isseliparjepun Publish time 10-10-2013 02:23 PM

Alamat kematian

Assalammualaikum. Aku sekadar nak kongsi pengalaman masa kecik aku. Cenggini, seingat aku umur aku 7 ke 8 tahun, aku terdengar orang baca Al Quran kat tepi telinga aku. Macam mana aku tau tu ayat AlQuran? Sebab aku dah start mengaji dah waktu tu. Lagipun, aku selalu dengar kat radio.

Aku ingat lagi time tu, waktu pas zohor, aku tertido. Then sayup-sayup dalam tido, aku dengar orang mengaji. Aku ingatkan aku mimpi. Bila dah celik, aku masih dengar suara tu. Suara tu betul-betul dekat tepi telinga aku. Aku rasa macam terganggu punada. Aku bangun, keluar bilik, aku tengok rumah sunyi sepi. Takde mak aku bukak tv ke radio ke. Aku pun masuk bilik, naik atas katil, tido balik. Start aku nak tutup mata, aku dengar lagi orang baca Quran. Aku tepis-tepis la sore tu kat telinga aku, still dengar lagi. Then sore tu hilang sendiri.

Mula-mula aku tak pasti apa effect dia kat diri aku. Sehinggalah sekitar tahun 2002, seorang jiran yang sangat rapat dengan keluarga aku, kitorang adik beradik panggil Siwo (panggilan orang Jawa untuk nenek) meninggal dunia. Siwo ni kitorang anggap macam nenek kitorang. Hubungan memang baik, dia anggap aku adik beradik macam cucu dia sendiri. Sebelum arwah meninggal, aku rasa lain sangat. Badan rasa panas, tiap-tiap malam aku menangis sebab aku rasa macam aku nak mati dah. Tiga empat hari lepas tu, Siwo meninggal dunia sebab uzur, sakit tua.

Tahun 2004, aku dah masuk sekolah Teknik. Sekali lagi aku rasa benda yang sama. Aku menangis 3 4 malam, rasa macam dah tak lama dah hidup aku kat dunia ni. Banyak sangat dosa yang dah aku lakukan. Asal solat jek aku menangis-nangis mintak ampun. Waktu tu rajin jugaklah aku mengaji Quran lepas Asar sebab rasa hidup kat dunia dah tak lama. Bila aku balik kampung hujung minggu tu, mak aku bitau aku yang anak sedara dia, merangkap sepupu aku, meninggal dunia sebab kanser usus.

Tahun 2008, aku dah masuk uni. Sekali lagi aku rasa benda yang sama. Dan perkara yang sama berlaku kepada aku iaitu aku menangis, rasa sayu je dalam hati ni. Kali ni aku agak berani relate dengan peristiwa yang jadik sebelum ni, mesti something happen. Sebelum ni memang aku anggap kebetulan. Tapi dalam pada tu, aku tetap tak menolak kemungkinan yang akan berlaku. Aku cuma taktau sapa jek sebab hidup mati di tangan Allah, cuma aku sangat takut kalau-kalau orang tu ialah ibu..ayah..adik beradik..Nauzubillah. Masa tu lagi la aku menangis hebat. Sebab dah dua kali jadik, kali ketiga ni aku takut. Sampaikan aku sanggup fikir, rela aku yang 'pergi' dulu. Akhirnya, masa tu cuti sem. Aku sempat ambik lesen keter dan hari tu ialah hari aku dapat lesen 'p'. Siang tu dalam pukul 11 pagi, mak dapat panggilan, Atuk aku meninggal dunia.

Tahun lepas (2012), aku tetap alami benda yang sama. Sekali pada pertengahan tahun, sekali lagi waktu hujung tahun. Aku tetap tak berani nak cakap bahawa akan ada orang yang dijemput, sebab macam yang aku cakap tadi, hidup mati di tangan Allah. Bila-bila masa je nyawa kita boleh diambil. Cuma aku sedar, bapa saudaraku seorang menghidap kanser usus, seorang lagi menghidap penyakit buah pinggang. Masa awal tahun yang aku rasa tu, pakcik aku yang kanser usus tu meninggal dunia. Dan yang akhir tahun tu, pakcik aku yang menghidap buah pinggang tu.

