bb_nessa Publish time 8-6-2005 03:47 PM

kalau bahasa selain melayu loghat sabahan boleh ke, kak seri?

bb_nessa Publish time 10-6-2005 02:02 PM

'Padan Muka'

Orang sabah akan sebut

"kotoh" - slang orang dusun
"sepa suru' !" - slang orang kebanyakan sabah. sebut betul2 ikut sae-pa su-ru' . Actually datang dari perkataan 'Siapa Suruh' tapi kalo ikut lidah orang sabah sebut macam ni lah, "sepa suruh!"

bb_nessa Publish time 10-6-2005 02:06 PM

alahai... Kak seri, sori lah baru perasan posting berulang... boleh tolong deletekan? kalu tidak kastau jak nanti sia kasi delete,.. :P

bb_nessa Publish time 10-6-2005 02:14 PM

kalau bahasa sarawak ada sikit2 tau, pernah studi di sana dulu..

Pernah terguna ayat cam ni, (time ni mau turun dari bas, so mo pesan sama tu driver bas tu)
"err, kamek mo turun sini..." waktu ni baru tau guna 'kamek'.
"sitok kah?" <-- pada pemahaman sia waktu tu, macam dia pakai perkataan 'situ'.
"bukan pakcik, sini!" saya cakap cam ni takut dia turunkan saya jauh ke depan lagi..
sitok? <-- bengang suda time ni, saya guna jari menggambarkan 'mau turun sini'..

ehek.. lama2 baru tau, perkataan sini atau siney bermaksud di mana?

sementara, situ atau sitok bermaksud di sini...

argh... malunya sia.... koporong nogi(dalam bahasa dusun sama maksud dgn 'how embarassed')...

bb_nessa Publish time 10-6-2005 02:18 PM

Bahasa Dusun (loghat Ranau)

Osonong Kosuabon - Selamat Sejahtera

Isai ngaran nuh? - Siapa nama mu?

Tambalut - kawan


hehe.. kalo bahasa dusun nih susah sket bukan pandai sangat, tapi kalo mo belajar tanya Sixfullbar..

bb_nessa Publish time 10-6-2005 02:23 PM

Orang dusun tua2 kalo diorang menamakan nama panggilan nick dalam dusun, sebenarnya ada maksud serupa dan perangai juga menggambarkan namanya.

Contoh:
nama dusun saya - Ugou bermaksud bayi/baby dan err.. sampai sekarang orang cakap saya ni babyface..

Pangoh bermaksud jari tambahan (jari kesebelas) tapi bagi orang2 tua bilang (cakap) ianya budak jajal (nakal). Actually betul tapi pada masa yg sama, sesiapa ada pangoh ni mempunyai kebolehan bersyarah/pidato dan kemungkinan besar boleh jadik lawyer! (not joking) Ini nama nick adik bongsu saya yg nakal tersangat2.. ish..

seribulan Publish time 12-6-2005 08:49 PM

Originally posted by bb_nessa at 10/6/05 02:06 PM:
alahai... Kak seri, sori lah baru perasan posting berulang... boleh tolong deletekan? kalu tidak kastau jak nanti sia kasi delete,.. :P
:hug:udah, bah..
sambung la...

bb_nessa Publish time 13-6-2005 01:24 PM

Originally posted by seribulan at 12-6-2005 08:49 PM:

:hug:udah, bah..
sambung la...

hihi.. thanks!

ponsikou.. (thank you in Bahasa Dusun)

bb_nessa Publish time 13-6-2005 01:28 PM

Kalau mo bercakap bahasa sabah, kan, kena laju sikit lidah time bercakap..

ini memang trend orang sabah bercakap, kalox percaya, cuba korang dengar 2 orang sabah berbual, cuba perdengarkan ...

sebab ada orang tegur saya dulu time di kuching, durang cakap sia punya klaka(percakapan dalam bahasa melayu sarawak) terlampau laju sampai durang lambat pick-up.. hehee...:P

bb_nessa Publish time 13-6-2005 01:31 PM

kalau dalam bahasa melayu biasa:

"sedapnya ...."

orang sabah cakap:

"wuih, punya main sadap!"

atau

"sadap oohh..."

