sang_arjuna Publish time 15-3-2014 10:46 PM

CIK YAH & CHE MAMAT

Assalamualaikum
Sila lah baca cerita baru akak
komen lah apa apa yg patut dan tak patut

seperti biasa... entri tidak regular sebab kerja akak tak menentu dan cerita ini akan tergantung sementara mencari idea ;P

sang_arjuna Publish time 15-3-2014 10:57 PM

Prolog

Azalea berjalan seperti peserta Malay Mail Big Walk dari asrama menuju ke kafeteria sambil mengerling jam tangan setiap minit. Alamak… aku terlambat lah pula. Mesti kena leter “good good”. Sebaik tiba dia meninjau sekeliling sebelum bergegas menuju meja kecil tepi tingkap. Kerusi di tarik dan dia duduk berhadapan dengan seorang lelaki berbaju Melayu putih dan berseluar slack hitam. Mereka berbalas salam.

“ Sorry I terlambat. I tertidur lepas kelas. Ingat nak baring sekejap tapi terlajak. So sorry. ” Kedua telapak tangan di satukan dan senyuman semanis gula terpamer di wajah Azalea. Macam comel jer.... konon.

“ Kenapa tak telefon? Lama ana tunggu. Bila ana telefon tak jawab“ Tegas suara lelaki di depannya.

Hissy! Tak suka lelaki mengguna gantinama “ ana”. Geli telinga! Lainlah kalau diaperempuan yang bernama Rohana atau Rihanna atau Ana Dahlia. Tapi sejak akhir akhir ini, buah hati aku nimakin pelik. Asyik pakai baju Melayu , berkopiah, kadang kadang berjubah bila hari Jumaat. Cakap pun macam Arab celup. Sungguh tak cool! Tapi macam mana pun, aku tetap sayang. Zhafran Ilyas bukan calang calang lelaki.Dean’s List, Ahli EXCO Pertubuhan Pelajar, pemain bolasepak universiti, pendebat. Rupa irasIzzue Islam. Bijak, budiman, pandai mengambil hati, setia. Beruntung nya seorang gadis bernama Nur Azalea Razali.

“ Alamak, terlupa! Phone I on “silent” sejak kuliah.Sorry.I penat sangat sebab kena siapkan projek sampai pukul 2 pagi.” Azalea menutup kuap.

“ Nak makan apa?”

“ I dah makan Maggi kat bilik tadi. Lapar bangett! Perut I dah ber-hip hop.”

“ Patutlah lambat. Setengah jam ana tunggu. Buang masa, banyak benda yang boleh di buat. Ana ada usrah lepas Maghrib, sepatutnya ana boleh buat nota untuk perbincangan nanti.” bebel Zhafran. Azalea membulatkan mata.

“ Usrah? Eh, you dah lupa kah? Malam ini 1 haribulan. Its our date night.” Kesibukan masing masing sebagai pelajar tahun akhir tidak membenarkan mereka menghabiskan banyak masa bersama, apatah lagi mereka berbeza fakulti. Azalea mengambil jurusan komunikasi sementara Zhafran pelajar Kejuruteraan. Cuma sekali sekala mereka dapat berjumpa di perpustakaan atau cafeteria.

Zhafran berdehem dan melarikan anak matanya dari wajah gadis di depannya. Elakkan zina mata.

“ Sebenarnya itulah sebab ana nak jumpa awak”

“ Oh, jadi you nak tukar date night? Suka suki nak pecah tradisi. Bukan kah kita dah janji sejak kita mula couple dulu yang setiap satu haribulan kita akan keluar bersama, kecuali kalau hari tersebut jatuh pada cuti semester?” Nada Azalea berbaur kecewa.

“ Biar ana berterus terang. There will be no more date nights.Apa kita lakukan selama ini tak manis dan berdosa. Lelaki dan wanita bukan muhrim tidak sepatutnya berduaan.”

“ Bila masa kita berduaan? Kita keluar makan di warung atau restoran yang penuh dengan orang. Bukan I ajak you dating di taman bunga atau pergi karaoke berdua. Kita tak pernah berkepit macam belangkas. I pun tahu jaga maruah I sebagai perempuan.”

“ Ana tahu. Ana bukan kata awak perempuan yang tak reti jaga maruah. Cuma….ana dah buat keputusan untuk berhijrah. Ana tak dapat teruskan hubungan kita.”

