berun Publish time 27-9-2013 11:22 AM

CUCI KERETA : CAR WASH

CUCI KERETA

http://www.carcarefanatic.com/wp-content/uploads/2013/03/Car-Wash-At-Home.jpg

Pemilik kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

http://2.bp.blogspot.com/_t-rbhAU3uZ8/TL1P7_5Mb6I/AAAAAAAAADc/95-J4f6maWU/s1600/sexy_car_wash_tour-03.jpg


Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian
bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika
kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu
memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian
kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai. Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik,cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah. Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

SEXY car WASH yoa!;P;P

IP2n14K57WI


kivio Publish time 11-10-2013 05:07 PM

jadah bidio betina mana la nih...
perot boncet smacam..

alifdalmim Publish time 11-10-2013 08:23 PM

Apa kelebihan basuh guna Nano Coating..??

musliadiadnan Publish time 12-10-2013 09:44 AM

apa teknik membasuh kereta yg betul? blh huraikan...

Waregem Publish time 12-10-2013 01:23 PM

musliadiadnan posted on 12-10-2013 09:44 AM static/image/common/back.gif
apa teknik membasuh kereta yg betul? blh huraikan...

1. Guna 2 bucket system: iaitu satu bakul ialah car shampoo shj manakala satu lagi bakul "rinse water"
http://www.autogeekonline.net/forum/two-guy-s-garage-videos-tv-commercials/27865-two-guys-garage-video-how-wash-your-car-using-grit-guard-two-bucket-method.html
2. Selalunya basuh pada tempat yg jauhi drpd matahari dan semasa kereta anda tidak panas.
3. Kain yg digunakan perlu microfiber towel. Pilihlah wash mitt yg berkualiti. Kain yg digunakan utk cuci wheels dan rims jangan campur dgn yg digunakkan utk bahagian lain kereta.

Langkah2:
1. Guna air tekanan tinggi utk seluruh kereta
2. Mulai dgn wheels dan rims. Sebiji wheels sekali. Rims bhl dicuci dgn Sonax wheels cleaner
3. Basuh wheels dan rims.
4. Mulai basuh bumbung kereta dan juga tingkap2 kereta. Basuh sekali dah cukup, basuh di tempat secara berulangan akan mencalarkan cat kereta anda.
5. Rinse dgn air bahagian bumbung dan tingkap spy semua bubble sabun kereta hilang. Jangan tunggu sampai basuh seluruh kereta baru rinse sabun kereta krn sabun yg kering akan menyebabkan water spot kat cat kereta.
6. Teruskan ke bonnet, dan bhg2 lain kereta.
7. Guna air tekanan tinggi utk rinse bersih seluruh kereta, termasuklah bhg wheels.
8. Guna air tekanan biasa dgn hose shj utk menyenangkan anda mengeringkan kereta anda nanti.
9. Keringkan kereta anda dgn MF towel.

Bhg atas adalah cara cuci kereta biasa. Jikalau guna rinseless car shampoo. Bezalah cara cucinya.

Selepas tu bubuh lah wax/sealant utk melindungi cat kereta anda yg bersih. Kalau anda sibuk, blh guna spray wax, hanya 10-15 minit shj utk selurh kereta.

Selepas tu, spray lah instant detailer utk menguatkan rintangan terhadap habuk dan minyak.

otai_g Publish time 12-10-2013 04:46 PM

biasa hntr kedai jerk. lg berbaloi.... mcm area umah aku kawasan taman ruang terhad nak bsh sendiri... kang jiran2 bising plk sbb air basuh kereta mengalir kat jalan raya/laman umah dia...

Waregem Publish time 12-10-2013 07:40 PM

otai_g posted on 12-10-2013 04:46 PM static/image/common/back.gif
biasa hntr kedai jerk. lg berbaloi.... mcm area umah aku kawasan taman ruang terhad nak bsh sendiri. ...

Anda blh cuba rinseless car shampoo. Gunaan air terhad blh cuci kereta sendiri. Tayar je yg perlu guna air tekanan tinggi.

adik_manis Publish time 17-10-2013 05:21 PM

tade kena mengena teknik cuci kete yang panjang berjela dengan gamba and video ituuuuuhhhhhh..

BenRW Publish time 21-10-2016 03:43 PM

teknik terbaru sekarang tak pakai air n sabun dah... pakai teknologi steam saje.. baloi2
usha2 @ecosteamwashmyhttps://www.facebook.com/ECOsteamwashmy/
Pages: [1]
View full version: CUCI KERETA : CAR WASH


ADVERTISEMENT