Aku taktaulah pengalaman aku ni sesuai ke tak share kat sini. Cuma aku nak kongsi jek. Mungkin ada antara forumer pun ada yang alami menda camni. Bole share-share.



alaa Publish time 10-10-2013 04:08 PM

aku tak pernah la rasa sayu2 camtu. tapi rasa tak sedap hati yang teramat sangat, sampai rasa macam berdebar2 2-3 hari..

mase arwah nenek belah ayah nak meninggal, aku rasa tak sedap hati gitu la.. pastu 2-3 hari lepas tu, pagi2 buta dapat call dari ayah, bagitau nenek dah meninggal.

mase arwah atok belah mak meninggal, mata kiri aku berkelip2 non stop for nearly 2 weeks. serius ni tak tipu sebab mase tu risau gak la kan.. kan orang selalu cakap kalau mata kiri kelip2, ada mende tak elok nak jadik.. Wallahualam.. pastu, tak lama, atok meninggal..

masa arwah abang lak nak meninggal, (arwah kancer pankreas), aku dah start tak sedap hati dalam seminggu sebelum dia pergi...

ape pun, Al-fatihah untuk mereka yang dah pergi dulu tinggalkan kite... semoga roh mereka diberkati-Nya sentiasa.. insyaALLAH....

aerolz Publish time 10-10-2013 05:36 PM

Aku dulu time atok2 and nenek2 aku nak meninggal, petanda aku satu je. Aku akan mengantuk yang amat sangat sampai tak leh nak bukak mata..

Then bile abang aku meninggal.. Sebulan sebelum dia meninggal, aku dah boleh agak, abang aku xlama lagi nak pegi. Aku sedar dengan perangai dia yang buang tebiat. Tapi yang ni, aku yang asyik cakap nak mati nak mati nak mati.. Tapi sebenarnya orang yang paling rapat dengan aku dalam dunia ni yang nak pegi. Sayu je hati. Sedih..

bellawonka Publish time 10-10-2013 05:48 PM

Ape yg ko rase tu pattern dia same je kan. Ade org setiap alamat tu dia rasa lain2.
Pengalaman aku plak..(serah pd allah, kebetulan mungkin) beberapa hari pakcik aku meninggal, aku tengah bsembang dgn kak kiah kat luar rumah dan aku dengar beduk berbunyi 2 kali lbih kurg petang.
Lepas tu tnya abah..ada org meninggal ke sbb mmg rumah dekat dgn surau so apa2 news bapak aku mesti tau. Dia ckp xda pun. Nak kata sbb masuk waktu, surau tu akan azan.
Aku dgn kak kiah diam je la.
Cerita kakak aku plak, dia asik bau kapur barus je. Bila dh bau xsedap hati la kn.
So..esok@lusa(xingat), kami dpt berita pakcik dh meninggal. Allahuakbar.
Ntah la..benda mcm ni kalau dpt rasa ianya mcm anugerah tuhan nak bagi. Xtahula apa hikmah dsebalik alamat tu.
Wallahualam.

ummukender Publish time 11-10-2013 01:53 AM

aku sekarang ni dah 2 minggu lebih mata kiri gedik2... pastu minpi semua gigi patah... lain2 mimpi pun pelik2.. x tau kenapa.. bila baca alamat korang jd takut la plk..

atiash3 Publish time 11-10-2013 09:48 AM

saya lak kalo bau kapur barus, mula xsedap hati.sbb bau ni akan datang xkira masa.kkdg tgh lipat kain pun ttiba ada jer bau kapur barus.

seroja11 Publish time 11-10-2013 04:33 PM

aku tak der plak pengalaman mcm ni....cuma pernah lah tengok kawan baik aku 3, 4 hari sebelum meninggal buang tebiat..tak pernah2 dtg umah aku tiba2 datang siap masuk dlm rumah pakai kasut sukan....masa tu aku tgah masak kat dapur.. dia kata nak rasa aku masak ..aku kata belum siap tunggu lah...terus dia balik...tup2 dengar dia eksiden lango lori.....:(

izzarishaiqal Publish time 17-10-2013 02:05 PM

Pengalaman aku 2 minggu sblm abg aku meninggal kat kawasan rumah ada bau kemenyan n kapur barus.2x khamis mlm jumaat lps azan mgrib bau tu ada.aku dgn my mom yg prasan adk bradik lain suma ckp xde bau.pastu peragai arwah abg berubah sgt2.dia kurg nk bcakap suke trmenung.paling ketara meow2 kat rumah sume xnk dekat dgn dia.bila nmpk abg aku meow2 lari cam tkut something.