“ What? You… you nak migrate? Ke mana? Bila? Sampai hati you tak bincang dengan I dulu.”

Zhafran senyum segaris. Bukan mudah untuknya membuat keputusan drastik. Lebih dua tahun dia memupuk kasih dengan Azalea. Dia akui Azalea gadis yang istimewa tapi kini tempat Azalea perlu di ganti.

“ Ana bukan nak migrate ke negara lain. Maksud hijrah bagi ana ialah menukar gaya hidup kejalan yang di redhai Allah. Ana ingin menjadi hamba yang patuh pada perintahNya dan sunnah Rasulullah, menjauhi segala larangan untuk mendapat keredhaan Nya.Ini kali terakhir kita jumpa. Ana harap awak faham, Azalea.”

“ You want to break up with me? Apa dah jadi dengan semua rancangan kita? You kata nak bertunang lepas kita graduate dan kawin tahun depan. Parents youterima I dengan baik. Family I pun suka you. I don’t believe this! Apa salah I? ”   Bibir bawahnya di gigit. Nafasnya deras seperti sedang memecut di trek stadium. No, this is not happening! Bucu matanya menangkap beberapa orang siswi yang sedang memerhati mereka. Mata, tolonglah jangan menangis. Aku tak nak jadi buah mulut di kampus.

sang_arjuna Publish time 15-3-2014 11:13 PM

“ Bukan awak yang bersalah tapi perbuatan kita salah. Hubungan kita berdosa di sisi agama.Dulu ana jahil tapi sekarang ana dah sedar. Walaupun kita tak bersentuhan tapi keluar berdua, berbalas mesej, mengucapkan kata kata cinta yang mengkhayalkan dan membuat kita lalai, itu semua tetap berdosa. Ana baru bertatih untuk mendalami Islam dan banyak lagi yang ana ingin pelajari. Lepas tamat peperiksaan akhir, ana nak belajar bahasa Arab, tafsir Quran dan hadith dengan Ustaz Luthfi di Pondok Islamiah di Hulu Langat. Kemudian ana akan ke Jordan atau Mesir untuk menuntut ilmu. Ana pun tak pasti berapa lama tempoh pengajian di sana.Percayalah, ana tak berniat nak kecewakan awak tapi ana lebih cintakan Allah dan Rasul. Cita cita ana untuk menjadi pendakwahdan ana rasa awak tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup ana yang baru.”

“ Mana tahu? I boleh cuba. You boleh bimbing I. Insyaallah I akan berubah.”

“ Ana sendiri pun perlu bimbingan, macam mana nak bimbing awak?” balas Zhafran dengan lembut. Kata kata Ustaz Luthfi penceramah bebas yang sering di jemput ke kampus untuk memberi tausiyyah menjadi pedoman. “ Bagi yang baru memulakan perjalanan mencari makrifatullah, carilah pasangan dari muslimah yang sudah sedia mengikut jalan yang sama. Lebih senang untuk bina baitul rahmah. Tapi ingat lah yang jodoh di tangan Tuhan.”

Azalea menguatkan tekad. Jangan desperado sangat. Aku tak akan merayu pada yang tak sudi.

“Ana minta maaf banyak banyak kerana mungkir janji. Ana harap awak akan jumpa jodoh yang lebih baik dan dapat menjadi pembimbing. Dan kalau Allah tentukan awak jodoh saya satu hari nanti, saya terima dengan hati terbuka. Ana akan selalu doakan awak, Lea. ”

Mata Azalea sudah berladung. Walau macam mana perit pun, mustahil aku boleh bangkang niat suci Zhafran untuk berdakwah. Silap silap kena timpa musibah. Kena panah petir ke, atau kena langgar lori sampah. Takut aku! Nauzubillahiminzalik.

“ Semoga awak berjaya capai cita cita awak,Zhaf. All the best. Assalamualaikum” Senyuman yang tak berapa nak jadi cuba di ukir sebelum dia bingkas meninggalkan cafeteria. Airmata yang di tahan gugur jua akhirnya.

