Ipo Publish time 25-4-2014 11:33 AM

NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH

Edited by Ipo at 23-10-2015 09:06 AM




BAB 1


KUDIN mengelap peluh yang menitik di dahi. Dia mendongak melihat ke dada langit. Matahari terik memancar. Silau mata melihat pancaran matahari sudah tembus ke bumi. Tuala di tengkuk ditarik dan dia mengelap lagi peluh yang semakin rancak menitik. Sesekali dia jenguk ke tengah sawah. padi sudah mula menguning. Bermakna hasilnya menjadi tahun ini. Dia tersenyum lebar. Puas dengan hasil usahanya selama ini. Air kopi panas dari dalam termos yang dibawa sejak pagi tadi masih panas. Dia teguk seketika. Mata masih menghala ke tengah sawah. Angin sepoi menerpa ke mukanya. Ah! Nyaman dan segar. Pokok kelapa yang agak tua yang meneduhi pangkin yang didudukinya itu sudah banyak berjasa pada penduduk di situ. Pokok itulah rasanya yang tertua sekali di Kampung Pinang Patah. Seingatnya sejak kecil lagi pokok itu sudah wujud sehinggalah usianya mencecah tiga puluh tahun.

"Hmm...bila la agaknya aku nak dapat kerja tetap ni.." Kudin mengeluh. Sudah bosan dengan kerja kontrak di bandar KL. Selalu bertukar kerja saja. Terpaksa balik kampung tanam padi.Nasib badan.

Pandangannya dilepaskan pula ke arah kiri. Jalan merah yang hanya muat untuk sebuah kereta itu diperhatikan seketika. Jalan merah itu masih tidak berubah. Sejak dia kecil lagi jalan merah itu masih seperti itu. Tidak bertar. Nampak sangat Kampung Pinang Patah tidak diendahkan pembangunannya. tertinggal dari segi kemudahan. Zaman sudah moden tetapi kampungnya masih di takuk lama. Tiada lampu jalan, jalan tanah merah, kebanyakan rumah pula tiada bekalan elektrik, hanya pakai lampu gasolin. Sebelah malam pula, tak ramai penduduk yang keluar lepak. Kampung pula dekat dengan hutan tebal. Bila difikirkan semula, memang ketinggalan!

Kudin mula melompat dari pangkin yang agak tinggi. Dia menelusuri batas sawah untuk pulang ke rumahnya yang terletak agak jauh dari rumah penduduk lain.

"Abang Kudin! Abang Kudin!"

Kudin menoleh. Senah berlari-lari ke arahnya sambil melambai-lambai.

"Ish! Apa pulak minah ni nak? Dah la gedik tak cukup tanah!" Kudin mengomel. Memang dia tidak suka pada gadis itu.

"Abang nak balik dah ke?" Tercungap-cungap Senah di depan Kudin. Tadi dia berlari agak laju juga semata-mata nak bertemu dengan Kudin.

"Awak nak apa?" Kudin hanya menjeling.

"Garangnya! Abang ni..apa salah Senna?" Muka Senah sudah muncung.

Kudin sengih. Senna?? Ada hati nak nama orang putih. Nama melayu dah cantik dah...perasan je lebih minah ni.

"Saya nak balik. Lapar!" Kudin kembali mengatur langkah.

"Tunggu la bang! Senna belum habis cakap dengan abang ni.." Senah membuntuti Kudin berjalan di batas sawah yang becak. Semalam hujan agak lebat.

"Nak apa lagi?" Kudin berpaling. Langkahnya terhenti.

"Abang tahu tak..semalam Mak Jemah tu cakap, ada orang mati kena bunuh kat kampung kita ni. Orang tu pulak bukan dari kampung kita ni. Dia orang luar. Entah siapa la yang campak mayatnya kat kampung kita ni. Bawa sial je kan?" Laju saja mulut Senah bercerita.

Kudin pandang Senah dengan riak curiga. Bukan tak nak percaya tapi dia sudah lali dengan cerita Senah yang suka bawa mulut. Macam mulut Joyah kampung seberang tu. Tapi cerita yang dibawa kali ni bukan gosip liar macam gosip artis ke apa ke. Kali ini cerita bunuh!

"Mana awak tahu semua ni? Mak Jemah tu mulut celupar. Suka mengumpat, bawa cerita tak tentu hujung pangkal. Awak jangan percaya kata dia tu!" Kudin meneruskan langkah semula.

Senah turut melangkah sama. beriringan pula dengan Kudin.

"Tapi kan bang...orang yang kena bunuh tu perempuan. Cantik! Entah-entah artis kut!" Senah sengih.

"Tak usah percaya semuatu. Mengarut!" Kudin semakin laju melangkah.

Senah berhenti melangkah. Dia cukup geram dengan Kudin. Tak pernah melayannya dengan baik. Cerita yang dibawanya kali ini bukan rekaan, ianya benar belaka!

"Ah! Aku kena siasat apa yang berlaku sebenarnya. Aku nak abang Kudin tu percaya yang aku ni bukan bawa cerita kosong!" Senah berpatah balik, berjalan di batas sawah menuju ke arah basikal yang diletakkan di bawah pokok kelapa dekat dengan pokok Kerian. Dia perlu tahu siapa perempuan yang kena bunuh itu!



