yipun_78 Publish time 19-4-2014 03:07 PM

Page Panggilan Pertiwi

Menyuburkan jiwa patriotik

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0419/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg SEBAHAGIAN daripada buku-buku mengenai ketenteraan milikMohd. Ridhuan yang kerap diulang baca pada masa lapang.


HELAIAN muka surat buku Kanang: Kisah Seorang Pahlawan yang baru dibelinyaselepas pulang dari sekolah diselak perlahan-lahan, manakala matanya pulatertancap pada baris-baris ayat yang tertulis.
Buku biografi tulisan Mejar (B) Maznan Noordin itu mengisahkan sejarah hiduppahlawan negara, mendiang Pegawai Waran 1 (B) Kanang Langkau menentang pengganaskomunis semasa era Insurgensi.
Dengan gaya bahasa yang mudah dan ringkas, penceritaan Maznan, bekas pegawaiperhubungan awam Tentera Darat itu cukup terkesan pada jiwa Mohd. RidhuanAbdullah, yang ketika itu berusia 13 tahun.
Keberanian Kanang bertempur dengan pengganas komunis sehingga cedera parahsetelah ditembusi peluru musuh cukup dikagumi.
Dia ingin menjadi seperti Kanang suatu hari nanti dan pada masa samamencetuskan minatnya terhadap bahan bacaan bercorak ketenteraan.
Kanang yang diangkat sebagai wira negara merupakan satu-satunya penerima duapingat keberanian tertinggi kerajaan Persekutuan iaitu Seri Pahlawan GagahPerkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) kerana keberaniannya.
Bekas Pegawai Waren 1 berketurunan Iban ini terlibat dalam dua pertempurandengan pengganas komunis iaitu dalam Gerakan Setia 1979 di kawasan Hutan Korbudan Gerakan Khas Setia 1980 di Tanah Hitam, kedua-duanya di Perak.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0419/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg MOHD. RIDHUAN


Kanang yang kemudian dianuerahkan gelaran Datuk Temenggong oleh kerajaanSarawak meninggal dunia pada 3 Januari tahun lalu akibat serangan jantung padausia 68 tahun.
Buku biografi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun1987 itu telah menemui kira-kira setengah juta pembaca dan menjadi buku terlarisketika itu.
Kini, Mohd. Ridhuan, 39, yang merupakan pakar teknologi maklumat di sebuahfirma swasta di ibu negara masih menebal dengan minatnya membaca buku-bukuketenteraan.
Tahu sejarah
Tidak kurang 150 buku pelbagai judul mula dikumpul sejak 17 tahun lalu,terutamanya bercorak sejarah menghiasi rak buku yang disimpan rapi di dalamsebuah bilik khas di rumahnya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
"Buku kedua saya juga karya Maznan berjudul Gonzales : Kenang-kenanganSeorang Jeneral yang mengisahkan biografi bekas Panglima Angkatan TenteraMalaysia, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth.
"Saya amat menggemari buku-buku sejarah ketenteraan sama ada era Perang DuniaPertama, Perang Dunia Kedua sehinggalah konflik antarabangsa selain biografipemimpin-pemimpin tentera tersohor.
"Ia bukan sekadar kerana minat, tetapi banyak perkara yang boleh diketahuiserta dipelajari menerusi sejarah peperangan, misalnya mengenai tamadunmanusia.
"Percaturan strategi-strategi perang oleh jeneral terhebat juga bolehdisesuaikan dengan keadaan semasa misalnya perniagaan atau menjadi sumbermotivasi," ujarnya yang menilaikan koleksi buku-bukunya mencecah RM11,000.
Ada antara buku-buku ini dibeli secara atas talian menerusi laman web luarnegara selain di karnival buku.
Perkembangan teknologi komunikasi semasa turut menyaksikan Ridhuan menjadikanlaman sesawang berita, portal dan blog sebagai pelengkap menambahkanpembacaanya.
Akuinya, portal berita berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris yangdikendalikan oleh blogger-blogger bebas ini pantas memaparkan maklumat-maklumatterkini berhubung hal ehwal ATM atau pertahanan serantau.
Terdapat kira-kira 12 laman portal berkaitan pertahanan di negara iniantaranya ialah Military of Malaysia, Malaysia Military Power, MalaysianDefence, Askar Setia dan Bekas Komando.
Namun begitu, minatnya membaca, membeli dan mengumpul buku-buku pertahanantidak padam demi kepuasan tersendiri.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0419/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

KANANG menunjukkan parut ditembak musuh.


