arunakizuya Publish time 5-12-2013 12:21 PM

Jangan kata "JANGAN" kepada anak-anak

Mendisiplinkan anak-anak dengan berkata "jangan" memang amat mudah. Tapi, cara ini tidaklah efektif seperti yang diharapkan. Jom baca 3 cara yang baik bagaimana untuk berkata "jangan" kepada anak-anak tanpa mengucapkan jangan.

1. "Ibu tahu along suka makan aiskrim, tapi makan terlalu banyak tidak elok."
Ibu bapa boleh mengelak permintaan anak untuk makanan ringan, seperti ais krim atau gula-gula, dengan menawarkan alternatif lain yang lebih berkhasiat, seperti yogurt. Elakkan janji kepada anak, "esok ibu beri", kerana anak-anak tidak dapat meneka bilakah waktu esok tersebut.

2. "Makanan untuk dimakan, bukan untuk dimain"
Anak-anak cenderung untuk bermain dengan makanan kerana berkemungkinan mereka masih kenyang dan penuh dengan makanan sebelum ini. Jadi, sebab itulah makanan tersebut dijadikan permainan. Dari menjerit marahkan anak sebab mereka menjatuhkan makanan atas lantai, ambil makanan tadi dan letakkan jauh dari mereka. Terangkan mengapa mereka tidak boleh membuang makanan. Gunakan cara ini apabila anak-anak melompat di atas katil. Dengan penuh tenang, beritahu, "alya, katil untuk tidur dan berehat, bukan untuk dilompat.

3. "Hati-hati, ultraman nak datang!"
Gelak tawa adalah salah satu aset cemerlang dalam mendisiplinkan anak-anak. Elak perhatian dan lawak jenaka strategi terbaik untuk ambil perhatian anak yang degil atau nakal mahupun merajuk. Anak kecil suka untuk ketawa, lakukan sesuatu yang gila-gila boleh jadi menarik sebagai cara mendapat kerjasama mereka. Sebagai contoh, anda berlari dengan gaya ultraman untuk memujuk anak anda yang sedang merajuk.

Moga bermanfaat kepada anda!

Kredit: Liyana Malek Facebook page

yanasan21 Publish time 5-12-2013 02:40 PM

huhu....susahnya nak didik anak...patutla bila cakap jangan, makin menjadi2 plak.....

purpledesire Publish time 9-12-2013 09:50 PM

nice info..tq tt.. {:mlturngal:}

airfilterrezza Publish time 13-12-2013 04:30 PM

abis tu mau kata tida kepada roko ka?

agnesia Publish time 15-1-2014 05:58 AM

tq TT tuk info.

kuchibambam Publish time 27-1-2014 02:25 AM

Susah untuk tidak mengatakan tidak...haduii...kena banyak bersabar

beautylab Publish time 19-4-2014 12:22 AM

setuju!setuju!

anees~nuhara Publish time 29-5-2014 12:36 PM

rsnye kalo cmni mgkn lg sopan n lebih lembut

KuewTeuwKungFu Publish time 3-6-2014 09:44 PM

Mmg duk slalu gn prktaan tue ler..mostly ibubapa pn guna no no no no...

AfmaExfuze Publish time 9-6-2014 05:43 PM

setuju :)

matahari8011 Publish time 12-6-2014 08:57 PM

tq for info. tp mmg betul pun kan. lg kita kata jgn lg eksaited diorang nank buat hehee

shachihata33 Publish time 15-7-2014 05:52 AM

memang susah nk ckp jangan sebab dah terbiasa... tp bila dah biasa tak sebut jangan, senang sangat mendisiplinkan anak...sebab tu kena biasakan memberi penerangan pada anak sejak mereka bayi lagi. Kebanyakan ibu bapa sibuk, xde masa nak jawab pertanyaan anak...

-ibu, kita tak boleh panjat meja eh? kenapa ibu?
- x boleh. jatuh nanti.

Jawapan terlalu simple sedangkan anak2 perlukan penerangan terperinci... kalau jatuh apa jadi?, kadang panjat tak jatuh pun?... mcm2 soalan berkaitan yg x dapat anak tanya sebab ibu jawab acuh tak acuh je.

mama buat apa tu?
kan mama tgh buat keje ni, pergi main sana....

anak akan kecewa dengan jawapan kita..percayalah.

Hessa Publish time 22-7-2014 12:03 PM

anak buah i skrg dh 5 thn pun..mmg bnyk soal jawabnya..
tp sbb ramai narr pakcik makciknya yg melayan..so skrg..klau dia tnya..
dia sendiri yg jawab..mcm refresh apa yg kitorg dh ckp pd dia sebelum ni..;P

mie07 Publish time 27-1-2016 03:06 PM

kekadang lupa terkata "jangan"

smurfetz Publish time 5-2-2016 02:37 PM

mmg susah, tapi bila teringat tu, try jugak la juna tactik lain

513172 Publish time 4-8-2016 04:43 PM

good advice tp nak praktik agak tak praktikal..untuk anak sy la..anak org lain,lain cara
Pages: [1]
View full version: Jangan kata "JANGAN" kepada anak-anak


ADVERTISEMENT