apalancut Publish time 21-12-2013 01:39 PM

Hidden Charge I-City yg melampau.

mods kalau tak sesuai sampahkan aje. tq


I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa.

Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

selanjutnya..

http://www.lamankongsi.com/2012/12/kebenaran-sebenar-i-city-shah-alam-yang.html?m=1 Last edited by apalancut on 21-12-2013 01:48 PM

tomatome Publish time 21-12-2013 01:45 PM

tak pernah sampai lagi macam x best je

roblucci Publish time 21-12-2013 01:46 PM

macam tak best je I city

wadiunong Publish time 21-12-2013 01:52 PM

for me kt kl/sgor ni the best theme park is sunway lagoon. kat wet world s.alam tu pon sama gak ntah apa2. tak phm knp charge masuk ikut ketinggian bukan umur. padahal x ada apa2 pon kt wet world    tu. masuk je dewasa rm20,knk2 bwh 12 rm16 tp tgk tinggi gak. nk sewa pelampung, charge lg, nk sewa pondok ala2 gazebo charge lg. air tin je rm3...

Kassim_Patalon Publish time 21-12-2013 01:54 PM

ummah felda pprt semua bajet macam buffet, sekali bayar jah terus dapat semua

rdzaccess Publish time 21-12-2013 01:56 PM

aku dah tahu dah ... kalau kat satuM nak buat cam orang putih sejuk .. hentikan jerlah .. abis bagus 1 minggu dari hari pembukaan pastu semuanya hancur dari expectation.

wadiunong Publish time 21-12-2013 02:00 PM

Kassim_Patalon posted on 21-12-2013 01:54 PM
ummah felda pprt semua bajet macam buffet, sekali bayar jah terus dapat semua

harusla kak. mana2 pon konsep theme park mcm tu. kt uss pon macam tu konsepnya

lasagnaklcc Publish time 21-12-2013 02:06 PM

Saya kalau org tanya icity ada apa...saya jwb ada lampu2 je. Kalau nak sgt pegi ingatkan diorg duit pon kena byk.

nanie Publish time 21-12-2013 02:16 PM

last aku masuk i city time tu entry fee rm2 utk parking. sekarang? :shakehead3:

vespa_oren Publish time 21-12-2013 02:22 PM

Masa aku gie dlm 2tahun lepas ramai sgt orang, bukan ada benda pun last aku gie karok, dlm tu ada bilik karok, pkl 2 pagi aku kuar tgk org rmai lagi

Aku gie tahun nie lagi, org dh xramai, dh ada waterpark tpii yg bilik karok dh xada ganti lain, yg open lak, bosan giler last balik awal gie uptown s.alam

stryder_cats Publish time 21-12-2013 02:23 PM

Kassim_Patalon posted on 21-12-2013 01:54 PM
ummah felda pprt semua bajet macam buffet, sekali bayar jah terus dapat semua

Haha biasala... mgkin diorg ingat pakej la kot.. tp kalu baca betul2 kt kaunter tu rasa dah ada bgtau... kasut dibayar berasingan

PathFinder@60 Publish time 21-12-2013 02:23 PM

Tak Jauh Mana Dari Rumah Neh,
Nak Masuk Ke Sana, Rasanya Tidak Mengapalah,
Pernah Baca Kisah Neh Dulu,
Anak Buah Nak Sangat Masuk,
But Just Like One Forumer Mentioned,
Better Pergi Sunway Lagoon,
Mahal Tetapi Berbaloi,

abgboroi Publish time 21-12-2013 02:25 PM

aku dah pergi beberapa kali disana...x pernah plak nak masuk snow walk ker apa tu...aku tgk luar ajer...

aku tgk ramai sanggup bayar mahal2 semata mata nak merasai kesejukan artificial tu....:lol:

mommymonster82 Publish time 21-12-2013 02:29 PM

Slalu gak ulang alik klang lalu depn icity tu...
X pnh rs teringin nk pegi...
Setkt tgk lmpu jer..hmm...

BurningTimes Publish time 21-12-2013 02:36 PM

Alahai snow walk tu felda pprt sangat. Macamlah snow original, yang pprt hadap lah kot. Salji pun takde katanya. Baik duduk dalam freezer terus dah alang2 hadap sangat nak rasa sejuk kan.

MissNigga Publish time 21-12-2013 02:37 PM

I city ni belakang umah iols sajork....
tak hingin pun nak memijak kaki kat situ .... :lol:

dino Publish time 21-12-2013 02:53 PM

Kassim_Patalon posted on 21-12-2013 01:54 PM static/image/common/back.gif
ummah felda pprt semua bajet macam buffet, sekali bayar jah terus dapat semua

aku pun pelik ngan komen mcm nih..... takdenya tmpt tu murah.....:lol:

dino Publish time 21-12-2013 02:55 PM

abgboroi posted on 21-12-2013 02:25 PM static/image/common/back.gif
aku dah pergi beberapa kali disana...x pernah plak nak masuk snow walk ker apa tu...aku tgk luar aje ...

tgk lampu2 leh la..... satu tmpt yg patut p....yg muzium lukisan apa ke nama tuh... itu je yg menarik.... skrg ni ade muzium patung lilin ke ape....
dan jgn ingat masuk pree....:lol:

myoujin Publish time 21-12-2013 03:13 PM

Poyo la nak kasut khas ke apa.. Pakai kasut biasa dah

abgboroi Publish time 21-12-2013 03:33 PM

dino posted on 21-12-2013 02:55 PM static/image/common/back.gif
tgk lampu2 leh la..... satu tmpt yg patut p....yg muzium lukisan apa ke nama tuh... itu je yg mena ...

x yah buang duit laa...aku ada nampak iklan kat situ ehe...

sejak dari kecil lagi aku x pernah mintak nak naik ride ker apa kalau pi taman tema camtu...mungkin aku memahami perbelanjaan ayah aku ketika tu dan ayah aku x pernah biasakan aku dengan benda2 camtu...so aku tgk ajer laa....pada aku citer diatas..dier terlalu follow semua kehendak anak dia...atau dia sendiri yg mengidam masuk snow walk ala ala iceland tu...so jgn laa menyalahkan budak2 tu kalau poket kopak...anytime ajer boleh say no...ajar laa sikit2 anak2 tu...budak2 tu akan faham...
Pages: [1] 2
View full version: Hidden Charge I-City yg melampau.