chit_ana Publish time 2-12-2013 03:17 PM

Karystos Creative

Perihal


Ingin menerbitkan novel anda? Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau layari www.karystoscreative.com
Keterangan
Ketika kamu mencintai seseorang, beranikanlah dirimu untuk mengungkapkannya.
Jika tidak, beranikan juga dirimu untuk melihat dia dicintai orang lain.
Cinta itu manis saat baru dimulai, tetapi lebih manis kalau tidak pernah berakhir.

FANPAGE: https://www.facebook.com/karystoscreative?directed_target_id=0

WEBSITE: http://www.karystoscreative.com/




chit_ana Publish time 2-12-2013 03:22 PM

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/q80/s720x720/945984_425800387537219_677916060_n.jpg

Sinopsis:

Untuk dicintai, haruslah mula mencintai...

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... What say you?”

“Then you get your answer...”
“Jawapan?” “That I love you too...”

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.

chit_ana Publish time 2-12-2013 03:24 PM

http://www.mphonline.com/ImgFile.aspx?TmpFile=D:\\\\MPHLoc\\\\ProdImg\\\\9789671208410_b.jpg&SessDT=20131202152418

Sinopsis:

Taket: Dalam memilih syahadah sebagai jalan hidup, cukuplah Allah ada untuknya. Penyerahan kepada takdir. Biar tersilap hukum. Andai kata hukuman itu mampu menyelamatkan insan-insan yang disayanginya.Takdir menemukan jalinan cinta terlarang. Memandang Zahra bagaikan ada deja vu yang merasuk hati. Cinta yang bukan atas dasar melampiaskan jiwa lelakinya yang kosong... Cinta yang hadir atas rasa tanggungjawab dan penerimaan.

Latifa: Sentuh hati saya, sentuh jiwa saya, baru awak boleh menyentuh saya.Terperangkap dalam konflik tidak terduga, rasa yang mengelirukan. Antara cinta dan persahabatan, garisannya amat halus. Siapakah takdirnya? Bagaimanakah gadis senaif Latifa memilih haluan hidup tanpa insan-insan penting dalam hidupnya. Seorang gadis berketurunan bumiputera asli, mencari hidayah yang terhijab di sebalik kemerduan suara.

Nazharul Irham: Mencintai tidak semestinya memiliki. Andai nyawa jadi taruhan, abang rela mengorbankan jiwa ini untuk Anim. Bergetar hatinya apabila paluan pertama, dia sedang membelasah rasa bersalahnya, paluan kedua, dia sedang membinasakan rasa bencinya terhadap insan yang menganiayai Taket, paluan ketiga, dia meremukkan rasa cemburu terhadap Umar Zahid, paluan keempat, dia membunuh kenangannya, paluan kelima, dia melepaskan seksaan yang ditanggung oleh Zahra yang menerima dugaan yang amat hebat, paluan keenam, dia membunuh segala harapan dan rasa yang tertahan… Berhenti, wajah Latifa muncul dengan air mata.

“Palu, nak… lepaskan rasa itu.” Lelaki tua itu memberikan sokongan. Nazharul Irham menoleh lantas menganggukkan kepala. Sekuat jiwanya, paluan ketujuh dilepaskan. Cintanya kepada Latifa seolah-olah dibiarkan jatuh tergolek di tanah. Nazharul mengulum tangis. Hatinya melihat darah cinta mereka bertebaran memercik di mana-mana. Cukup pedih.

Umar Zahid: Aku lebih rela menahan rasa daripada membiarkan dia hidup menderita…

“Kita menghirup udara yang sama... Menyedut udara ini terasa seperti saya mencium jiwa awak… harum dan indah. Awak begitu mulia dalam cara awak yang tersendiri...”

Tapi saya lebih sayangkan agama saya, agama yang sedang menjadi pegangan saya dan ayah Taket… Yang menyatukan kami menjadi saudara Islam. Saya sering berdoa agar Hanim juga menerima seruan itu. Rasa yang datang dari sini...” Dia menggenggam tangannya dan meletakkan genggaman tersebut di dada kirinya dengan kedudukan bahagian ibu jari menghala ke dada.

chit_ana Publish time 2-12-2013 03:25 PM

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/1393666_468198989964025_1096192448_n.jpg

Tajuk : Kasih Bersimpul Mati
Penulis : Aulia Iman
Penerbit : Karystos Creative
Harga : SM RM29.00 / SS RM32.00

Sinopsis :

“LISA? Siapa Lisa? Tolong jangan nak menggedik di sini ya...” Khalisa mengherdik kasar dan mengugut, “Saya tak kenal awak! Baik awak keluar sebelum saya menjerit!”
Adlan Zakuan terdiam, terlupa bahawa Lisa ini bukan Khalisa Khairani yang dia kenal dulu. Dialah yang menjadi punca kemalangan tempoh hari sehingga menyebabkan Lisa hilang ingatan dan berubah tingkah laku.
“Lisa, ni abang... ingat tak?” Adlan masih mahu mencuba. Mana tahu Lisa dapat mengingati kembali siapa dirinya.
“Abang? Hello... jangan nak perasan! Lelaki macam ni abang saya? Muka jahat... ada janggut lagi... macam ni mengaku abang saya? Perasan!” Khalisa mempersoalkan dalam sinis, “Dah... sekarang keluar! Keluar! Saya tak kenal! Tak kenal!” Tinggi nada suara Lisa kedengaran hingga ke luar bilik.
KONFLIK ingatan – mungkin boleh dibuat-buat demi mempertahankan maruah diri. Tetapi bagi Khalisa Khairani, cinta mendahului perasaan yang dibuat-buat dan cinta mengatasi ingatan yang direka-reka. Oleh kerana itu, walaupun Khalisa Khairani menafikan perasaannya terhadap Adlan Zakuan, namun cintanya tidak dapat disembunyikan. Sehinggalah kekangan dan halangan dari tiga penjuru membuatkan Khalisa Khairani lemah untuk menghadapinya. Dalam keadaan begitu, seseorang hadir menjadi hero yang dapat menyelamatkan Khalisa Khairani – siapakah dia? Adakah Encik Darwish? Atau Encik Fikri? Atau Encik Adlan sendiri?

