hootohtudia Publish time 3-11-2013 07:22 PM

Maksud Ghaib menurut Islam

Apakah Maksud Ghaib menurut Islam? Perkataan Al-Ghaib berasal dari bahasa Arab iaitu Ghaba Yaghibu Ghaiban Ghiyaban Ghiyabatan wa Mughiban. Definisi Ghaib dan Ertinya menurut bahasa ialah sesuatu perkara yang tidak nampak. Namun, menurut istilah Agama Islam, Maksud Ghaib amat luas dan dalam. Wiki: Al-Ghaib Supernatural.

http://1.bp.blogspot.com/-m5gKfMaMqig/Umfp3ETDPeI/AAAAAAAACt8/bGHnn6q1vDs/s400/Maksud+Ghaib+menurut+Islam.jpg


Istilah Ghaib menurut Islam
Kata Ghaib menurut istilah adalah sesuatu yang tidak nampak oleh pancaindera tetapi ada ayat dari Al Quran dan hadith yang menjelaskan akan kewujudannya. Oleh itu, menafikan atau tidak percaya wujudnya sesuatu yang Ghaib sama ertinya mengingkari Agama Islam itu sendiri. Selain itu, Perkara ghaib ialah perkara yang di luar jangkauan pancaindera manusia seperti perkara yang telah berlaku seperti kisah para nabi, kemusnahan umat terdahulu dan tarikh berlaku kiamat, bentuk kejadian manusia atau sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti jin, syaitan, syurga dan neraka. Maksud Ghaib menurut Islam

Entri asal: Apa Maksud Ghaib menurut Islam
Sumber: http://www.hootoh.my/2013/10/maksud-ghaib-menurut-islam.html


Kata Ghaib dalam Al Quran
Dalam Al-Quran sendiri telah menyebutkan perkataan "GHAIB" sebanyak 56 kali. Malah di permulaan surah al-Baqarah, Allah meyebutkan antara tanda orang-orang yang bertakwa adalah, orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib.

"Alif Lam Mim. Kitab al-Qur’an ini tidak ada keraguan didalam padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib"
— Al-Baqarah1 - 3

Kewujudan Makhluk Ghaib
Wujudnya Makhluk Ghaib Jin, makhluk ciptaan Allah. Al-Quran ada menyatakan wujud makhluk ghaib jin, malah ia amat jelas dengan adanya Surah ke 72, Surah Al Jin.

Allah berfirman
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
— Adz-Dzariyat 56

Begitu juga dalam hadith, Rasulullah telah bersabda;
"Malaikat diciptakan dari cahaya dan jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah dijelaskan kepada kalian (tanah)"
— Muslim

Merujuk ayat dan hadith di atas dijelaskan bahwa Allah telah menciptakan Jin sebagaimana Dia telah menciptakan manusia dan malaikat. Bererti wujudnya jin tidak boleh kita ingkari, walaupun kita tidak melihat wujud dan adanya hal ghaib itu.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Araf ayat 27
"Sesungguhnya ia (iblis) dan teman-temannya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka"
— Al-Araf 27

Oleh sebab itu makhluk Allah yang bernama jin itu dikategorikan sebagai makhluk ghaib dan bukti kewujudannya ada dalam Nas'. Cuma kita tidak dapat melihatnya dengan pancaindera biasa.


http://3.bp.blogspot.com/-O2NlARSW-wo/Umfqep5f89I/AAAAAAAACuE/FYcO-N0jjdI/s320/Hantu+Penanggal.jpg
Dongeng Hantu Penanggal

Alam Ghaib bukan Mitos, Mistik atau Mimpi
Supernatural! Maksud Ghaib menurut Islam. Oleh itu kita tidak boleh memahami dan berbicara tentang perkara ghaib hanya berdasarkan kemampuan akal semata-mata. Kita juga tidak boleh memahami hal ghaib yang bersumber dari bayangan, bisikan-bisikan suara, mimipi-mimpi, atau mitos-mitos yang mistik. Sesuatu perkara ghaib itu harus bertepatan dengan syariat lslam. Sekiranya sesuai dan disahkan oleh syariat, bererti mempercayainya akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun, jika menyimpang dari syariat atau tahyul, maka jauhinya agar tidak menimbulkan syirik.

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
Allah knows the right

Hootoh Blog By Hootoh Tudia



orangbesi Publish time 3-11-2013 11:11 PM

ok
cun lah

ada leh nyatakan.....sikit jeeeee:)

ussopp Publish time 4-11-2013 12:06 AM

tentang alam ghaib, sy percaya bulat2....

namun, jika ada bukti yang nampak boleh tolong tunjuk tak?

