sarizu Publish time 21-10-2013 05:17 PM

Episod 11

Sebulan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang perancangan kehidupan yang lebih baik untuk aku dan si jejaka. Bosan! Perasaan mula berkecamuk antara mahu teruskan perhubungan ini ke fasa yang lebih serius mahupun biarkan ia begini sahaja. Si jejaka pun sudah lama tidak kutemu, malah berhubung di telefonpun sudah jarang amat. Bosan dengan lagak aku kot! Biarkan!...Tapi ada rindu yang kadang-kadang hadir bertapa di sudut hati.

Aku takut pada bayang-bayang sendiri. Masih ragu dengan niat si jejaka. Ikhlaskah? Seriuskah? Benarkah? Aku takut untuk merancang sebuah komitmen yang sangat besar untuk kehidupan masa hadapan.

Kali terakhir dia menghubungiku seminggu yang lalu. Enam hari kemudiannya tiada khabar berita yang kuterima daripadanya sehingga ke hari ini. Usahkan batang hidungnya yang mancung tidak dijamah pandangan mata ini, bayang dirinyapun sudah beberapa hari tidak kelihatan di sekitar tempat kerja kami. Sudahnya aku menjadi perindu pada senyumnya yang memang sukar untuk dihadiahkan.

Lebih parah, aku rindu pada keretanya yang sudah beberapa hari juga tidak kelihatan di tempat letak kereta. Kereta lain pula yang mengambil tempat kebiasaan untuk kereta si jejaka itu. Ke mana dia? Lari dari aku?

“Laki tu...laki tu...laki yang mana satu kau ni...?” Zahra memang la selalu cakap macam ni.

“Arkitek tu la, Zahra. Lama aku tak nampak dia, projek dia dengan syarikat kita ni dah settle ke? Biasa ada nampak jugak sekali dua dia datang jumpa Bos kan...tapi sekarang macam dah lama je tak nampak dia datang sini.”

“Kau sibuk-sibuk ni kenapa?” Mula lah si Zahra ni nak menyiasat.

“Tak ada la sibuk sangat pun...just curious. Dulu kan aku pernah handle sekejap projek tu. Nak tahu jugakla projek tu dah jadi macamana sekarang ni.”

Aku tarik nafas perlahan. Takut juga disoal-selidik lagi dengan si Zahra ni. Tapi mana eh si Marwan ni? Bercuti ke? Sakit? Takkan mati kot... Makin banyak yang aku fikir makin mengarutlah jawapan yang aku dapat.

Aku trauma!

Sudah acap kali aku alami keadaan yang hampir sama sebegini. ‘Jatuh cinta’ kepada si jejaka, belum kejap perhubungan, aku sudah jatuh terduduk. Sakit jiwanya akulah. Kali ini bagaikan begitulah. Oh, tolong aku ya Allah...!

sarizu Publish time 23-10-2013 08:19 AM

Episod 12

Aku bertepuk tangan. Suka sangat pasal untuk pusingan pertama ni kedua-dua pasukan dari Pantai Timur telah memenangi perlawanan. Nampak sangat aku bukan peminat tegar bola sepak tanahair. Kalau orang lain ada satu je pasukan kegilaan mereka, aku pulak janji pasukan dari Pantai Timur. Boleh? Ada aku kesah? Suka-suka je pun...

“Kau ni suka Kelantan ke Pahang? Pelik betullah pompuan ni,” Zahra juih bibir.
               
Malam ni aku lepak-lepak kat rumah Zahra. Dia ajak aku teman dia tengok bola.               

“Tak kisahlah pasukan mana pun. Janji dua-dua main best,” aku bagi jawapan. Zahra memang penyokong tegar Kelantan. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Kadang-kadang sanggup je dia ke stadium kalau ada match yang best. Tak sayang duit betul beli tiket semata-mata nak tengok bola. Kalau akulah, baik beli tiket wayang.

“Aku nak tanya kau sikitlah, Zahra...aku macam dapat rasa kau tahu je jawapan kepada soalan yang aku nak tanya ni...aku serius nak tahu ni dan kau serius la jawab eh,” aku cuba alih topik apabila kami mula mengambil posisi terbaik di atas katil.

“Kau ni ada-ada je... Kalau aku tahu jawapan kepada soalan yang kau belum tanya tu insyaAllah lah aku jawab dengan serius sekali,” Zahra buat muka serius. “Haaa...aku tahu! Kau nak tanya pasal si Marwan arkitek tu kan?”
               
Gulp! Aku telan liur. “Macamana kau boleh tahu apa yang ada dalam kepala aku nih? Kau pakai saka eh?” Aku buat muka takut.

Zahra menyeringai panjang. “Suai tak kalau aku jadi pontianak?”               

“Tak. Kau tak de taring.”

Zahra ketawa lagi. Dia pandang aku yang sedang buat-buat sabar menunggu cerita tentang si Marwan arkitek tu. Sebenarnya memang aku tak sabar nak dengar apa saja cerita daripada Zahra tentang si Marwan arkitek tu. Dari bola matanya aku nampak macam dia ada story tentang si Marwan arkitek tu. Cepatlah Zahra! Aku memang dah tak sabar nak tahu apa saja tentang si Marwan arkitek tu. Dialah jejaka pujaan hatiku. Rindunya! Inilah masalah berat yang sedang aku alami kini.