“Merasai cinta biarlah dalam keadaan bersedia, bukan dalam keadaan kesepian.”

chit_ana Publish time 2-12-2013 03:26 PM

http://www.karystoscreative.com/images/stories/virtuemart/product/salju_rindu.jpg

                  Description                ISBN: 978-967-12084-3-4
        Harga: RM30 (Semenanjung)
                      RM33 (Sabah & Sarawak)       
        Caption
        Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti.
       
        Blurb
                        “Nissa tak salahkan takdir. Malah rasa bersyukur sangat-sangat kerana tak terlalu leka dengan mimpi-mimpi indah. Nissa lebih tenang dengan jalan yang Nissa pilih sekarang. Terlalu banyak kesilapan yang Nissa buat dalam jeda masa lalu. Bagilah peluang untuk Nissa kembali mengenal diri sebelum memikir soal cinta yang banyak menyakitkan. Ruang hidup kita tak sama Luqman!” ~ MANISSA
       
                        “Tapi nasib kita tetap tak sama Datuk. Cinta perlukan penyatuan ikhlas antara dua jiwa. Datuk memang ditakdirkan bercinta. Akhirnya membina bahagia. Antara saya dengan Nissa tak hadir sebarang rasa. Apa guna bercinta kalau rasa yang hadir tak sepenuh jiwa? Mengharap di dalam diam tak ubah melukut di tepi gantang. Saya sedar siapa diri saya… menari tak mengikut rentak, menyanyi hanya melontar sumbang.” ~ LUQMAN ADZLIE
       
                        “Fika tetap tak percaya. Sampai hati Man buat Fika macam ni. Hanya kerana seorang kawan, sanggup Man lukakan hati seorang kekasih!”
                        ~ SYAFIKA AZIERA
       
                        “Ayah mengaku ayah yang silap. Tak pandai memilih antara intan dan kaca. Cepat tergoda sinar kaca yang palsu kepuraan-puraan. Ayah dah pun terima balasan yang sepatutnya. Ayah benar-benar menyesal!”
                       ~ DATUK ZULKIFLI

      

Last edited by chit_ana on 17-12-2013 03:27 PM

chit_ana Publish time 17-12-2013 03:26 PM

http://www.karystoscreative.com/images/stories/virtuemart/product/bisakah_aku_kau_cintai.jpg

Description

ISBN: 978-967-12084-4-1
Harga: RM22 (Semenanjung)
            RM25 (Sabah & Sarawak)


Caption
Andai Kesempurnaan Yang Kau Cari, Ternyata Bukanlah Diriku


Blurb
“Andai kau pergi kerana zaman silamku ini, sungguh aku redha Asyfar. Aku sedar kekurangan diriku ini. Aku tak layak untuk bergandingan denganmu. Namun, jika kau pergi kerana Rina, sungguh sukar untuk aku merelakannya. Hati isteri mana yang sanggup melihat sang suami bercanda dengan perempuan lain. Sungguh aku tak tega Asyfar.”

Dek kekecewaan yang makin menggunung, Eisya melarikan dirinya jauh dari Asyfar. Di kampung halamannya, dia mengubat luka di hati. Kehadiran Firdaus dan Asyman mula memberikan semangat yang baru dalam hidup Eisya. Semakin hari dua insan itu membuatkan hidupnya bersinar. Keakaraban itu disalah ertikan oleh Asyfar yang mula dihimpit api cemburu.

“Eisya!!! Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Aku lebih rela gantung kau tak bertali daripada aku lihat kau bersama jantan lain. Jangan haraplah kau akan bahagia atas kesakitan yang aku tanggung ini. Langkah mayat aku ini dulu. Kau memang takkan bahagialah Eisya!”

Cinta milik Firdaus adalah cinta yang utuh. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Walaupun Eisya masih isteri orang, dia tetap jua setia menunggu.

“Eisya, walaupun awak isteri orang, saya akan tetap tunggu awak. Datanglah pada saya bila status Puan itu hilang dalam hidup awak. Saya cintakan awak. Teramat cinta. Saya akan tetap menunggu awak sampailah saya mati.”

Eisya terpaksa akur. Akur dengan takdir Ilahi. Biarlah takdir yang menentukan siapa yang akan jadi pemilik hatinya itu.

