wipers81 Publish time 2-5-2014 06:14 PM

Zamzam2013 posted on 2-5-2014 06:05 PM static/image/common/back.gif
iman2...tak habis2 nak buat adik sengsara... pegi jelah pd liana tu... jgn kacau adik boleh tak?

Kan Zamzam

Zamzam2013 Publish time 5-5-2014 07:55 AM

TT.... bila nak sambung lagi... tak sabar nak tau kisah adik ni...

wipers81 Publish time 5-5-2014 09:37 AM

Zamzam2013 posted on 5-5-2014 07:55 AM static/image/common/back.gif
TT.... bila nak sambung lagi... tak sabar nak tau kisah adik ni...

Sekejap ya Zamzam2013.

wipers81 Publish time 5-5-2014 09:50 AM

BAB 20

“Dik, jangan lupa tulis surat kat abang. Kalau boleh, hari-hari tau.” Cadang Iman yang kini turut sama menyertai abahnya menghantar Dayana dan Liana ke rumah anak-anak yatim.

“Hmm… yalah tu. Banyaklah duit adik nak beli setem. Jangan nak mengada-ngadalah bang.” Jawab Dayana.

“Tak kira, tulis juga. Kalau tak abang akan rindu kat kau dik.” Balas Iman. Buat-buat merajuk.

“Eh, eh. Kalau rindu, pergilah cari calon buah hati untuk abang kat luar sana tu. Cari yang cantik tau. Biar sepadan dengan sepupu adik yang segak bergaya ni.” Seloroh Dayana. Tak kuasa dia dengan keletah merenyam mamat ulat bulu tu.

“Hai, kenapa pula abang nak cari kat luar sana? Kan kat depan abang ni dah ada. Jadi, buat apalah abang nak penat-penat mencari. Cuma nak tunggu orang tu bagi lampu hijau aje. Lama dah abang menanti dia tau,” balasnya. Senyuman manis tersimpul di bibir nipis yang berkumis di atasnya.

Toing! Macam nak pengsan pula Dayana dibuatnya. Matanya dijulingkan ke atas. Malas Dayana mahu melayan mamat sengal itu. Geli-geleman dia sekarang.

“Ooo, kat sini rupanya korang ya. Tak habis-habis merendek. Tu, pak long panggil. Buat apa entah sampai aku panggil pun tak dengar kau ni dik.” Sergah Liana. Berbulu matanya melihat kemesraan Iman dan Dayana.

“Amboi ni kau ni kak. Tak ada insuran agaknya mulut kau? Siapa yang nak merendek dengan abang kesayangan kau ni?” balas Dayana. Dia bingkas bangun dari kerusi lalu berlalu untuk mendapatkan pak longnya. Biarlah dia meninggalkan Liana berdua pula dengan mamat ulat bulu tu.

“Kau layanlah dia kak. Abang pada segala ulat bulu tu. Jangan dengan kau sekali terasa miang nanti, sudahlah.” Bisik Dayana sambil tersenyum meleret. Kedua bahunya diangkat, digoyangkan sedikit, tanda geli. Yalah, kan kalau kena ulat bulu, kulit akan gatal-gatalnanti.

“Ada apa-apa lagi ke yang adik nak? Meh pak long belikan. Ko janganlah segan nak beritahu apa-apa yang kurang nanti.” Bakri menawarkan bantuan yang kepada anak buahnya itu.

Dayana terasa sebak pula mendengar pak longnya berkata begitu. Macam dalam mimpi pun ada kerana diajarang mendapat perhatian sebegitu dari pak longnya. Alangkah bagusnya jika mak long juga melayaninya begitu. Dayana akan sentiasa mendoakan semoga mak longnya itu akan berubah satu hari nanti. Sejahat-jahat wanita itu, dia tetap emak saudaranya juga.

“Ish kau ni dik. Abah tanya kau, sempat lagi kau sengih. Macam kerang busuk da. Adik..adik..” hampir terhambur gelaknya melihat telatah Dayana yang sedang mengelamun itu, sedikit terkejut dengan tegurannya.

‘Hmm, aku ada sengih ke?’ bisik Dayana sambil menggaru kepalanya yang berlapikan tudung itu. Dia tersengih lagi dan kali ini dalam sedar pula.

“Tak apalah pak long. Rasanya semua dah cukup. Apa pun, terima kasih banyak-banyak ya pak long sebab sudi hantar kami kat sini.” Ucap Dayana sedikit sebak.

“Janganlah kata macam tu dik. Kitakan bersaudara. Walaupun Abang Eddy jarang bersembang dengan korang, arwah mak ngah sebenarnya rapat dengan kami. Kalau adik nak tahu, mak ngah banyak bagi nasihat pada abang. Kata mak ngah, hanya ilmulah harta yang paling berharga buat kita. Jadi, abang nak adik kakak, belajar bersungguh-sungguh.” Kata Zuraidi. Pesan mak ngah diturunkan kepada waris arwah. Dia kagum dengan semangat dan ketabahan hati kedua-dua gadis kembar itu.