Zhafran memandang sayu kelibat gadis berbaju kurung biru yang makin menjauh. Rasa kehilangan meresap masuk dalam hati. Am I making the right decision?Dia goyah seketika dan bangun untuk menyusuli langkah Azalea.Bukan senang untuk berpisah gadis yang sudah lama menghuni hatinya. Azalea cinta pertama dan episod cinta mereka berdua indah dan manis. Sanggupkah aku lepaskan semuanya? Tegar kah hati aku bila dia ada pengganti ?Astaghfirullah! Ya Allah, kuatkanlah iman ku! Bantulah hamba Mu melupakan cinta pertama demi mengejar cinta hakiki.

sang_arjuna Publish time 15-3-2014 11:14 PM

sambung esok atau lusa
gudnite{:1_537:}

NaylaArisha Publish time 16-3-2014 09:03 AM

Besttt sang arjuna datang dgn citer baru

merahsilver2U Publish time 17-3-2014 01:00 PM

{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}
go... smiley.... go...

UsuFie Publish time 18-3-2014 10:12 AM



waaa.....kaka juna ada citer baru...

{:1_152:}

sang_arjuna Publish time 18-3-2014 05:17 PM

tks mod n semua pembaca sbb sudi baca {:1_149:}

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bab 1

“ Biar betul Lea?!! Kau nak kawin? Serious?” Suara Kerinamemetir sekaligus membuat pelanggan Secret Recipe menoleh ke arah meja mereka.

Jari di letak di bibir.“SSyyy….diam lah ! Yes, you heard me.Aku bertunang last weekend. Sorry tak bagi tahu kau but it was a last minute thing. My mom pun terkejut , ingatkannak merisik saja. Kelamkabut kita buat hantaran.”

“ Tengok cincin” Kerina menarik tangan Azalea. Cincin berlian berkilau di jari manisnya.

“ Wow… nice! Cincin tunang pun dah besar gaban, kalau cincin kawin tentu lagi awesome. Mesti tunang kau orang kaya. Ya lah, takkan kau nak kawin dengan mat despatch kan?Ceritalah pasal tunang kau. Bila kau kenal dia? Dia kerja di mana? How come you never told me about him? Macam mana tiba tiba saja kau boleh terima ? ” Bertubi tubi soalan Kerina mengalahkan wartawan Melodi dan Propaganza.

Azalea tenang menyisip ice lemon tea. Macam mana aku nak cerita ni? Memanglah rasa macam “village people“ sangat bila berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tapi ada kisah tersembunyi di sebalik perjanjian persefahaman ini.

“ Parents aku yang terima proposal parents dia. Kami tak pernah jumpa pun. Dia kerja di US sekarang. ”

“WHAT?!! Kau ni dah kenapa? Macam mana kalau dia boroi, kemetot, muka pecah rumah? Kau ni kan ‘rupalist’ , nak yang handsome saja. Lea, aku rasa kau tak fikir panjang. You of all people kenakawin paksa?!Aku tahulah kau frust lepas putus dengan Zhafran dulu tapi takkanlah sampai nak terima jodoh pilihan parents kau yang kau tak pernah jumpa? Ramaiyang minat kat kau, pilih saja yang mana kau nak. Just fall in love and go out on dates then get married like other normal girls. ”Kerina iri hati sebenarnya. Aku yang bercinta dah lima tahun belum lagi di risik keluarga Adam. Tiba tiba Azalea yang kahwin dulu. Mana aci!

“ Aku pun susah nak percaya. Parents aku dah psiko akubetul betul kali ini. Guilt trip, emotional blackmail, reverse psychology, gostan psychology semua ada. Akhirnya aku give up dan terima saja. Malas aku nak gaduh. Aku dah tengok gambar Muaz. He is not too bad! Tak lah kacak gila macam Lee Min Ho tapi okay lah. ”

Alhamdulillah tunangan secara proxy nya ,Ahmad Muaz bin Ahmad Zaki memenuhi semua criteria( dari gambar yang di beri oleh keluarga suami) :
1)        tinggi – aku tak nak kahwin dengan lelakirendah sebab nanti tak boleh pakai heels. Aku memang tak percaya “ kata orang tua” yang kalau suami lagi pendek dari isteri murah rezeki. Ala… nak menyedapkan hati jer tu.
2)        berkulit sawo matang – aku tak suka lelaki berkulit putih licin gebu. Tak maco.
3)        senyumannya manis dan gigi bersih dan cantik – aku tak suka lelaki yang ada ‘ brooding look”, macam banyak masaalah. Tang gigi tu rasanya kriteria universal sebab tak ada perempuan suka lelaki gigi rongak dan kotor.
KataDatin Sakinah, gambar anaknya di ambil dua tahun lalu tapi tolak campur lebih kurang, mesti tak banyak berubah sekarang. Harap harap gitulah.Pertama kali Azalea melihat gambar Muaz, jantungnya bergerak pantas seketika. Ada tarikan lah kalau gitu. Ok, lulus!