Dzulqarnain Publish time 6-11-2013 12:49 PM

Ghaib selain rukun iman tu bole percaya ke? :o

ct_og Publish time 7-11-2013 08:20 AM

Kita kata ianya ghaib sebab kita tak nampak sedangkan ianya ada sahaja... contoh kita boleh je kata banteria dan virus tu makhluk ghaib sebab mata kasar kita tak nampak dia kecuali gunakan kanta pembesar....tanpa kanta pembesar yang kita nampak cumalah tanda-tanda yang disebabkan oleh mereka....

Malaikat, jin, iblis dan geng Iblis pun boleh kita tengok andai dia yang nak tunjukkan diri dia pada kita dengan Izin Allah... tapi Allah aje yang kita tak boleh tengok dibumi ini sebab fizikal kita tak kuat menghadapi Nya... disebab itu Allah akan membuka tabir yang melindungi Nya dari kita di akhirat kelak setelah Allah ubah fizikal kita menjadi lebih kuat unruk melihat Nya...

Oleh itu berimanlah dengan Allah walau Dia ghaib tidak nampak kini...

Sephiroth Publish time 7-11-2013 08:30 AM

ussopp posted on 4-11-2013 12:06 AM static/image/common/back.gif
tentang alam ghaib, sy percaya bulat2....

namun, jika ada bukti yang nampak boleh tolong tunjuk t ...

Kalau kamu nampak, kamu boleh tahan ke? Takut mati terkejut kan. :lol:

Sephiroth Publish time 7-11-2013 08:35 AM

ussopp posted on 4-11-2013 12:06 AM static/image/common/back.gif
tentang alam ghaib, sy percaya bulat2....

namun, jika ada bukti yang nampak boleh tolong tunjuk t ...

Kalau kamu nampak, kamu boleh tahan ke? Takut mati terkejut kan. :lol:

ussopp Publish time 7-11-2013 02:49 PM

Sephiroth posted on 7-11-2013 08:35 AM static/image/common/back.gif
Kalau kamu nampak, kamu boleh tahan ke? Takut mati terkejut kan.

sy rasa sy akan takut juga....

sebab dlm islam ia dipanggil takut 'tabii'/fitrah/nature/normal...

contohnya takut sesuatu ular, harimau....benda pelik2.....

ia adalh normal... itu secara perasaan....

tetapi secara ilmu dan akal, kita mesti takut Tuhan saja.....

perasaan yg datang dimaafkan...

Truth.8 Publish time 7-11-2013 04:56 PM

ussopp posted on 7-11-2013 02:49 PM static/image/common/back.gif
sy rasa sy akan takut juga....

sebab dlm islam ia dipanggil takut 'tabii'/fitrah/nature/normal. ...

kalau takut...dia lagi suka...sepatuhnya jgn takut....


ussopp Publish time 7-11-2013 05:39 PM

Truth.8 posted on 7-11-2013 04:56 PM static/image/common/back.gif
kalau takut...dia lagi suka...sepatuhnya jgn takut....

ya kita kena jadi berani...

cuma saya bagi realiti check...


saya dua keadaan...

satu berdasarkan perasaan, satu lagi berdasarkan ilmu....

kalau berdasarkan ilmu, kita tidak perlu takut....

tapi berdasarkan perasaan, ketakutan yg timbul tidaklah dilarang dalam islam....cuma perlu dikawal.....

contoh. satu situasi ridiculous....seorang ,muslim diajar supaya hanya takutkan Tuhan, jika tidak, dia dianggap tidak beriman....

kemudian datang singa, lepas tu dia tidak lari dan berkata dlm hati yg dia hanya takutkan Allah...
ini salah...

dia patut selamatkan diri....



maksud sy apa yg ada dalam perasaan dimaafkan.....tetapi kita kawal dgn knowledge kita supaya jadi berani....


wallahualam....




letter2 Publish time 8-11-2013 01:46 AM

ada tak org setuju dgn pendirian ni?

setan bukanlah makhluk ghaib. setan hanyalah perlambangan kepada sifat jahat sama ada dlm hati, kelakuan

pastu baru boleh unlock pendapat aku pasal jin iblis dan malaikat. Last edited by letter2 on 8-11-2013 01:47 AM

Sephiroth Publish time 8-11-2013 08:55 AM

letter2 posted on 8-11-2013 01:46 AM static/image/common/back.gif
ada tak org setuju dgn pendirian ni?

setan bukanlah makhluk ghaib. setan hanyalah perlambangan ke ...

Tak setuju kerana ianya dua benda yg berlainan.

Kalau kita kata Syaitan, kita bercakap mengenai sesuatu makluk. Spt Abu, Ali, Moderator column ini, si Truth, ataupun diri aku sendiri. Walaupun kamu tak pernah melihat mereka dgn mata kasar, ianya tak bermakna mereka tak wujud.

