Ipo Publish time 17-5-2014 10:48 AM

KAMBING HITAM

Suasana di sebuah rumah penyangak. Seorang lelaki berbadan ketak-ketak lagak Hulk Hogan (A)sedang diikat di sebuah kerusi. Di dalam bilik yanghanya diterangi sebiji mentol kuning bergoyang-goyang di atas siling, seorang lelaki juga dengan badan sasa (B)sedang memandang tajam pada A. Dia mengetap bibir dan menggenggam tangan dengan kuat.

B: Mana kau sembunyikan barang tu?

A: Aku tak tahu!

B: Kau jangan nak berbohong!! Mana barang tu??

A: Sumpah aku tak tahu!!

B pandang kepada dua orang kuncunya yang berdiri di muka pintu bilik yang sudah mengawal di situ. Dia mengarahkan salah seorang darinya supaya mengambil pisau. Pisau itu dihulur kepada B. Pisau itu diletakkan di leher A.

B: Kau cakap sekarang! Mana kau sorokkan barang tu?? Kalau tak leher kau putus!!

A: Aku betul-betul tak tahu! Semalam, masa aku nak hantar ke tempat tu, ada kereta lain memotong kereta kami dan terus rampas barang tu!!

B sudah geram. Dia tumbuk A sekuat hati. Terteleng muka A, tersembur darah dari mulut.

B: Kau tahu berapa banyak kita dah rugi???

A: err...entah..

Sekali lagi penumbuk singgah di muka A. Kali ini A jatuh tergolek ke lantai. Harapkan badan saja berketak!! Otak ciput!! B ludah di situ.

B: Baiklah! ini kesalahan pertama kau. Sekarang ni aku nak kau cari kambing hitam! Aku bagi masa dua hari!! Kalau kau tak jumpa, kau akan jadi mayat!!

A dilepaskan. A melangkah keluar dari rumah itu dengan muka pucat.

B senyum. Dia pandang kedua kuncunya tadi.

Kuncu 1 : Bos, mana dia nak cari orang yang sanggup jadi kambing hitam untuk edar barang kita??

B: Itu dia punya pasal. Siapa suruh dia lingkupkan perniagaan kita!

Kuncu 2 : Aku rasa baik dia saja yang jadi kambing hitam! Bila barang dah selamat sampai, dia harus dilenyapkan.

B: Kita tunggu dulu. Beri dia peluang.



DUA HARI KEMUDIAN.

A datang semula ke rumah penyangak tadi, berjumpa dengan B. B sedang menikmati nasi lemak dan teh panas. Kuncu B tidak ada di situ.

B senyum. Nampaknya A menepati janji. A muncul selepas dua hari yang dijanjikan.

B: Bagus! Mana kambing hitam yang aku nak tu?

A: Ada.

A keluar semula dari rumah. Dia kemudian masuk semula ke dalam rumah itu.

B pandang A dengan riak pelik. Mana dia???!!

A: Tuh! ( Dia tunjuk pada dua ekor kambing hitam yang sempat dicuri malam tadi)

B : Hah??!! Biul punya otak!! ( Kepala A ditunjal-tunjal beberapa kali)

A: Err..kan hari tu kau nak kambing hitam.

Kuncu B muncul. Mereka turut melihat dua ekor kambing hitam di dalam rumah itu. Berdekah-dekah mereka ketawa. Berguling-guling!



Zielathefatlady Publish time 17-5-2014 05:31 PM

penyangak stupid ;P

cubby_qt Publish time 17-5-2014 06:29 PM

Panjangnya citer... dah dapat agak endingnya...

apapun.. nice... ;)

autumnlavender Publish time 17-5-2014 10:59 PM

hehehehehe :lol:

ElmoRed Publish time 17-5-2014 11:54 PM

hahahhahahha

donut_1752 Publish time 18-5-2014 09:45 AM

nice..;P;P

Eva_yy_Ellin Publish time 18-5-2014 09:07 PM

Betullah tu, kata nak kambing hitam :lol:

MissQaseh Publish time 18-5-2014 11:35 PM

penjahat blurr;P

adfiza Publish time 19-5-2014 02:17 AM

Ade gak penyangak tahap B gini..

amyainsamad Publish time 19-5-2014 12:28 PM

bongok..............

Vellfire Publish time 20-5-2014 10:49 AM

bungukkkkkk

hak Publish time 20-5-2014 12:28 PM

hahaa pnyangak sila pg skola dlu

Kiyoka Publish time 23-6-2014 01:59 PM

Gigih cite pjg2 walhal dh dpt jangka endingnye

Eljie Publish time 23-6-2014 03:57 PM

lurus bendul

redwed Publish time 20-1-2016 05:34 AM

Kiyoka replied at 23-6-2014 01:59 PM
Gigih cite pjg2 walhal dh dpt jangka endingnye

aku ingat aku sorang fikir gitu...


HEeIM Publish time 20-1-2016 10:39 AM

hmmmm....

Hsn3 Publish time 21-1-2016 08:55 PM

Merepek nyaaa

kelibat Publish time 22-1-2016 03:46 PM

hmmmmm.....

girl7 Publish time 27-1-2016 02:56 PM

hahahahaahaha

jojoe00 Publish time 27-1-2016 10:02 PM

:lol::lol::lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: KAMBING HITAM


ADVERTISEMENT