“Insya Allah Abang Eddy. Pesanan tu akan selalu tersemat dalam kepala adik.”Ya, dia berazam ingin menjadi yang terbaik seperti yang arwah mak harapkan.

“Nah, ambillah buat belanja. Jangan segan dengan pak long kalau mahukan apa-apa ya. Hari pun dah petang, pak long beransur dulu. Jaga diri baik-baik. Ni, nombor telefon paklong. Jangan lupa bagitahu kalau nak apa-apa ya.” Pesan Bakri lagi sambil menghulurkan kad namanya.

“Insya Allah pak long. Terima kasih ya pak long.” Ucap Dayana sekali lagi. Benar-benar dia rasa terharu.

“Ingat adik, kakak. Jaga diri korang tau. Kalau ada apa-apa masalah, bagitau pak uda. Pak uda pun nak minta diri. Ni, ada duit belanja dari pak uda dan mak uda ko. Ambillah. Dekat nak raya nanti, pak uda datang jemput korang ya,” Pesan Zakaria kepada mereka berdua. Hanya dibalas dengan anggukkan oleh mereka.

Dayana menyambut wang yang dihulurkan oleh pak uda lantas memasukkan ke dalam poket baju kurungnya. Dia menyalami mereka yang ada di situ. Dengan selamba badak airnya, Iman juga menghulurkan tangan. Terbeliak mata Dayana memandang ke arah lelaki itu. Serba salah jadinya dia, mahu sambut atau tidak? Di belakangnya lelaki itu pula kelihatan Zulaikha mengenyitkan mata pada Dayana. Zuraidi pula hanya menggelengkan kepala dan menepuk lembut bahu Iman yang sedang tersengih.

“Cepatlah, lenguh dah tangan abang ni dik,” gesa Iman. Mana boleh dia lepaskan peluang ini.

Dayana mendecit. Terpaksa juga dia menyambut tangan lelaki itu namun dengan pantas menarik kembali tangannya. Mana tidaknya, ringan sahaja tangannya di bawa ke bibir gatal mamat ulat bulu itu. Benar-benar tidak tahu malu mamat itu. Dayana melihat mak udanya mencubit lengan Iman sebaik menyedari perangai miang anak bujangnya itu.

‘Hahaha, padan dengan muka mamat ulat bulu. Rasakan cubitan dari ‘bentara guru’!’ Dayana hanya ketawa di dalam hati.

“Auww, sakitlah mak. Bukan Iman buat apa pun salam je, salah ke?” soal Iman sambil menyeringai kesakitan menahan bisa cubitan emaknya itu.

‘Ish, tak salah kata dia. Tak tahu ke dia ni bahawa antara kami, halal bernikah! Erk. Bermaksud, aku dengan dia boleh kahwin. K.A.H.W.I.N!’ getus Dayana. Tiba-tiba terasa meremang bulu romanya saat itu. Orang kata kalau meremang macam tu, adaH.A.N.T.U! Hantu apa lagi, hantu ulat bulu itulah.

“Banyaklah ko punya tak salah. Merenyam je yang ko tahu. Ei, geramnya mak dengan ko nih. Dahlah dik. Ko jangan ambil hati dengan perangai Abang Iman ko nih. Nanti mak uda kahwinkan dia cepat-cepat. Biar merenyam dia tuh kurang sikit.” Tajam jelingan yang Salmah berikan kepada anak bujangnya itu.

“Yang ni, memang adik setuju sangat mak uda.” Jawab Dayana sambil tersengih.

“Ish biar betul mak ni? Iman muda lagilah. Enjoy pun tak puas lagi. Lagipun, buat apa penat-penat nak cari calon isteri untuk Iman. Kan depan mak dah ada sorang cuma calon menantu mak tu tak cukup umur lagilah. Bawak-bawak bersabar sikitlah mak. Tak lari gunung yang dikejar. Kalau dia lari, kita tawan terus gunung tuh mak.” Seloroh Iman sambil mengenyitkan matanya kepada Dayana.

‘Uwek, nak muntah aku. Ada juga yang kena cepuk nanti.” Rungut Dayana. Dia mencebik mulutnya ke arah lelaki itu.