sang_arjuna Publish time 18-3-2014 05:30 PM

“ Family dia tahu tak yang kau ni suka enjoy, pergi ke club, tapi tak suka ke dapur? Selalunya isteri pilihan keluarga ni perempuan baik ala ala Ustazah atau perempuan Melayu terakhir yang tak pernah keluar dengan lelaki, pijak semut pun tak mati. Macam dalam novel dan drama TV yang meletop sekarang ni ” Kerina menyuap macaroni and cheese yang baru di hantar oleh pelayan.

“ Tak sangka kaulayan drama Melayu. Ingat kau perasan “urban”. ”Azalea ketawa. Rumusan Kerina tak dapat di nafikan. Dia seperti kebanyakan gadis single berkerjaya di kota metropolitan. Maklumlah sejak putus dengan Zhafran di university dulu, dia tak pernah bercinta. Dah serik!Tapi dia ramai kawan yang happy go lucky dan gila gila. Biasalah, kalau hujung minggu dia hang out dengan kawan kawan melepas tension. Lagipun bukan buat dosa besar seperti minum arak atau ambil benda terlarang, berzina, berjudi. Kira okay lah kan? Aku juga tak pernah goda suami atau kekasih orang. Pakaian aku pun tak sexy sampai buat lelaki tersembul biji mata.

“ Kau tak takut? Dalam novel dan drama semua happy ending but this is the real thing. Macam mana kalau hidup kau dan Muaz tak bahagia nanti? You don’t even know the guy. Kau tak tahu apa kegemaran dia. Kau tak tahu tabiat dia.Ingat senang nak hidup serumah? Aku yang dah lama dengan Adam pun cuak nak jadi isteri dia.”

Kerina ni macam cemburu yang aku kawin dulu, detik hati Azalea. Mungkin dia takut kehilangan kawan baik.

” Woiii… tolong lah positif sikit, Cik Keri. You know me, I love challenges.”
Azalea mencapai tangan Kerina. Genggaman berbalas. Sudah lama mereka bersahabat, sejak zaman sekolah menengah lagi. Segala suka duka mereka kongsi bersama. Azalea kawan yang setia, periang, tak mudah tersinggung dan pandai mengambil hati. Tak hairanlahkalau diaramai kawan, baik lelaki maupun perempuan. Dan sudah tentu Azalea manis orangnya. Ramai lelaki yang terpesona walaupun Azalea sangat selamba,tak gedik dan manja macam sesetengah gadis. Ya lah, orang yang dah cantik semulajadi tak perlu berusaha lebih.

“ Sorry Lea, for being pessimistic. Very bad of me. Jangan ambil hati, aku memang macam ni. Aku percaya kau akan bahagia dengan Mr Muaz. Aku penyokong No 1 kau. Azalea Boleh!”

“ Aja aja fighting!” Azalea menumbuk angin. Tawa mereka terletus bila terkenang zaman remaja. Macam kena sawan kalau tengok hero Kpop kegilaan mereka di TV maupun majalah.

“Bila aku dah kawin pun, kau tetap kena layan aku. Dengan siapa lagi aku nak kompelin pasal in laws dan bincang pasal tips untuk jadi isteri mithali. Kau lah sahabat aku dunia akhirat, Kerina Hamdan. Nanti kau jadi pengapit aku ekk? Aku dah tak banyak masa, perkahwinan aku sebulan lagi. Kita kena pergi tempah baju, pastu kau tolong aku cari hantaran. Yang lain semua mak aku suruh wedding planner buat sebab tak cukup masa nak buat sendiri.”

“ Okay,boss. Bila kau nak pergi?Dua tiga hari ni aku sibuk. Kita pergi masa weekend nanti ya” Kerina mula teruja. Shopping dengan Azalea memang fun! Azalea ada gaya yang buat semua sales assistant layan dia macam orang kaya. Lagipun, mesti ada habuan untuk aku. Azalea pemurah dan tak pernah berkira dengannya.

“ Set! “ Azalea membayar bil manakala Kerina membetulkan rambut cokelat perangnya dan mengoles gincu sebelum mereka berdua jalan bersaing ke pejabat masing masing yang tidak jauh dari situ.

