bobkee Publish time 3-11-2013 12:25 PM

Pedoman Reformis Dr Martin Luther

Ahad: Minggu Pentekosta ke XXIV



Bacaan Alkitab
Matius 9:18-26

Renungan
Berita Baik itu telah dijanjikan oleh Allah sejak dahulu kala melalui nabi-nabi-Nya, dan janji itu tertulis di dalam Alkitab. Berita Baik itu tentang Anak Allah (Roma 1:1-3)

Kami tahu bahawa Injil itu tiada yang lain kecuali mengisytiharkan seorang individu yang digelarkan Kristus. Walaupun terdapat ramai, baik Kristian ataupun sebaliknya, yang telah menuliskan buku ataupun memberikan khutbah dan ceramah mengenai Bonda Allah, Petrus, para malaikat dan para orang kudus, apa yang dikhabarkan bukanlah Injil. Injil yang benar adalah berita baik yang mengagungkan Kristus dikalangan kami dan mengajari kami apakah kebaikan yang bakal diperolehi dari-Nya.

Rekod Injil mengkhabarkan tentang Yohanes Pembaptis, Anak Dara Maria dan para-para rasul namun ini bukanlah Injil di dalam erti yang sebenarnya. Mereka itu disebutkan untuk menunjuk dengan lebih jelas dari mana Kristus datang dan apakah tugas dan jawatan-Nya. Apa yang kami baca mengenai Yohanes Pembaptis ataupun Anak Dara Maria di dalam Injil Lukas tidak ditulis untuk diri mereka, tetapi hanya untuk Kristus seorang. Segala apa yang dituliskan di dalam Injil adalah berkenaan dengan-Nya sahaja.

Di dalam surat-surat Paulus, tiada apa yang ditulis mengenai para orang kudus. Segalanya adalah mengenai Kristus seorang. Penginjil-penginjil memerikan mukjizat-mukjizat dan petanda-petanda luarbiasa yang dilakukan Kristus. Tidak pula dimerikan apa yang dilakukan oleh Yohanes Pembaptis ataupun Anak Dara Maria. Mereka hanya berminat didalam apa yang dicapai oleh Kristus, bagaimana Dia membantu orang baik dari segi jasmani ataupun rohani, dan bagaimana tingkahlaku-Nya membawa orang ramai mendekati-Nya.

- Karya-karya Martin Luther, Edisi St. Louis, 1834, 1-2

Doa
Kami memuji dan bersyukur kepada-Mu, ya Bapa di Syurga, kerana pengurniaan Injil Penyelamatan-Mu dengan wahyunya bahawa Penyelamatan didapati di dalam Kristus sahaja. Tanamkan Injil-Mu didalam hati kami supaya kami benar-benar dapat mencari Kristus didalamnya, dan berpegang kepada-Nya dengan sepenuh jiwa raga kami. Di dalam nama Yesus Kristus. Amen.

* Dipetik dari Laman Facebook "Khutbah-Khutbah Martin Luther"
Pages: [1]
View full version: Pedoman Reformis Dr Martin Luther


ADVERTISEMENT