mamaezah Publish time 20-3-2014 01:11 PM

BOMOH PATAH

Edited by mamaezah at 1-12-2022 08:55 PM


kenangan saja

hantukiller Publish time 20-3-2014 01:25 PM

Adakah syirik jika bomoh minta bantuan jin ?????

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

Dalam surah yang sama, ayat 116, Allah mengulangi kembali dosa besar syirik melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”

Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)




Jawapannya bergantung pada keimanan(kepercayaan) mereka, jika percaya jin itu tuhan juga(percaya ada juga tuhan selain Allah), ye syirik, tapi jika dia anggap jin tu macam pencacai dia je(walhal dia nya yg jadi pencacai jin...hehe) ye tak jatuh syirik lagi

hantukiller Publish time 20-3-2014 01:27 PM

https://www.youtube.com/watch?v=6YIJBX_qUXE

chinta89 Publish time 20-3-2014 01:31 PM

bia betik da patah riukkembali sehat walafiat sejahtera aman damai? {:3_100:}

magiknya.. {:sleepyo

mamaezah Publish time 20-3-2014 01:43 PM

hantukiller posted on 20-3-2014 01:27 PM static/image/common/back.gif
https://www.youtube.com/watch?v=6YIJBX_qUXE

aiseyy HK youtube kena block la plakk...mama tengok kat umah nanti!!

mamaezah Publish time 20-3-2014 01:44 PM

chinta89 posted on 20-3-2014 01:31 PM static/image/common/back.gif
bia betik da patah riukkembali sehat walafiat sejahtera aman damai?

magiknya.. {:sleepy ...

btui Chenta!!!! tapi kalau tengok betui betui, tangan dia mmg bengkok sket, tapi mmg Amy bley berjalan!!!

dantez Publish time 20-3-2014 01:50 PM

salam en @hantukiller kalau seseorg tu pergi mengupah bomoh utk menyantau, menyihir dn seangkatannya adakah ni juga jatuh pade hukum syirik? Sebab seperti yg kite tahu sihir adalah dose terbesar no 2 selepas bunuh diri.. Mohon dpt penjelasan.. trimasss

hantukiller Publish time 20-3-2014 02:01 PM

dantez posted on 20-3-2014 01:50 PM static/image/common/back.gif
salam en @hantukiller kalau seseorg tu pergi mengupah bomoh utk menyantau, menyihir dn seangkatannya ...

Perlu di fahami, makna syirik : menyekutukan Allah dengan lainnya, maksudnya mengganggap tuhan tu bukan Allah aje, tapi ada yg lain.


Selagi sesaorang masih mengganggap Allah adalah tuhan yg satu, dia bukan syirik.



Meminta bantuan jin, meminta bantuan manusia, meminta bantuan roh, meminta bantuan malaikat(konon), meminta bantuan haiwan dan sebagainya dengan tidak mengiktiqadkan yg diminta membantu itu adalah tuhan, bukan syirik namanya.

chinta89 Publish time 20-3-2014 02:28 PM

mamaezah posted on 20-3-2014 01:44 PM static/image/common/back.gif
btui Chenta!!!! tapi kalau tengok betui betui, tangan dia mmg bengkok sket, tapi mmg Amy bley berj ...

mamaezah kompem popular kan bomoh ni? area mana? penah masuk majalah mestika tak tok mohh ter??:lol:

pm la nak tahu hehehe

taji2906 Publish time 20-3-2014 02:35 PM

dulu aku patah bahu, p jumpa pak din patah namanya kat sg. penchala... cuma dia baca ayat2 suci, yg aku dapat tangkap byk 3 Qul.. pastu diusap2 perlahan2 kat tempat patah tu... cuma masa awal2 datang jumpa pak din, dia tengok dulu pastu dia cakap, tulang kamu ni pak din bgth awal2 ye... memang tak dapat nak tarik balik jadi macam asal.. memang akan terbonjol.. cuma pak din boleh tolong tulang tu cepat bercantum Insya Allah... tp Alhamdulillah la, kuasa Allah boleh kata cepat tulang tu tumbuh cantum.. lgpun byk minum susu...

