mnSK Publish time 25-10-2013 02:17 PM

mamaezah posted on 25-10-2013 10:46 AM static/image/common/back.gif
memang tak best, sampai mama cancel keluaq dgn member semata mata nak mengadap cerita hang nih! so ...

Sedikit selingan info pasal Gajah Batu... (kedudukannya dibelakang Hospital Changkat Melintang, Bota Kanan.)
kredit pada :-http://aisbatu.blogspot.com/


http://4.bp.blogspot.com/-OXXZ3ToOGqk/TnV0blUzDfI/AAAAAAAAA40/cfyEbJz9koo/s1600/Gajah+Batu.jpg
Foto terkini Gajah Batu Tasik Air Mati18/09/2011.
(Foto Sumbangan dari : Encik Azman Kamaruddin
serta Ery Chu Pulau & Ein Toyol-nama samaran)

Bukan mudah untuk mencari lokasi tempat Gajah Batu ini kerana tempat berkenaan masih berair dan ditumbuhi semak samun serta jerumun hutan yang tebal. Keselamatan pengunjung juga perlu difikirkan sebelum berkunjung ketempat ini. Penulis juga sebelum artikal ini ditulis telah berkunjung ketempat berkenaan untuk menjejak muara Parit Siam dan Gajah batu ini tapi tak sanggup menempuh jerumun tebal yang umpama karpet bergelombang diatas air, jika terjelus tak mungkin kita dapat naik keatas kembali. Mungkin spesis ular juga banyak termasuk ular sawa. Tahniah kepada orang-orang yang terlibat diatas kerana dapat mencari lokasi gajah batu berkenaan dan mengambil foto objek bahan lagenda ini. Walau pun bentuknya telah banyak berubah kerana dihakis oleh zaman tapi lagenda ini tetap berada disitu untuk dikenang dan ditatap oleh generasi baru sebagai bahan rujukan sejarah misteri Tasik Air Mati di Telok Bakong.

Gajah batu ini sama sekali menyerupai bentuk gajah hidup (sebagaimana contoh yang kelihatan digambar), tidak seperti di tempat lain yang batu sungai atau batu gunung dan bukit seakan menyerupai gajah.Gajah batu ini terdiri dari seekor gajah dewasa dan dua ekor anak-anaknya (seekor besar dan seekor lagi kecil sedikit). Warga Telok Bakong dan sekitarnya yang lahir didalam tahun 50an dan 60an yang kini berumur sekitar 40an hingga 50an atau ada yang telah mencecah 60an memang tahu dan pernah melihat Gajah Batu ini. Ketika umur penulis sekitar 10 tahun, pernah melihat dari atas tebing Hospital Changkat Melintang rupa bentuk gajah batu ini dengan jelas tapi anak-anaknya tidak kelihatan.Menurut Puan Hajjah Fatimah anak-anak gajah batu ini telah tumbang kedalam air tasik. Ini berlaku ketika kemasukan tentera jepun tahun 1942 dan yang seekor lagi dua atau tiga tahun kemudian juga turut tumbang kedalam air tasik.

Kalau mengikut serpihan yang diambil dari badan gajah batu ini, batu badan gajah tersebut seperti batu kapur dan rapuh serta seroi. Waktu itu belalai dan telinga serta belakang badan gajah telah dirosakkan oleh mahklok yang mengerjakan kerja-kerja kurafat.


http://4.bp.blogspot.com/_Tpii3Qu-Fa8/TTHA-QtgOBI/AAAAAAAAARc/vIct7GwInL0/s1600/AIR+MATI.jpg
TASIK AIR MATI
( Kawasan yang di Kategorikan kawasan Lagenda )

http://1.bp.blogspot.com/_Tpii3Qu-Fa8/TTJ4ZYG8oOI/AAAAAAAAASc/wakf_SNPkj4/s1600/Air+Mati+1.jpg



TASIK AIR MATI DAN LAGENDA SUMPAHAN SANG KELEMBAI.
Terdapat banyak tempat-tempat yang dikaitkan dengan sumpahan sang kelembai atau sesetengah tempat pula memanggil sang kedembai. Siapakah Sang Kelembai ini ? sehingga boleh menyumpah orang atau haiwan menjadi batu.Kenapa terjadinya sumpah menyumpah didaerah dan kawasan tasik ini ?Didalam Tasik Air Mati ini juga tak ketinggalan dengan cerita yang mengaitkan dengan Sumpahan Sang Kelembai ini.Marilah kita rungkaikan kisah ini melalui cerita dan pengalaman orang-orang terdahulu yang sering menangkap ikan serta urusan harian mereka dengan hadir ke Tasik saban hari.

