anaktimur Publish time 22-5-2014 12:06 PM

Molekul Air Berubah Apabila Dibacakan Ayat Al-Quran

Tahukah kita bahawa air juga mempunyai perasaan?Subhanallah..betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.. kejadian yang tidak boleh dilihat oleh manusia dengan mata kasar.. Kehebatan Allah SWT menjadikan molekul air berubah apabila dibacakan dengan ayat suci Al-Quran
http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/zam-zam.jpg
Molekul Air Zam Zam

Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.

http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/dr_emoto_seminar.jpg
Dr Mesaru Emoto

Kajian yang telah dibuat oleh Doktor Mesaru Emoto menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power telah menemukan bagaimana perasaan air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan setelah dibacakan doa bentuknya berubah menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.
http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/molekul_air2.jpg
Molekul air sebelum dan selepas dibacakan doa

Oleh kerana itulah juga, kita telah disarankan supaya membaca doa sebelum meminum air. Kerana dengan begitu ekspresi air akan berubah menjadi indah dan pastinya memberi manfaat kepada kita yang meminumnya dengan izin Allah SWT.

http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/water_crystal_prayer.jpg
Molekul Air setelah dibacakan Doa

http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/molekul-air5.jpg
Apabila ditunjukkan perkataan " Malaikat": terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah (kiri ) dan apabila ditunjukan perkataan " Syaitan"' kristal terbentuk dengan bebola api di tengah (kanan )

http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/molekul-air-berubah.jpg

http://bloggerkampung.com/wp-content/uploads/2014/05/molekul-air-berubah2.jpg
Subhanallah.. itulah antara tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Sumber


Last edited by anaktimur on 20-10-2014 09:27 PM

mnm77 Publish time 26-5-2014 10:07 AM

Dari segi istilah molekul (molecule), teknologi sains terkini pun belum ada lagi alat yang boleh tangkap (capture) rupa molekul air.

Gambar-gambar yang ditunjukkan di atas, kalau betul kejadiannya, saya pun tak pasti adakah itu gambar molekul air atau gambar kristal air (setelah dibekukan)?

Mungkin ada sedikit masalah istilah untuk orang awam memahaminya...

anaktimur Publish time 26-5-2014 12:35 PM

mnm77 posted on 26-5-2014 10:07 AM static/image/common/back.gif
Dari segi istilah molekul (molecule), teknologi sains terkini pun belum ada lagi alat yang boleh tan ...

mungkin...juga

mnm77 Publish time 26-5-2014 04:13 PM

anaktimur posted on 26-5-2014 12:35 PM static/image/common/back.gif
mungkin...juga
More accurate, ice crystals at temperature -20 degree celcius (first video at 0:30 s)

Yang lebih tepat, rupa kristal ais bagi air pada suhu -20 darjah celsius (di bawah takat beku)

ujQAk9EM3xg

PDW9Lqj8hmc
Last edited by mnm77 on 26-5-2014 04:22 PM

anaktimur Publish time 27-5-2014 07:49 AM

mnm77 posted on 26-5-2014 04:13 PM static/image/common/back.gif
More accurate, ice crystals at temperature -20 degree celcius (first video at 0:30 s)

Yang lebi ...

terima kasih bg info...

alphawolf Publish time 11-6-2014 12:27 PM

Wallahualam...bagi aku benda2 camni lebih kepada spiritual, bukan fizikal.

bobok Publish time 19-10-2014 09:27 PM

jangan taksub sangat sampai nak justify guna ayat quran.

Masaru Emoto ni beli degree dariOpen International University kat India. sapa2 ada RM500 pun boleh dpt phd dia.

yg heran tu, di malaysia sahaja promo dia melibatkan quran, kalau website omputeh lain setakat cita molekul tu ada rupa setan & tak bersimetri jer sebelum di filter. mai kat malaysia terus setaraf dgn air zam2 + boleh affected dgn ayat quran lagi.

anaktimur Publish time 20-10-2014 09:28 PM

Itu hebatnya Allah... setiap molekul air pun blh berubah2
Pages: [1]
View full version: Molekul Air Berubah Apabila Dibacakan Ayat Al-Quran


ADVERTISEMENT