uniq61 Publish time 9-12-2013 05:26 PM

Modifikasi Wira Bertukar Menjadi Skyline

Modifikasi Wira Bertukar Menjadi Skyline

June 30, 2013

http://4.bp.blogspot.com/-sT98wJuqlsA/Uc8W2PmT8sI/AAAAAAAAAM0/Utu_q93iJHc/s550/Wira+Skyline+-+Lepakz.jpg

Minat mendalam pada kereta sporty berprestasi tinggi membuatkan anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini sanggup menukar bentuk Proton Wira kepada wajah Nissan Skyline R34.

Pada pandangan mata kasar, wajah Proton Wira keluaran 1995 itu tidak ‘wujud’ kerana dibaluti gentian kaca untuk menjelmakan kereta impian-nya sejak di bangku sekolah.

Demi memenuhi impiannya, Anantha Raj, 27, sanggup menghabiskan hampir RM60,000 semata-mata mahu mengubah suai kereta yang dibelinya beberapa tahun lalu.

Waktu diambil untuk ‘melapah’ dan digantikan kit badan Nissan Skyline R34 itu selama 13 bulan, dengan melakukan modifikasi secara berperingkat-peringkat.

Kit badan seluruh badan keretanya ditempah khas di bengkel Sungai Buloh, Selangor.

Bagi menampakkan ciri Nissan Skyline, kereta itu diubah suai dengan melebarkan tiga inci serta dipanjangkan sebanyak enam inci.

Malah, lampu belakangnya menerima sentuhan jentera buatan Jepun yang asal selepas membelinya di kedai potong sekitar ibu kota supaya kelihatan asli.

Spoiler belakang berkonsep GT Wing turut memberi impak aerodinamik pada kereta berkenaan.

Ruang kabinnya, terutama papan pemuka, masih dikekalkan dengan komponen asal, tetapi dibalut de-ngan material kulit putih, sekali gus tampak kemas dan menarik.

Ia juga diceriakan de--ngan kerusi rekaan ‘bucket’ untuk memberi penampilan sedikit sporty.

Mereka yang melihat kereta itu pasti teruja, lebih-lebih lagi dengan skrin LCD 42 inci memenuhi ruang belakangnya, selain dihiasi beberapa pembesar suara.

But belakangnya juga dipenuhi pembesar suara pel-bagai saiz dengan skrin 17 inci untuk ‘mencuri’ mata ketika pertandingan auto-show.

Walaupun masih meng-gunakan enjin standard, jentera berkenaan ditingkat-kan dengan meng-gunakan blok 1.8 liter, selain dipadankan dengan komponen berprestasi untuk menambah kuasa maksimumnya.

Sejak keluar dari beng-kel awal tahun ini, kereta berkenaan seolah--olah melonjakkan nama Raj selepas kerap memenangi setiap pertandi-ngan autoshow dalam kategori kit badan terbaik.


Sumber



maleo Publish time 11-12-2013 12:47 PM

satu je ke gambo..kretip betoi

KuewTeuwKungFu Publish time 18-12-2013 02:57 PM

memang terbaik ler....

kivio Publish time 17-10-2014 11:56 PM

Raj?
Hurm padan la dengan kete dengan tuan

ejai601 Publish time 26-11-2014 04:43 PM

x cukup satu gambar :lol:

alumalu Publish time 5-1-2015 04:07 PM

hahaha dulu wiralution, skrg wiraline ke?

KuewTeuwKungFu Publish time 14-1-2015 08:39 AM

hebat giler...sayang nk bwk...terlampau cantik sangat...

assaffah Publish time 27-8-2015 07:09 AM

Dah modified kereta jadi gitu ke?:o
Pages: [1]
View full version: Modifikasi Wira Bertukar Menjadi Skyline


ADVERTISEMENT