uniq61 Publish time 23-10-2013 04:14 PM

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

http://eccdn1.synad2.nuffnang.com.my/img/nuffnang_footer.gif







Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?
Catatan oleh Qatrunnada

http://3.bp.blogspot.com/-plvZQjan8X4/TiZREMuh-yI/AAAAAAAAAEw/Z0mg6MkCHv0/s1600/FaceBook-Logo.png


Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya kita yang boleh access. Dan   selepas kita mati. Apa yang jadi pada akaun fb kita? Mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu tetapi, sedarkah kita gambar-gambar kita. akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? Gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita. Walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada. Saham dosa terus meningkat. Macam mana? Pernah terfikir tak? Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti? Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?Mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah lawati di muka buminya tapi di akhirnya nanti. Semua itu tidak akan membawa erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita.

Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan. Jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah. Mati itu pasti persiapkan diri untuk mati itu perlu.

Pesanan khas ini bukan sahaja ditujukan kepada muslimah semata-mata, malah juga kepada muslim. Ingat! Lelaki juga punyai aurat, dan aurat itu perlu dijaga supaya tidak mendatangkan dosa.

Moga allah redha dengan perkongsian ini amin.. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

P/s: sebar-sebarkan. Semoga bermanfaat.
Sumber : layar minda








dubuk Publish time 23-10-2013 04:34 PM

perempuan memang suka bergambar lagi orang like lagi kuat dia bergambar

Alang89 Publish time 23-10-2013 05:22 PM

Perempuan ni masalah betul la...sbb dorang ni la aku byk buat dosa...haahahah..mmg betul pun..

JohnDeSouza Publish time 2-11-2013 12:17 AM

alahamdulillah boleh tutup dgn syarat kengkawan beramai2 pangkah report

JohnDeSouza Publish time 2-11-2013 12:20 AM

http://www.fizgraphic.com/2013/01/tutorial-cara-delete-akaun-facebook.html

Juadah Publish time 10-12-2013 07:44 AM

Golongan artis2 lagi teruk lah macam tu... :$
Tak perlu ber FB pun, diri diaorg sudah tdedah dgn mcm2 aktiviti yg dicipta sendiri. Kesian kan :L
Pages: [1]
View full version: Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?


ADVERTISEMENT