Satu mlm tu dia bagi mak aku geran motor.rupanya dia da byr hbs hutang motor tu n dia ckp apa2 hal nanti senang.pg dia xcident tu sempat lagi dia basuh baju n sidai pdahal dia da lmbt g keje.aku rasa dia da tau ajal da smpi tu dia xnak susahkan kteorg. Last edited by izzarishaiqal on 17-10-2013 02:15 PM

thoyol Publish time 17-10-2013 07:09 PM

pengalaman aku plak bila pakcik aku meninggal tahun 2001.

Masa tu aku tgh kat matrik dan dalam minggu orientasi. Masa orientasi tue aku terlalu berat nak ikut semua aktiviti dan dalam kepala otak cuma rasa nak ponteng jer. Aku duk berpikir 1,001 alasan nak ponteng dan alasan yang paling aku nak pakai ialah "pakcik saya meninggal". Asal nak pikir alasan lain jer, otak aku tetap revert balik pada "pakcik saya meninggal".

Aku dah berpikir 2,3 hari dan pada hari yang aku nak ponteng tu, aku dah ready nak menipu senior utk aku balik rumah waktu berbaris kat padang. Belum sempat aku cakap apa, tetiba keluar announcement panggil aku ke depan. Warden yang bertugas bgtau yang family aku call, bgtau pakcik aku meninggal dan akan datang amik aku dalam 1 jam lagi.

Aku terus terkedu sebab aku tak jangka bakal penipuan aku jadi realiti.

Sigh..

eyansss Publish time 17-10-2013 09:34 PM

aku akan mimpi gigi patah sehari dua sblom terima berita kematian...last sekali aku mimpi, bapak mertua aku meninggal dua hari selepas tu...

:(

Syumaimah Publish time 24-10-2013 06:35 PM

Lebih kurang mcm aku gak la... klu akan ada kematiaorg dekat aku and aku rasa mcm ko rasa... mmg takut kan.... bila rasa gitu aku doa biar aku n org org yg aku sayang panjang umur cuna masa ayah aku nak meninggal je aku x rasa pape...

supernaturalee Publish time 11-12-2019 10:02 PM

Alhamdulillah xpnh alami tanda2 mcm ni

Tp pnh lawat ofismate yg sakit teruk
Tp ms dtg tu rancak je die bercerita akn keadaan diri die
Nk plk mmg dh lm xjumpa die
During sembang2 tu mmg nmpk tanda2 spt yg kita pnh bc atau dgr ceramah ustaz ttg tanda2 kematian pd seseorg
Which is yg ketara ms die duk berckp die bnyk tgk ke ats seolah2 ada seseorg kt syiling rmh
Unsual for normal healthy person

Selang seminggu ke 2 mcm tu die pergi
Same day dgn kehilangan mh370



sarah82 Publish time 11-12-2019 10:34 PM

Bau kemenyan.. Tu ja.

isseliparjepun Publish time 11-12-2019 10:48 PM

sarah82 replied at 11-12-2019 10:34 PM
Bau kemenyan.. Tu ja.

Ape yang bau kemenyan tu sarah? Ko kalau ade someone terdekat nak pergi ko akan terbau kemenyan ke?

isseliparjepun Publish time 11-12-2019 10:50 PM

supernaturalee replied at 11-12-2019 10:02 PM
Alhamdulillah xpnh alami tanda2 mcm ni

Tp pnh lawat ofismate yg sakit teruk


Kan..kadang2 kita rasa something tu. Cuma nak cakap kat orang, nanti orang cakap kita doa yang tak baik pulak.

Aku gini le. Tapi lama dah tak rasa macam tu. Kalau mula rasa sayu semacam je..aku akan jadi moody jugak.

sarah82 Publish time 11-12-2019 10:54 PM

isseliparjepun replied at 11-12-2019 10:48 PM
Ape yang bau kemenyan tu sarah? Ko kalau ade someone terdekat nak pergi ko akan terbau kemenyan ke ...

Masa arwah tok aku dulu.. Aku mimpi lantai rumah ditukar ke papan... Arwah tok aku sengih bgtau masa dia dah tiba.. 2 bulan lps tu arwah meninggal..

Bila aku selalu lepak hospital sbb kerja ambik upah jaga pesakit.. Aku selalu bau kemenyan dgn org yg dah dekat2...biasanya..bila aku bau tu.. Tak lama.. Dengar la dah meninggal. Kadang2 aku bau darah kat tempat yg pernah berlaku benda x elok.. Pening..