Tanpa di sedari oleh Azalea mahupun Kerina, seorang pemuda berkaca mata hitam memerhati gerak geri mereka dari tempat duduk yang agak tersorok di Secret Recipe. Tak lama kemudian pemuda itu menyusul keluar dari kedai.

seroncilok Publish time 19-3-2014 12:24 PM

yeyayyyy..yeayyyyy.. ada citer baru
{:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

shahrinas Publish time 19-3-2014 01:54 PM

best... {:1_132:}

ladyFinger12 Publish time 19-3-2014 02:00 PM

2 tahun selepas itu...

Boroi kau! Sengau plak tu. Mampusss!

Terduduk Azalea sambil matanya membundar luas ke arah Ahmad Muaz sebaik sahaja lelaki itu memperkenalkan diri.


:lol:


psstt... aja aja fighting meh? :P

merahsilver2U Publish time 20-3-2014 05:00 PM

SAMBUNG!!! SAMBUNG!!! {:2conggalo

sarizu Publish time 23-3-2014 09:44 PM

Bestnya cite...

Next cpt2 sket!

sang_arjuna Publish time 24-3-2014 12:26 AM

ladyFinger12 posted on 19-3-2014 02:00 PM static/image/common/back.gif
2 tahun selepas itu...

Boroi kau! Sengau plak tu. Mampusss!


hahaha.... terbaik lah plot lady
boleh di pertimbangkan:lol:

sang_arjuna Publish time 24-3-2014 12:27 AM

sarizu posted on 23-3-2014 09:44 PM static/image/common/back.gif
Bestnya cite...

Next cpt2 sket!

aiyaakkkk...
best ke?
baru sikit je

sang_arjuna Publish time 24-3-2014 12:42 AM

Bab 2

Bermacam macam jenis kain dari pelbagai rona di tebar dan di belekoleh bakal pengantin dan bakal pengapit.Ada lace, sutera,satin, syifon, kain sari, kain songket. Arwin, atau lebih mesra di panggil Cik Winyang sudah bertahun menjahit pakaian untuk Azalea dan ibunya sudah arif dengan citarasa dua beranak ini. Simple, elegant , sopan dan tidak OTT. Tapi untuk pengantin yang akan bersanding di hotel mewah, biarlah nampak outstanding sikit.

“ Apa kata kita guna songket Trengganu warna putih, potongan baju kurung moden? Bila lagi nak tunjuk body kau yang meletop? Win buat beading kat dada dan lengan. Veil panjang sampai lantai. Tunggu jap Cik Win lukis, kau mesti suka.”

Pen hitam Artline pantas berlari atas kertas putih dan tak sampai seminit lakaran yang sudah siap di hulur pada Azalea. Very the va va voom!

“ Macam artis punya baju kawin je. Banyak sangat bling bling ni , tak berat ke? Lenguh badan saya nanti. Bukan sekejap kena pakai, empat lima jamtau.” omel Azalea.

Ibunya Datin Azwa tak memberi apa komen. Azalea yang nak pakai, biarlah tuanpunya badan selesa. Dia melayan Kerina berbual sambil membelek majalah terkini.

“ Haishh! Kau kena tahanlah dik. Ini once in a lifetime punya occasion. Win guna fine syifon for the veil, beading pakai Swarovski tapi sikit saja. Tak payah lip lap sangat macam retis.”

Setelah berdiskusi lebih kurang satu jam, mereka mencapai kata putus. Design, warna dan jenis kain sudah di pastikan, dari pakaian pengapit, ibu pengantin hingga pengantin sendiri. Nasib baiklah mereka pelanggan tetap Arwin, harga tempahan yang di kenakan berpatutan. Tak macam pereka kelas atasan yang beroperasi di rumah banglo kawasan elit yang harga baju kurung mencecah lima angka. Okay, settle bab pakaian.

“ Make sure cepat siap tau, Win” pesan Datin Azwa

“ Of course Datin, don’t worry. Seminggu sebelum majlis, semua kena datang fitting. Mana tahu kalau kena buat adjustment. Win akan call.” Cik Win melambai ala ratu di pintu kedai. Dulu dia menjahit baju dari rumah saja tapi bisnesnya makin maju sehingga mampu menyewa kedai.

sang_arjuna Publish time 24-3-2014 01:03 AM

Azalea menekan remote kereta Proton Preve dan Kerina meloloskan diri ke tempat duduk sebelah pemandu. Datin Azwa sempat menahan anaknya.

