Al-Patih Publish time 7-3-2014 04:55 AM

Toyota perkenal FCV, berkuasa hidrogen-elektrik

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/11/mytoyotafcvconcept1.jpghttp://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/11/TFCV-400x224.jpg

TOKYO – Syarikat kereta Jepun, Toyota memaklumkan pihaknya akan mula menjual secara komersial kereta berkuasa bahan api hidrogen dan elektrik pada 2015.Sasaran itu ditetapkan sejurus selepas Toyota memperkenalkan kereta konsep FCV, pada Tokyo Motor Show yang sedang berlangsung.Perkembangan berkenaan membuka dimensi baru dalam industri automotif kerana ia menggunakan hidrogen bagi menghasilkan elektrik dan seterusnya menjana enjin.Pada masa sama, FCV lebih cepat dicas dan boleh bergerak lebih jauh berbanding kereta berkuasa bateri.Toyota memaklumkan, FCV hanya perlu dicas dalam masa beberapa minit.Setiap kali ia dicas, FCV boleh bergerak sejauh 500 kilometer.Pengumuman Toyota itu dibuat sebagai menyahut saingan yang dibuat oleh pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai.Hyundai pada awal minggu ini memberitahu pihaknya bercadang memulakan pengeluaran secara besar-besaran kereta berkenaan seawal tahun depan.Hyundai memaklumkan pengeluaran besar-besaran itu membabitkan model Tucson yang mendapat sambutan hebat di Amerika Syarikat.Dalam pada itu, Honda Motor juga dijangka memperkenalkan kereta konsep yang sama akhir minggu ini.Kebanyakan syarikat pengeluar kereta sedang rancak membangunkan kereta berteknologi itu dan membawanya ke dalam pengeluaran secara besar-besaran.Langkah berkenaan diambil kerana ia lebih mesra alam.Sementara itu, ada juga yang bimbang mengenai permintaan kereta berkenaan di pasaran.Antara sebab utamanya ialah mengenai kekurangan stesen hidrogen.Malah, syarikat kereta Nissan dilapor menangguhkan projek kereta berkenaan atas sebab kekurangan kemudahan mengisi hidrogen.http://news.abnxcess.com/



assaffah Publish time 15-9-2015 08:45 AM

Gambar dah hilang

Al-Patih Publish time 17-9-2015 06:12 AM

http://image.motortrend.com/f/wot/toyota-hydrogen-vehicle-on-track-for-2015-debut-will-be-a-sedan-244473/59275558/2015-toyota-fcv-r-concept-front-three-quarter-02.jpg


The production Toyota FCV is officially slated to launch in Japan in April of next year, with a US launch around the beginning of summer 2015.

— integrityexports.com

assaffah Publish time 17-9-2015 09:50 AM

Menarik kereta ni:D
Pages: [1]
View full version: Toyota perkenal FCV, berkuasa hidrogen-elektrik


ADVERTISEMENT