“Banyaklah ko punya loyar buruk. Dah, mak uda balik dulu dik. Jangan kau layankan sangat Abang Iman ko nih. Jom Iman.” Terus sahaja Salmah berlalu. Iman mengikut emaknya dari belakang. Sempat lagi dia menoleh lalu menghadiahkan satu flying kiss buat Dayana. Dayana pun apa lagi, dijelirkan lidahnya ke arah Iman. Mengada!
Dayana dan Liana melangkah masuk ke dalam bilik asrama yang akan menjadi tempat tinggal mereka sekarang. Deretan tujuh buah katil dua tingkat yang saling berhadapan di pandang silih berganti. Kosong bilik itu kerana penghuninya masih berada di sekolah. Mereka berjalan beriringan sedang di tangan masing-masing menjijit sebuah beg yang agak besar.

Kini, mereka sedang bersila di hadapan almari yang dikhaskan untuk mereka. kebetulan, terletak bersebelahan. Ligat tangan mereka berdua menyusun pakaian masing-masing. Liana secara tiba-tiba, tersedu-sedan. Dayana lekas-lekas memandangnya.

“Kenapa kak?” soal Dayana. Dia juga turut ditempias dengan kesebakan Liana itu. Berair kedua matanya kini.            
“Aku rindukan mak dik. Aku rindu hidup kita yang dulu.” Balas Liana, tersekat-sekat.

“Kak, kita kena sabar kak. Selagi kita hidup, selagi itulah kita akan diuji. Sekurang-kurangnya, kita ada juga tempat untuk berteduh kak. Bayangkan nasib orang lain yang lebih terseksa dari kita.” Pujuk Dayana. Dia menggosok bahu kiri Liana.

Liana kehilangan kata-kata. Pantas dia menyeka air matanya. Hatinya dipujuk dengan kata-kata Dayana tadi. Ya, benar kata kembarnya itu. Mengapa perlu dia berkeluh kesah sedangkan nasib mereka berdua sangat baik. Dia cuba membuka pintu hatinya untuk menerima Dayana sebagai sahabat akrabnya walaupun mereka pasangan kembar.

Tidak sedar pantasnya masa berlalu. Bilik itu kini penuh dengan penghuni lain yang telah pulang dari sekolah. Comel-comel belaka mereka semua. Ramah-tamah pula adik-adik di situ. Becok mulut masing-masing menemuramah mereka berdua. Seronok pula Dayana dan Liana melayan kerenah mereka hingga terlupa seketika kesedihan yang bertapa di hati mereka.

“Hai, nama saya Nor Aniza. Semua orang panggil saya Iza. Saya ketua kat sini. Kalau tak salah, kita sebaya, kan?” dihulurkan tangannya untuk berjabat dengan penghuni baru itu.

“Hai. Saya Lily Dayana dan itu kembar saya Lily Hasliana. Panggil je saya Yana dan kembar saya tu Liana. Selamat berkenalan.” Balas Dayana pula memperkenalkan dirinya

“Yana, Liana. Selamat berkenalanya. Nasib baik tak seiras awak berdua, kalau tidak mesti susah kami nak cam, kan. Legalah sikit saya dengan Marlia lepas ni. Sekarang dah ada empat orang ‘kakak’ kat sini. Letih juga saya dan Marlia nak melayan adik-adik yang lain sebelum ni.” Ujarnya lagi.

“Hehehe... ada-ada ajelah awak ni Iza. Biasalah, budak-budak.” Balas Liana. Dia memang sukakan kanak-kanak.
Waktu berbuka kian menghampiri. Dayana dan Liana berada dalam barisan penghuni perempuan, menunggu giliran untuk mengambil makanan yang disediakan. Pertama kali merasakan pengalaman seperti itu, Dayana dan Liana saling berpandangan. Di tangan masing-masing pula sedang menatang sebuah tray makanan. Sesudah penuh tray mereka dengan makanan, mereka berlalu melintasi di hadapan sekumpulan penghuni lelaki.

“Tu ke budak baru yang riuh satu asrama dibuatnya? Kenapa yang sorang tu cantik dan yang sorang lagi tu berlegam?” kata satu suara agak kuat.

Dayana mengalihkan wajah memandang ke arah kelompok itu. Dia mengecilkan mata memandang mereka. Bibir bawahnya digigit, hatinya sedang menahan rasa geram.

“Apa tengok-tengok?” ujar mamat yang memakai baju melayu berwarna biru muda itu. Dayana memberikan satu jelingan yang sangat tajam sebagai balasan.

‘Tak sayang mulut betul budak-budak kampung ni. Tak sedar ke sekarang ni bulan puasa? Ada juga mulut yang kena tonyoh dengan selipar aku ni nanti.’ Bisik Dayana. Dia memandang semula ke arah mereka yang mempamerkan senyuman yang amat menjengkelkannya. Senyuman yang terang dan nyata terkandung makna, mengejek.

“Dah dik, tak payah kau layan diorang tu. Jom, aku dah chup tempat untuk kau.” Kata Liana menarik tangan Dayana yang mengikut dari belakang. Risau juga dia, kalau dibiarkan pasti akan tercetus perang mulut antara Dayana dengan kelompok penghuni lelaki itu. Dia tahu sangat akan perangai Dayana yang suka melawan dan membangkang sejak kebelakangan ini.