Menabung gaji
Turut berkongsi minat yang sama ialah dua rakannya, Abdul Aziz Abas, 40, danIbrahim Azhar Ab. Wahab, 31.
Abdul Aziz misalnya, menyimpan 140 buku ketenteraan terutamanya mengenaipesawat udara dan teknologi aeroangkasa, manakala 120 buku teknologi pertahananserta persenjataan dimiliki Ibrahim.
Koleksi ini tidak termasuk majalah dan jurnal ketenteraan yang dibeli setiapbulan.
"Setiap buku berharga antara RM70 hingga RM200. Jika dihitung semuanyakoleksi buku-buku yang dikumpul sejak 15 tahun lalu mencecah kira-kiraRM14,000," ujar Abdul Aziz yang berasal dari Ipoh, Perak.
Pegawai keselamatan pembinaan sebuah syarikat swasta ini turut mengakui minatmembaca buku-buku ketenteraan itu menjadikan dirinya lebih peka terhadap isukeselamatan dan pertahanan serantau.
Beliau yang pernah bercita-cita menjadi anggota tentera menyifatkanpengorbanan pasukan keselamatan mempertaruhkan nyawa menjaga kedaulatan negaraamat besar dan tidak ternilai.
"Buku paling mahal dibeli ialah Jane's All the World's Aircraft berhargakira-kira RM2,600 dalam talian beberapa tahun lalu.
"Saya menyimpan sedikit wang gaji untuk membeli bahan-bahan bacaan ini, dankini minat yang sama turut dikongsi bersama keluarga sebagai menambahpengetahuan am mereka.
"Membaca buku-buku pesawat perang mendedahkan kita dengan teknologiaeroangkasa yang berkembang pantas.
"Penguasaan teknologi menjadikan sesebuah negara itu kuat untuk digerunimusuh berbanding negara yang lemah kuasa tenteranya," ujar beliau yang mencaribuku kegemarannya di beberapa kedai buku terpakai sekitar Ipoh, Perak.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0419/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
PERANG Vietnam mengorbankan 58,000 tentera Amerika Syarikatmanakala 2,000 orang lagi hilang.

Berbeza dengan dua rakannya, Ibrahim Azhar yang merupakan penjawat awam diPutrajaya pula adalah bekas pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes)di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Semasa bersekolah dahulu, beliau pernah menyembunyikan novel Kanang : KisahSeorang Pahlawan agar tidak ditemui pelajar lain di perpustakaan sekolahsemata-mata ingin meminjam buku tersebut.
"Saya menggemari buku-buku tentang taktik peperangan, ensiklopediapersenjataan termasuklah novel berlatarkan ketenteraan.
"Sebelum ini kebanyakan bahan bacaan terhad kepada buku terbitan luar negara,tetapi sejak kebelakangan ini ada penerbit tempatan tampil dengan karyasedemikian khususnya buku bercorak biografi.
"Antaranya buku Jottings X-Nuri Pilot oleh Mejar (B) Nor Ibrahim Sulaiman;Den Komando : Menjunjung Bere Hijau tulisan Mejar (B) Nazar Talib dan Komando 69karya Muhammad Fuad Mat Noor," katanya. Beliau berpendapat, perlu lebih banyakpenerbitan seumpamanya yang wajib dimiliki perpustakaan sekolah di bandar dandesa untuk memupuk semangat patriotik seawal usia kanak-kanak.
Malangnya, atas faktor perniagaan penerbit tempatan lebih gemar menerbitkanbuku-buku yang boleh jual laris seperti novel cinta dan cerita-cerita remeh.
Apa yang menarik, Mohd. Ridhuan, Abdul Aziz dan Ibrahim mula bersahabat sejaksembilan tahun lalu sebagai rakan maya menerusi laman sosial Facebook dan seringberbincang mengenai hal ehwal pertahanan serantau.
Sejak itu, mereka bersama beberapa rakan lain menubuhkan sebuah laman sembangpertahanan tempatan dikenali sebagai Panggilan Pertiwi dengan kira-kira 120 ahliyang semuanya berkongsi minat serupa.
Bermula sebagai sebuah laman sembang, Panggilan Pertiwi kemudian didaftarkansebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Oktober 2012 dan menjadisatu-satunya NGO berkaitan pertahanan di negara ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2zJVWg5kk
Hakcipta terpelihara

yipun_78 Publish time 19-4-2014 03:08 PM

Hubungan erat media, Tentera Darat





Oleh ZAKI SALLEH


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0419/Kosmo/Varia/va_01.1.jpg
PETUGAS media cetak dan elektronik dapat melihat sendiri kemahiran anggota Tentera Darat semasa beroperasi di medan.

--------------------------------------------------------------------------------



DALAM kalangan warga Tentera Darat (TD), Lapang Sasar Sungai Menyala Port Dickson, Negeri Sembilan meninggalkan kenangan pahit mahupun manis terutama semasa bergelar rekrut.

Di sinilah buat pertama kali kemahiran asas para rekrut iaitu menembak diuji dan diasah sepanjang enam bulan mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Perajurit (Pusasda) sehingga mahir.