“Asyfar, BISAKAH AKU KAU CINTAI? Bisakah aku tetap menjadi sang kekasihmu dunia dan akhirat? Jika aku tak bisa, kau lepaskanlah aku. Dan kau, Firdaus, BISAKAH AKU KAU CINTAI sedangkan aku tak punya apa-apa yang perlu dibanggakan? Aku ini hanyalah pemilik nama NUR EISYA BALQIS…

chit_ana Publish time 17-12-2013 03:29 PM

http://www.karystoscreative.com/images/stories/virtuemart/product/kasih_bertamu.jpg


Description

ISBN: 978-967-12084-5-8
Harga: RM28 (Semenanjung)
            RM31 (Sabah & Sarawak)


Caption

Satu cinta yang mendekatkannya dengan maut

Satu cinta yang diharamkan untuk bernikah

Satu cinta tulus dan suci yang selama ini tidak dipandangnya

Blurb

Bahirah ditinggalkan di rumah anak-anakyatim pada usia 4 tahun.Walaupunpunyaiibusaudara yang terlalu sayang dan ingin menjaganya, namun atas permintaan terakhir arwah abahnya, maka Bahirah terpaksa dihantar ke rumahanak-anakyatim.Dia juga tidak dibenarkan untuk dilawati oleh sesiapa pun.



23 tahunkemudian, kerana wasiat juga dia bertemu semula dengan ibu saudaranya.Pertemuan yang merubah kehidupan Bahirah. Bahirah merupakan waris dan juga salah seorang pemilik sebuah syarikat hartanah terkenal di ibukota.



Dalam mengharungi kehidupan yang baru, Bahirah dipertemukan dengan tiga pemuda yang telah memperkenalkannya dengan cinta.



Bagaimana Bahirah menempuhi segala onak duri dalam kehidupan barunya?Bagaimana pula penerimaan ahli keluarga ibu saudaranya terhadap dirinya?





Sesungguhnya…rezeki, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Allah SWT.

PurpleAxe Publish time 18-12-2013 04:34 PM

chit_ana posted on 17-12-2013 03:29 PM static/image/common/back.gif
Description

ISBN: 978-967-12084-5-8

Terima kasih chit_ana...


Terimalah novel pertama karya saya... KASIH BERTAMU (Belum Waktu)
Semoga novel ini akan dapat sambutan dan memenuhi citarasa para pencinta novel sekalian.

chit_ana Publish time 22-1-2014 04:02 PM

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/q71/s720x720/1560633_500965123354078_1612548465_n.jpg

Waktu cinta hadir, pintu hati Anis Azalea terkunci rapat. Biarpun Rahman bersungguh-sungguh mencintai dia, namun sedikit pun tidak ada getar di hatinya. Apabila ikatan pertunangan mereka putus, dia sangka hidupnya akan lebih ceria tetapi kepedihan juga yang tiba. Dia dihina, difitnah dan dicemuh. Hampir-hampir sahaja semangatnya runtuh.

Tanpa diduga, Haris Azfar muncul di dalam hidup Anis Azalea. Tatkala pemuda itu menghulurkan salam perkenalan, dia ragu-ragu untuk menerimanya. Dia bimbang jika tersalah tafsir tentang perasaan yang wujud di dalam hati. Dia juga takut andai kemesraan yang berterusan akan mengikat dirinya sehingga dia tidak mampu hidup berdikari. Maka dibiarkan Haris Azfar berlalu pergi tanpa sebarang jawapan.

Waktu menemukan kembali Anis Azalea dengan Rahman. Ternyata cinta lelaki itu tidak pernah padam. Ikatan yang terputus mahu dijalinkan semula, biarpun sebagai isteri kedua. Tidak dapat cara baik, diusahakannya pula dengan tipu daya. Mampukah Rahman mendapatkan Anis Azalea? Bagaimana pula dengan Haris Azfar?

RM 27.00 (sem) RM 30.00 (s/s)
*DISKAUN RM2

chit_ana Publish time 22-1-2014 04:02 PM

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/1560633_500965120020745_1514404576_n.jpg

Rumah tangga yang Aden bina bersama Tasya hancur berkecai akibat kecurangan Tasya yang ada hubungan sulit dengan Jamal. Aden yang cuai dalam tugasnya sebagai seorang suami. Hidup Aden di tengah kota raya bersama Raini bekas isteri kawannya Zahari yang merengkok dalam penjara membuatkan Aden menjadi semakin rakus dengan nasfsunya.

Cinta pertamanya yang gagal di bina semula dengan Safia juga menemui kehancuran kerana Safia dikahwinkan oleh orang tuanya dengan lelaki lain. Aden mencari hidup bebas. Akhirnya dia membuka sebuah syarikat yang di modali oleh Tuan Kamil dan Datin Zainun dimana kedua insan ini yang tidak pernah kenal penat dalam mengejar kejayaan dan di sulam dengan nafsu serakah.

Aden terus berlari mencari cintanya sewaktu hadir di JB. Juraidah mengisi kekosongan hidupnya. Dia berjanji akan berubah menjadi insan yang baik tetapi gagal lagi dalam mendirikan mahligai cintainya. Aden sedar bila dia kesepian. Dia kembali bertaubat dan mahu mengambil Datin Zainun yang telah berpisah dengan suaminya, Datuk Bakarin seorang ahli perniagaan yang kukuh kedudukannya...

Kisah ini memaparkan betapa sukarnya hendak memiliki sebuah kasih sayang yang benar-benar bererti dan betapa susahnya manusia hendak mencapai tahap keimanan yang sejati. Kerana nafsu dan kuasa manusia sanggup menjahanamkan hidup orang lain dan juga merosakkan diri sendiri.


