, One Utama, semata-mata mahu berdua dengan Farisya. Segala kemahuan gadis itu dituruti, dan yang pasti, Aryan sanggup habis beratus ringgit buat Farisya jika berkaitan dengan bab makanan tapi kalau bab shopping kain baju, jangan harap dia nak melayan. Dia lebih suka Farisya habiskan duitnya untuk makanan daripada barangan yang tidak perlu. Biarlah si gumuknya cukup makan, badan comel daripada kurus melidi saja.

Sementara itu, Farisya yang sudah sampai di rumah segera menghantar mesej buat Aryan. "Awak, 20 minit! Saya dah sampai rumah. Kbai".
Tiba-tiba telefonnya berdering dan tertera nama seseorang yang sudah lama hilang dari hidupnya. 'Mimpi apa mamat ni call aku hari ni? Kacau daunlah'.
"Hello awak. Dah sampairumah ke?"
"Hello, ya saya dah sampai. Mimpi apa ni call saya. Rindu ke?" duga Farisya. Fariz. Lelaki yang hadir dulu dalam hidupnya sebelum Aryan. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam dunia ketenteraan. Tetapi, dek kerana sibuk mengejar cita-citanya, Fariz meninggalkan Farisya begitu saja. Sehinggalah hadirnya Aryan mengubat luka dihatinya. Tetapi, mengapa saat dirinya diulit kegembiraan bersama Aryan, Fariz harus hadir?
"Hello Eisya. Awak dengar tak ni?" terhenti lamunan Farisya apabila mendengar suara Fariz dihujung talian.
"Eh, awak tanya apa tadi? Sorrylah, saya tak dengar, line putus-putus tadi".
"Saya tanya, awak keluar ke mana tadi?"
"Oh, keluar jalan-jalan dengan member. Dah lama asyik memerap dekat rumah saja".
"Dengan member ke pakwe?"
"Hmmm..agak-agaknya? sengaja dia menduga Fariz.
"Never mind lah. Saya saja nak tanya khabar awak. Rindu nak dengar suara awak."
"Fariz, saya penatlah. Nak tidur ni".
"Okey, sorry mengganggu. Nanti saya call lagi ya. Take care, sweet dreams".
"Okey, selamat malam. Assalamualaikum!" Lantas talian diputuskan. 'Kenapa si Fariz ni? Dulu dia juga yang tinggalkan aku sebab sayang sangat dekat uniform dia tu. Sekarang sibuk nak kacau aku apa hal. Hish! Stress! Tidur lagi baik!'. Geram pula Farisya dengan si Fariz ni. Macam gila talak saja lakunya.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi telefon Farisya berbunyi menandakan ada mesej baru diterima.
-Mesej diterima > Fariz: Good morning Eisya. 143.
'LOL! Dah kenapa dengan mamat ni, mabuk ke? Pagi-pagi buta dok hantar mesej.' Dia membiarkan mesej itu tidak berbalas.
Farisya segera bersiap kerana dia sudah ada rancangan dengan adiknya hari ni. Apa yang pasti, rancangan baik punya! Tetapi, tanpa Farisya sedari, ada mata lain yang sentiasa memerhatikan kehidupannya.

"Weyhh, kita nak lepak mana lagi ni? Panas dowhh dekat sini. Bunga-bunga sukalah panas macam ni, makin berkembang mekar. Kita ni makin hangus terbakar pula". bebel Farisya setelah beberapa jam menghabiskan masa di Floria Putrajaya-event yang dia nanti-nantikan setiap tahun.
"Kita lepak The Mines lah Along. Boleh makan-makan, shopping, cuci mata".
"Hah, okey juga tu. Jomlah. Melekit dah aku ni". Mereka meneruskan perjalanan ke pusat beli-belah yang memang sentiasa sesak dengan orang ramai itu.

sedang Farisya sibuk membelek baju di mall itu, tiba-tiba namanya diseru. "Eisya!"
'Aik, siapa yang panggil aku ni? Takkan dekat sini pun ada orang yang kenal aku kot.'
"Hai! Lama tak jumpa. Makin comel saya tengok awak ni" tegur suara yang tidak asing bagi dirinya itu.
"Fariz! Awak buat apa dekat sini?"
"Saya memancing dekat sini. Hahahahaa! Inikan shopping mall, mestilah saya datang shopping dekat sini. Awak datang dengan siapa ni? Jauh merayau?". Fariz sebenarnya memang sudah menjangkakan kehadiran Farisya di mall itu kerana itu memang tempat favourite Farisya kalau sudah merayau sampai ke Putrajaya walaupun jauh dari rumahnya. Terima kasih kepada Facebook kerana dari situlah Fariz tahu ke mana Farisya pergi.
"Oh, sayadengan adik tadi. Dia pergi kedai sana tu cari barang".
"Yakah, ingatkan datang dengan pakwe tadi. So, how's your life?"
"My life? Macam yang awak nampak sekaranglah. Tiada apa yang berbeza."
"Single lagi ke?"
"Soalan yang tidak memerlukan jawapan saya rasa. By the way, awak kerja mana sekarang?"
"Okey, kalau tak nak jawab pun tak apa. Saya kerja dekat Kerteh sekarang. Tapi minggu ni cuti, next week baru balik sana semula".
"Oh, tak aktif lagi ke dengan uniform awak tu?"
"Tak lagi. Sibuk dengan kerjaya sekarang ni. Dan juga sibuk mencari permaisuri hati".
"Oh, baguslah tu. Nanti kenduri kahwin jangan lupa jemput ya."
"Inshaa Allah. Eisya, jom kita pergi minum, boleh borak panjang lagi".
"Sorrylah Fariz, saya nak cepat ni. Nak hantar adik balik U, lepas tu nak drive balik rumah pula".
"Oh, kalau macam tu tak apalah. Maybe next time. Saya minta diri dulu ya. Nanti jangan lupa mesej saya. Take care". Pertemuan yang singkat itu cukup membuatkan Fariz bahagia menatap wajah yang dirinduinya itu.
"Okey Fariz. Bye." segera Farisya meninggalkan jejaka hitam manis tinggi lampai itu. Jika hendak dibandingkan Fariz dengan Aryan, memang dua-dua sama kacak dan sama tinggi tapi apakan daya, hatinya hanya ada nama Aryan.

babypurple Publish time 19-6-2014 10:47 AM

lulubell posted on 18-6-2014 03:24 PM static/image/common/back.gif
nak lagi..sambung ler citernye....hihi..nk tau saat bibit-bibit cinta nie..

update sudah dear...dah nak habis pun cerita pendek ni..tungguuuuuu {:thumbo

lulubell Publish time 19-6-2014 11:04 AM

babypurple posted on 19-6-2014 10:47 AM static/image/common/back.gif
update sudah dear...dah nak habis pun cerita pendek ni..tungguuuuuu

yea...syok nyer citer nie babypurple......nk lagi2X....
Pages: 1 [2] 3
View full version: [CERPEN] CINTA KALI KEDUA ~TAMAT


ADVERTISEMENT