abgsedapmalam Publish time 22-5-2014 10:35 PM

Nyahkan perkauman, nikmatilah keindahan li ta’arafu (Bahagian 1)

Nyahkan perkauman, nikmatilah keindahan li ta’arafu (Bahagian 1) – Rozhan OthmanMAY 19, 2014
Salah satu peristiwa yang mempengaruhi pandangan saya mengenai hubungan antara kaum ialah yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah SAW.Pada satu ketika, Abu Dzar berkata kepada Bilal Ibn Rabah “YaIbn Sauda” yang bermakna “Wahai anak perempuan hitam”. Bilal ialah seorang berkulit hitam dari Habsyah (kini Ethiopia).Sebelum memasuki Islam dia adalah seorang hamba. Kata-kata Abu Dzar itu menyinggung Bilal lalu Bilal pun mengadu kepada Rasulullah dan baginda menegur Abu Dzar dan berkata “Masih terdapat rawasib (saki-baki) jahiliyyah dalam dirimu”.Peristiwa ini menunjukkan betapa Islam menekankan persamaan, berlaku adil dan memandang berat tindak-tanduk yang bersifat perkauman.Yang lebih penting ialah bagida menyifatkan kata-kata yang berbau perkauman ini sebagai ciri-ciri jahiliyyah. Ini menunjukkan betapa Islam menganggap sifat perkauman itu sebagai amat tidak serasi dengan keimanan dan akhlaq Islam.
Saya pernah tertanya dari manakah datang sentimen perkauman. Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana dan dibesarkan di salah sebuah taman perumahan terawal di Alor Setar. Jiran-jiran kami terdiri daripada Melayu dan Cina.Namun, kami hidup dengan aman dan harmoni. Ibu saya sering akan menghantar makanan kepada jiran-jiran kami, termasuk yang berbangsa Cina, pada setiap Hari Raya dan juga jika dia memasak sesuatu yang istimewa.Jiran berbangsa Cina kami sering membalas dengan mengisi pinggan yang ibu saya gunakan dengan gula ketika memulangkannya pada kami. Ini kerana ingin menhormati dan menjaga senstiviti kami sebagai orang Islam dari segi kehalalan makanan.Saya bersekolah di sebuah sekolah jenis kebangsaan. Murid-murid di sekolah terdiri daripada pelbagai bangsa. Beberapa bulan selepas saya memulakan pengajian di darjah 1, peristiwa 13 Mei tercetus. Walaupun Kuala Lumpur dan beberapa kawasan lain dikenakan perintah berkurung, suasana di Alor Setar seperti sediakala.Tiada keganasan atau rusuhan. Walaupun orang-orang dewasa di sekeliling kami banyak bercakap mengenai rusuhan yang berlaku di Kuala Lumpur, kami di sekolah masih bermain tidak mengira bangsa. Walaupun berbeza bangsa, kami tidak berasa benci tetapi terus asyik bermain guli. Dunia kami di sekolah adalah dunia yang berbeza dari apa yang wujud di luar sekolah. Sebagai kanak-kanak kami tidak memahami sentimen perkauman.Sekolah saya bukanlah sekolah pilihan pertama kebanyakan ibu-bapa di Alor Setar. Sebahagian besar murid yang datang ke sekolah saya adalah dari keluarga berpendapatan rendah. Keadaannya hampir sama di kalangan kawan-kawan saya berbangsa Melayu, India dan Cina. Yang paling kaya dalam kelas saya ialah seorang budak Melayu. Bapanya memiliki perniagaan kopi yang terkenal ketika itu.Apabila kakak kepada salah seorang murid kelas saya berbangsa Cina menjadimangsa peragut, kami satu kelas sama-sama berasa sedih. Pada hari terakhir darjah enam, seorang kawan saya berbangsa India membawa makanan dari rumahnya dan menjamu beberapa orang yang rapat dengannya, termasuk saya. Kami makan di peti parit di pinggiran sekolah. Kami buta kebencian dan perkauman. Kami hanya ingin berbaik dan bergembira.Saya menyambung pengajianperingkat menengah di MRSM Seremban. MRSM mempunyai sejarah yang menarik yang tidak diketahui kebanyakan orang. Idea penubuhan MRSM mula-mula dikemukakan oleh sekumpulan pegawai-pegawai Mara. Ia bertujuan mewujudkan maktab yang beroperasi mengikut sistem pengajian liberal di Amerika. Bila idea ini dikemukakan kepada kerajaan ia telah ditolak.Bagaimanapun, pengarah Unit Perancangan Ekonomi ketika itu, seorang berbangsa Cina, tertarik dengan idea itu. Walaupun idea itu ditolak, pengarah