Menurut cerita dari beberapa orang tua dahulu seperti Tuan Haji Mohd Ali bin Kulop Ali (sering menangkap ikan dengan cara bubu), Itam Saidin bin Uda Malak menangkap ikan dengan belat, Tuan Haji Shafie bin Tuan Haji Chu Talak (menangkap ikan cara belat), Uda Malak bin Alang Sumat (menangkap ikan dengan rawai , taut (tajor) dan memancing. Hajjah Fatimah bt Haji Mohd Ali bersama Puan Alang Lihah (isteri encik Saring) menyauk ikan tetimah serta ramai lagi yang telah meninggal turut mengalami pengalaman-pengalaman yang sama. Sang Kelembai ini telah menegur orang kampong disini (Air Mati) yang kebetulan lalu didaerah ini dan dengan teguran tersebut menyebabkan terjadinya hidupan berkenaan berbentuk batu-batu dan hidupan lainnya ketika Tasik Air Mati ini bersih.




mnSK Publish time 25-10-2013 02:28 PM

nie pun satu lg selingan...

agak2 komesemua la...
nape gambar pic profile aku tue separuh je atau suku je.....?????????????

HAHAHAHAHAHAHAhhhahahahaaaaaaaaaaahahhhahahahhaaaa......

ade sebab2nye.... ehheheheeeee....

kalau dari segi sains dan teknoligi maklumat, mungkin gambar tue bersaiz besar..(10mb keatas le agaknye...)

kalau dari sudut lain pulak(mistikus....) gambar tue sebenarnya gambar jinn yg di tangkap masuk dlm botol...


kehkehkehkehkehhhhh.....

tue pasal dia segan nk tunjuk rope....kihkihkhikhikhikhihhhhhh:lol:

noradaniez Publish time 25-10-2013 02:31 PM

mnSK posted on 25-10-2013 12:58 PM static/image/common/back.gif
batu 16 ke??? org lambo le nie...

ijak.....keyo lagi.......

tectonic Publish time 26-10-2013 01:21 AM

best cerita...sambung lagi ye... :)

rosasa Publish time 26-10-2013 10:40 AM

SR {:thiefo

Adiya Publish time 26-10-2013 03:05 PM

mnSK posted on 25-10-2013 02:28 PM
nie pun satu lg selingan...

agak2 komesemua la...


Wow..ada jin??power la abam ni..nak sign....

MissQaseh Publish time 26-10-2013 03:40 PM

sila sambung lg TT :)

mnSK Publish time 26-10-2013 03:43 PM

Adiya posted on 26-10-2013 03:05 PM static/image/common/back.gif
Wow..ada jin??power la abam ni..nak sign....

aii... ko kan gundolf, mesti lg byk jinn2 dh mintak sain.... heheheeeeeeeee:lol:

Adiya Publish time 26-10-2013 04:29 PM

mnSK posted on 26-10-2013 03:43 PM
aii... ko kan gundolf, mesti lg byk jinn2 dh mintak sain.... heheheeeeeeeee

Sign jin bt apa...xde pekdahnye cho..

edoraixora Publish time 26-10-2013 06:44 PM

mnSK posted on 25-10-2013 02:28 PM static/image/common/back.gif
nie pun satu lg selingan...

agak2 komesemua la...


x nmpak pape pun...kosong jer pic tu. petak kaler putih jer yg aku nmpak ni:L

lil_sparky Publish time 26-10-2013 08:06 PM

menarik la cita TT ni{:1_152:}

mnSK Publish time 26-10-2013 08:27 PM

edoraixora posted on 26-10-2013 06:44 PM static/image/common/back.gif
x nmpak pape pun...kosong jer pic tu. petak kaler putih jer yg aku nmpak ni

tue la pasal...
jinn tue taknak tunjuk muka kat forum nie..
kuikuikuikuiuiiiii....
:lol:

mnSK Publish time 26-10-2013 08:43 PM

Salam...

nyambung kisah ketiga yg tah hape2 dan tak seram sesangat pun...:lol:

citernye dlm tahun 1996, waktunya petang dlm kul 6pm ke 7pm camtue,
mase tue kalau tak salah aku, baru balik dari sekolah agama rakyat..
aku, nyah(adik) dan odin(pakcik aku) g kebun tebu di hospital tolong
arwah tok sedara aku nie bakar rumput2 kering yg dh di potong..
masa kitaorg sampai arwah tok sedara aku tue dh nk blk tp disuruhnye
anak dia si odin tue bakarkan rumput kering.. seronok la kitaorg dpt main api..

semasa kitaorg mengumpul2 rumput2 kering nie,
aku terperasan ada bunyi org bercakap2 kat belakang aku..
dari arah semak2 hutan.
aku toleh tak nmpak ape2 pun...pastu aku kata kat nyah ngan odin..
"woi, shuussss...!! cube kome diam... kome dengar tak bunyi suara org bercakap..???
bunyi mcm dari hutan belakang nie.."

masing2 diam pasang telinga...
pastu nyah kata "bunyi ape... bunyi org bersembang2 je.. bior le...!!"
"aa...itu le aku nk bg tau, bunyi mcm suara org bercakap2..
masalahnye tinggal kite bertiga je kat sini.. hari pun nk mahgrib dh haa..." kata aku..
yg si odin lak diam je buat2 muka cuak...