“ Lea, cepat pergi beli hantaran.Masa dah suntuk. Mak tak boleh ikut sebab ada appointment dengan wedding planner. Lea pilih lah apa apa yang sesuai. ”

“ Tak boleh.. tak boleh. Mak kena ikut. Lea tak tahu taste pengantin lelaki. “ Risau aku! Jumpa pun tak pernah, nak suruh aku beli barang hantaran. Membazir saja kalau tak sesuai dengan citarasanya.

“Eh, Mak lupa nak cakap. Datin Sakinah suruh Lea beli barang untuk Lea sendiri, yang untuk Muaz dia akan beli. Lagi senang macam ni sebab Datin tak tahu apaLea suka dan dia tak ada masa nak bawa Lea pergi shopping. Datin suruhLea beli handbag, mekap dan minyak wangi, dan lagi satu terpulang pada Lea. Nak jam tangan atau handphone? Jangan boros sangat walaupun Datin Sakinah akan bayar”jelas Datin Azwa. Bakal besannya sangat pemurah. Kalau boleh pihak lelaki nak sponsor semua dari bunga telur hingga ke caterer sampai dia dan suaminya rasa serba salah.

“Berapa kita kena bayar untuk hantaran lelaki? Mesti si Muaz bercitarasa tinggi. Kering akaun bank Lea.”

“ Lea tak usah risau.Datin Sakinah tak minta pun duit dari Lea. Sekarang , yang penting Lea beli barang hantaran Lea. Sebab minggu depan Mak kena hantar ke rumah Datin Sakinah. Dia nak gubah hantaran, “

Mata Azalea terbeliak. Betul kah apa yang aku dengar? Gaya mak mertua from heaven ni! Tapi bila fikir balik, dahsyat sungguh umpan dia guna supaya aku kawin dengan anak dia. Mesti something is wrong somewhere.Siapa yang desperate sebenarnya?

“Ha… apa tercegat di situ. Pergilah cepat, kesian Kerina tunggu dalam panas.” Azalea menurut perintah ibunya biarpun otaknya sarat dengan bermacam persoalan.

“ Selalunya kau hantu shopping, pantang di ajak. This is like a dream come true, tapi kau nampak macam ada masaalah besar. Apahal? ” tegur Kerina sambil mencuit lengan Azalea yang terpaku di tempat pemandu dengan dua belah tangan atas stering. Azalea tersentak.

“ Er…. where do we start ?”

“ Pavillion , then KLCC. Mesti kau nak top designer brands kan? Bertuah betul kau ni”

Enjin di hidupkan dan keretanya meluncur keluar dari tempat parking depan kedai Arwin. Sebuah Proton Wira yang sedari tadi terpakir di seberang jalanterus mengekori mereka.

sang_arjuna Publish time 24-3-2014 01:15 AM

“ Okay, I’m done for today.” Azalea mengambil beg kertas berisi alat solek dan minyak wangi Christian Dior dari juruwang Isetan. Semua resit di lipat dan di simpan dalam dompet sebagai bukti yang dia tak ambil kesempatan atas bakal mertua yang terlebih pemurah.

“ Dah ke? What about your wedding ring? Hantaran untuk lelaki?”

“Ini je yang mak aku suruh beli sendiri. Cincin tak termasuk dalam list, lagipun credit card limit aku pun dah sampai maximum. Hantaran untuk Muaz family dia yang belikan. Mana aku tahu taste dia atau saiz kasut, baju semua tu. Jumpa pun tak pernah.”

“ So, kira dah kaw tim lah?” Kerina menarik nafas lega bila Azalea mengangguk. Penat weii, empat jam mereka tawaf keliling Pavilion dan KLCC. Kaki pun dah rasa nak tercabut walaupun pakai flats.

“ Jom… coffee time! Kau belanja ya. Penat tau aku jadi khadam angkat beg”Kerina mengecek.

“ Ya lah.. ya lah. Aku pun haus gila. Rasa nak tadah mulut katdepan tu” Azalea memuncungkan bibir ke arah pancutan air di depan KLCC.

“ Berani kau? Kalau kena kejar dengan security, aku ambil gambar letak kat Instagram” Mereka ketawa mengekek.