Mereka mengambil tempat masing-masing. Mata Dayana masih enggan melepaskan pandangannya terhadap mamat yang bermulut celupar itu. Dari tadi dia melihat gelagat lelaki itu yang berbisik sesama mereka sambil menjeling ke arahnya, benar-benar memaksimakan rasa geramnya.

“Kalau kau nak tahu Liana, tu yang pakai baju melayu biru muda nama dia Farizal. Sebelah dia tu yang pakai baju melayu hijau terang pula nama dia Hamdi, yang pakai baju, bla..bla..bla…” satu persatu diperkenalkan oleh Marlia yang lebih senang mereka panggil Lia.

Dayana menjulingkan matanya ke atas. Malas dia mahu melayan Liana dan sahabat barunya, Marlia. Sebenarnya, Dayana tengah anti gila dengan mamat yang memakai baju melayu biru muda dan hijau terang itu. Merekalah yang telah menuturkan dialog hingga hampir sahaja membuatkan Dayana menonyoh mereka dengan selipar Jepunnya. Kecil sahaja dia melihat mereka-mereka itu. Memang dia geram dengan kelancangan mulut mereka itu. Dayana tahu, dia tidaklah secantik mana pun. Apa, hina sangat ke orang yang berkulit gelap sepertinya? Adakah menjadi satu kehinaan jika dia tidak cantik? Dayana menarik nafas yang panjangdan melepaskan satu keluhan yang berat. Hatinya sedih apabila dihina sebegitu. Dia juga punyai perasaan.

Selesai sahaja berbuka puasa, mereka dikehendaki membasuh tray makanan dan gelas masing-masing. Memang itu yang dilatih jika sesiapa mendiami rumah seperti itu. Mereka juga perlu membasuh pakaian masing-masing. Setelah selesai semuanya, mereka kembali ke bilik bagi menyiapkan segala keperluan untuk ke sekolah esok. Sekolah baru! Hati Dayana terusik. Tiba-tiba dia teringatkan rakan-rakannya yang berada di Johor Bahru. Matanya mula mengalirkan air jernih yang suam. Pantas dia menyekanya.

“Aku rindukan kalian.” rintihnya sendirian.

Last edited by wipers81 on 5-5-2014 10:05 AM

wipers81 Publish time 5-5-2014 10:11 AM

BAB 21


Sambil mengatur langkah, luas matanya memandang, memerhatikan keadaan sekeliling. Perjalanan dan pemandangan yang hampir sama dilaluinya dahulu ketika mahu ke sekolah. Berlainan kali ini, banyak sekali pokok kelapa sawit dan ladang getah memenuhi kelopongan sesetengah tempat. Suasana pagi yang begitu mendamaikan dengan kenyamanan dan kesegaran udaranya. Tadi, Dayana melihat adik-adik yang bersekolah rendah dikawal oleh seorang warden lelaki semasa mahu melintas jalan menujuke sekolah mereka. Bagi mereka yang dah besar ni, pandai-pandai sendirilah.