Aku ni sensitif pada keadaan sekeliling dan org sekeliling..

annehuda Publish time 20-12-2019 09:44 AM

aku since last year dpt pindah balik kg, so aku pun dah dekat la ngan nenek n pakcik aku. nenek aku meninggal thn lps, dan baru2 ni pakcik aku plak meninggal.

pakcik aku ninggal hari jumaat, hari rabu n khamis aku outstation. hari khamis tu aku smpi rumah lewat la jugak, dlm pkl 9 gitu.mlm tu aku mandi ape suma terus aku tido. tp dlm pkl 2 ke 3 pagi aku terbangun. rs mcm tak sedap hati. and kinda weird sbb aku outstation tu aku drive sendiri so why aku tak rasa penat pun. dlm pkl 4 gakla aku tido balik

tup tup pkl 5 aku dikejutkan ngan kematian pakcik aku, secara tiba-tiba. pakcik aku meninggal dlm tido. makcik aku aka bini kpd pakcik aku citer, around pkl 1 ke, pakcik aku terbangun, pakcik aku tido atas katil, makcik aku kt bawah. pakcik aku tunjuk sebelah makcik aku tu, eh tu anne ke tu yg tido kt sebelah tu? makcik aku dh seriau dah makcik aku pun cakapla eh anne kan pegi ipoh hari ni.tak tau la amende yg arwah pakcik aku tu nampak, mungkin malaikat la kot.

apepun byk gak kenangan ngan pakcik aku ni. tak sangka plak aku diberi kesempatan ni sempat gakla nk jaga arwah bawak arwah pegi klinik di saat saat akhir ni

isseliparjepun Publish time 20-12-2019 08:10 PM

annehuda replied at 20-12-2019 09:44 AM
aku since last year dpt pindah balik kg, so aku pun dah dekat la ngan nenek n pakcik aku. nenek aku...

Mungkin sis rapat dengan arwah kan? Sampai arwah rindu and teringat ingat, mana tahu Tuhan makbulkan permintaan arwah nak jumpa sis for the last time. Who knows right? But i am so sorry to hear your lost. Kalau orang yang kita sayang ni..sakit menanggung rindu pada yang tiada tu.

Masa aku kehilangan arwah atuk yang paling rapat dengan aku, aku tak dapat apa apa petanda pun. Tak seperti kejadian kejadian sebelum ni yang aku dapat rasa sebelum mereka pergi.

nishikido Publish time 12-1-2020 09:47 AM

Edited by nishikido at 12-1-2020 09:49 AM

Topik dah lama..tapi saja nak berkongsi pengalaman.beberapa hari sebelum arwah suami meninggal saya selalu terdengar bunyi orang berbual di dalam rumah kami tapi saya tak dapat tangkap butir bicaranya..dan kurang seminggu arwah pergi saya selalu ternampak kelibat dan terasa diperhati.tapi bila ternampak saya jadi bingung dan tak terlalu ambil pusing.bila arwah pergi baru saya terfikir mungkin itulah kelibat malaikat maut yang sedang mengintai hamba2 Allah yang bakal dijemputnya..

Selain itu, perangai arwah yang berbeza bila selalu termenung dan tak banyak cakap.pandangan mata juga redup dan tak bermaya..ketawa dan bergurau juga berkurang dan selera makan tak menentu.kadang tak berselera tapi teringin nak makan itu ini tapi bila dah beli jamah pon tidak..dan yang paling tak boleh lupa,waktu2 terakhir arwah jadi sangat lemah lembut dan banyak memandang muka kita dengan pandangan yang sayu dan dalam.mungkin petanda dia akan pergi meninggalkan kita buat selamanya.arwah pergi mengejut jadi tanda2 ni hanya jelas bila dia sudah tiada..dan bapak mertua pernah bermimpi arwah bapanya datang membawa arwah lengkap dengan pakaian kafan.mungkin semua ini hanya kebetulan.Allah sahaja yang maha mengetahui segala yang terjadi...

puccafan Publish time 12-1-2020 01:42 PM

Penah time jaga arwah mak kt sepital, tengok makcik katil depan tu dada turun naik. Pastu idong leper. Memang orang Melayu idong kemek, tp idong makcik ni flat terus.
Nampak tu time pagi, petang tu dah meninggal.
Betul la petua orang2 tua yg kata bila nak meninggal, nanti anggota badan dalam keadaan jatuh
Pages: [1] 2
View full version: Alamat kematian


ADVERTISEMENT