Gloria Jean menjadi pilihan. Kedudukannya strategik, mereka dapat menjamu mata dengan gelagat orang dan juga menghirup udara segar. Sambil menikmati cappucino, mereka menikmati pemandangan di sekitar.

“ Lea, kau jangan panik. Aku rasa ada orangikut kau. ” Kerina merendahkan suara.

“ Are you sure? Punya ramai orang di sini. Macam mana kau boleh perasan dia ikut aku?” Azalea skeptis. Kerina terkenal dengan perangai drama queen. Memang sesuai pun dia jadi primadona Kelab Drama waktu di university. Suka gabra tak tentu pasal.

“ Dari Pavi lagi aku dah nampak this guy. Masa kita di butik Gucci, dia masuk buat buat nak beli wallet.Lepas itu aku nampak dia kat car park. Okay fine, aku tak suspect apa apa lagi masa itu.Tapi bila aku nampak dia masuk Sincere Watch pastu Isetan, something is wrong. Mesti dia ikut kereta kau dari Pavi. Sekarang dia ada kat meja tepi kaunter.”

Bulu roma Azalea berdiri. Creepy!“ Mana kau tau dia ikut aku? Mungkin dia ikut kau?”

“ Masa kat Sincere Watch, kau keluar pergi toilet kan? Dia pun keluar juga. Kalau dia ikut aku, mesti dia tunggu. Baik kau jaga jaga. Entah entah dia nak kidnap kau. Pastu dia asyik tekan handphone. Aku rasa dia ambil gambar kita dan hantar kat konco konco dia.”

Jantung Azalea berdegup kencang. Kalau betul apa yang Kerina cakap, ini sudah kes serius. Kena ada backup ni. Patutkah aku telefon Abah? Tapi bimbang pula darah tinggi Abah naik mencanak lagi. Aduh! Apa aku nak buat?

“ Lea, dia dah pergi. Jom kita ikut dia pula. Itu dia yang pakai T shirt hitam dengan jeans. Rambut kerinting macam afro. Cepat!”

Orangnya keciltapi saiz kecil tak bermakna tak bahaya. Mana lah tahu dia jaguh tomoi. Azalea dan Kerina cuba bergerak pantas tetapi beg shopping yang banyak melambatkan pergerakan. Tambahan pula orang ramai berlegar di KLCC waktu hujung minggu. Pemuda itu dengan tangkas menghilangkan diri dalam lautan manusia. Akhirnya, mereka terpaksa mengaku kalah. Azalea mengeluh kepenatan.

“ Dah… dah. Aku give up. Lagipun apa nak buat kalau kita dapat tangkap dia? Nak belasah dia depan orang ramai? Nak suruh security guard tangkap? Untuk kesalahan apa? Kita tak ada bukti dia nak buat jahat. We will end up looking stupid. ”

“ Aku takut lah. Macam mana kalau dia ada gang yang tunggu di tempat parkir? Dia dah kenal kereta kau ” Ada getar dalam suara Kerina. Otak Azalea ligat bekerja.

“ Aku rasa dia tak berani buat apa apa sebab ramai orang. Takpe, kita naik teksi balik rumah aku. Malam nanti aku datang dengan Abah ambil kereta.”

Kerina tersenyum lega “ Pandai juga kau ni ya. Cepatlah, let’s get out of here.”

Sepanjang perjalanan pulang, Azalea cuba tenangkan diri dan berfikir secara rasional walaupun nadi dia masih bergerak pantas. Siapa yang stalk aku ni? Takkanlah nak kidnap aku, bapa aku bukan dalam list 50 lelaki terkaya di Malaysia.Akutak ada pula exyang gila bayang sampai nak apa apakan aku. Psycho manapula yang susahkan hidup aku ni?
………………………………………………………………………………………………………………………………………….

sang_arjuna Publish time 30-3-2014 07:17 PM

Bab 3

Qayyum menopang dagu depan komputer riba, menunggu sepupunya di Skype. Perbezaan waktu sebanyak 11 jam menyukarkan komunikasi tapi kali ini dia terpaksa bersengkang mata dengan secangkir kopi pekat sebagai peneman. Dia menyuak rambut nya yang jatuh ke dahi ala Nick Carter sebelum menghirup kopi. Huargghhhhh!

“ Assalamualaikum” Orang yang di tunggu muncul memberi salam. Wajah Muaz nampak cengkung sedikit berbanding kali terakhir Qayyum melihatnya.

