Truth.8 Publish time 17-10-2013 03:16 PM

Jatuh hati dengan si DIA

smlm aku melihat video ini....aku dah mula suka sangat dengan DIA...

cuba lihat...begitumulia dan agong ciptaan nya...unik betul...patuhlah burung ini di panggil "the birds of paradise'...tontonsehingga habis...

YTR21os8gTA

Last edited by Truth.8 on 17-10-2013 03:21 PM

zamkumis Publish time 17-10-2013 03:50 PM

Tapi dalam agama kau tak ada sebut surga, yang ada hanya neraka. Macammana tu truth.

Truth.8 Publish time 17-10-2013 04:48 PM

zamkumis posted on 17-10-2013 03:50 PM static/image/common/back.gif
Tapi dalam agama kau tak ada sebut surga, yang ada hanya neraka. Macammana tu truth.

zakumis aka kuman....kalau kita asyik nak fikir syurga ada ini dan itu...maka 'faith' kita bukan iklas....

zamkumis Publish time 17-10-2013 05:17 PM

Truth.8 posted on 17-10-2013 04:48 PM static/image/common/back.gif
zakumis aka kuman....kalau kita asyik nak fikir syurga ada ini dan itu...maka 'faith' kita bukan i ...
Walaupun kau dah hidup lama, kau perasan tak bahawa dalam alam haiwan, si jantan sahaja yang cantik dan ngggun. Tapi dalam alam manusia, si perempuan yang memiliki kecantikan dan anggun. Apakah maksudnya itu... tiap-tiap apa yang tuhan ciptakan ada maksudnya, supaya manusia memikirkannya.

Truth.8 Publish time 17-10-2013 07:14 PM

zamkumis posted on 17-10-2013 05:17 PM static/image/common/back.gif
Walaupun kau dah hidup lama, kau perasan tak bahawa dalam alam haiwan, si jantan sahaja yang canti ...
Walaupun kau dah hidup lama, kau perasan tak bahawa dalam alam haiwan, si jantan sahaja yang cantik dan ngggun. Tapi dalam alam manusia, si perempuan yang memiliki kecantikan dan anggun. Apakah maksudnya itu... tiap-tiap apa yang tuhan ciptakan ada maksudnya, supaya manusia memikirkannya.
semua ada maksud tersendiri...bila hati kita bersih...dah mula rapat dengan DIA maka kita mulai paham maksudnya yg tersirat itu...tapi utk memahami itu, bukan mudah....kita kena bersihkan diri kita dulu....dan sentiasa ingatkan DIA.....

Last edited by Truth.8 on 17-10-2013 07:24 PM

zamkumis Publish time 17-10-2013 08:40 PM

Truth.8 posted on 17-10-2013 07:14 PM static/image/common/back.gif
semua ada maksud tersendiri...bila hati kita bersih...dah mula rapat dengan DIA maka kita mulai...

Satu lagi. Oleh kerana avatar kau bulat. Cuba kau fikirkan kenapa bumi ini bulat dan semua planet lain pun semuanya bulat. Apakah mesej yang mahu disampaikan..
Kalau boleh jawab aku bagi kau satu yang berharga... :loveliness:

Truth.8 Publish time 17-10-2013 10:43 PM

zamkumis posted on 17-10-2013 08:40 PM static/image/common/back.gif
Satu lagi. Oleh kerana avatar kau bulat. Cuba kau fikirkan kenapa bumi ini bulat dan semua planet...
senang aja...maksud yg tersirat adalah semua yg bulat itu termasuk planet2 lain....hanyaDIA di sembah ...bukan ular, monyet , lembu atau batu.. sebab itu semuanyabulat ...sama dan satu...mcmDIA sama dan satu...

betul tak?? mana hadiah??:loveliness: tak sabar nak tunggu"satu yang berharga":P ...saya tak nak GPS tracker ok..dlm kereta saya sudah adaGPS tracker
Last edited by Truth.8 on 17-10-2013 11:37 PM

ct_og Publish time 17-10-2013 11:34 PM

"Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan sesuatu yang lain dengan tuhan mereka. Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal kematian kamu dan satu ajal lagi yang tertentu di sisi Nya iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat. Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang hari pembalasan. Dan Dia lah Allah yang disembah dan diakui kekuasaanNya di langit dan di bumi. Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan." (Al-An'am : 1-3)

zamkumis Publish time 18-10-2013 09:01 AM

Truth.8 posted on 17-10-2013 10:43 PM static/image/common/back.gif
senang aja...maksud yg tersirat adalah semua yg bulat itu termasuk planet2 lain....hanyaDIA di s ...
Hehe, jawapan yang betul ialah, hanya satu jenis ciptaan sahaja, iaitu bulat. Ini menunjukkan hanya ada satu tuhan sahaja yang menciptanya. Kalau ada 3 tentulah ada 2 bentuk lain lagi. Masing-masing tuhan tentulah mahukan identiti ciptaannya sendiri.

