NaylaArisha Publish time 7-6-2014 04:18 PM

[Cerpen] Dia... Bidadari Terpilih Buatku. (Page 4)

Part 1 - Ku Pilih Dia... Kerana Kamu


Retak.. hatiku retak seribu tatkala dia meminta perpisahan. Bertahun hidup bersama dia, tapi perpisahan yang diminta. Sudah hilangkah cinta buat diriku? Ke manakah cinta itu dibawa angin berlalu. Aku bagai hilang arah mendengar bicaranya. Bagaimana nasib anak-anakku nanti? Siapa yang akan menjaga mereka? Bukankah dia sudah berjanji untuk membesarkan anak bersama-sama. Kini janji itu sudah di telan waktu. Si dia semakin jauh. Aku kah yang bersalah kerana mengabaikan dia? Aku kah yang silap membuat penilaian? Inikah balasan atas dosa masa silam ku?

“Ayah….”

“Ayah……”

“Ayah masih kenangkan ibu ke?”

“Tidak mungkin ayah boleh lupakan ibu kamu, Risa. Ibu kamu segalanya buat ayah.”

“Itu dulu ayah. 15 tahun yang lalu. Sekarang Risa dah besar ibu ke mana? Ibu kahwin dengan lelaki tu dia lupakan ayah.. dia lupakan anak-anak dia. Dia bukan ibu yang baik untuk kami.” Risa membentak.

“Risa, dia tetap ibu kamu. Ibu yang melahirkan kamu.” Dipujuk hati seorang anak yang kecewa. Risa berlalu pergi meninggalkan aku.

Aku faham jiwa remaja Risa memberontak kerana dahagakan kasih seorang ibu. Bukan aku melarang dan tidak sama sekali menghalang mereka daripada bertemu tapi anaknya itu yang sering menolak untuk bertemu dengan ibunya sendiri. Adakah aku yang tersilap mendidik? Akukah yang bersalah sehingga anak-anak membenci ibunya sendiri? Aku sendiri keliru dengan apa yang terjadi.

Anak-anak itu ditinggalkan ketika berusia 5 tahun dan 4tahun. Apalah yang mereka mengerti pada erti kehidupan orang dewasa. Tapi aku bersyukur mereka tidak pernah meninggalkan aku. Walaupun ibu mereka mengajak tinggal bersama, mereka tetap mahu bersama ku. Mungkin juga kerana aku yang masih sendiri demi melihat mereka membesar tanpa ada hasad dengki perempuan lain. Mungkin jugak aku terlalu terpengaruh pada mitos bawang putih bawang merah. Tapi itulah kebenarannya, demi mereka aku sanggup menduda walau naluri hati sentiasa inginkan perhatian dan belain seorang yang bergelar isteri.Cuma aku takut andai aku beristeri lagi mampukah aku menjadi ayah yang adil kepada anak-anakku.

Kadangkala aku takut memikirkan perasaan cemburu dalam diri seorang perempuan. Sedangkan ibu kandung pun cemburu pada anak inikan pula wanita asing yang tidak ada pertalian darah. Aku tidak mahu anak-anak ku terluka lagi. Kerana hanya mereka yang aku ada. Namun andai sudah tertulis jodohku, aku terima seadanya. Hanya ku mohon jagalah anak ku seperti menjaga anak kandung sendiri.
“Ayah… Reza nak mama.”

“Ayah…. Ibu jahat. Reza nak mama.”

Masih terngiang-ngiang tangisan Reza ketika kecil. Ibu sendiri di kata jahat malah mahukan mama. Bagaimana aku ingin memberinya mama kerana aku mahu dia membesar dalam pelukan ibu kandung sendiri. Tapi aku tersilap langkah, kehadiran Reza hanya menjadi bebanan buat si dia yang baru berkahwin dengan teman lelakinya. Reza di herdik di tengking seperti anak yang bukan lahir dari benihnya sendiri. Sehingga Reza lari dan kembali pada aku. Ya kerana itulah jugak aku masih sendiri. Aku tidak mahu memperjudikan nasib anak-anakku pada tangan wanita lain. Sedangkan ibu sendiri sanggup melukakan hati mereka inikan pulak wanita lain.

Anak itu sudah besar. Sekarang belajar di Universiti Sains Malaysia. Bercita-cita menjadi seorang doktor. Dia mahu mengikut jejak kakaknya Arissa yang juga seorang doktor. Sesungguhnya aku bersyukur tanpa dia, aku mampu membesar dan memberi pendidikan sempurna buat anak-anak ku.Sehingga mereka menjadi anak yang taat dan berjaya di masa depan. Aku berjaya buktikan kepada masyarakat kampung bahawa aku yang hanya berpendidikan sekolah menengah mampu mendidik anak-anak ku menjadi orang yang berjaya.
“Ayah ni mesti terkenang cerita lama lagi kan.” Risa menyentuh lembut bahu ayahnya.