“Hai, saya Devi. Awak ni budak barukan?” sapa seseorang lantas tangannya dihulur pada Dayana.
Mujur baik tidak terkeluar latahnya. Dayana melihat tubuh empunya suara yang menegurnya tadi. Seorang pelajar perempuan berketurunan India. Dayana menyambut huluran tangan gadis tersebut dengan sedikit senyuman terukir di bibir mugilnya.
‘Kenapa uniform sekolah dia lain warnanya?’ Soal Dayana dalam hati sambil mengerutkan kening.
“Kau ni Devi, buat terperanjat aku je.” Kata Iza. Rathi mempamerkan sengihnya.
“Yana, ni Devi Pillai. Kalau kau nak tahu, dia pun ada kembar macam kau juga. Tapi kembar dia lelaki, Devan Pillai. Diorang ni sekelas dengan aku.” Terang Iza.
Kelihatan Devi tergelak kecil. Dayana senyum padanya dan mereka kembali melangkah beriringan bersama. Sepanjang perjalanan itu, boleh tahan becok juga mulut Devi bercerita serba sedikit tentang itu dan ini. Yang paling penting sekali, Devi sangat fasih berbahasa melayu. Tidak begitu kekok dia dengan Devi disebabkan keramahan yang gadis itu tunjukkan.
Dari kejauhan, Dayana nampak pintu pagar sekolah barunya. Semakin hampir langkah mereka, semakin tersergam indah bangunan sekolah barunya itu. Nampaknya, semua bagunan baru kerana pertama kali dibuka tahun ini. Tidak ramai pelajar disitu. Memang sangat ketara perbezaannya dengan sekolah lamanya di bandar yang mempunyai ribuan pelajar hingga terpaksa dibahagi kepada dia sesi.
Bukan susah mahu mengecam Dayana dan Liana sebagai pelajar baru. Sepanjang perjalanan mereka ke bilik guru, nampak kelompok-kelompok pelajar di situ berbisik sesama sendiri. Panorama biasa jika ada sesuatu yang baru di satu tempat. Sampai sahaja di bilik guru, kelihatan tuan pengetua sekolah baru mereka sedang menanti. Itu pun, Devi yang menunjukkan pemunya tubuh tuan pengetua semasa perhimpunan tadi. Rupa-rupanya, hari-hari ada perhimpunan di sini.
“Saya Cikgu Ayob, pengetua di sini. Untuk pengetahuan kamu, di sini hanya ada dua kelas untuk tingkatan empat sahaja. Aliran yang ada hanyalah aliran sastera dan perakaunan sahaja,” Sambung tuan pengetua lagi,
“Kelas 4 Perakaunan di mana subjek elektifnya adalah Prinsip Akaun, Sastera, Pendidikan Seni dan Perdagangan. Manakala kelas 4 Ekonomi pula subjek elektifnya ialah Ekonomi Asas, Perdagangan, Sastera dan Pendidikan Seni. Saya dah lihat keputusan PMR kamu berdua. Tapi, sayang juga kerana kita tiada aliran sains di sini. Siapa Lily Dayana?” Tanya Cikgu Ayob. Dayana mengangkat tangan kanannya.
“Sayang sedikit Dayana. Dengan keputusan cemerlang kamu, sepatutnya kamu ambil aliran Sains. Memandangkan sekolah ini baru di buka dan jumlah pelajar juga tidak ramai, kami hanya mampu menyediakan dua aliran ini sahaja. Saya harap kamu dapat membuat pilihan yang baik. Di kiri saya, Cikgu Zarina merangkap guru kelas 4 Perakaunan dan di kanan saya pula Cikgu Wahid, guru kelas 4 Ekonomi.” ujarnya.
Akhirnya, pilihan telah dibuat oleh mereka berdua. Masing-masing mengikut guru kelas yang mereka pilih.
“Kelas… bangun semua! Assalamua’laikum dan selamat sejantera, cikgu,” laung satu suara.
Semua pelajar memberi salam kepada Cikgu Wahid. Kebetulan waktu itu adalah untuk subjeknya, Bahasa Melayu. Biar betul ketua kelas baru Dayana adalah seorang perempuan. Satu perkara baru bagi Dayana yang selama ini hanya menganggap jawatan itu untuk kaum lelaki sahaja. Ganas juga kaum perempuan di sini. Terselit sedikit rasa bangga Dayana dengan kaum sejenisnya di sini.
“Duduk semua. Saya nak perkenalkan pada kamu, pelajar baru di sini Lily Dayana binti Hamid. Saya harap awak dapat sesuaikan diri di sini ya, Dayana. Rasanya, awak boleh duduk sebelah Devi. Boleh kan Devi?” soal Wahid kepada satu-satunya gadis berketurunan India di dalam kelas itu.
“Apa pula tak bolehnya cikgu. Mari Yana,” katanya. Dia bergerak mendekati teman barunya itu.
Dayana mengangkat mukanya, besar matanya saat itu. Ramainya. Pandangannya terhala ke arah Iza yang sedang menyimpul senyum. Mereka sekelas rupanya. Kelihatan bersama tiga orang penghuni lelaki yang seasrama dengannya. Dayana menelan air liurnya. Gulp. Dia sedikit gugup. Kalau tidak silap, mereka juga sama geng dengan mamat poyo yang dia jumpa semalam.
‘Jadi, mamat dua orang itu sekelas dengan Lianalah. Ya Allah, moga kakak aku selamat.’ Dayana berdoa di dalam hati. Dia yang sudah biasa tidak sekelas dengan Liana langsung tidak kekok. Dayana menuruti langkah Devi dari belakang dan kini dia telah melabuhkan duduk di atas kerusi. Penumpuan sedang dihalakan ke arah guru yang akan memulakan sesi pengajarannya di hadapan.
“Hai, saya Devan. Yang kat sebelah saya ni, nama dia Ammar Najjah. Selamat berkenalan.” Sapa pemuda itu sambil menghadap Dayana. Mereka berdua duduk betul-betul di hadapan Devi dan Dayana.
‘Hesy, macam mana ada satu lagi spesis ulat bulu boleh tersesat kat sini? Main kenyit- kenyit mata pula dia ni.’ Getus Dayana. Pemuda di sebelah Devan pula hanya menjeling sekilas ke arahnya.            
“Awak janganlah ambil hati dengan adik saya tu Yana. Dia memang suka mengusik. Dengar-dengar,awak ada kembarkan? Dia dapat kelas sebelah ke?”