Contohlah, kereta mercedes, walau apa jenis samada bas, lori, kereta, van semuanya memiliki identiti tersendiri yang menunjukkan ia kereta mercedes. Walaupun tulisan mercedec tak ada kat kereta tu, tapi dari design dia kita boleh tau ini mercedes. Kalau Volvo pun macam tu, lebih kepada macam kotak. Samada lori, bas, kereta, van dan apa sahaja..semuanya memiliki identiti yang sama.

Sekarang kau lihatlah bintang yang tak terkira banyaknya, semuanya bulat2. Menunjukkan hanya ada satu tuhan sahaja. Amacam. :drool3:

Nampaknya jawapan aku lebih betul, jadi kau kene bagi aku hadiah. Kalau boleh aku nak {:1_222:}



Last edited by zamkumis on 18-10-2013 09:06 AM

zamkumis Publish time 18-10-2013 09:24 AM

Truth.8 posted on 17-10-2013 10:43 PM static/image/common/back.gif
senang aja...maksud yg tersirat adalah semua yg bulat itu termasuk planet2 lain....hanyaDIA di s ...

Satu lagi teka teki, soalan mudah sahaja tapi hadiahnya ialah ilmu boleh memahami bahasa burung-burung. Kalau dalam video tu burung berbunyi kau boleh faham apa yang dicakap oleh burung tu.

Soalan, kenapa setiap ciptaan tuhan ada pasangannya, seperti malam pasangannya siang, pagi --petang, jantan -- betina, lelaki -- perempuan, langit -- bumi, tinggi--rendah, panjang-pendek. Hanya ada satu sahaja yang tidak mempunyai pasangan , apa dia?

Truth.8 Publish time 18-10-2013 09:29 AM

zamkumis posted on 18-10-2013 09:01 AM static/image/common/back.gif
Hehe, jawapan yang betul ialah, hanya satu jenis ciptaan sahaja, iaitu bulat. Ini menunjukkan hany ...

kamu ini ....kan saya dah jawab...semua itu bulat itu satu aja...



Truth.8 Publish time 18-10-2013 09:32 AM

zamkumis posted on 18-10-2013 09:24 AM static/image/common/back.gif
Satu lagi teka teki, soalan mudah sahaja tapi hadiahnya ialah ilmu boleh memahami bahasa burung-bu ...

sebelum saya jawap soalan itu...biar saya pula tanya soalan:

1) Kenapa nabi2 sebelum Muhamamd boleh melihat DIA dalam mimpi , bual2 dan ada satu insident di mana Nabi Jacob gusti dengan DIA .

2)Kenapa muslims kurang percaya manusia boleh melihat DIA atau boleh bual2 dgnDIA?

ada hadiah misteri kalau jawapan betul...:)



zamkumis Publish time 18-10-2013 09:44 AM

Truth.8 posted on 18-10-2013 09:32 AM static/image/common/back.gif
sebelum saya jawap soalan itu...biar saya pula tanya soalan:

1) Kenapa nabi2 sebelum Muhamamd b ...

1) Kenapa nabi2 sebelum Muhamamd boleh melihat DIA dalam mimpi , bual2 dan ada satu insident di mana Nabi Jacob gusti dengan DIA .

2)Kenapa muslims kurang percaya manusia boleh melihat DIA atau boleh bual2 dgnDIA?
Japwapan no 1. Tidak ada bukti yang sah menyatakan ada nabi pernah lihat tuhan, walaupun dalam mimpi. Apa lagi bergusti.
Jawapan no 2. Apa yang aku faham, dunia adalah kegelapan, akhirat itu cahaya. Jika seorang bidadari surga berludah ke laut dunia nescaya air laut akan bertukar jadi manis, jika bidadari masukkan satu jarinya ke dunia ini, maka hilanglah cahaya matahari kerana terangnya cahaya bidadari itu. Sama seperti lampu picit yang terang malam hari, tapi bila siang cahayanya tak membantu. Itu baru bidadari, kalau tuhan tentulah akan hangus dunia ini, sebab tuhan itu pencipta segala cahaya. Jadi walaupun dalam mimpi, tetap manusia tidak mampu melihat tuhan, jika melihat akan terus hangus dan mati.

Truth.8 Publish time 18-10-2013 09:54 AM

zamkumis posted on 18-10-2013 09:44 AM static/image/common/back.gif
Japwapan no 1. Tidak ada bukti yang sah menyatakan ada nabi pernah lihat tuhan, walaupun dalam m ...

jadi, muslims tidak dapat lihat DIA atau bual2 dgn DIA semasahidup di duniaini??

zamkumis Publish time 18-10-2013 10:23 AM

Truth.8 posted on 18-10-2013 09:54 AM static/image/common/back.gif
jadi, muslims tidak dapat lihat DIA atau bual2 dgn DIA semasahidup di duniaini??

