pfiza Publish time 26-5-2014 07:47 PM

Jom Mengenali Hari Gawai

Teringat saya sewaktu di Sarawak dulu... sejak empat tahun yang lalu,menyaksikan kemeriahan perayaan Hari Gawai bukanlah sesuatu yang asinglagi untuk saya, juga rakan-rakan dari Semenanjung yang lainnya. HariGawai merupakan "Perayaan Menuai" yang disambut oleh masyarakat Dayak diSarawak (juga masyarakat Kadazandusun di Sabah) sejurus selepasselesainya Kaamatan. Hari Gawai disambut dengan pelbagai aktivitiseperti perarakan dan adat yang berwarna-warni.

Jika dahulu,sambutan Hari Gawai mungkin hanya diraikan oleh masyarakat Kadazandusun,Dayak, Murut, Iban dan Bidayuh selain hanya terkenal di Malaysia Timursahaja, sejak kerajaan memperkasakan konsep perpaduan dan integrasiantara wilayah, sambutan Hari Gawai turut popular di Malaysia Barat.Bukan lagi suatu kejanggalan dalam kalangan rakyat Malaysia di kawasanSemenanjung untuk memahami dan mengenali apakah itu perayaan Hari Gawai.Malah, di Sabah dan Sarawak, perayaan ini sudah melepasi sempadan agamadan etnik apabila ia turut diraikan oleh etnik yang beragama islam.Jadi tidak hairanlah apabila dalam sambutan perayaan terbabit semalam,pihak penganjur tidak ketinggalan menyediakan juadah yang halal untukdinikmati oleh masyarakat beragama islam.

Senario seumpama inimerupakan suatu perkembangan yang positif dalam mengukur tahap perpaduansejagat rakyat Malaysia, Sekurang-kurangnya dengan adanya integrasi dankomunikasi di antara pelbagai etnik yang sama-sama meriahkan pelbagaisambutan perayaan di negara ini, ia akan dapat mengeratkan silaturrahim,memupuk kesefahaman, rasa hormat-menghormati dan selain berupayamemelihara warisan dan budaya masyarakat Malaysia yang variasi agar takalpuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Usaha kerajaan yangagresif dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan sesuatu sambutanperayaan dan kebesaran itu sebagai milik semua rakyat Malaysia jelasmembuktikan betapa kerajaan pada hari ini sangat komited dalam menjanakeakraban dan memperkukuhkan perpaduan sedia ada melalui perkongsiannilai-nilai murni dan kepercayaan yang berbeza-beza agar perselisihanfaham dapat diatasi dan perbezaan antara etnik dan agama menjadi sesuatuyang bersifat 'manis' di negara ini.

Apa yang pasti, sambutanyang berlangsung saban hari dan saban malam selama sebulan, bermuladaripada semalam ternyata mengundang suatu persepsi yang amatmenyenangkan - suatu gambaran sebenar mengenai "perpaduan yang dibentukmelalui kepelbagaian" dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya diSabah dan Sarawak, dua buah negeri yang mempunyai etnik paling variasi.Justeru, rakyat Malaysia diharapkan agar bertanggungjawab dan menghargaiperpaduan yang tidak terbina dalam tempoh sehari ini dan bersama-samamempertahankan kemakmuran Malaysia yang kita cintai...

Jom Saksikan sambutan hari Gawai yang diraikan di sabah dan sarawak, Kitakan Satu Malaysia

https://lh3.googleusercontent.com/proxy/xZ6QS8aPfZOg8WUiubIUQoWQLRkLGxrHCZTGPRZKWgbDmhEf9w-GRW4XNkkcwZ6Amhy7n89lH_M_70gsQKdCAkIWT-1aegkSNJ4UTSg2v_9mvSBjWQNcnAgSrOBJyWnqdHZdVDHAt2uhMdOgcDe0flI30mNXR5C2MWfb-3AgsH87lsaQn_CINzsHMl0HvAurO3Y87PfHZZkuWwNQnhpx2N_IsSUF3yMZNwguGT4T9J-1rZCsGJE=w346-h192

jujubs Publish time 13-8-2014 10:59 PM

good info.. terima kasih tt.. {:1_132:}
Pages: [1]
View full version: Jom Mengenali Hari Gawai


ADVERTISEMENT