RM26.00 (sem)/ RM 29.00 (s/s)

wipers81 Publish time 9-7-2015 04:15 PM

chit_ana, Karystos Creative ada keluarkan novel lagi kan?

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:44 PM

wipers81 replied at 9-7-2015 04:15 PM
chit_ana, Karystos Creative ada keluarkan novel lagi kan?

eh ada.kalau nak tgk tajuk novel lain.leh klik link ni http://www.karystoscreative.com/v2/index.php?option=com_users&view=login

ni yg paling terbaru :loveliness:

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t31.0-8/s720x720/1913425_764449687005619_8894027963535628336_o.jpg


AKAN DATANG
Mertua Aku Shogun Tokugawa
(MONALITA MANSOR)
ISBN: 78-967-12528-5-7
Harga: RM 27 (Semenanjung)
RM 30 (Sabah & Sarawak)

Blurb

Dia licik. Dia tangkas. Picingan matanya tajam. Libasan katananya bisa, tidak membunuh tetapi melukakan.
Kesannya mengazabkan banyak hati. Hidup itu roda. Saat pusingnya ke bawah, melibas katana pun dia tak mampu.
Dia Shogun Tokugawa, aku ibarat Ninja. Dan kami bertarung dalam senyuman!
~ AIZAT ~

Kami ini binatangkah? Tak ada hak untuk berkasih sayang? Sedang anjing pun boleh bela anak kucing
walaupun rupa tak sama. Apa hebat sangatkah kita ni sebagai manusia?
~ NAYLA dan AIZAT ~

Apa yang tak patutnya, bang? Dah banyak kali saya beritahu. Saya tak suka! Saya tak suka. Eh…taaakkk.
Yang itu juga dipilihnya. Punyalah ramai manusia dalam dunia ni. Dah tertutup mata dia tu, agaknya?
~ MAK ~

Jangan budak tu nanti salahkan awak, berdendam dengan awak, sudah. Dia tu banyak mengikut kelakuan
awak. Degil, keras kepala, susah nak terima pendapat orang!
~ AYAH ~

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:45 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpt1/v/t1.0-9/s720x720/11218706_764436430340278_7116563342276399079_n.jpg?oh=720f4023a95d252f246a3c2f7ae520da&oe=562BFA90

My Sweet Tamara
ISBN: 978-967-12528-4-0
Harga: RM 25 (Semenanjung)
RM 28 (Sabah & Sarawak)

Blurb

Fizzi, bukan sahaja sahabat karib Tamara semenjak kecil tetapi dia bertindak sebagai pembela dan
penjaga Tamara di sekolah. Seiring meingkatnya usia perasaan juga mula berubah. Dari sahabat
karib mulai terbit rasa sayang dan cinta. Namun kedua-duanya tidak pernah meluahkan isi hati
masing-masing. Kadang-kadang Fizzi cuba menyelitkan isi hati namun dianggap sebagai gurauan
oleh Tamara kerana Fizzi suka bergurau dan menyakat. Sifat Fizzi yang tidak serius meyakinkan
Tamara, Fizzi hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat, tidak lebih dari itu.

Persahabatan Tamara dan Fizzi mulai renggang apabila hadirnya Luqman yang romantis, pandai
mengambil hati dan sentiasa memberi layanan yang istimewa kepada Tamara, selain berani
berterus-terang. Tamara mulai dibuai rasa dihargai dan dicintai walaupun dia cuba mengelak
kerana tidak mahu pelajarannya terabai. Tamara tahu, masa depan dan cita-citanya lebih penting.
Pelbagai cara dilakukan agar Luqman menjauhinya namun jejaka itu begitu pandai mencari
peluang untuk berjumpa Tamara.

Api cemburu mula membakar. Fizzi sentiasa bersalah sangka dan menuduh Tamara yang bukan-
bukan. Tamara menjadi tersepit di antara sahabat dan teman istimewa.

Ada juga yang dengkikan Tamara. Dia terlalu naif sehingga diambil kesempatan dan dimalukan
di khalayak ramai. Reputasi Tamara tercalar apabila Putri Amber menceritakan perihal peribadi
gadis itu kepada mama Luqman. Lantas Tamara diminta menjauhkan diri dari Luqman. Tamara
akur kerana sedar dirinya siapa. Niat baiknya untuk memenuhi kehendak orang lain telah
disalaherti sehingga tercetusnya perselisihan faham di antara dirinya dan Luqman.

Luqman menyakiti Tamara lantas Fizzi tampil membela. Perang mulut berlaku sehingga membawa
kepada pergaduhan. Akibatnya, Luqman dicederakan oleh Fizzi.

Pada masa yang sama, muncul seorang lagi lelaki di dalam hidup Tamara. Kehadirannya
membuatkan hidupTamara menjadi kembali ceria walaupun masih terluka dengan sikap ego
Luqman dan sikap terburu-buru Fizzi.

Sebelum menghadapi peperiksaan SPM, Tamara berbaik semula dengan Luqman dan Fizzi.
Mungkin memang masing-masing sudah terpaut hati, Luqman dan Tamara mengikat janji. Fizzi
terpaksa akur dan menyerah kerana silapmnya sendiri yang tidak pernah serius terhadap Tamara.