Ya, tak dapat lihat walaupun dalam mimpi. Tapi, boleh komuniksi dengan dia melalui doa, kemudian dia beri jawapan melalui isyarat/mulut orang yang sedang berdakwah.Iaitu kalau kita ada persoalan, kemudian kita pergi ke kuliah, apa yang tersirat dalam hati kita akan disebut oleh orang tersebut secara tidak sengaja, sebab orang tersebut tiba-tiba diberi ilham untuk cakap macam itu. Sebagai jawapan dari persoalan kita. Dan macam-macam cara lagi, contohnya kalau kita ada satu persoalan, kemudian kita buka Quran atau Hadist, biasanya muka surat yang kita buka itu ada jawapan persoalan kita. Dan macam-macam cara lagi....

Tuhan juga berkomunikasi dengan kita, bila dia nak bagi kebaikan kepada kita, dia akan uji kita. Disebalik ujian itu adalah pemberiannya. Kalau tak sabar pemberian itu akan ditarik balik atau lenyap.

Truth.8 Publish time 18-10-2013 11:21 AM

zamkumis posted on 18-10-2013 10:23 AM static/image/common/back.gif
Ya, tak dapat lihat walaupun dalam mimpi. Tapi, boleh komuniksi dengan dia melalui doa, kemudian d ...

itu lah beza agama kamu dengan kepercayaansaya....

saya ..bila sudah begitu akrab dengan DIA mula paham kewujudan dunia dan segala ciptaan nya...
sebab itu kita ini sebagai children of GODbukan hamba...

sebagai children of GOD kita boleh melihat dan boleh komunikasi dengan DIA...




zamkumis Publish time 18-10-2013 12:40 PM

Truth.8 posted on 18-10-2013 11:21 AM static/image/common/back.gif
itu lah beza agama kamu dengan kepercayaansaya....

saya ..bila sudah begitu akrab dengan DIA...

Oklah tu,
Kamu tidak menyembah tuhan kami
Kami tidak menyembah tuhan kamu
Bagi kamu agama kamu
Bagi kami agama kami.

Cuma aku nak tanya satu, kau tak nak kahwin ka... punya banyak wanita dalam dunia ini.
Selalu kau ke bukit bintang tu cari apa?



Truth.8 Publish time 18-10-2013 02:19 PM

zamkumis posted on 18-10-2013 12:40 PM static/image/common/back.gif
Oklah tu,
Kamu tidak menyembah tuhan kami
Kami tidak menyembah tuhan kamu


Oklah tu,
Kamu tidak menyembah tuhan kami
Kami tidak menyembah tuhan kamu
Bagi kamu agama kamu
Bagi kami agama kami.

Cuma aku nak tanya satu, kau tak nak kahwin ka... punya banyak wanita dalam dunia ini.
Selalu kau ke bukit bintang tu cari apa? ada ramai pendita , priest dan lain tak kahwin kerana menyerah padakerohanian....kalau orang tak kahwin salah ke??

aku pergi mana2 bukan sahaja bukit bintang...

ct_og Publish time 18-10-2013 02:20 PM

Nabi Musa as yang menjadi Pesuruh Allah yang begitu dekat dengan Allah pun tak dapat tengok Allah inikan kita manusia dizaman ini... fizikal kita terlalu lemah untuk menatap Allah yang Maha Hebat sehingga gunung yang kuat pun luruh bila Allah buka sedikit untuk dilihatnya.

Berkata Allah akan hal ini :

"Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu”, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)" (Al-A'raf : 143)

Truth.8 Publish time 18-10-2013 03:13 PM

ct_og posted on 18-10-2013 02:20 PM static/image/common/back.gif
Nabi Musa as yang menjadi Pesuruh Allah yang begitu dekat dengan Allah pun tak dapat tengok Allah in ...

Nabi Musa as yang menjadi Pesuruh Allah yang begitu dekat dengan Allah pun tak dapat tengok Allah inikan kita manusia dizaman ini... fizikal kita terlalu lemah untuk menatap Allah yang Maha Hebat sehingga gunung yang kuat pun luruh bila Allah buka sedikit untuk dilihatnya.Nabi Musa dengar suara DIA.....
DIA tidak boleh di tengok dengan wajah yg benar cuma DIA akan dtg dengan wajah lain.
sekiranya manusia dpt tengok wajah DIA sebenar...maka kita akan mati

Pages: [1] 2
View full version: Jatuh hati dengan si DIA


ADVERTISEMENT