Justeru, pemilihan lapang sasar tersebut sebagai lokasi program Hari Media Bersama Tentera Darat baru-baru ini mempunyai singnifikan tersendiri.

Program berkenaan dikelolakan oleh Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (Tradoc) dengan kerjasama Sel Perhubungan Raya TD melibatkan seramai 81 petugas media cetak dan elektronik.

Selaku tuan rumah, Panglima Latihan TD, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki menyambut ketibaan para media kira-kira pukul 9 pagi diikuti penerangan ringkas aktiviti program sehari itu.

Acara pertama bermula selepas sarapan iaitu menembak menggunakan raifal M4 Carbine. Terlebih dulu, para media yang dibahagikan kepada 20 kumpulan ditunjukkan cara-cara pengendaliannya.

Bagi pengamal media yang pertama kali berpeluang menembak senjata api perasaan teruja sukar disembunyikan.

Program yang berlangsung dalam suasana santai itu diselangselikan dengan beberapa demonstrasi kemahiran pasukan di bawah pemerintahan Tradoc.

Antaranya, Institut Kejuruteraan TD (Ijed), Institut Kejuruteraan Komunikasi dan Elektronik TD (Iked), Pusat Latihan Artileri (Pusarti), Pusat Latihan Kor Polis Tentera (Pulapot) serta Pusat Latihan Kor Perkhidmatan (Pulmat).

Pengamal media dipertontonkan dengan kepakaran Tim Pembaikan Hadapan (FRT) dari Ijed membaik pulih kenderaan di medan tempur, manakala Iked pula mempamerkan tatacara perhubungan radio TD.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0419/Kosmo/Varia/va_01.2.jpg
PENGAMAL media menguji kemahiran menembak menggunakan raifal M4 Carbine.

--------------------------------------------------------------------------------


Tangkas

Kecekapan anggota membuka dan memasang meriam Pack Howitzer L5/105 untuk diatur gerak melepasi halangan pula ditunjukkan oleh para pelatih dari Pusarti.

Meriam kompak buatan Itali yang boleh menembak ke sasaran sejauh 10 kilometer (km) digunakan TD sejak tahun 1960-an ini merupakan tulang belakang bagi memberikan tembakan bantuan termasuk semasa Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah tahun lalu.

Tidak kurang hebatnya ialah demontrasi menumpaskan enam penjenayah menerusi seni mempertahankan diri tempur tanpa senjata (TTS) oleh anggota Polis Tentera Tentera Diraja (KPTD) dari Pulapot yang cukup mendebarkan.

TTS adalah kemahiran wajib pegawai dan anggota KPTD yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan disiplin dalam kalangan TD.

Kemuncak program ini ialah acara menembak jatuh piring novelti yang menggabungkan pegawai-pegawai kanan TD bersama pengamal media.

Selain Panglima TD, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, acara disertai Timbalannya, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan TD, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Gelaran juara milik kumpulan Rejimen Sarjan Mejar TD diketuai Pegawai Waren I Musa Haron setelah menjatuhkan kesemua piring dalam tempoh masa paling singkat.

Sepanjang program ini, para pengamal media dijamu masakan yang cukup membuka selera hasil air tangan penuntut-penuntut Kursus Pramusaji Pulmat menggunakan dapur medan selain dihiburkan persembahan akuistik Kugiran Pulmat.

Kerjasama

Sementara itu, Raja Mohamed Affandi ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, program tersebut mencapai matlamatnya untuk mendedahkan petugas media terhadap fungsi dan peranan TD.

Jelas beliau, media mempunyai peranan besar dalam memastikan ketepatan laporan mengenai TD.

Katanya, media arus perdana harus memainkan peranan dalam memperbetulkan apa jua pemikiran negatif masyarakat yang cuba disemai menerusi maklumat mengelirukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Maklumat yang benar dan tepat perlu disebar luas kepada masyarakat umum dan kedua-duanya, hasil penulisan serta paparan berita ini dapat memberi suntikan semangat serta moral warga TD,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2zJViP75j
Hakcipta terpelihara Last edited by yipun_78 on 19-4-2014 03:09 PM

yipun_78 Publish time 19-4-2014 03:13 PM

www.panggilanpertiwi.my

oso leh join forum mereka, updated tip top event bersama ATM

pakweneelofa Publish time 19-4-2014 05:56 PM

mcm harun aziz je

pakweneelofa Publish time 19-4-2014 05:56 PM

yipun_78 posted on 19-4-2014 03:13 PM static/image/common/back.gif
www.panggilanpertiwi.my

oso leh join forum mereka, updated tip top event bersama ATM

boleh la aku multinick kat situ

yipun_78 Publish time 21-4-2014 06:36 AM

ko jgn buat hal kat situ ye, mereka serius dgn page mereka...
Pages: [1]
View full version: Page Panggilan Pertiwi


ADVERTISEMENT