Dayana hanya mengangguk perlahan. Devi tersenyum dan mereka kembali fokus kepada Cikgu Wahid yang telah memulakan pengajarannya. Dayana memejamkan matanya sebentar, menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba bertenang. Betapa dia merindui rakan-rakan di sekolah lamanya. Hakikatnya kini, seperti dia berada di satu planet lain pula.

“Dah waktu rehat ni Yana. Jom, aku bawa kau ronda-ronda sekolah ni.” Ajak Devi.
Dayana mulai menyenangi perwatakan gadis berketurunan India itu. Orangnya tersangatlah ramah dan mereka juga semakin mesra kini. Dayana benar-benar beruntung mendapat sahabat seperti Devi. Mereka berdua berjalan beriringan. Macam bertih goreng pula mulut Devi. Sudah seperti pemandu pelancong pula lagaknya menceritakan perihal sejarah sekolah kepada Dayana.            
“Hoi orang bandar! Jangan ingat, kau boleh berlagak yadatang sini. Silap banyaklah kalau kau nak buat macam tu. Ingat, kat sini ada peraturan, jangan nak buat ikut suka hati kau je.” Agak kasar nada dari pemuda itu.
Dayana berhenti melangkah, matanya tertancap elok ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya. Ke mana pergi agaknya budi bahasa pemuda kampung itu? Sudahlah berani menghalang perjalanannya. Dayana menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba menahan amarah yang sedang marak di dalam hati. Nampaknya, pemuda itu betul-betul bikin hatinya panas. Dari semalam lagi dia menyimpan rasa geramnya terhadaplelaki itu. Jenis yang mulut tidak diinsurankan barangkali. Sesuka suki menghoikan orang.             
“Wei, apa korang ni? Tak baiklah buat kawan baru aku macam ni. Tepilah, kami kami nak lalu,” ujar Devi yang cemas nadanya. Beria-ia dia cuba membolosi benteng manusia di hadapannya itu.
“Kau diam Devi! Ni, antara aku dengan budak bandar tu.” Tengking Farizal. Tajam matanya merenung ke arah gadis hitam manis itu. Sedikit geram dia apabila melihat wajah tenang Dayana, seolah tidak gerun dengannya.
Devi tidak mengendahkan tengkingan itu. Dia kemudiannya menolak sedikit bahu Farizal. Risau juga dia kalau mereka melakukan apa-apa terhadap rakan barunya itu. Apa hal sebenarnya yang terjadi antara Farizal dengan Yana? Tegang semacam sahaja mereka berdua itu. Langkahnya terhenti apabila melihat keengganan kumpulan Farizal itu untuk berganjak walau seinci. Dia berdiri di sebelah Dayana, menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat.
“Dah bisu agaknya dia Farizal.” Hamdi bersuara. Dia tersenyum mengejek memandang wajah budak bandar itu.
“Kau dengar sini ya budak bandar. Jangan nak sibuk ambil tahu hal kami kalau kau nak selamat. Kalau dah dasar menumpang, buat cara menumpang ya. Ini tempat kami.” Tegas Farizal.
“Kenapa, korang ada masalah ke? Ya, memang aku menumpang. Tapi kau pun sama juga kan, menumpang di rumah kebajikan seperti aku walaupun ini tempat asal korang.” Terbeliak mata masing-masing dengan jawapan gadis itu.
“Kau...! Memang dasar orang yang berkulit hitam ni, hatinya busuk.” Ejek Farizal.
“Habis, orang kulit putih macam awak ni, putih sangat ke hatinya? Wangi sangat ke hati awak tu?” balas Dayana geram. Terasa maruah dirinya dipijak-pijak sekarang. Dayana bengang kini bercampur geram! Mengapa perlu warna kulitnya dipertikaikan hingga sewenang-wenangnya dia dihina? Nampaknya pemuda itu harus diajar.
“Hei! Kau dengar sini budak bandar.” Mulai meninggi suaranya. Wajahnya sudah kemerahan sekarang.
“Ya, budak kampung,” jawab Dayana selamba, langsung tidak gerun.
Sedang Devi yang berdiri di sebelah sudah membeliakan mata memandangDayana.
‘Biar betul Dayana ni.’ Desus hati Devi.
“Kau jangan nak berlagak bagus ya. Kami nak hisap rokok ke, apa ke, kau peduli apa. Bukan aku minta duit kau nak beli rokok-rokok tu. Ingat, ini amaran terakhir aku. Kalau kau adu kat Ayah Abu lagi, siap kau. Kau faham ke tak ni, budak bandar?” lantang suaranya ketika ini. Baru sahaja sampai ke sini, sudah pandai mengadu itu ini kepada pihak pengurusan asrama rumah kebajikan itu. Sebab itulah, Farizal bengang.