“Ayah tak sangka anak-anak ayah dah besar.” Aku terharu melihat kedua-dua anakku berada di samping ku.

“Ayah, Reza dan kakak sentiasa bersama ayah.”

“Ayah, malam nanti kita makan kat luar ye. Risa nak bawa ayah jalan-jalan.” Aku tersentuh lagi. Entah kenapa jiwa lelakiku terlalu mudah tersentuh.

“Betul tu ayah. Asyik makan kak Risa masak jer tak berkembanglah Reza.” Hahahhah! Terlepas gelak besar dariku membuatkan wajah Arisa anak sulungku menjadi kelat.Begitulah Reza pantang dapat peluang suka mengusik kakaknya.

“Kakak… ayah dah lama sangat hidup sendiri. Adik kalau boleh nak ayah dapat peluang untuk beristeri lagi.”

“Bukan kakak tak kasihan kan ayah. Tapi ayah tu masih nak mengenang ibu yang dah tinggalkan dia bertahun-tahun.”

“Kakak rindu ibu?”

“Kakak tak ada perasaan tu adik. Kakak dah lupa bagaimana rupa ibu.”

Aku hanya mampu mendengar bicara mereka di sebalik pintu bilik. Siapa yang mampu lupakan kenangan lama. Walaupun aku lelaki tapi aku jugak lelaki yang setia pada seorang wanita sahaja. Ya aku masih menyintai dia walaupun aku tahu dia bahagia bersama insane lain. Aku lebih rela melihat dia bahagia walaupun aku terseksa di kejauhan.

“Ayah, pakai baju ni tau.” Arisa memberikan aku baju batik berwarna biru muda. Baru beli pada hematku kerana aku tidak punya baju seperti itu.

Aku menyambut huluran Arisa dengan senyuman. Aku gembira melihat Arisa yang tertawa riang. Apa salahnya aku turut meraikan kegembiraanya tika itu.

Arisa membawa aku dan Reza kesebuah restoran yang agak ekslusif.Tempat yang aku tidak mampu untuk masuk suatu ketika dahulu. Kata Arisa ada seseorang yang ingin diperkenalkan kepada kami. Aku hanya menurut langkah Arisa yang sentiasa memegang lenganku bagai takut aku melarikan diri sahaja. Akhirnya kami sampai ke meja yang di tuju. Ada seorang wanita di situ.

“Ayah kenalkan ini Doktor Zahraa.Doktor ni ayah saya Zailani.” Entah kenapa mataku bagaikan terlekat untuk terus menatap wajah di sebalik niqab yang menutup wajahnya. Mata itu sungguh menggoda diriku seketika.

Aku hanya memandang tanpa mampu berbicara. Rasa seluruh uratku tegang sehingga aku tidak berdaya untuk bersuara.Dan dia berbicara tanpa sepatah pun mampu tembus ke telinga ku. Malam itu berlalu dengan cepatnya. Aku terasa ingin terus memandang wajah di sebalik mata yang tajam memukau. Patutlah wajahnya disembunyikan disebalik niqab. Mungkin kerana takut kecantikkan nya membuai hati lelaki yang memandang.

Dalam kereta aku termenung. Termenung mengenang kembali detik pertemuan tadi. Walaupun aku tidak tahu adakah dia cantik ataupun cacat tapi mata itu terlalu memikat. Adakah aku jatuh cinta? Jatuh cinta di usia yang layak di panggil atuk? Jangan lah bermimpi Zailani. Aku tergelak sendiri mengenang tingkah ku yang bagai di awang-awangan.

Aku perasan, Arisa mengintai aku melalui cermin pandang belakang. Aku rasa, sedikit sebanyak, Arisa dapat menelah yang Dr. Zahraa berjaya membuatkan hatiku gundah. Tak sia-sia dia berusaha untuk menemukan aku dan Dr, Zahraa. Aku pura-pura memandang ke luar tingkap. Namun, dari ekor mata, aku dapat melihat Arisa menyiku Reza lalu ketawa. Aku senyum sendiri. Biarlah mereka. Pastinya mereka juga gembira apabila melihat percikan api asmara mula membadai hati ini.
“Aku terima nikahnya Zahraa Ayuni dengan mas kahwinya senaskah Al Quran.” Sah. Sah. Itulah sebutan yang aku dengar sebaik sahaja aku melafazkan akad. Sesunggunya aku tidak pernah terfikir untuk melafazkan akad itu untuk kali kedua.

