ciksurie Publish time 6-1-2014 08:21 AM

♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥

Edited by sfhzuraz at 21-5-2017 03:25 PM

http://www.bufordfamilies.com/Patties%20Fence%20and%20Mail%20box%20divider.gif
http://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/onion/shy.gifMehler pakat2x meriahkan rumahpantun 4 KERAT niehttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/onion/shy.gifMohon Dapat Baca Syarat & Peraturan
http://www.photomalaysia.com/gallery/data/505/medium/DSC_0168_.jpg
Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah di pohon cemara
Sembah salam mulanya kata
Marilah berpantun berseloka berbicara

Merahnya saga kebaya nyonya
Sepersalinan lengkap titipan kekanda
Bait pantun ikutlah tertibnya
Bersama kekalkan warisan ibunda

Pisang setandan berbuah lebat
Peram sesikat mahu dirasa
Senibahasa tinggi martabat
Wajid dielak dari binasa

Lidah perit tergigit lada
Terasa pedas sampai kepala
Menjual pantun berpada-pada
Jangan sampai panjang berjela

Mentari senja di Kota Melaka
Terbit Suria di Tanjung Jara
Rumah pantun luas terbuka
Mari berjual beli dengan gembira


http://childrenschapel.org/biblestories/graphics/ivyfence.gif

Syarat tambahan
1- setiap poremer dinasihatkan tidak membuat post melebihi 5 post berderet-deret 2- pantun yg tidak kena tidak akan dirate...sb saya peratikan dlm thread yg lepas ada poremer main tangkap muat jer create pantun...
3- sebaik-baiknya pantun anda berselang seli dengan pantun poremer lain...


itu saja buat masa ni...ini sumer utk kebaikan bersama agar nampak adil utk semua poremer...

Perhatian :

- Harap pemantun semua dapat gunakan bahasa melayu dengan betul...mana-mana perkataan yg shortcut seperti boleh jadi leh, kalau jadi kalo/klu tidak akan diberikan kredit.
- Bahasa inggeris yang dimelayukan juga tidak akan di beri kredit.
- pantun yang 'malas' contoh...

..........pergi
..........saya
.........pergi
..........saya

juga tidak akan diberi kredit...apalah salahnya cari perkataan yang lain yg sama bunyi dihujungnya.

- dilarang sama sekali buat post berderet-deret.

harap maklum ya...sekian. terima kasih.


Last edited by sfhzuraz on 26-1-2014 03:56 PM

ciksurie Publish time 6-1-2014 09:39 AM


Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan
Dimana dikau muncullah segera


:loveliness:






@moyas @anniezz08 @kak_sall @ginger_B @jusoren12 @yayah8989 @Tashu
dan kekawang yg lain :loveliness:

kak_sall Publish time 6-1-2014 10:18 AM

ciksurie posted on 6-1-2014 09:39 AM static/image/common/back.gif
Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan


Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan
Dimana dikau muncullah segera

****************************

badan sakit tinggal kerangka
sayu terasa hayat tak lama
gelanggang pantun sudah dibuka
marilah kita meriahkan bersama{:1_152:}

ciksurie Publish time 6-1-2014 10:35 AM

kak_sall posted on 6-1-2014 10:18 AM static/image/common/back.gif
Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan


badan sakit tinggal kerangka
sayu terasa hayat tak lama
gelanggang pantun sudah dibuka
marilah kita meriahkan bersama{:1_152:}
**************************

sejuk sungguh air perigi
hendak ditimba mengguna tangan
sudahkan kak_sall bersarapan pagi
nasi goreng dah habis sepinggan

;P


ginger_B Publish time 6-1-2014 10:38 AM

ciksurie posted on 6-1-2014 01:39 AM static/image/common/back.gif
Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan


dipagi hari bersama rakan
menikmati juadah penuh berselera
waalaikumussalam diucapkan
saya datang dengan segera{:1_152:}

jusoren12 Publish time 6-1-2014 11:36 AM

ciksurie posted on 6-1-2014 09:39 AM static/image/common/back.gif
Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan


Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualaikum buatmu kawan
Dimana dikau muncullah segera

lagu baru gubahan Ahmad Nawab
lagu dinyanyikan oleh Noraini
Waalaikumsalam saya kena jawab
datang bersama sepinggan nasi briyani:drool3:
http://dreamyjourney.com/wp-content/uploads/2013/09/Nasi-Beriani-ayam-150x150.jpg


ciksurie Publish time 6-1-2014 11:39 AM

jusoren12 posted on 6-1-2014 11:36 AM static/image/common/back.gif
Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualai ...

penat lelah keringat petani
tanam padi sampai ke gurun
pagi-pagi dah pekena beriyani :'(
badan naik tak mahu turun :'(


ciksurie Publish time 6-1-2014 11:41 AM

ginger_B posted on 6-1-2014 10:38 AM static/image/common/back.gif
dipagi hari bersama rakan
menikmati juadah penuh berselera
waalaikumussalam diucapka ...

dipagi hari bersama rakan
menikmati juadah penuh berselera
waalaikumussalam diucapkan
saya datang dengan segera{:1_152:}

**************************
masuk hutan kutip berangan
esok pagi mahu dijaja
maafkan saya tinggal dikau keseorangan
hilang bersebab tuntutan kerja :$

ginger_B Publish time 6-1-2014 01:41 PM

ciksurie posted on 6-1-2014 03:41 AM static/image/common/back.gif
dipagi hari bersama rakan
menikmati juadah penuh berselera
waalaikumussalam diucapka ...

masuk hutan kutip berangan
esok pagi mahu dijaja
maafkan saya tinggal dikau keseorangan
hilang bersebab tuntutan kerja

*************************

masuk hutan terpijak duri
nak menebas parangnya tumpul
tidak mengapa wahai cik suri..
sebab saya pun tenggelam timbul..:$

masarju Publish time 6-1-2014 04:53 PM

Siapa kata yg kalah tu tak menang
Lawan bertinju di pekan Mahang
Sekian lama tak datang ke P.Pinang
Sebab sibuk mengurus mangsa banjir di Pahang
:$;P

:2lol:cikSu{:1_149:}

kak_sall Publish time 6-1-2014 04:56 PM

ciksurie posted on 6-1-2014 10:35 AM static/image/common/back.gif
badan sakit tinggal kerangka
sayu terasa hayat tak lama
gelanggang pantun sudah dibuka


sejuk sungguh air perigi
hendak ditimba mengguna tangan
sudahkan kak_sall bersarapan pagi
nasi goreng dah habis sepinggan

****************************

cantik baju berbutang butang
dipakaikan kepada anak tersayang
pagi sudah menjelang petang
teringin pula nak makan goreng pisang:P

kak_sall Publish time 6-1-2014 05:06 PM

jusoren12 posted on 6-1-2014 11:36 AM static/image/common/back.gif
Mentari mengintai dibalik awan
Cerah sekejap cuma sementara
Assalamualai ...

lagu baru gubahan Ahmad Nawab
lagu dinyanyikan oleh Noraini
Waalaikumsalam saya kena jawab
datang bersama sepinggan nasi briyani

**************************************

merenung alam indah berseni
sambil menikmati suara kenari
nasi beriyani belanja lah ke sini
janganlah makan seorang diri {:1_551:}


ginger_B Publish time 6-1-2014 10:29 PM

kak_sall posted on 6-1-2014 08:56 AM static/image/common/back.gif
sejuk sungguh air perigi
hendak ditimba mengguna tangan
sudahkan kak_sall bersarapan pagi


cantik baju berbutang butang
dipakaikan kepada anak tersayang
pagi sudah menjelang petang
teringin pula nak makan goreng pisanghttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/tongue.gif