“ Waalaikumsalam. Apa khabar abang? Busy ke?”

“ Busy tak hengat. Berlambak kerja nak kena habiskan sebelum abang balik Malaysia.Anyway, Abang tak ada banyak masa. Show me what you’ve got.”

Itulah Muaz, tegas dan tak suka bual kosong kalau dengan aku. Lainlah kalau dengan awek, lembut gigi dari lidah.Gila charming! Qayyum mencapai Samsung Galaxy dan menghalakannya ke komputer. Kenapa tidak di hantar saja gambar? Muaz yang tak nak, setia betul dia pada kekasih awal dan akhir. Haram kalau ada gambar perempuan lain dalam telefon bimbit. Duhh!

“ Dah dua minggu Qai jadi spy. Merata tempat Qai ikut Azalea. Dia budak baik lah bang. Tak nampak pun dia buat perangai tak senonoh. Tak ada special boyfriend. Dia ada juga keluar ke club masa birthday party kawan tapi tak adalah jenis yang stay out sampai lewat. Dia popular, ramai kawan, pandai bergaul. Doesn’t drink, doesn’t smoke, no substance abuse. Good dancer.” Qayyum tersengih. Kalau bukan bakal bini Muaz, dah lama aku mengorat.

Di seberang sana, Muaz memincing mata. “ Yang mana satu orangnya? Ada dua perempuan.”

“ Azalea yang muka Melayu klasik tu, iras pengacara yang dah pencen siapa ke nama, Normala Shamsudin. rambut hitam, dia tak putih sangat, kurus sikit dari kawan dia yang rambut brown. Azalea kerja di Prima Group di Corporate Communications Department. Dia ni jenis sempoi, tak kisah pun makan nasi campur di gerai tepi jalan. Perempuan yang rambut brown tu best friend dia, nama Kerina.”

“Yang lelaki keding ni siapa pula? Takkan bodyguard? Kalau kena hembus boleh melayang kot”

“Lelaki tu boyfriend Kerina, nama Adam.Minggu lepas Azalea dan Kerina suspect Qai stalk dia, derang kejar Qai di KLCC. Fuhhh, panic gua! Nasib baik lah sempat lari. You owe me one, bro! Lepas that day,kalau Azalea dan Kerina keluar, si Adam tu mesti ada sama. ” Qayyum ketawa mengenangkan kisah dia lari lintang pukang menyorok dalam tandas.

“ Masaalah besar kalau dia kenal Qayyum nanti. You should have been more careful” selar Muaz. Sepatutnya aku guna private investigator tapi tak berbaloi pula. Obviously she is clean.Ini yang buat susah. Tak ada alasan untuk aku putuskan pertunangan.

“ Qai pakai rambut palsu lah. Ni ha…. “ Qai menunjukkan rambut palsu kerinting. “Mesti dia tak dapat cam, jangan risau. Yang penting kita tahu dia perempuan yang baik dan sesuai untuk jadi isteri abang”

Muaz mengeluh. Menantu pilihan Mama dan Papa tentulah gadis baik dari keluarga baik.Pandai pandai Mama dan Papa atur langkah masa aku tak ada. Kali ini aku betul betul terjerat. Tapi mereka lupa satu perkara, quota aku ada lagi tiga. He he! Masaalahnya samada Zahira setuju jadi No 2? Aku tak pasti.

“ Kenapa bang? Nampak macam ada masaalah besar jer. Yang lepas tu lepaslah. Forget the past, start a new life. Pilihan Mamamemang grade A+”

“ Kalau kau suka sangat, kau kawinlah dengan dia. Cakap memang senang” rengus Muaz. Dari dulu sampai kini, hanya Zahira di hatinya. KenapaMama dan Papa tak pernah faham kehendak aku.

“ Gurau je. Takkan dia nak Qai.” Kalau dia nak, kecil tapak tangan…

“ Apa khabar Papa dan Mama?” Muaz menukar topik. Bosan dengar celoteh Qayyum pasal minah gred A+.

“ Mama tengah sibuk dengan preparations untuk wedding Abang. Tiap hari rumah penuh dengan kawan kawan Mama, tolong buat itu ini.” Sudah lama tidak ada majlis perkahwinan di rumah ini, sejak Kak Amy kahwin 7 tahun lalu. Tentulah meriah majlis Muaz nanti.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: CIK YAH & CHE MAMAT


ADVERTISEMENT