“Ini bukan soal mahu tunjuk bagus. Ia nya lebih kepada etika kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T yang dicipta untuk mematuhi peraturan kerana itu tujuan kita hidup. Pada saya, semua pertauran tu sangat mudah untuk diikuti. Hanya insan yang cetek akal dan iman di dada serta dalam egonya tak akan dapat menerima kenyataan bahawa yang salah itu tetap salah dan yang benar itu harus diteladani,” Dayana menyambung lagi,
“Terserah kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan. Kita ada akal yang Allah S.W.T kurniakan untuk berfikir. Tambahan pula, akal lelaki macam anda ada sembilan. Jadi, gunakanlah ia ke arah yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekeliling anda. Jangan hanya tahu menunding jari kepada orang lain sedangkan diri sendiri masih belum diluruskan. Tak ada gunanya merasa diri tu hebat sedangkan makan dan minum pun masih ditanggung. Malah, janganlah sesekali kita mensia-siakan masa remaja yang datang sekali seumur hidup.” Syarahannya lagi.
Terus sahaja dia berpaling dan melangkah meninggalkan mereka. Terbang moodnya yang mahu melawat seluruh sekolah. Betulkah itu Lily Dayana? Kalaulah rakan-rakan lamanya menyaksikan bagaimana dia membalas hujah mereka itu, sudah pasti mereka akan terkejut dengan perubahan mendadak diri Dayana sekarang.
“Fuhh, penatlah kejar kau Yana. Apa kes tadi tu? Serius semacam je aku tengok. Yana, kau janganlah selalu cari pasal dengan diorang tu. Aku takut kalau apa-apa jadi kat kau nanti. Diorang tu kalau kau nak tahu, jatuh dalam kategori samseng tau,” Devi cuba memberi amaran kepada sahabat barunya itu.             
“Diorang ingat diorang punya samseng aje ke, aku punya samseng diorang tak tahu lagi? Biarlah, lagipun negara ni kan ada undang-undang. Aku tahulah apa aku buat. Janganlah risau ya Rathi. Aku tahu jaga diri aku.” Balas Dayana. Dia cuba menenangkan rakannya itu. Mustahil tidak terselit langsung rasa risau di dalam hatinya. Mujurlah dia boleh mengawalnya dengan baik. Siapa kata dia berani? Sudah berapa kali ayatul Kursi dibacanya tadi, memohon perlindungan dari Yang Maha Esa. Semoga, hari-hari Dayana yang seterusnya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.TAmin.
“Jomlah Devi, loceng dah bunyi tu,” gesa Dayana. Pantas mereka berdua berjalan beriringan mengatur langkah menuju ke kelas.            
Ammar dan Devan yang kebetulan turut berada tidak jauh dari situ terkedu hingga melopong sedikit mulut mereka berdua. Hati Ammar rasa tercuit. Tidak pernah dia merasakan begitu. Lily Dayana, gadis itu lebih banyak mendiamkan diri sepanjang di dalam kelas tadi. Susah mahu mendengar suaranya. Sepatah Devi tanya, sepatah dia jawab. Paling tidak pun hanya mengangguk dan menggeleng sahaja. Senyuman juga payah mahu diukir pada wajah itu. Sungguh, dia terpesona dengan kepetahan Dayana. Tidak ramai gadis yang dikenalinya berpendirian begitu. Hatinya ditarik-tarik, mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi.
‘Kau akan aku lindungi dari gangguan Farizal kelak, gadisku.’ Desisnya. Manalah tahu, jika Farizal akan membuat perkara yang bukan-bukan untuk melunaskan dendamnya pada gadis itu kelak.            
“Oit Ammar, dah gila bayang ke kau ni?” tegur Devan lantas menyiku rusuk kanan Ammar.
Ammar tersentak! Kurang asam jawa punya Devan. Sungguh, budak Devan nak kena agaknya.
“Sakit ar Devan! Siku kau tu dahlah tajam.” Ujarnya sambil menggosok rusuknya itu. Devan mempamerkan sengihan.
“Maaf. Bukan apa Ammar, kot ya pun, janganlah ketara sangat kau tunjuk kekaguman kau kat budak baru tu. Apa pun, tabik springlah aku kat dia. Berani betul dia tadi.”

