leon_mclaren78 Publish time 12-5-2014 11:48 AM

Mencari student utk jalankan latihan industri / kursus praktikal

Salam, semua.

Syarikat kami merupakan syarikat kontraktor bumiputera yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor (blkg Taman Kosas) sedang mencari student2 IPT yang ingin menjalankan latihan industri / praktikum (utk jangkamasa 3 bulan ke atas).

Latihan yang bakal diberikan adalah berkait rapat dengan pengurusan pejabat, tugas2 am pejabat di samping memberikan pengalaman sebenar suasana bekerja di sesebuah organisasi.

Elaun bulanan akan diberikan sebanyak RM350 sebulan (elaun penuh utk kehadiran yang penuh). Asrama tidak disediakan.

Pejabat kamiterletak di tingkat 1 shop lot, tiada bayaran parking kenderaan dikenakan. Terdpt byk kemudahan di sekitar pejabat spt masjid, klinik, kedai makan, mini market, 7E, stesen minyak, mesin ATM, etc.

Environment kerja di syarikat kami sangat menyeronokkan tanpa sebarang politik dalaman di samping majikan & rakan-rakan sekerja yang friendly. Terdapat seramai 12 orang pekerja tetap yang bekerja di sini (ibupejabat). Pejabat cawangan kami yang lain adalah seperti di Stadium Sukan Bukit Jalil, KL dan Kawasan Perusahaan Kulim, Kedah.

Student2 yang tinggal di Klang Valley / sekitar kawasan Ampang adalah digalakkan untuk memohon. Tempat terhad kepada 2 org student sahaja pada satu2 masa.

Waktu pejabat ialah dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat). Sila PM untuk mendapatkan alamat emel & kemudian hantarkan resume bersama-sama surat permohonan daripada IPT masing2 jika berminat. Tawaran sentiasa dibuka sepanjang tahun.

Sekian, terima kasih.

pink_darina Publish time 13-5-2014 11:20 AM

Kerja kosong xde ke? :sweat3:

nr5450 Publish time 13-5-2014 06:47 PM

kalau 2 bulan 3 minggu boleh pertimbangkan tak??

vespa_oren Publish time 4-6-2014 07:20 AM

pink_darina posted on 13-5-2014 11:20 AM static/image/common/back.gif
Kerja kosong xde ke?

ko dh grad k? ada keje kosong cikgu sains/math kat ILP Ledang...

pink_darina Publish time 6-6-2014 08:53 PM

vespa_oren posted on 4-6-2014 07:20 AM
ko dh grad k? ada keje kosong cikgu sains/math kat ILP Ledang...

Blom lg..huhu..akan grad november ni..tp aku li dlu bln 6-8 ni

auntie_girl Publish time 7-6-2014 01:21 PM

vespa_oren posted on 4-6-2014 07:20 AM static/image/common/back.gif
ko dh grad k? ada keje kosong cikgu sains/math kat ILP Ledang...

kat mana tu?ledang?ledang tu katne ek?

vespa_oren Publish time 7-6-2014 01:50 PM

auntie_girl posted on 7-6-2014 01:21 PM static/image/common/back.gif
kat mana tu?ledang?ledang tu katne ek?

Ledang dkt area gunung ledang johor... Dulu daerah muar skrg dh pecah jdi ledang

missnina Publish time 18-6-2014 09:19 PM

vespa_oren posted on 4-6-2014 07:20 AM static/image/common/back.gif
ko dh grad k? ada keje kosong cikgu sains/math kat ILP Ledang...

ada kekosongan cikgusubjek aircond kat sana?


#lady_rara Publish time 19-3-2017 12:17 AM

Tak de ke branch dekat penang. Kalo ada nak intern :$:$
Pages: [1]
View full version: Mencari student utk jalankan latihan industri / kursus praktikal


ADVERTISEMENT