ikaatiqah Publish time 18-10-2013 02:56 PM

Perangai Kucing jantan selepas Kembiri

Hai Saya Ika, saya ahli baru forum ni. Saya nak tanya atau minta pendapat semua yang tahu saya baru neuter kucing jantan saya yang saya rasa berusia 3 tahun lebih (dia stray cat)dia sebelum ini ganas kaki gaduh dan juga kuat makan serta MANJA. Nama dia Pak Tutih semalam baru neuter tapi kenapa dia punya perangai tak berubah? masih lagi memancut dan buat suara gatal @jantan dia. Semalam masa otw balik klinik SPCA tu dia dah sedar dan mabukla jugak. Tapi masih merayau keliling rumah lepas makan dia mula buat suara jantan dia dan hadap pintu sahaja. Dan bila pintu bukak dia memang nak keluar, dia lari kitapulak yang kejar dia sebab risau luka masih tak kering lagi. Dan sekarang dia tidur dalam bilik air kering yang dikhaskan untuk dia sejak semalam. Tetapi sejak pagi ini perangai dia mula berubah dan seolah-olah marah dan selepas makan dia masuk sendiri dalam bilik air tu. Jadi apa pendapat ahli forum semua mengenai kucing jantan saya tu? pasal suara jantan dia tu, dan memancut dia tu? dan luka dia yang masih tak sembuh lagi (saya ada letak minyak gamat) serta perangai dia macam takde beza je. Saya dengar kucing lepas neuter manja dan akan duduk rumah dan tak bergaduh. Any tips? saya sedih sangat tengok keadaan dia yanglibang libu tu, mundar mandir dalam rumah. Dan bila dipujuk dia tenang tetiba bangun balik mengadap pintu dan buat suara sayu. Sedih hati saya, ini juga pengalaman pertama saya neuter kucing. Tolong nasihati saya apa-apa yang patut kerana saya pula yang stress dan rasa down.

jaja4 Publish time 18-10-2013 03:48 PM

aku pn penah neuter kn kucing abh aku kt kmpng sbb da kencing pancut kt mane2 dinding.. mula2 je mmg die mcm gatal2 lg, tp lame2 ok la.. Last edited by jaja4 on 18-10-2013 03:53 PM

leotazz818 Publish time 18-10-2013 04:36 PM

hai.. welcome to da club dear.. :loveliness:
ok.ok.. jgn panikkk... kucing sis tu baru lagikan neuter.. dia berkelakuan mcm tu sbb hormon mengawan dlm badan dia blom lagi hilang sepenuhnya.. kemungkinan besar masa u bawa dia neuter tu, dia mmg dlm keadaan onheat, dah masuk time dia nak mengawan.. jadi bila u bawa dia neuter, ransangan utk mengawan tu tak boleh hilang 100% time tu.. slow2 la.. bg dia masa, mungkin dlm sebulan dia dah btol2 tenang. buat masa skg u kurung dulu kucing tu dlm cage.. bg dia rehat.. maybe dia pun stress tu sbb sakit di bahagian sulit. sbb tu masa seeloknya utk neuter kucing jgn tunggu time kucing on heat, doc tak sarankan buat ketika itu.. kadang2 ia boleh memudaratkan kesihatan kucing juga.. :)

ikaatiqah Publish time 18-10-2013 04:36 PM

jaja4 posted on 18-10-2013 03:48 PM static/image/common/back.gif
aku pn penah neuter kn kucing abh aku kt kmpng sbb da kencing pancut kt mane2 dinding.. mula2 je mm ...

iya, sekarang ni dia merajuk la pulak. Tidur dalam bilik air menonong je. Aku nak pejang libang-libu dia lari, tapi kalau bukak pintu segar dia. Kucing abah kau yang kau neuter tu masa umur berapa?

ikaatiqah Publish time 18-10-2013 04:41 PM

leotazz818 posted on 18-10-2013 04:36 PM static/image/common/back.gif
hai.. welcome to da club dear..
ok.ok.. jgn panikkk... kucing sis tu baru lagikan neut ...