Setelah keputusan diumumkan, Tamara mengejar impiannya untuk menjadi seorang doktor dan
menyambung pelajaran di Sydney, Australia. Luqman mendapat tawaran belajar di UK manakala
Fizzi belajar di Uitm. Fizzi masih berhubung dengan Tamara tetapi Luqman menyepi diri selepas
beberapa bulan mereka berpisah. Dari seorang kawan lama, Tamara mendapat tahu Fizzi akan
bertunang. Tamara sedikit kecewa dan merasa disisihkan oleh kawan yang dikenalinya dari usia
6 tahun itu.

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:46 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xfa1/v/t1.0-9/s720x720/10302365_577251469058776_2266535865876387115_n.jpg?oh=3f55f4810494ce1528f30b9a3e62f48d&oe=562DDE09

Ada Cinta Dalam Hadir Mu
ISBN: 978-967-12084-9-6
(TEH ZARINA)
Harga: RM 29 (Semenanjung)
RM 32 (Sabah & Sarawak)

Caption

Apa Pun Terjadi, Kau Tetap Ku Cintai

BLURB

Kerana cinta, Farish percaya kepada semua alasan yang dicipta Alina. Namun kerana kepercayaan yang diberikan untuk Alina, dia hilang seorang sahabat.



Hilangnya sahabat bersama dengan terlerainya ikatan cinta. Alina ditinggalkan untuk mencari ketenangan dan erti cinta sebenar. Hidupnya bertambah kusut dengan mama yang asyik inginkan Kamelia menjadi menantunya. Luka lama pun belum sembuh, Farish malas nak menempah masalah baru. Dia belum bersedia. Hilang seorang teman, kini Farish hilang sahabat baiknya. Namun, perginya kini tak kembali. Bersama pemergiaannya tertinggal sebuah hasrat yang besar.Farish bingung adakah patut dia tunaikan?

“Mohd Yunus Bin Tajuddin, kenapa awak nak kahwin dengan Sasha Ariadna Binti Ibrahim? Saya tahu saya ni memang cantik, sweet dan comelkan.” – Sasha

Kehilangan ibunya di ubati dengan kehadiran Yunus yang memberikan dia segala perhatian dan kasih sayang. Namun, manusia hanya mampu merancang, jodoh mereka tidak kesampaian. Sasha hanyut dengan dukanya hingga tidak menyedari yang dia hidup dalam bahaya. Nyawa Sasha dan satu-satunya insan yang dia sayang dalam bahaya angkara dendam lama.

Ikatan terjalin atas dasar sayangnya mereka kepada kekasih dan sahabat. Untuk Farish, dia benar-benar cinta. Sasha, pula masih keliru dengan perasaannya. Pada Sasha rasa cintanya dah lama pergi bersama perginya Yunus.

ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, aku ingin merasa bahagia. Namun, pengkhianatkah aku? Mengkhianati cinta kami- Sasha.

ANDAI ADA CINTA DALAM HADIRMU, bukalah hati mu untuk merasakan kasih sayangku. Aku ikhlas menyayangi mu, ingin menjaga dan menlindungi mu. Aku sungguh mencintai mu sepenuh hatiku…. – Farish

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:49 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xtf1/v/t1.0-9/s720x720/10347410_577108249073098_2836922850714586622_n.jpg?oh=f46e1e8d15bb54efafc1c83df9a10979&oe=5622386C

Mini Novel 2in1
ISBN : 978-967-12084-8-9
Harga: RM 24 (Semenanjung)
RM 27 (Sabah & Sarawak)

BODYGUARD FROM TAIPING

Dia lari dari rumah setelah dinikahkan secara paksa dengan lelaki bergelar Haji yang langsung tidak pernah dikenalinya. 10 hari yang mendebarkan... 10 hari mengenal dunia... 10 hari mencari cinta, dia menjadi Bodyguard kepada lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Bagaimanakan Syarifah Aulia Rukiah melalui rencam hidup bersama ‘Bos’nya?

“Saya cari kerja ni.” Terus terang sahaja aku bercakap, malas hendak berbasa basi lagi. Aku harus keluar dari rumah ini atau aku bakal dilanda musibah yang lebih besar, aku takut ‘tersuka’ kepada Akim. Sudahlah kacak, kaya pula tu malah paling hebat dia seorang yang tenang dan penuh karisma.

“Rock nak cari kerja apa?”
“Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.”
“Cuba spesifik sikit.”
“Bagi cheq jadi jaga pun ok dah.”
“Boleh bawak kereta?” Aku angguk kepala.
“Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi.

“Boleh menembak?” Aku angguk lagi sebab memang betul aku pandai menembak. Di sekolah dulu aku pasukan kadet polis, memang aku ada mengikuti latihan menembak. Akim tersenyum dan senyuman dia pun bagaikan peluru sesat yang boleh menembusi hati ku kalau tidak di pasang perisai secukup-cukupnya.

“Jadi bodyguard saya boleh?”
“Apa bodyguard?!” Akim menganggukkan kepala

PLASTER CINTA UNTUK BOS

Apabila menyebut soal cinta, Umran Hannah adalah orang yang terlalu bernasib malang hingga terpaksa menolak cinta di dalam hidup. Namun, kerana ingin hidup kembali berjiwa, saranan nenek yang tersayang diturutkan. Fiona Amani yang selekeh, tidak bergaya dan agak naif itu dipilih menjadi teman hidup seorang lelaki pembersih dan cerewet. Daripada insan yang biasa-biasa, Fiona diubah menjadi luar biasa! Kecantikan dan keanggunannya, kembali meletakkan wanita itu di tempat teratas. Ketika cinta mula meresap, hidup juga seakan berjiwa, isteri yang mula dicintai kian beralih arah. Kemilau kemewahan menjadi pilihan, dan dirinya yang tidak berupaya memberi kesenangan ditinggal pergi. Meniti hari-hari yang sepi, Umran masih setia menanti. Menanti insan yang belum pasti hadir dan mengakui darjatnya sebagai seorang suami.

