pfiza Publish time 10-5-2014 07:20 PM

Kelebihan Nissan Almera Yang Perlu Anda Tahu

http://s2.paultan.org/image/DSC_5295-950x568.jpg

SAYApernah bertanya kepada bekas seorang Pengarah Urusan sebuah syarikatautomotif mengenai pengeluar manakah yang bakal menjadi ancaman kepadasyarikatnya.
Jawapannyadi luar jangkaan apabila dia tidak menyebut jenama Korea Selatanseperti yang saya jangkakan. Jawapan yang diberikan ialah Nissan denganalasan pengeluar tersebut boleh menawarkan harga kereta yang murah.
Benarkatanya, selang beberapa bulan kemudian, Nissan melancarkan Almera padaharga RM66,000 yang berada pada paras harga kereta nasional.
Serta-mertaAlmera menjadi popular dan mencatat rekod tempahan melebihi 15,000 unitdalam masa tiga bulan selepas dilancarkan pada penghujung Oktober 2012.Almera juga terbukti popular apabila mencatat carian tertinggi dalamsenarai automotif Google untuk tahun 2012.
Selepasenam bulan dilancarkan, saya mendapat peluang untuk memandu uji NissanAlmera Grade E. Sebelum itu, sudah lama saya memerhatikan Almera dariluar. Memang diakui saiznya besar dan saya fikir itulah antara faktorjualan utama model tersebut.
Nampaknyapasukan pembina model itu berjaya menekan butang yang betulmemandangkan banyak sungguh Almera di atas jalan sekarang. Demografipembelinya juga pelbagai. Lelaki, wanita, muda dan berusia. Selain itu,Almera merupakan alternatif yang segar di antara pesaingnya yang lainseperti Toyota Vios dan Honda City yang kini sudah memasuki kitaranakhir produk.
Nissandilihat mempunyai jalan mudah untuk membuat penanda aras memandangkankedua-dua model itu sudah lama berada di pasaran. Senang kata, Nissandapat mengagak selera pembeli berdasarkan ciri-ciri yang ada padapesaingnya. Hasilnya, Almera tampil dengan pakej yang kena dengan selerapengguna. Jadi tidak hairanlah kenapa model itu merupakan sedan globalterlaris Nissan.
Saizdalaman Almera memang besar walaupun dari luar nampak kompak. Iniberjaya dilakukan melalui teknik memaksimumkan ruang. Ruang kakipenumpang belakang luas, begitu juga dengan bonet.
Duaciri tersebut sangat penting berdasarkan budaya pembeli terutama sekalidi negara membangun yang mempunyai keluarga, selain suka berjalan jauhseperti pulang ke kampung dan bercuti. Kerusi pemandu dan penumpang jugaselesa. Saya yakin penumpang pasti lena tidur semasa dalam perjalanan.
Penjimatan kos
Daripadatempat duduk pemandu, kerusinya boleh dilaras ke atas dan ke bawah.Namun disebabkan fizikal saya yang tinggi perbezaannya tidak ketara.Melihat keluar, kereta ini terasa tinggi namun itu merupakan poin bonusuntuk pemandu wanita dengan fizikal yang rendah.
AlmeraGrade E adalah varian kedua termurah pada harga RM69,000. Makaperalatannya tidaklah semewah varian lain. Terdapat beberapa ciri-ciripenjimatan kos seperti stereng yang kurang selesa dipegang. Perkakasanplastik juga nampak kasar permukaannya.
Paparangrafik meter juga berbeza daripada varian lain dan nampak biasa-biasasahaja. Almera Grade E didatangkan dengan hanya satu beg udara disebelah pemandu. Tetapi sistem keselamatan lain seperti EBD, BA dan ABSdikekalkan.
Darisegi pemanduan, Almera sememangnya ditala untuk negara membangun dengankeadaan jalan yang tidak sempurna. Almera menyerap hentak lopak jalandengan baik. Pada kelajuan sederhana di atas lebuh raya, kereta terasastabil walaupun dengan saiz tayar yang langsing. Kiranya dua ciritersebut boleh saya kelaskan sebagai bagus.


Suasanadi dalam kabin juga agak senyap. Namun Almera tidak boleh lari daripadasifat kereta sedan biasa. Olengannya sederhana sewaktu mengambilselekoh, manakala stereng tidaklah ‘setajam’ mana.

