berun Publish time 27-9-2013 10:35 AM

PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2013/06/Tips-dan-Panduan-Membeli-Kereta-Terpakai.jpg

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali
memeriksa kenderaan di waktu gelap.

A. PEMERIKSAAN LUARAN

Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

B. PEMERIKSAAN ENJIN

Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

http://www.shamsuddinkadir.com/v2009/wp-content/gallery/misc/526284_159_full.jpg


C. PEMERIKSAAN DALAMAN

Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT

Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
Pastikan meter suhu bergerak
Pastikan lampu minyak enjin menyala
Pastikan lampu bateri menyala

http://2.bp.blogspot.com/-GaKNU3xEDHE/UHAPINyX9LI/AAAAAAAARDo/DLMRBHzPp8M/s1600/tip+membeli+Kereta+terpakai.jpg


Cuba hidupkan enjin
Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
Tiada masalah semasa penukaran gear
Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?

Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol
kerana ianya akan menguji sistem suspension. Cuba biarkan enjin
kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya
berada dalam keadaan stabil.

5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.
Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta


minyak Publish time 29-9-2013 12:50 PM

Terima kasih di atas perkongsian ini. :D

medangmru Publish time 29-9-2013 04:06 PM

Info yang bagus dan menariik.....aku berpengalaman dengan ramai USed Car dealer ni..almaklumlah kan....dpok area kajang mmg ramai giler Used Card kat sini....so dalam pemerhatian aku....ada beberapa perangai dealer ni dan antaranya :-

1. Tokei kedai yg cukup peramah dan mmg jujur dalam menjual kereta, Pernah beberapa tokei yang siap offer unutk test drive. Bukak bonet enjin dan tunjukka satu persatu. Katanya tak bocor dan , enjin tiptop bagai. masa test drive tu mmg dia suh lenjan abih2. Lal jalan bonggol . Tal [ayah letak deosit bagai. nampak jujur ( dan mebe nak lakukan lereta tu dengan cepat ). Dan apa yg ko bgtahu kat atas tu kebanykanya dia suh uji , test dan mcm2 lagi sebelum buat keputusan. aku test drive dua kete dan kedua2nya aku rs mmg tip top. Biler aku habaq yg aku nak bawak mekanik aku sindrik...dia cept2 bersetuju. So...nampak kejujuran pd diri dia. :loveliness:

2. Tokei kedai bg mcm2 alasan supaya jgn test drive. Kalau nak letak deposit skeeet. Janji bagai nak rak kata enjin tip top....kete tip top bagai. tgk dr luar mmg cantik ..berseri2 tp tak taulah keadaan enjin camner kan. bgtahu lebey kurang jah. MCm takmo layan je.

3. Tokei kedai siap bgtahu yg ni kete 2nd dan paham2 la kondisi bukannya mcm naru. Mesti ada yg rosak bagai dan mesti kene repair lepaih beli. perghhhh.....siap berterus terang. takder le dia nak bangkit dr tempat duduk ( kusi malas dia ).just cakap camtu jeh...:dizzy:dan yg plaing tak tahan siap bandingkan dengan kete baru ..." aiyahhh kawan....itu kete baru pun ada rosak sana sini....ini kete 2nd hand mana perfect...."

4. Tokei kedai erus tanya pasal copy dokumen yg perlu diserahkan. Takmo cakap banyak, Nak test drive pun kene bgi skeet deposit dan itupun selepas dokumen diserahkan dulu.

5. Tokei kedai yg byk berdolak dalik. Dalam mudah.my bgtahu bleh nego rega kete tp biler bertentang mata...mcm2 alasan . kete dha murah la...mana ada boleh nego dan mcm2 la. Siap tunjuk iklan dia kat mudah tp dia bgtahu yg iklan tu tak sah sbb bukan dia yang post. OPekerja dia yg post,.Caiiitttttttttttt...:huffy