berkenaan secara peribadi membawa idea itu kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak.Perdana menteri berjaya diyakinkan dan projek itu dilulus dan dilaksanakan. MRSM yang pertama dibuka di Seremban pada 1972. Saya adalah kemasukan ketiga, pada 1974.Satu paradoks yang saya alami ketika itu ialah MRSM ditubuhkan untuk Bumiputera tetapi sebahagian besar guru-gurunya ketika itu bukan Melayu, termasuklah sukarelawan Peace Corp dari Amerika.Walaupun mereka mendidik pelajar bukan bangsa mereka, kebanyakan guru-guru ini menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.Mereka sanggup datang memberi kelas tambahan pada waktu malam dan pada hari minggu walaupun tidak dibayar.Guru-guru Melayu juga ramai yang memberi komitmen yang tinggi tetapi kesediaan guru bukan Melayu sama-sama berganding bahu membimbing dan membantu anak-anak Melayu memberi kesan kepada saya. Ia menunjukkan sifat baik terdapat pada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.Ini selari dengan hadith Rasulullah yang bermaksud “Yang terbaik dari kalangan kamu ketika Jahiliyyah adalah yang terbaik dari kalangan kamu ketika dalam Islam” (muttafaqun ‘alaihi). Ia menunjukkan Islam mengiktiraf bahawa kebaikan turut terdapat pada orang bukan Islam. Inilah saya saksikan ketika belajar di MRSM Seremban.Selepas MRSM Seremban, saya melanjutkan pelajaran di Ohio,USA. Ketika di sana, saya semakin terdedah kepada kepelbagaian dalam hubungan antara kaum dan antara agama. Ketika mula-mula sampai di Ohio pada 1979, sudah terdapat lebih 100 orang pelajar Malaysia.Ketika itu, amalan memakai hijab masih tidak berleluasa di Malaysia. Wanita yang memakai hijab menghadapi pelbagai tentangan dan cemuhan. Beberapa bank di Malaysia melarang wanita berhijab memasuki bank. Lebih kurang 20 pelajar yang tiba di Ohio bersama saya pada September 1979,hampir separuh adalah perempuan. Hanya seorang yang memakai hijab.Ketika itu bukanlah mudah hidup dengan identiti Islam di Amerika. Revolusi Iran baru sahaja berlaku dan pelajar-pelajar universiti Iran menyerbu kedutaan Amerika di Tehran dan menjadi kakitangan kedutaan tawanan. Ini menimbulkan kemarahan Amerika dan rakyat Amerika.Masjid-masjid di Amerika diserang. Masjid di Universiti Ohio tidak terkecuali dan pernah cuba dibakar.Namun demikian, semakin ramai pelajar wanita seangkatan saya mula memakai hijab. Kehadiran gadis-gadis berhijab ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada satu hari, Ohio University Post menyiarkan sepucuk surat dari seorang lelaki Amerika yang mengecam gadis-gadis berhijab ini. Dia menggunakan istilah “chocolate-colored scarfed-headed women” untuk merujuk kepada gadis-gadis Islam berhijab.Dia menyangkakan mereka adalah pelajar Iran dan menggesa mereka diusir. Kami mulai bimbang kesan sentimen ini ke atas keselamatan pelajar-pelajar Malaysia yang berhijab.Namun, beberapa hari kemudian Ohio University Post menyiarkan sepucuk surat dari seorang wanita Amerika yang membela wanita berhijab. Dia menyeru semua orang menghormati wanita-wanita berhijab dan menggesa supaya semua pihak menghargai kepelbagaian serta hak asasi setiap orang.Peristiwa ini mengukuhkan lagi keyakinan saya bahawa kebaikan terdapat di kalangan orang semua bangsa dan agama. Sebagai golongan minoriti yang menjadi sasaran kecaman, ia turut menjadikan saya lebih memahami dan lebih sensitif terhadap status sebagai minoriti yang hidup dalam sebuah masyarakat di mana majoriti adalah dari bangsa lain dan agama lain.Sejak itu saya mengambil keputusan menjadi tindakan wanita Amerika itu sebagai tauladan. Inilah di antara nilai “liberal” yang saya perolehi ketika di Amerika.Pada satu ketika, saya berkawan dengan seorang pelajar Amerika yang menuntut pada tahun akhir di College of Engineering. Dia berketurunan Yahudi. Seorang lagi kawan saya yang berasal dari Palestin