berun Publish time 24-3-2014 04:13 PM

Siti Nordiana: Doa dari jauh

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.262521.1395375374!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg


SPEKULASI demi spekulasi terus mengiringi misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah pun masuk hari ke-14. Ini bermakna sudah 14 hari jugalah pelbagai pihak bertungkus-lumus membantu proses mencari dan menyelamat dilakukan.

Bukan sahaja sumbangan dari sudut teknikal dari negara-negara luar, bahkan dari rakyat Malaysia sendiri, banyak pihak mula mengadakan solat hajat bagi memohonALLAH SWT memberi jalan dan memudahkan usaha pencarian.

Kembimbangan pula bukan sahaja menyelubungi kaum keluarga dan sahabat handai semua mangsa yang terlibat, tetapi juga seluruh dunia turut merasa simpati.

Ini termasuk jugalah dengan penyanyi, Siti Nordiana atau Nana yang mengakui menjadi di antara pihak yang masih ternanti-nanti akan nasib ke semua penumpang dan anak kapal.

Katanya, sebagai umat Islam, dia berharap semua pihak tidak putus berdoa tidak kiralah mereka berada jauh atau pun dekat.

"Sebagai hambaNya, kita memang kena serah segalanya kepada ALLAH SWT dan jangan putus berdoa dan berharap agar ke semua mereka berjaya ditemui.

"Pada kaum keluarga, saya harap mereka terus bersabar dan tabah menerima ujian ini," katanya kepada Zass.

Tidak hanya berdoa, Nana berkata dia bersama-sama sahabat Usrah Fitrah turut mengikuti solat hajat yang dianjurkan pihak-pihak tertentu.

"Buat masa ini Usrah Fitrah masih belum sempat menganjurkan solat hajat, tapi kami ada ikuti solat hajat yang diadakan pihak-pihak tertentu, contohnya bersama Astro di Masjid Al-Syakirin, KLCC baru-baru ini," katanya yang turut meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi.

Nana berkata, selain itu, pihak Usrah Fitrah juga ada merancang untuk melawat waris dan juga keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

"Perancangan itu memang ada, dan kita masih menanti masa yang sesuai kerana kita berhasrat untuk ke rumah mereka sahaja," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nana berkata, dia akan muncul dengan sebuah single terbaharu yang juga duet bersama Aliff Aziz berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu. Lagu tersebut dicipta oleh Mawar Putih.

-electrifying- Publish time 27-3-2014 11:34 AM

aik hari tu bkan ke metroll / berita hairan (xigt yg mana 1) interview aku psl MH370 ni.
npe xsiarkan lgi ni. hmm ke board CI/Hiburan yg xpeka?

*aku bkn artis sendu ;P

Ierasham Publish time 11-3-2015 01:53 AM

Haih...mcm2 plak tread nie.

msrobotic Publish time 19-6-2015 07:06 PM

suka duet dia dgn arwah achik dulu2

epullipan Publish time 29-1-2016 10:37 AM

apa tajuk lagu die masa mula mula jadi retis dulu? kalau syura - kasih tak terjamah,nana plak?
Pages: [1]
View full version: Siti Nordiana: Doa dari jauh


ADVERTISEMENT