orange878 Publish time 16-5-2014 02:40 PM

SKALA BERUBAH (AUTOCAD)

Salam semua ,
Hope pertanyaan aku ni , korang boleh bantu aku .

Sesiapa yang mahir autocad niyh , aku nak tanya , kalau insert drawing , skala akan berubah ekh ? sb drawing yang asal skala dia kecik jek dalam 1:100, tp bila aku buat new create and "INSERT" -> msuk kan drawing td, skala masa nak print tu jadi 1:more than 1000. Memang macam tu ke ?



shazman73 Publish time 3-6-2014 10:53 AM

tjh8uthhyuhggt Last edited by shazman73 on 11-11-2014 11:32 PM

orange878 Publish time 4-6-2014 10:11 AM

frame drawing tak sama mcm model space gn layout space ekh?

shazman73 Publish time 4-6-2014 11:10 AM

tjh8uthhyuhggt Last edited by shazman73 on 11-11-2014 11:33 PM

matdue77 Publish time 23-7-2014 09:11 AM

Saiz takkan berbeza WALAU insert dalam mana2 drawing sekalipun MELAINKAN semasa drawing itu dibuat ukuran yang digunakan itu tidak sama...

Contoh :

Drawing 'A' guna ukuran 1 unit bersamaan 1 meter...
Drawing 'B' guna ukuran 1 unit bersamaam 1milimeter...

Jadi perbezaannya, jikalau Drawing A dimasukkkan (insert) dalam drawing B, ianya kena di SCALE Up kan kepada 1000 kali, kerana 1 meter bersamaan dengan 1000 milimeter, dan jika Drawing B di 'insertkan' dalam Drawing A, maka SCALE kena down kan kepada 1/1000 kerana 1 milimeter bersamaan dengan 0.001 meter...

Paham tak? Ini matematik jer sebenarnya, takda kaitan dengan Function dalam AutoCAD...

Masalah ini selalu berlaku kalau melibatkan drawing daripada disiplin CIVIL Engineering, diorang selalu guna 1 unit bersamaan 1 meter...

Harap penjelasan saya ini membantu...

matdue77 Publish time 23-7-2014 09:16 AM

Oh ya, satu lagi...

Perbezaan ini berlaku atas sebab METHOD yang digunakan adalah berbeza antara MANUAL DRAWING dan AUTOCAD DRAWING (Digital Drawing)

Penerangan :
Untuk manual drawing, segala ukuran adalah tertakluk kepada SKALA yang telah ditentukan terlebih awal dalam proses penghasilan drawing, jika skala yang digunakan adalah 1:1000, maknanya 1 unit dalam drawing itu bermaksud 1000 unit...

Untuk Digital Drawing, saya selalunya menggunakan SKALA 1:1, maknanya 1 unit di atas tanah/tapak, adalah bermaksud 1 unit didalam drawing... Ini kelebihan Digital Drawing... Kalau segala method dan teknik yang kita adalah benar dan tepat (tiada tipu dimension), InsyaALlah, drawing kita akan tepat... Ukuran tidak akan lari...

Sekian...

asfa_shah Publish time 31-12-2014 12:35 PM

Salam..

Saya ada menjual Autodesk Building Design Suite 2014

harga boleh nego

bangcak Publish time 24-2-2016 11:25 AM

tajuk tred nih menarik utk i bawak persoalan yg berkaitan.

i selesa guna autocad 2004.
poblemnya skang i da takbleh install versi lama tu
kat windows7 dan terbaru.

mohon bantuan pakar pliss :$

atau
sapa2 yg pernah install apa2 software purba yg tak
compatible dgn windows baru harap bleh komsi ilmu.
Pages: [1]
View full version: SKALA BERUBAH (AUTOCAD)


ADVERTISEMENT