Untukkuasa pula, Almera dijana oleh enjin bersesaran 1.5 liter CVTC yangdipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Pecutan Almera terasa lineardan saya fikir mungkin itulah karakter enjin moden yang mungkindipengaruhi oleh teknologi penjimatan minyak.
Sewaktumemandu dalam keadaan normal, enjin Almera sememangnya senyap danlancar. Namun karakternya berubah menjadi lebih ‘garau’ apabila geardianjak daripada seleksi D ke gear 2 semasa mendaki bukit atau memotongkenderaan.
Harusdiakui Nissan memang pandai memasarkan kereta mereka bagi memenuhipelbagai kehendak pasaran. Ini boleh dilihat melalui aksesori rasmidengan jaminan kilang seperti Nismo, Autech dan paling popular ialahImpul.
Bagimereka yang mahukan penampilan dan karakter sporty, Nissan adamenyediakan pakej Impul. Pakej itu terdiri daripada kit badan, sistemsuspensi dan ekzos dengan tambahan RM10,000 untuk pakej penuh.
Pembelijuga boleh menaik taraf aksesori standard seperti pemain cakera padatkepada DVD dan sistem navigasi, kerusi kulit dan roda aluminium. Jikaterasa banyak sangat yang hendak ditambah, beli sahaja model spesifikasipenuh iaitu Grade VL yang pastinya lebih menarik dan mewah.
Setakatini saya sudah memandu uji tiga buah model Nissan. Harus diakui bahawaproduknya mempunyai ciri tersendiri seperti pemanduan selesa dansemestinya penggunaan minyak yang ekonomikal.
Berdasarkanpengalaman pandu uji, saya dapat rasakan Almera dibina dan dibangunkanoleh pasukan jurutera dan pereka berpengalaman. Mereka berjayamemberikan semua ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran.
Almerajuga dilihat popular kerana ia menawarkan alternatif sesuai untukmereka yang baru berkeluarga dan pilihan yang segar untuk menaik tarafdaripada kereta bandar. Nissan memasarkan Almera pada masa yang sangatsesuai, ketika pengeluar lain sedang menyiapkan model masing-masing. Maklumat terkini dan lebih menarik tentang Nissan Almera Disini

mofisa Publish time 10-5-2014 08:51 PM

kalau tak kisah pasal power, handling, gadget & safety boleh la amik almera ni.

shazman73 Publish time 10-5-2014 09:36 PM

lain org lain seleranya, klu aku pilihan yg aku utamakan
1.reka bentuk
2.keselamatan
3.harga yg berpatutaan dengan apa yg ditawarkan.
4. kuasa injin

pfiza Publish time 10-5-2014 10:56 PM

Yang pasti kepuasan itu ada dengan setiap keluaran kereta, ada lebih n kurangnya..

fzbikers Publish time 11-5-2014 07:20 AM

Kalau Almera ada VSA, VSA yang ada stability assist dengan more safety feature mmg lama dah amik kereta ni..
Walaupun rupa dia kurang sikit dari mata aku compare Vios & city.

pfiza Publish time 11-5-2014 08:11 AM

fzbikers posted on 11-5-2014 07:20 AM static/image/common/back.gif
Kalau Almera ada VSA, VSA yang ada stability assist dengan more safety feature mmg lama dah amik ker ...

Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu.. :lol:

mofisa Publish time 11-5-2014 08:23 AM

pfiza posted on 11-5-2014 08:11 AM static/image/common/back.gif
Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..

tak penah dibuat tambah sendiri VSA..haha
bukan mcm tukar sport rim.

pfiza Publish time 11-5-2014 08:26 AM

mofisa posted on 11-5-2014 08:23 AM static/image/common/back.gif
tak penah dibuat tambah sendiri VSA..haha
bukan mcm tukar sport rim.