Odyman Publish time 30-9-2013 10:39 AM

Kalau ikut check list di atas aku rasa tak dak sapa UsedCar Dealer nk layan hang. Dalam banyak-banyak check list pun ramai gak yang kena kencing dengan Used Car dealer. Paling selamat beli kereta baru je, problem free dan ada warranty lagi. Walaupun tak semua mampu beli kereta baru, tapi dengan kemudahan pinjaman dan loan yang panjang memudahkan pembeli membuat keputusan. kalau semua beli kereta baru, baru used Car dealer tu rasa perit sikit. Apa kata hang pa list kat sini Used car dealer yang kuat menipu bakal pembeli kepada bakal pembeli. Yang aku tahu ada satu kat Seri Kembangan yang kuat menipu.

zulka Publish time 30-9-2013 11:15 AM

aku dh beli 7 biji kete 2nd hand...
4 biji beli direct from owner.. 3 beli from used car...
amazingly.... yg byk problem selepas beli ialah beli direct from owner..
yg beli dari used car ok, takde problem...

zulka Publish time 30-9-2013 11:20 AM

medangmru posted on 29-9-2013 04:06 PM static/image/common/back.gif
Info yang bagus dan menariik.....aku berpengalaman dengan ramai USed Car dealer ni..almaklumlah kan. ...

kali terakhir aku beli kete 2nd... di Kajang..
Haji Jasmi, Jasal Auto.. baik orangnya..
masa test drive tu, siap ajak gi lunch kat umah dia..
kete2 yg dia jualpun sumer yg terpilih sahaja..



berun Publish time 30-9-2013 11:25 AM

zulka posted on 30-9-2013 11:15 AM static/image/common/back.gif
aku dh beli 7 biji kete 2nd hand...
4 biji beli direct from owner.. 3 beli from used car...
amazin ...

bnyk duit mod hehe beli honda ke apa? honda kalu second mmg baik kbnyakan nya. cuba beli second PROTON ;P

berun Publish time 30-9-2013 11:26 AM

zulka posted on 30-9-2013 11:20 AM static/image/common/back.gif
kali terakhir aku beli kete 2nd... di Kajang..
Haji Jasmi, Jasal Auto.. baik orangnya..
masa te ...

bagi alamat. le g survey2 klu nk klua kereta:2lol:

zulka Publish time 30-9-2013 11:29 AM

berun posted on 30-9-2013 11:26 AM static/image/common/back.gif
bagi alamat. le g survey2 klu nk klua kereta

nti balik umah aku cari resit dia.. :loveliness:

berun Publish time 30-9-2013 11:37 AM

Odyman posted on 30-9-2013 10:39 AM static/image/common/back.gif
Kalau ikut check list di atas aku rasa tak dak sapa UsedCar Dealer nk layan hang. Dalam banyak-banya ...

ada pengalaman ke beli used car? biasa ada hadapi problem cm ne?

zulka Publish time 30-9-2013 11:38 AM

berun posted on 30-9-2013 11:25 AM static/image/common/back.gif
bnyk duit mod hehe beli honda ke apa? honda kalu second mmg baik kbnyakan nya. cuba beli second PR ...

pada bulan Jun taun 2009 aku beli proton perdana... direct from owner dlm forum Zerotohundred...
luaran memang cun, batuan rendah,cermin blakang,seat dh tukar Mitsubishi eterna...kira puas hatila...
aku beli cash..
bulan julai 2009 aku drive pegi Thailand..bawa family jalan2...lepas je sempadan alternator kong...tesadai seharian cari bengkel..akhirnya member tow sampai ke perlis...kat Thailand takde parts... :(

OTW balik KL, gearbok pula rosak kat Sungkai.... belasah juga drive sampai Rawang(rumah)...
repair sikit2....Dec 2009 jual balik... fobia...

meya Publish time 30-9-2013 01:25 PM

Terima kasih bagi info tuu..tapi kalau nak follow satu-satu tu dengan mulut seller pot pet pot pet tak bagi kita berfikir jap..camner tu?

