bobkee Publish time 17-12-2013 01:23 PM

Mengapa Natal dirayakan?

Ini merupakan satu komentar ringkas tentang mengapa Natal dirayakan (walaupun kita tahu bahawa dari faktor sejarah, kebarangkalian Yesus lahir pada musim sejuk adalah tipis):

Natal berasal dari kata Latin natus yang bererti “kelahiran.” Natal adalah hari peringatan kelahiran Yesus Kristus, Juruselamat manusia. Di dalam sejarah gereja, Natal dirayakan sejak abad keempat pada tarikh 25 Desember, untuk menggeser pesta Romawi kuno yang merayakan “kelahiran dewa matahari - Saturn.” Bagi umat Kristiani, Kristus adalah pemenuhan nubuat nabi Yesaya, “Orang yang berjalan dalam kegelapan telah melihat cahaya yang sangat terang” (Yes 9:1a). Bagi kita, Kristus adalah “cahaya yang sangat terang”, Dialah “Cahaya bagi Dunia” (Yoh 9:5).

Selamat menyambut Hari Natal.

Jangan asyik dengan perayaan sahaja tetapi gunakanlah musim ini untuk merenungi tujuan Yesus Kristus datang ke dunia dan bagaimana kita sebagai umat Kristiani boleh menjadi sebahagian daripada terang dunia.

Allah memberkati semua.

unoryah Publish time 26-12-2013 01:44 PM

setuju

dalam Bible tak disuruh agungkan kelahiran Jesus Christ
yang patut direnungkan adalah tujuan kedatanganNYA




bobkee Publish time 27-12-2013 06:09 PM

Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Tetapi sebagai manusia di alam fana yang penuh godaan, cubaan dan cabaran, kadang kala kita perlu diperingatkan tujuan kedatangan-Nya. Itulah intipati mesej musim Natal. Last edited by bobkee on 27-12-2013 06:12 PM

hummingbird0209 Publish time 6-1-2014 10:14 PM

bobkee posted on 27-12-2013 06:09 PM static/image/common/back.gif
Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Tetapi sebagai manusia di alam fana yang penuh godaan, cubaan d ...

Tuhan berkuasa selamanya!

unoryah Publish time 10-1-2014 10:04 AM

bobkee posted on 27-12-2013 06:09 PM static/image/common/back.gif
Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Tetapi sebagai manusia di alam fana yang penuh godaan, cubaan d ...

ya betul tapi kenapa nak adakan upacara sembahyang dsb untuk natal sedangkan tarikh tepat Yesus lahir bukanlah 25 Disember?

bobkee Publish time 11-1-2014 04:05 PM

unoryah posted on 10-1-2014 10:04 AM static/image/common/back.gif
ya betul tapi kenapa nak adakan upacara sembahyang dsb untuk natal sedangkan tarikh tepat Yesus la ...

Sepatutnya diperingatkan setiap hari, tetapi apa salahnya kita memilih satu tarikh yang tertentu untuk merayakannya secara khas sedangkan tarikh sebenarnya tidak diketahui?

obelisk Publish time 24-8-2014 07:23 AM

British parliament pernah banned Chrismas pada tahun 1643 sebab perayaan tersebut dikatakan 'un-christian'..

ATTyQJNnCIg
Pages: [1]
View full version: Mengapa Natal dirayakan?


ADVERTISEMENT