abgsedapmalam Publish time 26-5-2014 07:45 PM

Khilaf berlaku disebabkan hadis tidak sampai kepada ulama mujtahid.




Nur Puteri Dayana
8 hrs ·




KHILAFKhilaf beerti perbezaan pendapat di antara para ulama mujtahidin dalam sesuatu hukum.Bilakah khilaf ini berlaku ?Khilaf boleh berlaku dgn pelbagai cara antaranya :1.Khilaf berlaku disebabkan hadis tidak sampai kepada ulama mujtahid.Sbgaimana yg kita tahu bukan semua hadis itu complete dikumpulkan pada masa dahulu,masing2 dlm kembara mencari hadis,ada mujtahid yg tahu hadis ini kemudian mujtahid lain tdk tahu.Ini normal sbgaimana juga para sahabat ada hadis yg dia tdk tahu memandangkan dia tdk ada semasa nabi sabda kan hadis tersebut.Kerana itu kita lihat Imam Syafie mengatakan bahawa :“Setiap hadits dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah pendapatku walaupun kalian tidak pernah mendengarnya dariku.”
Ertinya setiap Imam Mujtahid yang mengeluarkan hukum hakam keterbatasan mereka adalah bukan semua hadis mereka temui mereka hanya berijtihad apa yg sampai yakni hadis kpd mereka.Jika mereka silap kita tdk bleh katakan bahawa mereka ini sesat memandangkan ilmu hadis hanya sekadar itu sahaja sampai kpd mereka.Sedangkan di zaman sahabat pun perkara ini telah berlaku hal ini krn tidak semua sahabat dapat menghadiri majlis nabi s.a.w secara serentak atau menyaksikan secara serentak tingkah laku nabi s.a.w.Contohnya : Bab nabi kencing berdiriAisyah radiallahu anha, dia berkata:مَنْ حَدَّثَكُم أنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيه وَسَلَّم كَانَ يَبُوْلُ قَائِماً، فَلاَ تُصدِّقوه، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلاَّ قَائِداًSesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi s.a.w. pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya, baginda s.a.w. tidak pernah kencing melainkan dalam keadaan duduk.
(al-Nasa’ie, disahihkan oleh al-Albani).Namun sahabat nabi Hudzaifah Radhiallahuanhu nampak nabi s.a.w pernah kencing berdiri.Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu beliau berkata :
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah mendatangi tempat pembuangan suatu kaum lalu beliau buang air kecil sambil berdiri. Kemudian beliau meminta air lalu kubawakan air dan beliau berwudhu’.
(Diriwayatkan Bukhari di dalam Shahih-nya)Di sini saya bukanlah main point nya utk bahas sama ada nabi kencing berdiri atau duduk sebaliknya sy nak sampaikan adalah ada perkara yg sahabat tahu dan tidak tahu ttg nabi s.a.w bahkan Aisyah isteri nabi s.a.w pun ada perkara yg beliau tdk tahu tentang nabi s.a.w.Tidak semua hadis sampai kepada sahabat nabi s.a.wIni salah satu contoh yg sy bawakan sebab2 berlakunya khilaf adalah berkaitan hadis yg tidak semuanya sampai kepada para sahabat apatah lagi di kalangan tabiin dan tabiut tabiin.Kerana itu para imam mujtahidin mereka tidak hanya berguru dgn seorang sahabat shaja bahkan mereka mengembara mencari hadis2 nabi s.a.w sbb mereka tahu ada hadis yg sahabat tahu dan ada yg tidak tahu.Makanya jika para imam mujtahidin hanya berfatwa sekadar hadis yg sampai kepadanya maka jika mereka salah,kita tidak boleh memperlekehkan mereka kerana mereka telah sedaya upaya mncari hadis ianya hanya dpat sekadar itu sahaja.2.Khilaf juga boleh berlaku apabila nas dan dalil yg sama ttpi berbeza dari segi penafsiran.Sebagaimana yg kita ketahui tahap kemanusiaan itu sentiasa berbeza2 mengikut apa yg mereka fahami.Contoh : Bab wuduk sentuh suami isteriTafsiran berdasarkan surah al maidah ayat 6 iaitu pada lafaz "aulamastumunnisa"Mazhab syafie : Berpendapat bahawa batal wuduk sentuh wanita yakni
sentuhan fizikalMazhab Maliki : Berpendapat bahawa tidak batal wuduk kecuali ada syahwat dan talazzuz (berlazat lazatan syahwat)Mazhab hanafi : Berpendapat tidak batal wuduk kecuali jimakAyat itu difahami secara literal oleh mazhab syafie.Adapun mazhab hanafi faham bahawa sentuhan di situ beerti jimak kerana ada hadis nabi s.a.w :Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak membatalkan puasa