Aku melihat dari kejauhan Arisa memeluk syukur selepas Zahraa sudah sah menjadi isteriku dan juga ibu kepada anak-anakku. Aku gembira kerana mereka lah yang memberi aku peluang untuk merasai nikmat alam rumah tangga untuk kali kedua. Terima kasih wahai anak.
Last edited by NaylaArisha on 24-12-2014 01:27 PM

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 04:20 PM

Percubaan pertama..... Just nak sharing.

Ilham tercipta dengan pengalaman hidup seorang ayah.

@ciksurie @novelloverzzpertama kali tau nay tulis....... jangan gelakkkk tau..

bianglala Publish time 7-6-2014 04:36 PM

certot ke ni, nay?

anniez08 Publish time 7-6-2014 04:41 PM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 04:20 PM static/image/common/back.gif
Percubaan pertama..... Just nak sharing.

Ilham tercipta dengan pengalaman hidup seorang ayah.


best nay..
nay ada bakat menulis...{:thumbo

anniez08 Publish time 7-6-2014 04:42 PM

bianglala posted on 7-6-2014 04:36 PM static/image/common/back.gif
certot ke ni, nay?

certot?..:funk:

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 04:46 PM

bianglala posted on 7-6-2014 04:36 PM static/image/common/back.gif
certot ke ni, nay?

certot? apakah?

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 04:48 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 04:41 PM static/image/common/back.gif
best nay..
nay ada bakat menulis...

huhu... first time sharing tau

bianglala Publish time 7-6-2014 05:04 PM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 04:46 PM static/image/common/back.gif
certot? apakah?

CERpen KonTOT :lol:

bianglala Publish time 7-6-2014 05:04 PM

anniez08 posted on 7-6-2014 04:42 PM static/image/common/back.gif
certot?..

CERpen KonTOT :$

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 05:11 PM

bianglala posted on 7-6-2014 05:04 PM static/image/common/back.gif
CERpen KonTOT

wahahahhahaha...... lala ni wat terkejut jer tau

anna-zara Publish time 7-6-2014 05:12 PM

certot tu cerita kontot kot;P

awat pendek sangat ni...

berbakat jugak nay....

tapi cepat sangat habis nya

bianglala Publish time 7-6-2014 05:13 PM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 05:11 PM static/image/common/back.gif
wahahahhahaha...... lala ni wat terkejut jer tau

apa la agaknya yang nay bayangkan masa nampak perkataan certot tu.. ;P

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 05:15 PM

anna-zara posted on 7-6-2014 05:12 PM static/image/common/back.gif
certot tu cerita kontot kot

awat pendek sangat ni...


tak mampu nak panjangkan lagik :'(

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 05:16 PM

bianglala posted on 7-6-2014 05:13 PM static/image/common/back.gif
apa la agaknya yang nay bayangkan masa nampak perkataan certot tu..

ada sesuatu yang terbayang ;P

bianglala Publish time 7-6-2014 05:41 PM

anna-zara posted on 7-6-2014 05:12 PM static/image/common/back.gif
certot tu cerita kontot kot

awat pendek sangat ni...


antiklimaks betul kan. :lol:

bianglala Publish time 7-6-2014 05:42 PM

NaylaArisha posted on 7-6-2014 05:16 PM static/image/common/back.gif
ada sesuatu yang terbayang

kita rasa anna betul ...CERITA KONTOT.. bukan cerpen kontot. ;P

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 05:47 PM

bianglala posted on 7-6-2014 05:42 PM static/image/common/back.gif
kita rasa anna betul ...CERITA KONTOT.. bukan cerpen kontot.

tak apa lain kali nay bagi panjang lagik ;P

amiraira Publish time 7-6-2014 05:58 PM

So sweet n sedih at the same time

Pandai Nay....

amiraira Publish time 7-6-2014 05:59 PM

anna-zara posted on 7-6-2014 05:12 PM
certot tu cerita kontot kot

awat pendek sangat ni...


Ok pe tuk percubaan pertama...
Best ar

NaylaArisha Publish time 7-6-2014 06:02 PM

amiraira posted on 7-6-2014 05:58 PM static/image/common/back.gif
So sweet n sedih at the same time

Pandai Nay....

thanks akka hehhe

Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: [Cerpen] Dia... Bidadari Terpilih Buatku. (Page 4)


ADVERTISEMENT