Kalau kita mengambil istilah mengikut definisi anda (bahawa Setan merujuk kpd sifat kejahatan dlm diri), anda bermaksud ianya bukannya sesuatu yg nyata tetapi sesuatu yg sememangnya tak wujud, tak boleh nampak dan boleh dihiraukan sama sekali.

Ingat lagi tak kisah Dr. Jekyll and Mr. Hyde? Dr. Jekyll pun macam kamu juga. Dia berfikiran bahawa sifat kejahatan dlm naluri manusia itu sesuatu yg tak nyata dan tak berbentuk dan oleh itu, boleh diketepikan sama sekali (mengunakan sains) sehingga dia menbawanya keluar ke dunia nyata sbg Mr. Hyde. Jangan pula kamu mengikut jejak langkah sedemikian.

ussopp Publish time 8-11-2013 03:56 PM

letter2 posted on 8-11-2013 01:46 AM static/image/common/back.gif
ada tak org setuju dgn pendirian ni?

setan bukanlah makhluk ghaib. setan hanyalah perlambangan ke ...

setan adalah satu entiti....menurut kepercayaan islam...

ia adalah makhluk yg dicipta dari api.


gunblade712 Publish time 8-11-2013 09:08 PM

ussopp posted on 8-11-2013 03:56 PM static/image/common/back.gif
setan adalah satu entiti....menurut kepercayaan islam...

ia adalah makhluk yg dicipta dari api. ...

setan adalah satu entiti....menurut kepercayaan islam...

ia adalah makhluk yg dicipta dari api.

saudara @ussopp berkata benar. +1

ct_og Publish time 9-11-2013 01:20 PM

Yang dibuat dari api adalah JIN termasuklah IBLIS walaupun pada suatu ketika dia pernah mengetuai para MALAIKAT. Disebabkan IBLIS ingkar kepada perintah ALLAH supaya sujud hormat pada Nabi Adam as maka dia dilaknat ALLAH lalu disingkirkan dari syurga Allah.Sejak itu IBLIS bersumpah mahu menyesatkan keturunan Nabi Adam as.

Disebabkan Iblis dan keturunannya mempunyai sifat yang sentiada mahu menyesat dan menyusahkan sekalian manusia maka mereka juga telah disinonamkan dengan panggilan syaitan....

Truth.8 Publish time 9-11-2013 01:38 PM

ct_og posted on 9-11-2013 01:20 PM static/image/common/back.gif
Yang dibuat dari api adalah JIN termasuklah IBLIS walaupun pada suatu ketika dia pernah mengetuai pa ...
kenapa iblis kena sujud pada manusia? pelik betul ayat ini...

dlm Bible kami ,    malaikat lucifer di jadikan syaitan sebab sifat2 tamat , cemburu dan lain....di campak di dunia sebelum muka di tukar jadi hodoh ....
...tiada dlm Bible sebut dia kena sujud pada adam ....cuma di perdaya adam daneve...

Last edited by Truth.8 on 9-11-2013 02:41 PM

ct_og Publish time 9-11-2013 02:08 PM

Truth.8 posted on 9-11-2013 01:38 PM static/image/common/back.gif
kenapa iblis kena sujud pada manusia? pelik betul ayat ini...
dlm Bible kami malaikat lucifer di...

Jika kamu baca al-Quran maka pasti kamu akan bertemu dengan ayat Allah menceritakan akan hal ini...

Berkata Allah dalam surah Sad, ayat 71-85 yang bermaksud : (Setelah selesaikejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. MelainkanIblis. Dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia darigolongan yang kafir. Allah berfirman :“Hai lblis! Apa yang menghalang mu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Akutelah ciptakan dengan kekuasaan Ku? Adakah engkau berlaku sombong takbur,ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?” Iblis menjawab :“Aku lebih baik daripadanya. Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api,sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.”Allah berfirman :“Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkauadalah makhluk yang diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat Ku terusmenerus hingga ke hari kiamat!” Iblis berkata : “WahaiTuhan ku! Jika demikian, berilah tempoh kepada ku hingga ke hari merekadibangkitkan (hari kiamat).”Allah berfirman :“Dengan permohonan mu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberitempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.”Iblis berkata : “Demikekuasaan mu (wahai Tuhan ku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecualihamba-hamba Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarangkederhakaan dan penyelewengan.”Allah berfirman :“Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara yang benar Akufirmankan. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis mudan dengan orang-orang yang menurut mu di antara zuriat-zuriat Adam (yangderhaka) semuanya.”

Adapun sujud disini bukannya sujud MENYEMBAH tetapi sekadar tunduk memberi hormat kepada Nabi Adam As.


