ct_og Publish time 10-12-2013 06:57 PM

Siapa Daku?

"Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku." (Al-Anbiyaa' : 92)

ct_og Publish time 11-12-2013 07:49 AM

"“Sesungguhnya Akulah Allah. Tiada tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku. Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya, serta dia menurut hawa nafsunya, kerana dengan itu engkau akan binasa." (Ta-Ha : 14-16)

ct_og Publish time 12-12-2013 10:34 AM

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Dia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan." (Nahl : 1)

Allah itu Tuhan yang satu maka mengapa perlu syirik (menduakan) Allah dengan yang lain? Tidakkah Tuhan yang satu itu sempurna berbanding dengan Tuhan yang lebih dari satu?

ct_og Publish time 18-12-2013 09:51 AM

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar terang-benderang dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu berpindah-randah pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui hikmat sesuatu yang dijadikanNya." (Yunus : 5)

ct_og Publish time 19-12-2013 08:42 AM

Katakanlah : “Tuhan ku ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya”. (Al-Ikhlas : 1-4)
Pages: [1]
View full version: Siapa Daku?


ADVERTISEMENT