bb_nessa Publish time 13-6-2005 01:33 PM

General Malay:

hodoh/tak cantik



Sabahan Slang:

bida' (bukan bidak)

bb_nessa Publish time 13-6-2005 01:34 PM

Kalau ayat GM (General Malay):

"dia lagi teruk..."

ini ayat BSbh (bahasa sabahan)

"dia lagi sangsara... (timbul dari perkataan sengsara)"

bb_nessa Publish time 13-6-2005 01:38 PM

GM:
"bagus tu!" (merujuk kepada nak 'thumb up' sesuatu perkara)

BSbh
"bagus bah tu!" atau "bagus baitu" sama ja maksud tapi ayat kedua ackceli kena sebut cepat2..

sixfullbar Publish time 13-6-2005 02:07 PM

GM: Kenapa begitu?

BSbh: Kanapa baitu!

Baitu sebenarnya dua perkataan; bah dan itu. tapi disebabkan cara percakapan urg(orang)sabah yang pantas, baitu disatukan untuk tujuan sebutan...

bb_nessa Publish time 14-6-2005 08:14 AM

GM
"kenapa?"

BSbh(Bahasa Dusun)
"Nokuro?"

bb_nessa Publish time 14-6-2005 08:15 AM

umm.. apa lagi aa.. hilang idea... tunggu aa...

sixfullbar Publish time 14-6-2005 08:18 AM

saya nak share satu ayat, BB kau tau ka maksud ni?

"Nyarun ku usin"

Tak pasti dari suku kaum mana ayat ni... tapi maksudnya lebih kurang "Tidak ada duit"

di mana:

Nyarun = Tidak ada/tiada
Ku = Aku/saya
Usin = Wang/Duit

Selain Nyarun Ku Usin, cara lain menyebutnya ialah "nyarun sen"...

sixfullbar Publish time 14-6-2005 08:26 AM

Originally posted by bb_nessa at 13-6-2005 01:28 PM:
Kalau mo bercakap bahasa sabah, kan, kena laju sikit lidah time bercakap..

ini memang trend orang sabah bercakap, kalox percaya, cuba korang dengar 2 orang sabah berbual, cuba perdengarkan ... ...


Hem.. Klaka tu maksudnya Kelakar dalam bahasa melayu sarawak kan? Sia pernah belajar sana 3 tahun, so tau2 jugalah diorg punya bahasa...

sixfullbar Publish time 14-6-2005 08:39 AM

sia teringat perkataan yang saya belajar di sarawak dulu

Dibah (indak tau ejaan betul ke tidak)

merujuk kepada maksud di bawah.. tak silap ini dari suku kaum bidayuh.

"Bisik"

tak silap "ada".. cara gunakan, "Bisik Message?" yang bila di translate lebih kurang "Ada message/sms kah?"

tu ja dapat ingat, ada lagi tu...

[ Last edited by sixfullbar on 14-6-2005 at 10:24 AM ]

sixfullbar Publish time 14-6-2005 09:34 AM

Originally posted by bb_nessa at 10-6-2005 02:14 PM:
kalau bahasa sarawak ada sikit2 tau, pernah studi di sana dulu..

Pernah terguna ayat cam ni, (time ni mau turun dari bas, so mo pesan sama tu driver bas tu)
"err, kamek mo turun sini.. ...

hehehe, ada juga pengalaman begitu masa study di sarawak. time mula2 masuk, mimang macam orang bodoh ja bila berkomunikasi dengan org sarawak. Tidak faham kan... so adalah satu cerita ni.

Masa nak beli makanan, kami pigi satu kedai dan duduk situ, baru beberapa hari bah ini di sarawak. Time nak order makan, waiter kedai ni speaking melayu sarawak ler... "kitak orang makan situk kah?"

Kami confuse betul time tu apalah yang waiter tu Madah.

Sekali member seorang ni, tiba2 menjawab "Tidak, kami nak makan nasi goreng!"

Hahaha, bila faham baru kami ketawa ramai2! memang lawak tul masa order makanan tu...:2lol:

[ Last edited by sixfullbar on 14-6-2005 at 09:41 AM ]
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Language:- Sarawak & Sabah


ADVERTISEMENT