Thanks for the info, memang sedih sangat tengok dia, tapi kalau nak pasang balik tut dia tu dah tak boleh :lol: memang dia tengah on heat pun masa tu dan asyik bergaduh sangat sampai muka dan badan calar balar tau. Sebenarnya nak kembiri stray cat betina yang tiba- tiba datang beranak kat rumah ni., Tapi Si Tutih yang kena dulu. Memang dia kucing saya dah agak tenang + merajuk sikit. Sekarang tanpa dipaksa tidur dalam tandas yang dah jadi wad kerinmg dia tu. Tapi peangai kuat makan memang tak berubah la. Kakakakaka.

jaja4 Publish time 18-10-2013 04:44 PM

ikaatiqah posted on 18-10-2013 04:36 PM static/image/common/back.gif
iya, sekarang ni dia merajuk la pulak. Tidur dalam bilik air menonong je. Aku nak pejang libang-li ...

dlm umur 4 tahun.. hm skng da wat hal sendiri, tido, mkn, merayap keliling umah je..tp sombong la, x ley nk peluk2. die baik ngn abh aku je,kucing aku yg br umur setahun ni pn br neuter last week, tp yg ni manja la.smpai aku nk membuang kt toilet pn dok bising depan toilet suh bukak pintu. x kn la kite nk buang air kene bukak pintu ngadap die.. hihi..

leotazz818 Publish time 18-10-2013 04:49 PM

ikaatiqah posted on 18-10-2013 04:41 PM static/image/common/back.gif
Thanks for the info, memang sedih sangat tengok dia, tapi kalau nak pasang balik tut dia tu dah ta ...

hahahaha.. tu la pasal.. kalau dah on heat, dia take time jugak nak hilang biang dia tu.. jika vet tu teliti, kucing yg dah masuk kategori on heat dia cuci lama sikit sbb saluran sulit dia tu dah ada cecair yg dia perlu "buang" sbb tu dok beropera lagi.. sbb benda tu ada lagi, tak betul2 bersih.. anyway.. don wori.. lelama dia akan hilang sendiri.. kasi space dia sendiri2 dulu..:lol: sat lagi keje dia makan tido makan tido aje.. tak de bising2 & pancut dah..:laugh3:

ikaatiqah Publish time 18-10-2013 04:52 PM

jaja4 posted on 18-10-2013 04:44 PM static/image/common/back.gif
dlm umur 4 tahun.. hm skng da wat hal sendiri, tido, mkn, merayap keliling umah je..tp sombong la, ...

Hihihi,betul jugak kan, kucing aku 3tahun kot entahle, masa adik aku bawak dia dulu dia besar ya amat tapi dia tak gatal lagi, so dia kira baby2 la lagi gamaknya masa tu aku tahun 2 kuliah. Aku pun tak tahu la umur sebenar dia. Ni mak aku yang beriya suh sunat sebab asik sangat lah gaduh last dia gaduh isnin haritu habis aku kena gigit sampai aku jirus air longkang kat dia. Pastu mak aku punyalah marah dan ambik keputusan ni. Aku ni dahla emosi melampau2 tengok dia macam ni. Sedih ler macamaku pulak yang kena sunat. Kuikuikuikui ;P tapi kakak kat SPCA tu kata kucingh aku muda lagi. Rileklaaa. Aku pun cuba sedaya upaya merileks kan diri. Nanti anak kucing ni semua aku nak kasi mandul.

ikaatiqah Publish time 18-10-2013 04:54 PM

leotazz818 posted on 18-10-2013 04:49 PM static/image/common/back.gif
hahahaha.. tu la pasal.. kalau dah on heat, dia take time jugak nak hilang biang dia tu.. jika vet ...