Last edited by NaylaArisha on 19-8-2014 09:17 AM

pooh83 Publish time 25-4-2014 11:46 AM

uiks..new cerpen ke ipo? arrissa n daniel tu jgn tinggal lama2 pulak tau :)

wipers81 Publish time 25-4-2014 11:57 AM

Wah.. Ipo kembali dengan cerita baru. Opening okey sangat.

Zamzam2013 Publish time 25-4-2014 12:16 PM

pooh83 posted on 25-4-2014 11:46 AM static/image/common/back.gif
uiks..new cerpen ke ipo? arrissa n daniel tu jgn tinggal lama2 pulak tau

tau takpe... bukan apa takut rindu kt arissa +daniel

pooh83 Publish time 25-4-2014 12:18 PM

Zamzam2013 posted on 25-4-2014 12:16 PM static/image/common/back.gif
tau takpe... bukan apa takut rindu kt arissa +daniel

kan2?..tapi cerpen ni pun best jugak.. @ipo...sambung please!! both arrissa daniel n kebaya merah nie ;P

haha..pening ipo nak melayan peminat yg hanya tau mintak sambung je nie :lol:

merahsilver2U Publish time 25-4-2014 12:24 PM

tinggal jejak dulu... ;P

cop3... arissaa Daniel tu jgn biar je tau... :curse:

apa pun.. tahniah ye... :D

lina21 Publish time 25-4-2014 12:27 PM

wah!..aura cik leha dah mai,shuker2....:lol:

tapi mintak ipo habiskan cerita arissa daniel jugak pliss:$:$

Nicki_Meow Publish time 25-4-2014 01:50 PM

Ai lah yang pakai kebaya merah tu.... :$


Tetibaaaaa.....:lol:

pooh83 Publish time 25-4-2014 02:19 PM

Nicki_Meow posted on 25-4-2014 01:50 PM static/image/common/back.gif
Ai lah yang pakai kebaya merah tu....




bukti mana bukti? ;P

Nicki_Meow Publish time 25-4-2014 02:26 PM

pooh83 posted on 25-4-2014 02:19 PM static/image/common/back.gif
bukti mana bukti?

:curse:

Naahhhhhh.......



http://kamilaahmad.files.wordpress.com/2011/11/vanida1.jpg?w=180


:$







:lol::lol::lol:



pooh83 Publish time 25-4-2014 02:34 PM

Nicki_Meow posted on 25-4-2014 02:26 PM static/image/common/back.gif
Naahhhhhh.......

hammbbooiii...nie hari jumaat nie cuba pakai kebaya merah dgn tudung skali..nie siap terlentok lagik :curse:

:lol:;P

Nicki_Meow Publish time 25-4-2014 02:39 PM

pooh83 posted on 25-4-2014 02:34 PM static/image/common/back.gif
hammbbooiii...nie hari jumaat nie cuba pakai kebaya merah dgn tudung skali..nie siap terlentok lag ...

Tu gambo malam semalam.....








whoooooooppsssss.... :$:L










:lol::lol::lol:

Zamzam2013 Publish time 25-4-2014 02:45 PM

apa2 jelah u alls semua nak gaduh... hehehehe... sabor... TT sambung lg...

pooh83 Publish time 25-4-2014 02:46 PM

Nicki_Meow posted on 25-4-2014 02:39 PM static/image/common/back.gif
Tu gambo malam semalam.....




haip..gambar mlm semlm yg lebih2 tu sila simpan utk tatapan sendiri je ok :$

nie dok lepak rumah org..zack mana nie?? lama benor menyepi..

Nicki_Meow Publish time 25-4-2014 02:54 PM

pooh83 posted on 25-4-2014 02:46 PM static/image/common/back.gif
haip..gambar mlm semlm yg lebih2 tu sila simpan utk tatapan sendiri je ok

nie dok lepak ruma ...
Zack ada. Baru kuar spital. Kasilah rehat dulu....;P






















Hahahahah.... Marah si Ipo kang... OT kat benang dia.... :lol:









pooh83 Publish time 25-4-2014 02:57 PM

Nicki_Meow posted on 25-4-2014 02:54 PM static/image/common/back.gif
Zack ada. Baru kuar spital. Kasilah rehat dulu....




betul2..dh la..ipo...sorry dear..jgn lupa sambung tau..we r all waiting..{:mlpomelo:}

Zamzam2013 Publish time 25-4-2014 02:58 PM

Nicki_Meow... dh rindu sgt nak tau pasal zack ni....

Nicki_Meow Publish time 25-4-2014 03:02 PM

Zamzam2013 posted on 25-4-2014 02:58 PM static/image/common/back.gif
Nicki_Meow... dh rindu sgt nak tau pasal zack ni....

Busy sket lah Zam... tak sempat nak ngadap lappy. Idea pun tengah kuncup.... ;P

Minggu depan ek... InShaAllah...

Zamzam2013 Publish time 25-4-2014 03:15 PM

Nicki_Meow posted on 25-4-2014 03:02 PM static/image/common/back.gif
Busy sket lah Zam... tak sempat nak ngadap lappy. Idea pun tengah kuncup....

Minggu depan ek ...

ok... no hal... take ur time...

wipers81 Publish time 25-4-2014 03:35 PM

Mana Ipo ni. Dahlah bagi opening yang agak happening lepas tu hilang. TT, sambunglah. Please... {:1_141:} :drool3: Last edited by wipers81 on 25-4-2014 03:42 PM

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: NOVEL : GADIS KEBAYA MERAH


ADVERTISEMENT