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:50 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/v/t1.0-9/s720x720/10403703_577108049073118_8250622327385883204_n.jpg?oh=e2b2b06470211f6e820e5a745145bce6&oe=562588DF

Aku Dia Dan Hot Chocolate
ISBN: 978-967-12528-1-9
(PISTACHIO)
Harga: RM 29 (Semenanjung)
RM 32 (Sabah & Sarawak)

Caption

"Hidup inipersisi sebuah resipi, ada ramuannya, ada rencah rasa, ada pahit manis."

Blurb

“Bestnya hot chocolate ni….kalau dapat minum hari-hari lagi best…siapalah makernya ni?? Mesti makernya pun hensem kan….Eh, apasal aku fikirkan pasal makernya pulak? Ke aku dah jatuh cinta ni??? Cinta??? Oh, no…aku takkan jatuh cinta lagi…cinta dah pun mati dalam hidupku…buat apa kalau cinta aje, tapi hidup merana?? Aku memang takkan jatuh cinta…NEVER….” – HANY

“Hany, boleh tak awak ni jangan nak emo sangat? Kenapa awak jadi macam ni? Pleaselah….bukakanlah pintu hati awak tu…sekiranya bukan saya pilihan awak pun, tapi awak cubalah bukakan kunci hati awak tu pada yang selayaknya…saya memang sedar saya ni siapa…saya tak layak untuk awak…tapi saya tetap jua menyimpan angan agar awaklah rusuk kanan saya yang hilang itu….” – NIEL

“Eh Niel, kau jangan mimpilah Hany akan pilih kau...Hany milik aku! Milik aku!!! Kau faham tak?? Aku akan pastikan Hany tetap menjadi milik aku yang abadi…Tiada lelaki lain yang layak untuk dia selain aku…Langkah mayat aku dulu kalau kau berani menghampiri Hany… - KHAIRIL


“Apasal semua jantan sukakan kau, hah? Apa, aku ni tak cukup cantik ke?? Aku heranlah dengan kau ni, dahlah pergi annual dinner pun pakai sneakers….memang takde taste langsung….yang korang berdua ni sukakan perempuan ni kenapa?? Apa yang dia ada tapi aku takde….Aku lagi cantiklah…. – ZILA THE GEDIKS

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:51 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/v/t1.0-9/s720x720/10403703_577108045739785_7890526302493675685_n.jpg?oh=1ed1c2492f1add3ac326e39e3f5e92b1&oe=56571000

Selumbar Kasih Bertunjang Hempedu
ISBN : 978-967-12528-0-2
(NURHAYATI ISHAK)
Harga: RM 35 (Semenanjung)
RM 38 (Sabah & Sarawak)

Caption

Saat Hati Ku Di Panah Duka,
Kau Injak Beribu Angkara

Blurb

Aku tak pasti milik siapakah hatiku ini….kalian bertiga adalah sebahagian dari hidupku. Aku tak tega untuk menghampakan kalian. Sungguh aku bingung dalam membuat pilihan ini. Tapi aku pasti Allah takkan menganiaya hamba-Nya. Andai pilihanku adalah salah seorang dari kalian, aku akan bias menerimanya.
– JASMIN-

Jasmin, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun sekali pun….walau aku membujang sampai ke tua, walau apapun aku tetap menantimu. Sungguh aku sanggup. Andai kata cintamu bukan miliki, aku terima kerana aku tahu Allah itu adil. Apa pun, aku ingin kau tahu yang aku tetap cinta kamu sampai ke akhir hayatku….
– RENGGANA-

Maafkanlah abang…..abang benar-benar minta maaf. Abang sayangkan Jasmin…terimalah abang. Abang sedar abang berdosa pada Jasmin. Terimalah abang kembali. Sungguh abang perlukan kamu. Kita bina kembali hidup kita….Abang cintakan Jasmin…
- ASRUL-

Wahai cinta hatiku, siapa pun yang kau pilih, aku akan terima. Kerna aku tahu dialah yang selayaknya…andai bukan aku, aku reda. Aku sedar aku takkan pernah layak untuk menggenggam cintamu…cintamu sungguh tulus sampaikan aku tak mampu menggapainya…namun kasihku ini akan tetap aku abadikan dalam ‘My Lovely Jasmine’. Terimalah ‘My Lovely Jasmine’ ini sebagai tanda cintaku padamu walau diri ini bukan pilihanmu….
-YOSHI-Caption

Saat Hati Ku Di Panah Duka,
Kau Injak Beribu Angkara

Blurb

Aku tak pasti milik siapakah hatiku ini….kalian bertiga adalah sebahagian dari hidupku. Aku tak tega untuk menghampakan kalian. Sungguh aku bingung dalam membuat pilihan ini. Tapi aku pasti Allah takkan menganiaya hamba-Nya. Andai pilihanku adalah salah seorang dari kalian, aku akan bias menerimanya.
– JASMIN-