sudahnye odin campak pencakar rumput tue, lari ke basikal yg kitaorg
parking kat depan rumah doktor.. aku ngan nyah pun ape lg, cabut la ikut si odin nie..
sampai kat basikal, kitaorg tgk persekitaran hutan tue sekejab,
kot2 la memang ada org keluar dari situ...
odin pun cakap, "jom blah, hari pun dh nk senje.. kang ade yg tak balik nnt.."

esoknya, arwah tok sedara tue ketawakan kitaorg rupanya arwah memang dh tau,
si odin nie pun tau... Arwah tok sedara nie bagi tau la,
memang kat area situ ada perkampungan org bunian..,
tp dorg tak pernah pun menampakkan rupa dan menggangu penduduk setempat..
cuma ada sekali org bunian nie pernah munculkan diri dalam bentuk org tua,
lalu dari sebelah belakang tali air rumah arwah tok sedara nie ke seberang jalan
menghala hutan di sebelah hospital, perkampungan dia la...

menurut cerita arwah tok sedara lg, dulu2 ada staff nurse yg pernah tinggal
di rumah doktor yg berdekatan kebun tebu tue.. dorg leh tahan seminggu je...
katanya lg, macam2 hal berlaku, kena histeria la, penampakan la..
sampai panggil ustaz2 bomoh2 dtg ubatkan... sudahnya pengarah hospital yg masa tue,
suruh kosongkan rumah tue...
setakat rekod yg aku ingat last masa aku keja jaga situ, budak2 Medical Assistant
(Dressa.. bahasa tempat aku la, tempat lain aku tak tau..) dorg nie semua lelaki,
tp kalau malam tido kat bahagian kecemasan..
yg off duty pun sama.. bila aku tanya baru diorg bg tau...takottttt..!!!!

hahahaaa.... ade cerita kenapa dorg takot sesangat dok umah tue.... nnt aku sambung ye... eeeeeeeeeeeeeEEEEEEEEEEEEIIIiiiiiiiiiikkkihkihkihkhikhihhhhhh.....
bunyi dia..(aku kasi klu skit..) {:2ghosto


moral of the story, tak perlu la kita nk takut pada dorg (org bunian),
dorg nie pun hidup berkeluarga, berkampung sama mcm manusia juga...
asalkan dorg tak kacau kita, kita pun tak kacau dorg.... sudah.. kena ingat mereka juga
mahkluk Allah SWT juga...

Sambunggg......





greantea Publish time 26-10-2013 08:53 PM

Best sgt citer. Suka ngan loghat perak. Kipidap.:)

min9 Publish time 26-10-2013 11:34 PM

angin je kot.. kadang2 bukan benda mistik.. hanya khayalan kita

mnSK Publish time 27-10-2013 12:32 PM

min9 posted on 26-10-2013 11:34 PM static/image/common/back.gif
angin je kot.. kadang2 bukan benda mistik.. hanya khayalan kita

ada kemungkinan juga...
aku sendiri pun tak nmpk sapa2 masa tue..
aku sendiri tak menolak fakta2 sains...
sebab threads nie mengisahkan kejadian2 mistikus... jd jln cerita kena la mistikus jugak...

camane skali pun, perkampung bunian tue mmg wujud sehingga sekarang...
Allahua'lam...:)



zehra2 Publish time 27-10-2013 04:17 PM

best! best! sambung laaa lagi..
aku pernah masuk kampung Bota ni.. ada makan kenduri.
agak sunyi area tu..

sunquick Publish time 27-10-2013 06:06 PM

X sangka spital ada kisah mistik...
Mak aku besalinkan aku krisis spital ni la....

mnSK Publish time 27-10-2013 06:34 PM

tue

sunquick posted on 27-10-2013 06:06 PM static/image/common/back.gif
X sangka spital ada kisah mistik...
Mak aku besalinkan aku krisis spital ni la....
yg aku cerita nie dari pengalaman aku sendiri,
kalau tanya pada org2 yg kerja hospital, mesti ada cerita2 mistikus yg di alami...
terutama yg pernah duk kat umah doktor tepi jalan tue...
{:biteo


Last edited by mnSK on 27-10-2013 06:36 PM

sunquick Publish time 27-10-2013 06:44 PM

mnSK posted on 27-10-2013 06:34 PM
yg aku cerita nie dari pengalaman aku sendiri,
kalau tanya pada org2 yg kerja hospital, mesti ad ...

Sambung la cite lg.
Arwah opah aku penah masuk wad kt spital ni.
Tp xde la aku dgr cite 2 mistik dr dia...
cume aku penah melawat dia time mlm.Suasana dia suram dan agak seram skit...huhuhuhu
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: citer mistik di Hospital Changkat Melintang...<Update-page8#187>


ADVERTISEMENT