sarahmirza Publish time 19-2-2014 03:17 PM

Geng, apakah masalah ini? Fan berpusing selepas enjin dimatikan

Salam geng-geng kereta & kenderaan bermotor.

Nak buat pertanyaan.

Ada sesiapa pernah bermasalah enjin kereta sudah dimatikan tetapi fan masih berpusing? Apakah masalah itu? Gue dah bawa ke workshop, mekanik kata kena tukar thermostat tapi gue rasa macam ... eh ya ke ni? Nak tanya geng-geng di sini maybe tahu apa puncanya. Sebelum iniberlaku selepas jalan jauh, sekarang jalan dekat pun ada masa jadi juga. Bukan kerap tapi ada masa jadi, ada masa tak. Sometimes, enjin dah mati then few minutes later tiba-tiba fan berpusing semula.


Tolong !

mute Publish time 19-2-2014 03:25 PM

mesti tt pakai persona@gen2....

sarahmirza Publish time 19-2-2014 03:38 PM

mute posted on 19-2-2014 03:25 PM static/image/common/back.gif
mesti tt pakai persona@gen2....

Bukan. Exora

haji_one Publish time 19-2-2014 04:52 PM

sarahmirza posted on 19-2-2014 03:38 PM static/image/common/back.gif
Bukan. Exora

Exora Bold? Enjin CFE?

neotoxin Publish time 19-2-2014 05:12 PM

cuaca panas ni :P

H4dRi Publish time 19-2-2014 05:13 PM

Exora pun pkai campro jgak..normal la kalo da ttup enjin fan masih pusing..tmbahan kalo cuaca panas..kalo exora bold enhin cfe lg lama kot kipas pusing...


Sedap gamak pomen tu nk sruh tuka thermostat:lol

mofisa Publish time 20-2-2014 09:01 AM

sedangkan campro 1st gen pon bunyi kipas lepas enjin stop..inikan pula cfe. hehe

tepets Publish time 20-2-2014 10:05 AM

Normal la tu.

LuqmanHakim3103 Publish time 20-2-2014 08:21 PM

Tiada masalah. Sekian.

lompatikam Publish time 24-2-2014 02:56 PM

fius kat kipas problem. pi tukar tuh je. dlm RM30-Rm50.

http://2.bp.blogspot.com/-XmICV2qr_kQ/UXqFIlInwYI/AAAAAAAAD14/cQQ3Tp62AzE/s1600/arus6.JPG

Last edited by lompatikam on 24-2-2014 02:59 PM

zulka Publish time 24-2-2014 03:20 PM

normal...tiada masalah
cfe punya kipas radiator pusing ikut time cut off yg telah ditetapkan........
so wlaupun enjin dh mati... kipas akan tetap pusing selagi cutt off time belum habis

archilless Publish time 24-2-2014 05:26 PM

biasa kalau kipas radiator kereta aku taknak renti mcm tu.. aku start balik engine.. tekan minyak 2-3 kali..
lepas tu kipas tu stop..

Ajy87 Publish time 3-1-2017 12:30 AM

Salam..saga flx saya juga demikian...sebelum ni x ada pon lepas off kunci matikan enjine radioator fan masih hidup...sudah guna 2 tahun lebih baru terjadi..macam ada yg x kena..mohon pencerahan otai2..tq

monyet_2015 Publish time 3-1-2017 10:05 AM

Edited by monyet_2015 at 3-1-2017 07:10 AM

Kipas masih berpusing selepas enjin dimatikan adalah disebabkan oleh masaalah overheat, kereta proton memang di disign bergitu.,.computer box akan detect injin masih panas dari normal sebab itu ia akan pusingkan kipas, selepas komputer box dah scan injin sejuk baru kipas berhenti...biasanya selepas 1-2 minit
masaalah over heat ini bukan disebabkan oleh fius atau termostat tapi disebabkan oleh motor kipas sudah kurang effiicient.
jika kamu perasaan..meter suhu akan naik sikit bila berhenti di trafik light..dan akan kembali turun bila kereta bergerak.. ini disebabkan semasa kereta bergerak fungsi penyejukan enjin dibantu oleh angin..tapi semasa kereta idle fungsi penyejukan bergantung kepada kipas...kelajuan motor kipas itu sudah kurang efficient menyebabkania tak dapat menyejukkan injin seperti sepatutnya..
solusionnya..
servis motor kipas radiator, tukar carbon brush atau motor kipasbaru, selalunya pomen kereta malas(nak untung banyak) nak servis carbon brush dia akan suruh tukar motor baru...
harga carbon brush cuma rm15 tapi motor baru berharga 150- 200 (denso japan )

assaffah Publish time 3-1-2017 06:23 PM

Enjin cfe memang macam tu. Enjin soft turbo.

Fauziash Publish time 23-8-2020 11:33 PM

Salam guys nak tanya kereta preve kipas masih berpusing apa punca ya dah 30minit masih lagi pusing tanpa henti nak kata panas malam2 pergi kedai je tak kan panas sangat .

zulka Publish time 24-8-2020 09:54 AM

Fauziash replied at 23-8-2020 11:33 PM
Salam guys nak tanya kereta preve kipas masih berpusing apa punca ya dah 30minit masih lagi pusing t ...

Relay kipas dah rosak

sarahmirza Publish time 24-8-2020 10:43 AM

Fauziash replied at 23-8-2020 11:33 PM
Salam guys nak tanya kereta preve kipas masih berpusing apa punca ya dah 30minit masih lagi pusing t ...

Ada part kt kipas tu rosak...
Pages: [1]
View full version: Geng, apakah masalah ini? Fan berpusing selepas enjin dimatikan


ADVERTISEMENT