wipers81 Publish time 6-3-2014 10:52 PM

Hapus Sudah Bahagia


Wahai isteriku..

Tiada bahagia yang tidak disulami dengan derita, begitulah sebaliknya. Adanya kamu di sisiku, aku terlalu bahagia hingga terlupa sejenak akan segala kesakitan yang kian hari kian ganas mengasakku. Aku, suami yang hanya tahu membebanimu dengan bermacam-macam masalah hingga terlalu banyak tertangguh hutang nafkahku, zahir dan batin. Namun kau sesekali tidak mengeluh. Tetap sahaja diri ini dilayani umpama seorang raja yang bersemayam gah di atas takhta sedang hakikatnya aku sedang menghitung hari, menanti malaikat Izrail datang menyapaku.

Bertabahlah wahai isteriku. Penderitaanmu pasti akan berakhir tidak lama lagi. Jika mata yang melihat diriku ini sebak, aku lagi sebak menatapmu wahai isteriku. Peluang walaupun hanya singkat hidup bersamamu akan ku abadikan sehingga bercerai rohku dari jasad. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat. Maaf kerana tidak mampu meninggalkan harta untuk kau nikmati. Hanya segugus memori indah yang tercipta antara kita untuk diabadikan dalam lipatan kenangan sewaktu kita bersama. Relakan pemergianku. Buat terakhir kali,‘Aku Cinta Padamu, Nur Suriani binti Rashid.’




** mahukan sambungannya, jom ke Bakat & Ruangan penulis.


Pages: [1]
View full version: Hapus Sudah Bahagia


ADVERTISEMENT