anniehanida Publish time 2-4-2014 02:11 PM

Hilang mu tanpa jawapan..dan aku masih menunggu mu MH370

~Hilang mu tanpa jawapan..dan aku masih menunggu MH370~

Aku melihat ke langit biru
tiada awan putih gebu
lautan langit begitu meluas
tenang dan masih membiru
dan dapat ku rasakan angin meniup lembut
saat ku terbang tinggi dengan sayap gah
menjuru terbang ke laluan destinasi
dan aku tetap masih terbang
senyap indah sesunyi kedamaian dihati

Aku tidak tahu
dirimu sudah pergi menghilang sepi
aku tidak tahu khabaran mu yang menyayat hati
aku tidak sanggup menerima berita mu yang ngeri
aku tidak mahu pengakhiran mu terkubur dilautan hindi
dan aku enggan mahu menitis air mata ini
aku enggan mahu percaya sebenarnya
untuk ku terima kebenaran tragis begini
Apakah ini benar untuk ku terima kesahihannya
Apakah ini rupa pengakhiran mu
membuat degupan jantungku berdetik terasa hendak meletup
dan dadaku terasa amat sakit
bagaikan dihiris dan dikoyak-koyak lunyai
dan hati ini meraung tanpa kedengaran
cukup ianya terlalu tidak terungkap
hilang disebaliknya tanpa tanda
cebisan dan kuburan untuk dipusarakan
cukup ianya terlalu pilu buatku
dan aku terus mahu diyakini akan selamat semua
pasrah aku tetap terus berdoa
pada tuhan maha pencipta alam
dan terus yakin akan segala kejadian
dan kententuannya

jika ianya hilang terus tanpa ketahuan
jika ianya sudah tiada nyawa dan cebisan
jika kuburnya adalah ditentukan di lautan dalam
dan jika ianya begitu pasti
tiada siapa yang boleh menghalang
akan segala kehendak tuhan


Aku pasrah kehilangan dirimu.
mahupun disebaliknya
biar warna mata bertukar merah
dan air mata menangisi tanpa henti
ku terus akan berdoa untukmu MH370

Ya aku masih terbang
bersama sayap penerbanganku
yang kusemat didadaku
bersama di langit biru
terbang tinggi sering mengingati dirimu MH370
yang meniti ke destinasikhudrat illahi..

~CptRiDar~

Last edited by anniehanida on 2-4-2014 02:22 PM

amiraira Publish time 2-4-2014 02:13 PM

:(:(:'(
sedih ar bila dikenang kenangkn...

Kejora927 Publish time 2-4-2014 03:52 PM

Manakah ia sang jagoan itu?
cukuplah sudah berkelana
pulanglah.........!!
:'(:'(
perit, pedih memikirkan apa nasibmu
kami akan terus menanti
dan akan terus......
MH370... sentiasa dalam doa kita.

Last edited by Kejora927 on 2-4-2014 03:56 PM

kgdangar Publish time 3-4-2014 12:11 AM

lama2 senyap gitu jer kes MH370 nie...

laut tuh mmg luas...maaf ler nk ckp peluang nk jumpe balik tu mmg sgt tipis...

smoga Allah permudahkan
Pages: [1]
View full version: Hilang mu tanpa jawapan..dan aku masih menunggu mu MH370


ADVERTISEMENT