ivanxlim Publish time 31-5-2014 05:05 PM

NAZA ria tukar toyota engine, ok tak??

saya mempunyai kia carnival 2003, enjin telah jam, oleh itu, ingin nak tanya sesiapa abang sini pernah experience naza kia tukar engine toyota ??? cost??

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t1.0-9/1507078_734700539883966_8908456176023453303_n.jpg

waksir Publish time 3-6-2014 10:26 AM

penah bersembang dgn owner ni kt worksyop. Dia tukar kpd enjin toyota ... katanye mmg lg best & more power.
katanye kos rm6.5k ... tapi x pasti plak sama ada all-in atau enjin shj.

yg pasti bukan enjin je kena tukar, tp drive shaft pun tukar gak sbb yg asal tu tak mampu nak bawak enjin toyota tu.
Ada gak yg tukar kpd enjin nissan 2.5 v6.

mattzzx Publish time 3-6-2014 06:31 PM

Kebetulan jiran ada juga cadang2 nak tukar injin naza tu?
Kedai mana yang ada jual? Ada contact no.?
Ada orang cakap enjin toyota mark X. Last edited by mattzzx on 4-6-2014 12:17 PM

Armoury Publish time 8-6-2014 08:35 PM

Sembang ngan sorang mekanik ari tuh. Dia tak galakkan sangat tuko enjin nih sebab walaupun dah tukar enjin mounting lain, masalah enjin mounting akan terjadi berulang-ulang kali sampai owner rasa nak tukar balik pada enjin yang asal.

mattzzx Publish time 9-6-2014 05:22 PM

Armoury posted on 8-6-2014 08:35 PM static/image/common/back.gif
Sembang ngan sorang mekanik ari tuh. Dia tak galakkan sangat tuko enjin nih sebab walaupun dah tukar ...

Tapi kalau dah enjin asal dah teruk benar, dah banyak kali overhaul......?

Armoury Publish time 9-6-2014 08:11 PM

mattzzx posted on 9-6-2014 05:22 PM static/image/common/back.gif
Tapi kalau dah enjin asal dah teruk benar, dah banyak kali overhaul......?

Bukan sebab enjin teruk tapi enjin mounting memanjang buat hal...:shakehead3:

waksir Publish time 10-6-2014 09:19 AM

mattzzx posted on 3-6-2014 06:31 PM static/image/common/back.gif
Kebetulan jiran ada juga cadang2 nak tukar injin naza tu?
Kedai mana yang ada jual? Ada contact no ...

nak tukar enjin ni kena cari workshop yg mmg mahir buat kerja2 conversion ni.
nak cari enjin tu satu hal, pastu workmanship pun satu hal gak.

cuba tengok link tu ... ada byk naza ria dh tukar enjin.
Tapi sy x penah deal atau tau pun pasal workshop tu.
Cuma utk share info je...

more info - naza ria tukar enjin



zulka Publish time 10-6-2014 10:18 AM

kalau buat betul2, sepatutnya takde masalah mounting...
mounting selalu rosak tu sebab pasang tak betul...kena betul2 tapak tu ngam dgn breket enjin..
tak boleh senget sikit pun....masa masukkan shaft skru tu...sepatutnya senang, kalau ketat tu tak ngamla tu

mattzzx Publish time 10-6-2014 02:47 PM

waksir posted on 10-6-2014 09:19 AM static/image/common/back.gif
nak tukar enjin ni kena cari workshop yg mmg mahir buat kerja2 conversion ni.
nak cari enjin tu s ...

Terima kasih di atas info yang sangat berguna....

mattzzx Publish time 10-6-2014 02:49 PM

Armoury posted on 9-6-2014 08:11 PM static/image/common/back.gif
Bukan sebab enjin teruk tapi enjin mounting memanjang buat hal...

Ooo.....mounting pun masalah lah yaa...

Armoury Publish time 10-6-2014 07:00 PM

mattzzx posted on 10-6-2014 02:49 PM static/image/common/back.gif
Ooo.....mounting pun masalah lah yaa...
Yep. Macam waksir ngan zulka kata, kena cari worksyop yang betul2 mahir buat conversion nih.

mattzzx Publish time 12-6-2014 12:43 PM

Armoury posted on 10-6-2014 07:00 PM static/image/common/back.gif
Yep. Macam waksir ngan zulka kata, kena cari worksyop yang betul2 mahir buat conversion nih.

Nak tau workshop yg betul2 pakar tu yang sukarnya....
Ada sesiapa yg tau mana nak cari...

ivanxlim Publish time 13-2-2015 08:49 AM

engine sudah ditukar ke toyota,memang puas hati, tetapi masalah lain juga timbul. macam absorber ,spring. mau banyak wang repair sampai boleh,pergi beli sebiji ria yang tahun sama

kamalqr Publish time 8-12-2015 05:35 PM

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdullilah saya kini telah buka kedai tayar di Sentul, kepada sahabat-sahabat nak cari tayar murah-murah, overhoul, masalah aircond, sila kunjungi kedai saya. Enjin Naza Ria overhoul dalam RM5000 jer, kalau nak tanam liner, InshaAllah saya boleh uruskan.

PB Maju Automotif
780 Jln sentul KL.
(berhampiran farmasi Health Lane)

InshaAllah harga kita boleh bincang, yang penting saya boleh membantu dan berniaga secara halal.

Apa-apa hal call nombor nombor tetap saya 0166585716. WhatApp pun dah boleh. No 0196264572 dah tak guna yer.

Tq

HjAzimi Publish time 23-11-2016 10:36 PM

kamalqr replied at 8-12-2015 05:35 PM
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdullilah saya kini telah buka kedai tayar di Sentul, kep ...

Skrg ni dah tukar belum?

altf4 Publish time 23-1-2018 08:46 PM

ivanxlim replied at 13-2-2015 08:49 AM
engine sudah ditukar ke toyota,memang puas hati, tetapi masalah lain juga timbul. macam absorber ,sp ...

so naza ria bos masih pakai ke?

apa masalah lain ye yang timbul lepas convert tu?
Pages: [1]
View full version: NAZA ria tukar toyota engine, ok tak??


ADVERTISEMENT