ada gak sedara cadang p jumpa orang berubat patah ni kat utara gak.. tp method dia lain... dia pakai daun mengkuang ke daun nipah gitu la... dia usap2 dulu kat tempat patah kot, pastu dia suruh kita balik.. cuma dia pesan, malam nanti akan sakit la sebab dia tengah betulkan tulang tu.. katanya bila pesakit balik, malam tu dia akan raut daun nipah atau mengkuang tu pastu diketuk2 pelan yg batang tengah tu.. pastu dikikis2 sikit batang tengah tu sampai ada serbuk2 kikis tu keluar.. dibuat beberapa malam bergantung patahnya macam mana..

tapi wife aku tak bagi aku p jumpa orang tu.. sebab dia pernah jumpa tengok sedara dia berubat dgn tok moh tu.. keturunan ada darah siam sebab nama dia apa ntah tak ingat tp ada bunyi siam nama dia.. boon ke apa ntah... wife aku suspek dia bukan buat secara Islamiah.. ada seru2 gak...

dan aku pulak memang takmo p sebabnya, nak ke utara berapa ratus km... masa aku patah tu naik keter dari damansara ke sg.penchala yg dekat tu pun rasa seksa... huhu... dah la tok moh diragui...

azlinamanan Publish time 20-3-2014 02:51 PM

adik ina penah patah kaki masa umur dia 6tahun... doc ckp mmg kene masuk besi.. tp ayah ina xnk bg sbb adik kecik lg kn,.. so, ada org cadang bawak adik ina pg bomoh patah.. dia ubat dr jarak jauh.. ibu jari kaki adik ina, dia ikat batang pisang... mlm dia ubat 2, adik ina meraung..dia kata mcm kene picit.. dlm seminggu lpas 2, adik ina da ok da..leh jln tp tengkut2 sikit la.. pg x-ray, doc ckp tulang da smbung semula.. alhamdullilah ngan izin Allah...

-electrifying- Publish time 20-3-2014 02:52 PM

adakah tok moh tu org yg sme yg nk saman KJ dan JAIS tu? Tolong katakan tidak. {:noseo

Adiya Publish time 20-3-2014 03:16 PM

HK dh jawab, teman diam je la...
nak teman jawab jugak?????








okkkkkkkkkkk











jawapannya,











sama seperti di atas... ;P

alieyrina Publish time 20-3-2014 03:31 PM

Mcm penah dgq bomoh patah glamer kat s.p.u. seb perai utara..belah permatang apa x tau.. Last edited by alieyrina on 20-3-2014 03:32 PM

khailya Publish time 20-3-2014 03:41 PM

mamaezah... sambung la cerita pasai amy...
mesti die ade cerita pasai hijab die terbukak tu kan...

mamaezah Publish time 20-3-2014 03:49 PM

Sat internet opiskobg plak dahh....cable putuih lagiii!,! Kut tab takmleh type nanti lain tupe lain keluaq!

hanamunir Publish time 20-3-2014 03:55 PM

adik hana pn pernah patah tulang antara bahu dengan siku..
mula2 memg nk bawa gi jmpe bomoh patah sbb time kecik dulu adik da pernah berubat dengan pak cik ni sebab jatuh basikal..
dia tiup2 je, sapu air skit, balut, lusa da okay..
tapi disebab kan adik hana ni keje nye sebagai anggota keselamatan, kalau guna bomoh mana dapat mc kan..
lg la susah nk cuti utk rehat..
last2 x jd, bw gi operate kt spital jg, penuh skru kt tulang tu, parut dia pn mcm bentuk lipan..

Nape?Tak caye? Publish time 20-3-2014 04:24 PM

tak leh makan limau 45 hari kan?

Dzulqarnain Publish time 20-3-2014 04:27 PM

Salam TT

Bole huraikan sket ayat ni...
Dr cakap peluang untuk pulih macam biasa adalah 0.

Rasanya kebykan kes patah (fractured/tulang hancur) mmg x pulih mcm biasa
mesti ada bengkok/defect pd rupabentuk badan...structure tulangnya je yg ditampung.

Mak_Bee Publish time 20-3-2014 05:13 PM

kat melaka pon ada bomoh patah..adik beradik rasanya, lelaki dan perempuan .tp yg makcik tu dah meninggal rasanya 2 thn lepas.

tp saya x pnh jumpa yg lelaki tu.yg makcik tu pnh jumpa, mak mertua yg bawakkan. cara dia buat, guna daun.dia akan urut2 kat daun tu pastu nnti tggu la katanya mlm tu ada org dtg buat 'keje'.

lupa lak nak tye anak..org apa yg dtg buat keje betulkan tangan dia.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: BOMOH PATAH


ADVERTISEMENT