mrundefined Publish time 8-2-2014 10:34 AM

☛ Koleksi Puisi Ahz96a ☚

Ruangan puisi untuk tontonan semua dari diriku.
Format yang digunakan adalah bebas mengikut keadaan 'mood' sendiri.
Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

Jadikanlah aku seorang yang taat
Jemputlah aku dihari Jumaat
Berlembutlah denganku wahai Sakarat
Melengkapi hidupku diakhir hayat

Natijahnya itu maut jua akhirnya
Saat badan dalam keranda
Rohku melihat jauh di angkasa
"Oh masaku sudah tiba rupanya"

Kata sang Munkar "Apa amalanmu?"
Kata sang Nankir "Bersedialah kamu!"
Kata diriku "Banyak yang lupa."
Disebatnya aku hancur badanku

Pedihnya aku harungi kematian
Sentiasa berada disebalik sempadan
Sesalnya aku hanya tangisan
Sebuah sesalan tiada kasihan

Ribuan tahun sudah berlalu
Kini kiamat sudah berlaku
Puas diseksa didalam itu
Mengapa harus jadi begitu?

Diatas titian sedang merangkak
Ku lihat bawahnya terlihatlah kerak
"Panasnya api sungguh marak"
Tidak berdaya untuk mengelak

Wahai Syaitan Raja Durjana
Katanya "Hai sahabatku yang setia"
"Hari ini berjiranlah kita"
Buat selamanya, dalam neraka.

Sang Sakaratul
Ahz'96a
Tema : Keagamaan Last edited by mrundefined on 29-3-2014 09:23 PM

mrundefined Publish time 8-2-2014 11:21 AM

Aku
Hari terpejam, rindu membelengu
Zahir itu terdiam, malunya tersipu
Apakah angkuh perasaanku itu?

Aduh mengapa
Dabik dadaku senyum sahaja
Hari semalam satu nota
Wafatlah si raja dalam dunia
Alaf pun, masa itu berakhir jua

Si Putera
Ahz'96a
Tema : Percintaan

mrundefined Publish time 8-2-2014 11:50 AM

Falsafah diungkap suatu pengertian
Abadi dirasai suatu pelarian
Rabbana, Engkaulah pemberi kebahagiaan
Harapan kelmarin indahnya impian
Adab darinya, kuanggap cubaan
Nikah itu menjadi kefardhuan
Anjakan amalan satu pertaruhan.

Si Puteri
Ahz'96a
Tema : Percintaan, Keagamaan

mrundefined Publish time 8-2-2014 03:10 PM

Islam
Kejayaan, kemakmuran, keamanan
Tetapi tanpa pegangan
Tanpa fahaman
Tiada lain hanyalah satu ancaman
Binasalah mereka atas kemaksiatan
Percayalah mereka wujudnya balasan
Percaya jugalah kita atas satu kemaafan.

Muslim Itu Pemaaf
Ahz'96a
Tema : Keagamaan

mrundefined Publish time 28-2-2014 03:32 PM

Bila aku lihat di sana,
aku ternampak sekumpulan doktor
merawat duka pesakit luar
menggalas tanggungjawab dengan jujur
menelan kepahitan di bibir kehidupan.

Bila aku lihat di sana,
aku ternampak sepasang penjaga
sudah menghafaz sejuzuk kalam-Nya
dinikahkan dengan sempurna
pasangan yang ideal lagi berguna.

Bila aku lihat di sana,
aku ternampak para pendakwah
bijak memberi hujah dan tarbiah
pelaksana hikmah juga beramanah
sekuntum mawar buatmu Muslimah.

Bila aku lihat di sana,
aku ternampak ahli politik
sibuk dengan agenda itu dan ini
sehingga tidak sanggup untuk dikritik
meninggalkan agama, melupakan bangsa.

Bila aku lihat di belakangku,
aku ternampak seorang Imam
seorang insan bernama Shaf'ie
2 kali khatam di setiap hari
sejuk beku sampai ke hati.

Bila aku lihat di belakangku,
aku ternampak seorang pahlawan
penegak syiar agama Islam
pemusnah kejahilan martabat kebaikan
seorang sultan bernama Al-Fateh.

Bila aku lihat di belakangku,
aku ternampak seorang Rasul
namanya Ahmad, Bagindalah utusan
bersamanya ialah, sebenih agama
daripada akar dan pucuk yang sama.

Tetapi,
Bila aku lihat diriku
aku ternampak tiada apa
hanya mengejar kehidupan
hanya takutkan kematian
tetapi siang malam entah kemana
aku hidup tanpa tujuan.

Lihat Diriku
Ahz'96a
Tema: Kehidupan, Keagamaan, Percintaan
Pages: [1]
View full version: ☛ Koleksi Puisi Ahz96a ☚


ADVERTISEMENT