****************************

cantiknya gadis berkebaya nyonya
dipadan dengan kain sepasang
kak_sall bolehkah saya bertanya
dah dapat ke makan goreng pisang..:$

mod nay @NaylaArisha

kak_sall Publish time 7-1-2014 10:22 AM

ginger_B posted on 6-1-2014 10:29 PM static/image/common/back.gif
cantik baju berbutang butang
dipakaikan kepada anak tersayang
pagi sudah menjelang petang


cantiknya gadis berkebaya nyonya
dipadan dengan kain sepasang
kak_sall bolehkah saya bertanya
dah dapat ke makan goreng pisang

********************************

sempena harijadi yang ke berapa
jemput saudara datang makan-makan
mengidam goreng pisang belum berjumpa
minta adik ginger tolong buatkan :2lol:

ginger_B Publish time 7-1-2014 10:26 AM

kak_sall posted on 7-1-2014 02:22 AM static/image/common/back.gif
cantiknya gadis berkebaya nyonya
dipadan dengan kain sepasang
kak_sall bolehkah saya bertanya


sempena harijadi yang ke berapa
jemput saudara datang makan-makan
mengidam goreng pisang belum berjumpa
minta adik ginger tolong buatkan :2lol:

*******************************

naik perahu ke bukit rokan
bawa sekali sebungkus roti
kalau kak_sall nak ginger buatkan
datanglah ke rumah nanti..:$

kak_sall Publish time 7-1-2014 12:47 PM

ginger_B posted on 7-1-2014 10:26 AM static/image/common/back.gif
sempena harijadi yang ke berapa
jemput saudara datang makan-makan
mengid ...

naik perahu ke bukit rokan
bawa sekali sebungkus roti
kalau kak_sall nak ginger buatkan
datanglah ke rumah nanti

******************************

buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak
tapi takut hanya ajak2 ayam saja :$

jusoren12 Publish time 7-1-2014 12:50 PM

ciksurie posted on 6-1-2014 11:39 AM static/image/common/back.gif
penat lelah keringat petani
tanam padi sampai ke gurun
pagi-pagi dah pekena beriyani


dari Terasi ke pekan Labis
singgah sebentar di tepi kolam
nasi tu makan tak habis
boleh simpan utk makan malam
:laugh3:

ciksurie Publish time 7-1-2014 01:08 PM

masarju posted on 6-1-2014 04:53 PM static/image/common/back.gif
Siapa kata yg kalah tu tak menang
Lawan bertinju di pekan Mahang
Sekian lama tak datang ke P.Pinan ...

Siapa kata yg kalah tu tak menang
Lawan bertinju di pekan Mahang
Sekian lama tak datang ke P.Pinang
Sebab sibuk mengurus mangsa banjir di Pahang
:$;P

:2lol:cikSu{:1_149:}

***********************************
gelang eMAS sekerat lengan ;P
rantai eMAS jadi selempang :lol:
tempat bermain dilupa jangan
terjahlah selalu ketika lapang


:$

ciksurie Publish time 7-1-2014 01:10 PM

kak_sall posted on 7-1-2014 12:47 PM static/image/common/back.gif
naik perahu ke bukit rokan
bawa sekali sebungkus roti
kalau kak_sall nak ginger buatkan


buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak
tapi takut hanya ajak2 ayam saja :$

***************************

hati lembu ditimbang sekati
mahu jamu sang pendita
sungguh pelik rasanya hati
ayam boleh berkata-kata ;P

ginger_B Publish time 7-1-2014 01:49 PM

kak_sall posted on 7-1-2014 04:47 AM static/image/common/back.gif
naik perahu ke bukit rokan
bawa sekali sebungkus roti
kalau kak_sall nak ginger buatkan


buah mempelam dibuat rojak
makan bersama anak Mr Raja
teruja nak datang bila di ajak
tapi takut hanya ajak2 ayam saja :$

***************************
si teruna melihat si gadis tertoleh-toleh
sambil menari ria berdendang
kalau nak ajak ayam sekali pun boleh
nanti kita sembelih buat rendang
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ♥♥ Jom Berbalas Pantun 4 Kerat @ Penang V3 ♥♥


ADVERTISEMENT