“Aku bukan apa Devan. Tak pernah lagi aku jumpa awek lembut tapi ganas ayu macam tu. Kau perasan tak sepanjang hari ni, payah nak tengok dia senyum. Hati batu ke apa dia tu? Aku tengok kembar dia tu lain sangat dengan dia. Asyik senyum je bila Salina kenalkan dia pada kita. Kalau kata bukan kembar pun orang percaya. Tapi, kembar dia cantik kan?” tingkah Ammar pula.
‘Pulak. Dia ni nak yang mana, adik ke kakak?’ getus Devan sambil menggaru kepala.            
“Hmm, aku pun perasan juga. Tak apa Ammar, banyak lagi masa. Nanti, aku suruh Devi korek sikit pasal Dayana. Tapi aku kelirulah, kau ni berkenan yang mana satu? Adik ke kakak?” Amboi, pandai pula Devan serkap jarang.
‘Lily Dayana. Gadis misteri, aku perlu dekatinya,’ bisik Ammar.            
“Macam yang kau katalah Devan, banyak masa lagi. Tapikan, aku rasa macam dah jatuh cinta pula pada kawan kembar kau tu. Rasa, macam ada sesuatu pada dia. Jangan lupa, suruh Devi soal siasat kawan baru dia tu, tau Devan?” Meronta-ronta hatinya untuk mengenali gadis hitam manis itu.            
“Itu sudah semestinya kawan. Jomlah,” ajak Devan sebaik mendengar loceng berbunyi. Mereka berdua melangkah pergi dengan satu misi yang bakal dilaksanakan.
Last edited by wipers81 on 13-11-2014 10:22 PM

Ipo Publish time 5-5-2014 10:30 AM

wipers81 posted on 29-4-2014 01:41 PM static/image/common/back.gif
Dayana tidak tahu sudah berapa lama dia terlelap di sisi emak. Dia terjaga pabilatangannya tersentuh ...

sedih part mak dah tak ada..tringat arwah ayah...huhuh..:'(

wipers81 Publish time 5-5-2014 10:37 AM

Ipo posted on 5-5-2014 10:30 AM static/image/common/back.gif
sedih part mak dah tak ada..tringat arwah ayah...huhuh..

Ipo, sejujurnya apa yang Dayana alami tu sebenarnya pengalaman saya sendiri. Saya mahu kongsikan pada watak Dayana.

Zamzam2013 Publish time 5-5-2014 11:19 AM

lily dayana... diam tetapi berbisa... go girl...

Zamzam2013 Publish time 6-5-2014 08:42 AM

TT... nak lagi...

Zamzam2013 Publish time 7-5-2014 07:15 AM

TT... ooohhh... TT... mana anda menghilang ni...

wipers81 Publish time 7-5-2014 08:49 AM

Zamzam2013 posted on 7-5-2014 07:15 AM static/image/common/back.gif
TT... ooohhh... TT... mana anda menghilang ni...

ada ni. Nanti saya akan sambung

Zamzam2013 Publish time 7-5-2014 09:48 AM

ok... saya tunggu... hehehehe...

Zamzam2013 Publish time 8-5-2014 05:11 PM

jgn lupa sambung ya TT...

Zamzam2013 Publish time 12-5-2014 12:10 PM

TT... sambung lag ya... Menarik sgt...

wipers81 Publish time 12-5-2014 12:46 PM

Zamzam2013 posted on 12-5-2014 12:10 PM static/image/common/back.gif
TT... sambung lag ya... Menarik sgt...

dah masuk ke kat blog akak tu?


Zamzam2013 Publish time 12-5-2014 01:05 PM

dh kak... sbb tu minta akak sambung lag... hehehe...

wipers81 Publish time 12-5-2014 03:04 PM

Zamzam2013 posted on 12-5-2014 01:05 PM static/image/common/back.gif
dh kak... sbb tu minta akak sambung lag... hehehe...

patutlah. Zamzam2013, sebenarnya akak ada dapat info tak rasmi dari seseorang. In Sha ALLAH, karya akak dah ada yang sudi sunting untuk diterbitkan.

Zamzam2013 Publish time 12-5-2014 04:20 PM

wipers81 posted on 12-5-2014 03:04 PM static/image/common/back.gif
patutlah. Zamzam2013, sebenarnya akak ada dapat info tak rasmi dari seseorang. In Sha ALLAH, karya ...

Serius kak... Sayalah org yg pertama akan beli & promote karya akak... Good Job kak...

Esmiria Publish time 13-11-2014 12:53 AM

wipers81 posted on 18-4-2014 09:10 AM
Beberapatahun dahulu....
Jam di dinding menunjukkan pukul 6.45 pagi. Sebentar lagi, pasti rakan-rak ...

yg versi 1# povaku-giler tunggang langgang
yg versi 2# pov dia~ perghh best der

Esmiria Publish time 13-11-2014 12:54 AM

Zamzam2013 posted on 12-5-2014 08:20 AM
Serius kak... Sayalah org yg pertama akan beli & promote karya akak... Good Job kak...

perghh zamm ..gitu skali. :D
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Novel : Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia? #akan menemui anda dalam versi cetak


ADVERTISEMENT