Jasmin, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun sekali pun….walau aku membujang sampai ke tua, walau apapun aku tetap menantimu. Sungguh aku sanggup. Andai kata cintamu bukan miliki, aku terima kerana aku tahu Allah itu adil. Apa pun, aku ingin kau tahu yang aku tetap cinta kamu sampai ke akhir hayatku….
– RENGGANA-

Maafkanlah abang…..abang benar-benar minta maaf. Abang sayangkan Jasmin…terimalah abang. Abang sedar abang berdosa pada Jasmin. Terimalah abang kembali. Sungguh abang perlukan kamu. Kita bina kembali hidup kita….Abang cintakan Jasmin…
- ASRUL-

Wahai cinta hatiku, siapa pun yang kau pilih, aku akan terima. Kerna aku tahu dialah yang selayaknya…andai bukan aku, aku reda. Aku sedar aku takkan pernah layak untuk menggenggam cintamu…cintamu sungguh tulus sampaikan aku tak mampu menggapainya…namun kasihku ini akan tetap aku abadikan dalam ‘My Lovely Jasmine’. Terimalah ‘My Lovely Jasmine’ ini sebagai tanda cintaku padamu walau diri ini bukan pilihanmu….
-YOSHI-

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:51 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/v/t1.0-9/s720x720/10403703_577108045739785_7890526302493675685_n.jpg?oh=1ed1c2492f1add3ac326e39e3f5e92b1&oe=56571000

Selumbar Kasih Bertunjang Hempedu
ISBN : 978-967-12528-0-2
(NURHAYATI ISHAK)
Harga: RM 35 (Semenanjung)
RM 38 (Sabah & Sarawak)

Caption

Saat Hati Ku Di Panah Duka,
Kau Injak Beribu Angkara

Blurb

Aku tak pasti milik siapakah hatiku ini….kalian bertiga adalah sebahagian dari hidupku. Aku tak tega untuk menghampakan kalian. Sungguh aku bingung dalam membuat pilihan ini. Tapi aku pasti Allah takkan menganiaya hamba-Nya. Andai pilihanku adalah salah seorang dari kalian, aku akan bias menerimanya.
– JASMIN-

Jasmin, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun sekali pun….walau aku membujang sampai ke tua, walau apapun aku tetap menantimu. Sungguh aku sanggup. Andai kata cintamu bukan miliki, aku terima kerana aku tahu Allah itu adil. Apa pun, aku ingin kau tahu yang aku tetap cinta kamu sampai ke akhir hayatku….
– RENGGANA-

Maafkanlah abang…..abang benar-benar minta maaf. Abang sayangkan Jasmin…terimalah abang. Abang sedar abang berdosa pada Jasmin. Terimalah abang kembali. Sungguh abang perlukan kamu. Kita bina kembali hidup kita….Abang cintakan Jasmin…
- ASRUL-

Wahai cinta hatiku, siapa pun yang kau pilih, aku akan terima. Kerna aku tahu dialah yang selayaknya…andai bukan aku, aku reda. Aku sedar aku takkan pernah layak untuk menggenggam cintamu…cintamu sungguh tulus sampaikan aku tak mampu menggapainya…namun kasihku ini akan tetap aku abadikan dalam ‘My Lovely Jasmine’. Terimalah ‘My Lovely Jasmine’ ini sebagai tanda cintaku padamu walau diri ini bukan pilihanmu….
-YOSHI-Caption

Saat Hati Ku Di Panah Duka,
Kau Injak Beribu Angkara

Blurb

Aku tak pasti milik siapakah hatiku ini….kalian bertiga adalah sebahagian dari hidupku. Aku tak tega untuk menghampakan kalian. Sungguh aku bingung dalam membuat pilihan ini. Tapi aku pasti Allah takkan menganiaya hamba-Nya. Andai pilihanku adalah salah seorang dari kalian, aku akan bias menerimanya.
– JASMIN-

Jasmin, aku akan tetap menunggu walau seribu tahun sekali pun….walau aku membujang sampai ke tua, walau apapun aku tetap menantimu. Sungguh aku sanggup. Andai kata cintamu bukan miliki, aku terima kerana aku tahu Allah itu adil. Apa pun, aku ingin kau tahu yang aku tetap cinta kamu sampai ke akhir hayatku….
– RENGGANA-

Maafkanlah abang…..abang benar-benar minta maaf. Abang sayangkan Jasmin…terimalah abang. Abang sedar abang berdosa pada Jasmin. Terimalah abang kembali. Sungguh abang perlukan kamu. Kita bina kembali hidup kita….Abang cintakan Jasmin…
- ASRUL-

Wahai cinta hatiku, siapa pun yang kau pilih, aku akan terima. Kerna aku tahu dialah yang selayaknya…andai bukan aku, aku reda. Aku sedar aku takkan pernah layak untuk menggenggam cintamu…cintamu sungguh tulus sampaikan aku tak mampu menggapainya…namun kasihku ini akan tetap aku abadikan dalam ‘My Lovely Jasmine’. Terimalah ‘My Lovely Jasmine’ ini sebagai tanda cintaku padamu walau diri ini bukan pilihanmu….
-YOSHI-

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:51 PM

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/t1.0-9/s720x720/10403703_577108042406452_9191866513377269890_n.jpg?oh=e4a7d98e21bf593d69bcfeaf9c964ffb&oe=56185FC4&__gda__=1445473756_49e88828ad5812d3ab50bdfd09031298