(Riwayat Ishak bin Rahawiyah dan al-Bazzar)Namun mazhab syafie menolak hadis2 berkenaan kucupan tidak batalkan wuduk ini atas alasan ianya dhaif dan mursal.Maka tidak hairanlah kenapa Imam Syafie yang berguru dgn Imam Malik pun berbeza pendapat dengan gurunya sendiri,kerana beliau tidak ada sikap taksub guru.Masing2 nak follow al quran dan sunnah.Mereka lebih cintakan ilmu daripada cintakan insan.Bahkan Imam Syafie mengatakan bahawa :Iza sahih hadis fahuwa mazhabi : Hadis yang sahih itulah mazhabku.3.Masyarakat MALAYSIA pula faham khilaf ni lain dari yang lain :Masyarakat kita aneh sangat perkara yang tidak ada dalil dari Quran & Sunnah pun mereka masukkan dalam khilaf.Sedangkan para Imam Mujtahidin mereka berselisih atas dasar nas dan dalil.Masyarakat kita tak pandang nas dan dalil quran sunnah,apa yg mereka pandang adalah ada dalam kitab,ada ustaz cakap,ada pendapat ulama.Bila ada yang pertikai maka akan dijawabnya alah ini masalah khilaf.Khilaf yang berlaku di zaman ulama2 mazhab 4 tidaklah sepertimana berlaku di zaman kita yakni kena diamkan benda khilaf semata2 ustaz yg cakap.Maka kena terima bulat2.Jika itu yg ada pada ulama mazhab 4 sudah pasti hanya ada mazhab hanafi sahaja sbb mazhab hanafi adalah tertua di kalangan mazhab 4.Apa yg ustaz kata bukanlah memestikan itu dari nabi s.a.w ianya perlu diteliti dan disemak bukan ditelan bulat2.Bahkan orang awam dimomok dgn ungkapan wahabi bilamana ada yg sebut perkataan bidaah dan mereka (pentaqlid buta) backup dgn alasan ini bab khilaf.Ayuh kita lihat apa yg Imam Nawawi sebutkan tentang bidaah.Adakah dia juga wahabi ?Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun ia ada disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia adalah satu bid‘ah kerana tidak ada hadith yang sahih (yang menganjurkannya). Bahkan yang sahih dalam hadith ini dan selainnya ialah meninggalkan tambahan itu.
Syarh Shahih Muslim, jld. 1, m.s. 115.Makanya tidak valid memberikan alasan khilaf terhadap perkara yang tidak ada dalil quran dan sunnah.Pun begitu ulama2 mujtahidin perkara yg ada nas dan dalil pun akan dipertikaikan kerana mereka faham hadis lain,dan mereka jumpa hadis dan ada yg tidak jumpa hadis seperti yg sy katakan bukan semua hadis sampai kpd para ulama mujtahidin.Bahkan jika nak diikutkan dalam Mazhab Hanafi arak yg sedikit tidak memabukkan dibolehkan,Mazhab Maliki membolehkan untuk makan daging anjingMazhab Hanafi tidak perlu wali untuk menikahMazhab Syafie anak luar nikah boleh kahwin dengan bapanyaJika semua khilaf nak terima maka tidak ada lagi pengikut QURAN & SUNNAH.Dalam surah An Nisa 59 jelas menyebutkan apabila berlaku perselisihan kembalilah kpd Allah dan Rasul yakni Al Quran dan Sunnah.Bukan kembali kepada Ustaz/Ustazah.__________________________________________________Lihatlah betapa tingginya pekerti Imam Mazhab 4.Mereka tidak mengejar populariti dan tidak mewajibkan ataupun mengharuskan org mengikuti mereka.Org kita ni suka sgt jika ramai followers.Kata Imam Abu Hanifah :Tidak halal bagi seseorang mengikuti perkataan kami bila ia tidak tahu dari mana kami mengambilnya.” Kata Imam Malik :“Sesungguhnya aku hanya seorang manusia yang bisa salah dan bisa benar, maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sejalan dengan Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap pendapatku yang tidak sejalan (menyelisihi) Al-Kitab dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah dia.” Kata Imam Syafie :“Kaum muslimin bersepakat bahwasanya barangsiapa yang telah jelas sunnah baginya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam maka tidak dihalalkan baginya meninggalkannya dikarenakan perkataan seseorang.” “Setiap permasalahan yang shahih di dalamnya khabar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menurut ahli hadits menyelisihi apa yang aku ucapkan maka aku rujuk baik tatkala aku masih hidup maupaun tatkala aku sudah wafat.” Kata Imam Ahmad :“Barangsiapa menolak hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam maka ia berada dalam tepi jurang kehancuran.” Jgnlah kalian taqlid kepadaku, jangan pula taqlid kepada Malik, Asy-Syafi’i, Al-Auza’i, dan Ats-Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil (yakni Al-Qur’an dan As-Sunnah).” Lihatlah mereka semua ijmak/sepakat untuk ikut quran dan sunnah.Mereka tidaklah ghuluw kpd tokoh dan guru masing2.Inilah sikap para ahli ilmu.Tidak ada pun di kalangan mereka yg fanatik dan ekstreme sepertimana masyarakat sekarang yg mewajibkan mengikuti satu2 mazhab.

AceHand Publish time 18-12-2020 02:15 AM

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Sebab tafsir berbeza...


Jizzz... Klong! Klong!

Pages: [1]
View full version: Khilaf berlaku disebabkan hadis tidak sampai kepada ulama mujtahid.


ADVERTISEMENT