uniq61 Publish time 23-10-2013 05:51 PM

Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans

Info : Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans (2 Gambar)


Pernah tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".

http://4.bp.blogspot.com/-j-bdJFz2_aA/URE1E7gnRbI/AAAAAAAAYfA/FZNhBOBflDs/s1600/blue-jeans-pocket.jpg

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah "Levi` s 501 ".

Produk reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

AdamBillionaire Publish time 23-10-2013 09:01 PM

:lol:kawan kolej aku ckp tempat simpan kondom, rokok dalam kocek kecik tu.. aku pun ye kan jeklah:L

genchi Publish time 24-10-2013 08:54 AM

owhh tmpt smpn emas kecit upenya.. gen bese smpn syiling atau smpn mende pntg cam kertas resit ke apa ke.. sbb sng capai :lol:

uniq61 Publish time 24-10-2013 09:07 AM

http://cdn.shopify.com/s/files/1/0153/7951/files/image_9_grande.jpg?1862https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcROjOFCTF3U_hB66lYJ6L9Nh8Qx2VWNNRLdTRUrutwlziAix-Odhttp://www.levistrauss.com/sites/levistrauss.com/files/blog/2012/4/levis-old-west-image.jpghttps://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcREBglfeRx1acdawn0U2yEVU0QX4-V28HTHLahVHDuSlPN3uyEE

akies Publish time 25-10-2013 12:43 PM

aku simpan cincin dalam poket kecik tu
ni bila nak amik wuduk ler..

tq tt share info ni..baru i tahu..

uniq61 Publish time 25-10-2013 03:29 PM

aku simpan cincin dalam poket kecik tu
ni bila nak amik wuduk ler..

tq tt share info ni..baru i tahu..

UR WELCOME....SUKA PAKAI JEANS YE????:lol: JANJI ROCK..;P

myths2011 Publish time 8-11-2013 08:03 PM

kadang buat cantik aje pon.. tak simpan apa dalam poket kecik tu. halus bebenor.. nak selok pon rasa tak lepas.. gagga

uniq61 Publish time 11-11-2013 10:27 AM

kadang buat cantik aje pon.. tak simpan apa dalam poket kecik tu. halus bebenor.. nak selok pon rasa tak lepas.. gagga

SAJA TANYA...SOLID BONAR KE BADAN TU????:lol:
AKU SIMPAN DUIT SYILING DALAM POKET KECIK TU..

clarizsa Publish time 25-11-2013 01:24 AM

oooo... kcik sgt..boh syilling sekeping..

beautylab Publish time 18-4-2014 11:44 PM

org dulu simpan emas,org sekarang simpan syiling.kekekekeke....

iujuin Publish time 14-6-2014 10:12 AM

i simpan syling ...masa naik lrt kan senang,x payah korek dompet...simpan siap siap kat poket kecil ni...
Pages: [1]
View full version: Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans


ADVERTISEMENT