Cinta Itu Indah
ISBN : 978-967-12528-2-6
(SHIROE SHERRY)
Harga: RM 35 (Semenanjung)
RM 38 (Sabah & Sarawak)

Caption

"Sesuatu yang hebat tentang cinta, semakin aku menyangkalnya semakin dia membuatku jatuh cinta… "

Blurb

Sebelum kenal dia tak ada satu benda baik pun aku fikirkan pasal dia. Sombong! Diktator! Ada tong ko lemas dalam mulut! Berlagak macam dia bos aku sedangkan dia bukannya bos aku pun. Huh! Menyampah betul. Stress! Aku berazam aku tak nak lagi terserempak dengan pengurus besar @ Tuan Ray @ lelaki sombong tu! Titik!
Segalanya bermula disebabkan jenayah yang di tuduh Tuan Ray tanpa sengaja…
“Maafkan saya tuan. Saya tak dapat kawal diri tadi,” – Qila
“Tak dapat kawal diri? Sebab tu awak ambil kesempatan untuk peluk saya? Bagus alasan awak tu,” – Tuan Ray
Disebabkan sikap lelaki itu yang kadang-kadang boleh menimbulkan salah faham, Aku terfitnah dia lebih dari sekali sehingga melarat kepada tuntutan kemaafan yang melibatkan sebuah pembayaran
“Maaf? Tempoh hukuman dulu baru habis, Sekarang awak dah buat fitnah sekali lagi?”
“Habis tu macammana ni tuan? Tuan nak maafkan saya atau nak lanjutkan lagi tempoh hukuman?”
Sekali lagi aku turutkan kemahuannya.Lama-kelamaan tidak semena-mena dia keluarkan magic word ciptaannya.

“Saya suka awak,”
“Apa?”
“Yes, I am madly in love with you!”
"Awak boleh ambil masa seberapa banyak yang awak nak untuk fikir tentang hal ini,”
“Saya tak perlukan masa.Tuan dengan saya? Saya rasa tak mungkin,”

Tak mungkin, aku dengan dia bagaikan langit dengan bumi tapi kata Tuan Ray perasaannya itu adalah anugerah dari Allah.
Bermain dengan api cinta.. Mungkin CintaItu Indah buat Qila..Bagaimana pula dengan Tuan Ray? Tegakah dia mempermainkan gadis sepolos Qila? Kisah cinta mereka asalnyakan hanya sementara? Kemanakah akhirnya percaturan cinta mereka?
Kisah ini memaparkan betapa sukarnya hendak memiliki sebuah kasih sayang yang benar-benar bererti dan betapa susahnya manusia hendak mencapai tahap keimanan yang sejati. Kerana nafsu dan kuasa manusia sanggup menjahanamkan hidup orang lain dan juga merosakan diri sendiri.

chit_ana Publish time 9-7-2015 11:52 PM

https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/v/t1.0-9/s720x720/10403703_577108039073119_5299613355865588374_n.jpg?oh=7170028b4cf7bbc651d96346f6564e43&oe=5629E0AC

Encik Separyh Jiwa
ISBN : 978-967-12528-3-3
(CYDA YUSOF)
Harga: RM 25 (Semenanjung)
RM 28 (Sabah & Sarawak)

Blurb

Apa salah aku???
Kenapa kau buat macam ni, Rizal?
Kenapa kau tinggalkan aku di hari pertunangan kita yang semakin hampir?
Dan kenapa sekarang kau menagih cinta aku kembali?
Kenapa kau muncul semula di saat cinta aku dah beralih arah???

Aku cintakan Amir… hati aku milik Amir…tapi Amir dah jadi tunangan orang…. Kenapa bukan Amir yang menjadi tunangan aku? Kenapa??? Andainya Amir yang menjadi Encik Separuh Jiwaku, alangkah indahnya dunia ini aku yang punya. - NAMIRA RASYIFAH

Nami….aku juga cintakan kau….aku sayangkan kau….tapi aku tak tahu sama ada cinta aku ini benar-benar teguh ataupun tidak untuk kau….aku tak pasti adakah aku layak untuk bergandingan dengan kau….andai kau jodohku, aku terima…tapi jika kau bukan untukku, aku redha…aku pasrah… - AMIRUL NAZMI

Amir, kau tak layak bergandingan dengan Nami…kau siapa, aku siapa? Aku ni kerabat diraja…akulah yang paling layak berganding dengan Nami….aku yang lebih sayangkan dia dari kau…akulah yang sepatutnya jadi pilihan Nami…kau jangan perasanlah Amir!!! – LUTFI

Aku mohon maaf Nami…kembalilah kepadaku…aku tersilap langkah…dia bukanlah yang layak denganku…hanya kau yang layak Nami…aku cintakan kau…aku sayangkan kau…jomlah kita kahwin…aku akan jaga kau…tak kira walau apapun,aku akan miliki kau…tak ada yang layak selain aku!!! – RIZAL

Kau jangan perasanlah Nami…tak ada yang layak pun untuk kau! Dahlah kolot, dress up macam mak cik-mak cik…kau ingat diorang betul-betul ke nak kat kau? Jangan nak poyolah dengan aku…aku lagi cantik… dahlah up to date lagi…Amir dan Lutfi tu milik akulah!!! - ELIA
Pages: [1] 2
View full version: Karystos Creative


ADVERTISEMENT