Ish ...rasa macam nak ambik baru aje kalau dah payah-payah na..

zulka Publish time 30-9-2013 01:32 PM

meya posted on 30-9-2013 01:25 PM static/image/common/back.gif
Terima kasih bagi info tuu..tapi kalau nak follow satu-satu tu dengan mulut seller pot pet pot pet t ...
kalau nak selamat, bawa pomen / org yg tau pasal kete (luar/dalam)
atau sekurang kurangnya org yg dah biasa beli kete 2nd..
kalau duduk area KL ni insyaallah akupun boleh tolong tengok2kan...
utk info, setakat ni ada 3 forumer yg pernah minta tolong tengok kete 2nd..alhamdulillah setakat ni kete ok...


Last edited by zulka on 30-9-2013 03:50 PM

maleo Publish time 30-9-2013 03:23 PM

zulka posted on 30-9-2013 01:32 PM static/image/common/back.gif
kalau nak selamat, bawa poen / org yg tau pasal kete (luar/dalam)
atau sekurang kurangnya org yg...

pomen laa;P:lol:

zulka Publish time 30-9-2013 04:12 PM

maleo posted on 30-9-2013 03:23 PM static/image/common/back.gif
pomen laa

po'en tu lain khennn..;P

meya Publish time 1-10-2013 02:38 PM

zulka posted on 30-9-2013 01:32 PM static/image/common/back.gif
kalau nak selamat, bawa pomen / org yg tau pasal kete (luar/dalam)
atau sekurang kurangnya org yg ...

Oh baiknya hati awak ...tenkiu.

berun Publish time 1-10-2013 04:55 PM

zulka posted on 30-9-2013 11:38 AM static/image/common/back.gif
pada bulan Jun taun 2009 aku beli proton perdana... direct from owner dlm forum Zerotohundred...
...

erkk parah la kalu kereta rosak2 ni :'(:'(

que_eight Publish time 1-10-2013 11:39 PM

Odyman posted on 30-9-2013 10:39 AM static/image/common/back.gif
Kalau ikut check list di atas aku rasa tak dak sapa UsedCar Dealer nk layan hang. Dalam banyak-banya ...

Sri kembangan??? Depan mines tu ke?

neh nk bgtau nama salesman dia Lee..gendut org nya..last 2 weeks gi survey estima aeras 08..
Dr hicom dia bw gi showroom dia kat sri kembangan..kereta mmg cantek..rege rm140k..nego punya nego dpt rm143 k otr..price keta rm139500
mmg request nk maybank islamic.. Segala doc dh bagi..deposit rm5k settle dia bgtau kalu cancel deposit kira burn. so last friday org maybank call interview lebih kurang n bgtau no prob..no worries loan approve kata bank

esoknya si lee neh tipon tanya loan ok ke sbb dia nk apply hong leong..bgtau je la ok no prob kata bank..so nak jadi citer masih xde news dr bank ptg tadi call tanya..rupanya loan x approve sbb bank check kat system no casis keta tu 2006 tapi document tulis 2008.. Cehh hakka tuii patut gendut tu boleh bg murah.siap officer tu bg link lgi suh kami tgk sendri..ktanya klu 2008 rege mmg rm150k ke atas dia pun pelik ngapa kami leh dpt murah.. Mangkuk jamban punya lee.. Esok nak call dia nak jumpa..layan dulu auta dia tgk sejauh mana di nak belit..ikutkan ati nak aje gi report polis

mawarmatahari Publish time 31-12-2013 04:37 PM

que_eight posted on 1-10-2013 11:39 PM static/image/common/back.gif
Sri kembangan??? Depan mines tu ke?

neh nk bgtau nama salesman dia Lee..gendut org nya..last 2...

baru terjumpa benang ni..nak tanya,macam mana nak check chassis kereta..adik plan nak beli jazz 2008..dah 2 minggu belum clear lagi.tanya bank ,pegawai inform belum tukar nama..lamanya proses..tu yang kalo boleh nak check no chassis.

imransulaiman Publish time 31-12-2013 08:26 PM

zulka posted on 30-9-2013 01:32 PM static/image/common/back.gif
kalau nak selamat, bawa pomen / org yg tau pasal kete (luar/dalam)
atau sekurang kurangnya org yg ...

kalau orang sabah mintak tolong carikan Hyundai Tucson auto model 2008 boleh ke?

Pages: [1] 2 3
View full version: PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI


ADVERTISEMENT