bobkee Publish time 7-11-2013 01:13 PM

Ketika Aku lapar ....

http://www.washingtonpost.com/rf/image_606w/2010-2019/Wires/Images/2013-11-06/Bloomberg/03937969.jpg

Paus Franciskus mendakap seorang lelaki yang menghidapi penyakit Neurofibromatosis Rabu lepas di Dataran St. Petrus, Vatikan. Insiden ini telah menjadi buah kata orang ramai dengan beberapa pemerhati yang memberi komen bahawa sifat Paus ini memiripi sifat Yesus yang menyembuhkan orang kusta (Matius 8:1-4)

Saya pula terfikirkan apa yang dikatakan Yesus di dalam Injil Matius 25:

Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu. Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku. Aku dipenjarakan, dan kamu melawat Aku.’

Tetapi mereka yang melakukan kehendak Allah berkata, ‘Ya Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar lalu memberi Tuhan makan, atau dahaga lalu memberi Tuhan minum? Bilakah kami nampak Tuhan sebagai orang asing lalu menyambut Tuhan ke dalam rumah kami, atau melihat Tuhan tidak berpakaian lalu memberi Tuhan pakaian? Bilakah kami nampak Tuhan sakit lalu merawat Tuhan? Bilakah kami melawat Tuhan di penjara?’

Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’

- Matius 25:35-40

Last edited by bobkee on 7-11-2013 01:03 PM

Pages: [1]
View full version: Ketika Aku lapar ....


ADVERTISEMENT