Harapannya begitulah :sweat3: saya terlalu panic, sebelum pergi neuter asik baca blog dan buat macam- macam lagi. Sampaila register forum. Best jugak kan :sweat3:

leotazz818 Publish time 18-10-2013 04:59 PM

ikaatiqah posted on 18-10-2013 04:54 PM static/image/common/back.gif
Harapannya begitulahsaya terlalu panic, sebelum pergi neuter asik baca blog dan buat mac ...
ha a.. dlm ni kalau rajin, mcm2 ilmu kucing ada.. & jgn lupa share gambar kucing kalau nak kutip more keebles from mod.. hepi posting dear. {:1_138:}

ikaatiqah Publish time 18-10-2013 05:01 PM

leotazz818 posted on 18-10-2013 04:59 PM static/image/common/back.gif
ha a.. dlm ni kalau rajin, mcm2 ilmu kucing ada.. & jgn lupa share gambar kucing kalau nak kutip m ...

Sekarang ni baru ak belajar posting ni semua.Nak share gambar kucing tu kat mana? {:1_565:} sementara tak kerja ni boleh la aktif. Hahahahaa

leotazz818 Publish time 18-10-2013 05:04 PM

ikaatiqah posted on 18-10-2013 05:01 PM static/image/common/back.gif
Sekarang ni baru ak belajar posting ni semua.Nak share gambar kucing tu kat mana?sement ...

u boleh update kat sini, cerita & gambar boleh share kat sini..

Edeen Publish time 26-5-2015 10:15 PM

pancut ni pancut kencing ke pancut sbb stim? da kene potong pon bole pancut sbb stim eyh?

leotazz818 Publish time 1-6-2015 04:54 PM

Edeen replied at 26-5-2015 10:15 PM
pancut ni pancut kencing ke pancut sbb stim? da kene potong pon bole pancut sbb stim eyh?

kencing la dik wehh...

oxalate77 Publish time 29-9-2015 12:55 AM

hahahahhahah

bobo_haha Publish time 9-10-2015 11:24 PM


kucing bobo disunatkan umur 6 bulan... sampai skang ni pun (umur dah lebih setahun), kalau dia jumpa kucing tak kenal, memang dia ajak gaduh... pernah sampai calar balar...
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xat1/v/t1.0-9/12108954_10152980440161571_3107674928274143950_n.jpg?oh=0ab1dee3822b41f080dc3faf645f6ec7&oe=568658A0

ni baru balik tadi....

nsmj Publish time 27-10-2015 04:09 PM

Uolls. Kucing yang kuat bergaduh lepas neuter jadi baik tak? Rumah i ada tiga ekor kucing. Dua jantan satu betina. Kes berebut kot ni. Kisahnye i nak neuter dua ekor jantan tu. Penat dah asing dorang ni. Tak boleh dekat lansung dah. Pantang jumpa mesti gaduh punya.

pearl.silver Publish time 10-8-2016 05:40 PM

klu kucing kuat mancut ni...berapa lama pas neuter dia nk hilang perangai tu..umo dah setahun setengah...
tuan die dah bengang umh bau hancing..nk buang die nih...
sian klu buang sbb bdk ni x reti independent :L

leotazz818 Publish time 11-8-2016 10:45 AM

nsmj replied at 27-10-2015 04:09 PM
Uolls. Kucing yang kuat bergaduh lepas neuter jadi baik tak? Rumah i ada tiga ekor kucing. Dua janta ...

tak gerenti pun jd baik...kalau dah mmg samseng kg dusun.. tak denye baik sgt...;P
tinggal tak de nafsu je la..itu mmg gerenti punyee :P

leotazz818 Publish time 11-8-2016 10:47 AM

pearl.silver replied at 10-8-2016 05:40 PM
klu kucing kuat mancut ni...berapa lama pas neuter dia nk hilang perangai tu..umo dah setahun seteng ...

dah lambat neuter tu..patut bila kucing dah masuk 5 bln terus neuter... kucing pun sihat, susah dpt sakit...
lama mana dia tak buat perangai pancut bergantung kpd kucing tersebut... harap cepat2 hilang hormon biang dia tu..
Pages: [1] 2
View full version: Perangai Kucing jantan selepas Kembiri


ADVERTISEMENT