menasihat saya untuk mengelak pelajar Yahudi ini kerana dia mungkin berniat mengintip kegiatan pelajar Palestin di Universiti Ohio.Saya mengambil perhatian nasihat ini tetapi tidak memutuskan hubungan dengan pelajar berketurunan Yahudi ini. Pada satu hari, dia datang bertemu saya di masjid dan meminjam beberapa buah buku mengenai Islam. Tidak lama kemudian dia menamatkan pengajian dan pulang ke tempat asal di sebuah bandar lain di Ohio.Tidak lama selepas itu saya mendapat berita bahawa dia memeluk Islam. Saya bukannya orang yang bertanggunjawab mengislamkan beliau. Tetapi saya tertanya-tanya apakah agaknya kesan jika saya memutuskan hubungan dengannya sebelum itu.Ketika di Universiti Ohio saya berkawan dengan Reverend Dorsey Blake yang mengetuai United Campus Ministry di Ohio University. Walaupun berbeza agama dan dia seorang pemimpin Kristian kami mesra dan saling tolong-menolong. Saya dilantik ke Jawatankuasa Penerbitan Persatuan Pelajar Islam, Universiti Ohio. Ketika itu, teknologi tidaklah secanggih hari ini. Komputer peribadi belum direka dan kami masih menggunakan typewriter. Reverend Dorsey Blake memberikan kami kemudahan menggunakan mesin cyclostylenya untuk mencetak penerbitan-penerbitan kami. Ini tidak bermakna kami tidak pernah berbincang mengenai ajaran Islam dan Krisitian dengan orang Kristian. Kami melakukannya dalam suasana baik dan saling menghormati.Selepas pulang ke Malaysia, saya bertugas di sebuah universiti tempatan. Sebagai pensyarah, kami ditugaskan sebagai kaunselor pada sekumpulan pelajar setiap pengambilan baru. Kumpulan yang diberikan kepada saya adalah daripada semua kaum.Saya memerhatikan pelajar-pelajar Melayu umumnya daripada keluarga miskin. Tetapi pelajar-pelajar Cina yang diberikan kepada saya juga kebanyakannya daripada keluarga miskin. Ada yang datang daripada keluarga penoreh getah dan penanam sayur.Saya masih ingat ada yang masih menggunakan kasut kanvas putih dari zaman sekolah menengah ketika di universiti. Kesan kemiskinan buta bangsa. Anak India, Cina dan Melayu akan berasa sama lapar jika tidak cukup duit untuk makan.Saya menganggap sikap berbaik-baik ini adalah sebahagian daripada sifat rahmatan lil ‘alamin (rahmat kepada seluruh alam). Al Quran (Al Anbiya: 107) menyifatkan kerasulan Muhammad adalah bertujuan membawa rahmat kepada seluruh alam.Mohammad Saubuni menyebut bahawa rahmatan lil ‘alamin bererti rahmat kepada semua ciptaan Allah (Sofwat At Tafaasir Jilid 2, ms. 253).Dia berkata jika Allah SWT ingin menghadkan rahmat kepada orang-orang Islam sahaja, ayat ini akan berbunyi rahmatan lil ‘mu’minin. Kerana sifat rahmatinilah Rasulullah enggan membenarkan malaikat Jibrail menghukum penduduk Taif selepas mereka mengusir, menyerang dan mencederakan baginda.Sikap saya ialah untuk berlaku adil kepada semua pelajar saya tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan. Barangkali inilah sebabnya sebahagian mereka masih menjalinkan hubungan baik dengan saya walau pun lama menamatkan pengajian 15-20 tahun lalu.Ada yang masih menghubungi saya. Ada yang masih mengucapkan selamat hari jadi pada saya setiap tarikh kelahiran saya walau pun saya sendiri tidak tahu tarikh kelahiran mereka. Pada hari kelahiran saya baru-baru ini seorang pelajar dari luar negara mengucapkan “I found guidance, friendship, and discipline, everything, in one person. And that person is you.” Bagi saya, inilah keindahan li ta’arafu (saling berkenalan) yang dianjurkan Al Quran.– 19 Mei, 2014.* Penulis adalah seorang profesor di sebuah IPTA yang bimbang akan masa depan dan bentuk Islam yang akan diwarisi cucunya.

AceHand Publish time 18-12-2020 01:59 AM

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Mana bahagiang kedua...?


Jizzz... Klong! Klong!

Pages: [1]
View full version: Nyahkan perkauman, nikmatilah keindahan li ta’arafu (Bahagian 1)


ADVERTISEMENT