Yang x pernah tu patut dicuba buat ya..;P

fzbikers Publish time 11-5-2014 10:07 AM

pfiza posted on 11-5-2014 08:11 AM static/image/common/back.gif
Macam itu ke... boleh tambah sendiri kot VSA tu..
VSA tu vehicle stability assist, bahasa Melayu bantuan penstabilan kenderaan dengan bantuan komputer/elektronik. Mengesan dan tolong kurangkan pengurangan cengkaman tayar a.k.a skidding. Toyotapanggil VSC, vehicle stability control dan lain2..sama ja kalau ada stability tu. konsep dia
macam kat bawah ni..
Tak boleh di tambah sendiri sebab ada banyak lagi bahagian macam sensor, control unit, hydraulic modulator dan lain2.Kena di pasang di kilang dan kenderaan tu mesti direka untuk ada VSA tu..

http://world.honda.com/news/1997/image/t970702d_2.gif       http://www.civicfb2012.com/wp-content/uploads/2012/06/civic-2012-vsa.jpg

Contoh VSA pada civic FB..kredit isaactan.net
http://3.bp.blogspot.com/-s2LlsdhCXSo/Udllrew4QuI/AAAAAAAAPwI/mEmKBf6KXKg/s640/Honda+Civic+Bloggers%2527+Drive+Experience+3.jpg









Last edited by fzbikers on 11-5-2014 10:09 AM

pfiza Publish time 11-5-2014 11:12 AM

fzbikers posted on 11-5-2014 10:07 AM static/image/common/back.gif
VSA tu vehicle stability assist, bahasa Melayu bantuan penstabilan kenderaan dengan bantuan komput ...

tq tentang VSA tu..x reti sgt bab2 canggih2 nie he2:lol:

fzbikers Publish time 11-5-2014 11:41 AM

pfiza posted on 11-5-2014 11:12 AM static/image/common/back.gif
tq tentang VSA tu..x reti sgt bab2 canggih2 nie he2

Senang ja, VSA tu kalau keta nak terbabas, brek dengan control stereng ja ke arah yang betul.
Kurang risiko nak terbabas.

pfiza Publish time 11-5-2014 01:35 PM

fzbikers posted on 11-5-2014 11:41 AM static/image/common/back.gif
Senang ja, VSA tu kalau keta nak terbabas, brek dengan control stereng ja ke arah yang betul.
Ku ...

cm tu ke... hebat sungguh VSA tu kan..

fzbikers Publish time 11-5-2014 02:34 PM

pfiza posted on 11-5-2014 01:35 PM static/image/common/back.gif
cm tu ke... hebat sungguh VSA tu kan..

X hebat, cuma kena ada kesedaran org Malaysia penting ada VSA/VSC ni.Kalau semua pengguna nak pengeluar kena sertakan sekali.Macam kat negara
luar.Banyak negara yang dah wajibkan ada VSA/VSC selain airbag etc untuk jual kat negara diaorang.
Sikap pemandu pn kena defensive driving/berhati2 di jalan raya.

pfiza Publish time 11-5-2014 08:27 PM

fzbikers posted on 11-5-2014 02:34 PM static/image/common/back.gif
X hebat, cuma kena ada kesedaran org Malaysia penting ada VSA/VSC ni.Kalau semua pengguna nak peng ...

Hamboi ayat bersemangat sungguh ya... bagus2

mofisa Publish time 12-5-2014 08:53 AM

even proton pon dah ada teknologi VSA ni kat Preve & Suprima S.

penyo Publish time 12-5-2014 12:33 PM

tumpang tanya....kalau ABS tu , experienced driver boleh lakukan ABS manually...kalau VSA ni boleh control manually tak?:D

asermullen Publish time 12-5-2014 04:59 PM

66k 1 airbeg?? basic spec saja? tambah lagi5k dapat suprima.. macam2 ada.. even basic spec

dualchicks Publish time 12-5-2014 05:16 PM

asermullen posted on 12-5-2014 04:59 PM static/image/common/back.gif
66k 1 airbeg?? basic spec saja? tambah lagi5k dapat suprima.. macam2 ada.. even basic spec

http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Suprima/Model%20Overview%20Page.aspx

Tambah 5 ribu rasanya penutup rim jenis tepek kot :lol:

asermullen Publish time 12-5-2014 05:42 PM

dualchicks posted on 12-5-2014 05:16 PM static/image/common/back.gif
http://www.proton-edar.com.my/en/Models/Suprima/Model%20Overview%20Page.aspx

Tambah 5 ribu rasa ...

takpa yg penting 6 airbeg huhuhuh

pfiza Publish time 12-5-2014 08:18 PM

mofisa posted on 12-5-2014 08:53 AM static/image/common/back.gif
even proton pon dah ada teknologi VSA ni kat Preve & Suprima S.

Kita patut bangga dengan produk keluaran Malaysia..kalau kita x support sape lagi..

Pages: [1] 2
View full version: Kelebihan Nissan Almera Yang Perlu Anda Tahu


ADVERTISEMENT