Truth.8 Publish time 9-11-2013 02:36 PM

ct_og posted on 9-11-2013 02:08 PM static/image/common/back.gif
Jika kamu baca al-Quran maka pasti kamu akan bertemu dengan ayat Allah menceritakan akan hal ini.. ...
jadi...sah lah Quran kamu jauh berbeza berbanding dgn Bible dan juga kepercayaan Yahudi....
sebab, Syaitan pada mula nya ada lah malaikat ....ada satu malaikat nama Lucifer....dia di beri kuasa untuk jadi ketua utk semua malaikat lain...lucifer juga'handsome' cerdik pandai dan lain...sebab DIA yg membuat lucifer begitu...dari masa kemasa...ia menjadi tamak dan mula tanam sifat negatif diri dan hasut semua malaikat ....bukan semua malaikat terperdaya dengan hasutan dia....maka DIAcampakkan lucifer dan semua yg sekutu dgn lucifer di bumi....ketika itulucifer dansemua masih belum di tukar wajah lagi....DIA memberi tugas pada lucifer dan sekutunya menjaga bumi ketika itu hanya dinosaur yg mengeduduki di bumi.....semakin hari, dia mula merasa tamak.....ingin mengambil kuasa di syurga tempat duduk DIA dan ingin menjadi DIA....maka, dia hasut semua malaikat di bumi utk menyerang syurga termasuk DIA....DIA tidak perlu berperang kerana mempunyai ramai malaikat2...berlakuperang antara kejahatan dan kebaikan ( "evil and good") di syurga ....lucifier dan sekutu kalah dan di campak semula ke bumi ...ketika di campak...ia nya macam batu2 besar di campakkebumi sehingga berlaku kerosakan di bumi dan   kemusnahan yg dahsyatsehingga pupus dinosaur.....maka tukar lah muka lucifer yg paling lawa pada bentuk yg hodoh ...

jadi, tidak sebut yg lucifer ini harus sujud pada adam dlm Bible....kerana sujud cuma pada DIA bukan pada manusia....

Last edited by Truth.8 on 10-11-2013 09:43 AM

ct_og Publish time 9-11-2013 10:43 PM

Truth.8 posted on 9-11-2013 02:36 PM static/image/common/back.gif
jadi...sah lah Quran kamu jauh berbeza berbanding dgn Bible dan juga kepercayaan Yahudi....
sebab ...

Ya memang ada perbezaan namun ada persamaan... watak lucifer tu adalah watak Iblis... Iblis sebelum dipanggil Iblis, namanya Azazil. Dia mempunyai wajah yang gemilang bila dia banyak beribadah kepada Allah. Memandangkan dia dari bangsa Jin, mulanya dia diturunkan ke bumi bersama jin-jin yang lain, yang diturunkan berabad lama sebelum manusia berturunkan. Disebabkan dia banyak beribadah maka dia dinaikkan ke syurga lalu dilantik bagi mengetuai para malaikat yang diperbuat dari cahaya.

Disebabkan kesombongan maka Iblis telah ingkar kepada perintah Allah bila Allah menyuruh dia memberi sujud hormat kepada Nabi Adam as. Dia merasakan dirinya lebih hebat dari Nabi Adam as bila Allah membuatnya dari api sedangkan Nabi Adam as dibuat dari tanah. Disebabkan kesombongan itu maka dia dilaknat Allah lalu dikeluarkan dari syurga dan rupanya menjadi hodoh dan namanya dipanggil Iblis. Sejak itu Iblis berusaha menyesatkan Nabi Adam as dan isterinya, Hawa.

Apabila Nabi Adam as dan isterinya diturunkan ke dunia bagi menjadi khalifah dunia selepas kaum jin gagal melakukannya maka Iblis telah mengikut mereka bagi meneruskan sumpahnya yang mahu menyesatkan semua manusia...

Saya yakin dengan segala kandungan al-Quran itu tulin dari Allah kerana di dalam al-Quran telah Allah beri jaminan bahawa al-Quran itu dipelihara oleh Nya tanpa diubah sedangkan dalam bible tiada ayat jaminan dari Allah untuk menjaga ketulinan kitab tersebut.

Dalam al-Quran Allah mengatakan :

"Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya. Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." (Qaf : 27-28)

Jika dalam bible terdapat jaminan seperti yang Allah kemukakan dalam al-Quran maka sila kemukakan ayat bible itu di sini bagi kita lihat benarkah bible itu memang dijamin oleh Allah ketulinannya atau tidak. Jika tiada jaminan Allah maka jelaslah bible itu telah diubah oleh para pendita pada zaman dahulu kala.

gunblade712 Publish time 10-11-2013 02:57 AM

jadi, menurut ajaran Bible, golongan malaikat berkebolehan untuk melawan perintah Tuhan?
Pages: [1] 2
View full version: Maksud Ghaib menurut Islam


ADVERTISEMENT