bobkee Publish time 30-9-2013 10:48 AM

Inspirasi Harian

29 Sept 2013



Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu. - Amsal 3:5-6
Last edited by bobkee on 30-9-2013 10:48 AM

bobkee Publish time 30-9-2013 10:50 AM

30 September 2013



Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami,
siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?
Tetapi Engkau mengampuni kami,
supaya kami hormat dan taat kepada-Mu. - Mazmur 130:3-4

bobkee Publish time 1-10-2013 10:00 AM

1 Oktober 2013



Perkara yang lebih penting daripada hidup yang panjang
Adalah tempat anda di alam kekal nanti;
Jika anda telah menaruh iman kepada Kristus,
Maka anda akan melihat kemuliaan syurga. — Sper

tuakang Publish time 1-10-2013 01:19 PM

bobkee posted on 1-10-2013 10:00 AM static/image/common/back.gif
1 Oktober 2013

wish u have a nice day ..

bobkee Publish time 2-10-2013 11:08 AM

tuakang posted on 1-10-2013 01:19 PM static/image/common/back.gif
wish u have a nice day ..

Thank you. Hope you have a great day too.

God bless.

bobkee Publish time 2-10-2013 11:09 AM

2 Oktober 2013



Jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi. —Matius 6:34

tuakang Publish time 2-10-2013 02:09 PM

bobkee posted on 2-10-2013 11:08 AM static/image/common/back.gif
Thank you. Hope you have a great day too.

God bless.

wish u have a good day ..

tuakang Publish time 3-10-2013 10:51 AM

bobkee posted on 2-10-2013 11:09 AM static/image/common/back.gif
2 Oktober 2013

hari ini tak datang dah ?

bobkee Publish time 3-10-2013 04:33 PM

3 Oktober 2013



"Ya TUHAN, aku tidak tinggi hati,
aku tidak sombong.
Aku tidak mengejar hal-hal yang terlalu besar,
atau yang terlalu dalam bagiku.
Sebaliknya, aku puas hati dan tenteram.
Seperti anak yang tenang di pangkuan ibunya,
demikianlah juga hatiku berasa tenang.
Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN,
sekarang sampai selama-lamanya!" - Mazmur 131
@tuakang ... maaf atas kelambatan post hari ini. agak sibuk di tempat kerja pagi tadi.

tuakang Publish time 4-10-2013 09:46 AM

bobkee posted on 3-10-2013 04:33 PM static/image/common/back.gif
3 Oktober 2013




i saje datang kacau u jer ... :loveliness:

bobkee Publish time 4-10-2013 01:29 PM

4 Oktober 2013



Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka. - Amsal 10:19
Hari ini juga merupakan Hari Pengasas ke-130 gerakan Briged Putera sedunia bersamaan dengan ulangtahun ke-67 gerakan Briged Putera Malaysia.

Briged Putera diasaskan pada 4 Oktober 1883 di Glasgow, Scotland dengan tujuan untuk memperkenalkan Kerajaan Allah dikalangan belia, serta memupuk sifat-sifat saling menghargai, disiplin, rasa hormat dan kepercayaan diri, serta segala tingkah laku yang menuju kepada kehidupan Kristian yang sejati.

Prinsip-prinsip yang menjadi pegangan gerakan Briged Putera berdasarkan ayat-ayat Alkitab dibawah:

Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda - Pengkhutbah 12:1Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga. - Ibrani 6:19

bobkee Publish time 5-10-2013 10:25 AM

5 Oktober 2013



Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas. - Mazmur 39:6Hidup Kita terlalu Singkat
Baca: Mazmur 39:4-8

Masa ialah seperti tenaga di dalam bateri – kita tidak tahu berapa banyak tenaga yang ada sehinggalah sesuatu alat seperti jam dinding yang menggunakan bateri berhenti berfungsi. Apabila itu berlaku, barulah kita tahu bahawa tenaga di dalam bateri sudah habis (Itu yang berlaku kepada jam dinding di pejabat saya minggu lepas). Masa, bukan seperti bateri, tidak boleh dibeli atau ditukar atau dipinjam dari orang lain. Sebab itulah masa sangat berharga dan kita (walaupun kita tahu akan kenyataan ini) kadang-kadang tidak menghargai hidup yang kita ada seolah-olah ia adalah sesuatu yang tidak membawa maksud apa-apa.

Kamu mungkin merasakan bahawa kamu telah mensia-siakan masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau yang tidak ada tujuan. Dan pada masa yang sama, kamu juga sedar sejak dulu lagi bahawa kamu patut menggunakan masa yang ada untuk melakukan sesuatu perkara yang mempunyai harapan, tujuan dan matlamat yang boleh membawa impak yang besar dalam hidup kamu. Mungkin, pada ketika ini, kamu tidak pasti bagaimana untuk hidup seperti itu.

Firman TUHAN sangat jelas tentang ini: Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini – sepanjang hidup yang Tuhan telah berikan kepada kita – akan memberi kesan dan impak kepada kehidupan kita di akhirat kelak. Mungkin ada diantara kita mempunyai pemikiran seperti ini: ‘Terlalu banyak yang perlu dilakukan, tetapi masa terlalu sedikit’. Ingatlah bahawa Tuhan tidak meminta kita melakukan semua perkara di dunia ini tetapi hanya perkara “yang dikehendaki Tuhan bagi kamu” (Efesus 5:17).

Apa yang Tuhan hendak kamu lakukan di dunia ini? Saya tidak tahu... kamu sendiri perlu bertanya kepada-Nya. Apa yang saya tahu ialah: setiap perkara yang Tuhan ingin kamu lakukan di dunia ini, Dia akan menyediakan masa yang secukupnya untuk kamu melakukannya! Semakin kita berusaha untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan dalam hidup kita melalui doa dan Firman-Nya, semakin bermakna hidup yang kita ada di dunia ini. Kita akan ada tujuan dan matlamat dalam hidup yang boleh membawa impak kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain. Biarlah Allah Bapa dipermuliakan di dalam hidup kita, demi nama Yesus Kritus Tuhan kita. Amen.

Roh Kudus, ajar kami untuk tidak mensia-siakan hidup kami “Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami, supaya kami menjadi bijak bestari.” (Mazmur 90:12)

bobkee Publish time 6-10-2013 09:11 AM

6 Oktober 2013



Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. — 1 Korintus 10:13Di tempat Yesus memerintah, tiada ketakutan,
Tiada keraguan mengacau, tiada air mata kekecewaan,
Tiada laut bergelora atau taufan melanda,
Melainkan ketenangan dan ketenteraman. —Anon.

tuakang Publish time 6-10-2013 01:50 PM

bobkee posted on 6-10-2013 09:11 AM static/image/common/back.gif
6 Oktober 2013

have a nice weekend for u ./.

tuakang Publish time 7-10-2013 10:05 AM

bobkee posted on 6-10-2013 09:11 AM static/image/common/back.gif
6 Oktober 2013

morning to u ..

bobkee Publish time 7-10-2013 11:34 AM

tuakang posted on 7-10-2013 10:05 AM static/image/common/back.gif
morning to u ..

Salam suria dan selamat pagi :)

bobkee Publish time 7-10-2013 11:35 AM

7 Oktober 2013



Alkitab memberitahu kita semua yang perlu, agar kita melakukan semua perintah Tuhan.
Pages: [1]
View full version: Inspirasi Harian


ADVERTISEMENT