“Betul kau tak tahu pasal dia?” Aku geleng. “Baru semalam aku jumpa dia.” Aku bulat mata memandang Zahra. Lidah rasa kebas untuk berkata-kata apa saja walaupun terlalu banyak soalan yang sedang menujah-nujah fikiranku. Gigi pun terasa macam longgar saja dari gusi. Mulutku sedikit ternganga, mahu bertanya tapi tidak tahu mana satu soalan yang harus didahulukan.

“Betul kau tak tahu dia accident?” Lagi bulat mata aku, mulut kututup kerana sungguh terkejut. Kepala kugeleng laju. “Aku pun sebenarnya tak tahu jugak, tapi entah macamana semalam Bos bagitahu aku. Lepas tu dia terus ajak aku pergi visit kat hospital. Dia accident dengan motor besar dia tu la, katanya elak lembu kat highway Trengganu. Masa tu katanya gelap, lepas Subuh. Tulang paha kirinya retak, tulang hampir dengan pinggul patah. Dah seminggu katanya kat hospital tu. Doktor dah simen dan masukkan besi kat paha yang bermasalah tu, nak kukuhkan balik kekuatan tulang tu,” panjang lebar Zahra memberi aku maklumat.

“Dah seminggu? Patutlah dah lama aku tak nampak dia,” perlahanan aku bersuara. Macam sedih pun ada.

“Ha’ah...katanya dah seminggu dok tanggung kesakitan tu. Tak dapat tidur kerana sakit tu terasa seluruh tubuh. Katanya kalau dia tak tahan dengan sakit tu, nak cuba pulihkan dengan rawatan tradisional pulak.” Aku tadah telinga mendengar apa saja penerangan daripada Zahra.

“Dia cerita masa accident tu dia tak nampak pun ada lembu dok lepak-lepak atas jalan. Ini la antara masalah yang kerap sangat berlaku kat Lebuhraya Pantai Timur tu. Aku pun tak fahamlah dengan orang yang bela lembu-lembu ni. Karang kalau kata diaorang pun macam otak lembu tahu pulak nak marah. Tapi bukan la aku nak kata semua orang yang bela lembu tu macam tu, tapi yang tak de kesedaran sivik ni betul-betul menyusahkan orang lain lah. Tengok la si Marwan tu, kesian dia,” Zahra dah siap dengan bebelannya sekali. Aku terusan membisu tanpa bahasa.

NaylaArisha Publish time 23-10-2013 11:51 AM

dah abis bab baru baca....
kang duk ikut citer x abes pulak

sarizu Publish time 26-10-2013 10:47 PM

NaylaArisha posted on 23-10-2013 11:51 AM static/image/common/back.gif
dah abis bab baru baca....
kang duk ikut citer x abes pulak

I'Allah habis...
tp tak tau bila... :sweat3:

ok, kita sambung sket lagi... :loveliness:

sarizu Publish time 26-10-2013 10:51 PM

Episod 13

“Kalau kau nak pergi visit ok je...Biasanya tunang dia yang tunggu. Setia sungguh budak tu.”

Terpana. Tunang? Terasa ngilu dijiwa. Pedih. Sedih. Semua yang sadis larut sebati. Terasa kebodohan yang amat disaat ini. Lelaki buaya ada saja dimana-mana. Aku saja yang bodoh. Bodoh kerana mudahnya terjatuh cinta kepada lelaki yang mudahnya menabur janji manis. Dunia terasa langsung tidak memihak. Semuanya pahit untuk kuhadam. Bodohnya aku kerana senangnya untuk tergoda kepada suatu keindahan yang belum benar-benar pasti.

Baru aku tahu daripada Zahra, jejaka itu rupanya anak seorang Dato. Dato yang bukan calang-calang, punya Datin yang sangat vogue. Siap berkebaya ala-ala nyonya kala menjenguk terunanya di hospital. Patutlah anaknya pun boleh tahan, emaknya pun masih bergetah. Potongan badan cukup sedan-sedan, suailah dengan umurnya awal 50-an.

Aku intai dibalik cermin kaca di pintu bilik pesakit VIP. Datin sedang menunggu di sofa sambil membelek-belek majalah, si jejaka terbaring saja membilang siling. Terkebil-kebil matanya. Kelihatannya seperti sudah sihat. Namun rupanya seperti tidak terurus, kepalanya kelihatan sedikit besar dengan rambut lebatnya yang sedikit panjang tidak bergunting. Malas agaknya untuk menghensemkan diri kalau sekadar terbaring lesu begitu.

Sudah 10 minit aku berkira-kira untuk menjengah masuk. Namun hati gusar kerana kelihatan tiada kemesraan di antara dua beranak itu. Langsung tiada bicara di antara ibu dan anak.

Dengan lafaz Basmalah aku mengetuk pintu sambil memberi salam, menguaknya dan melangkah masuk ke bilik pesakit. Beraninya aku! Dengan sebuah senyuman yang paling manis, aku menyalami Datin dan memberi sedikit tunduk hormat kepada si pesakit. Kedua-duanya memandang aku dengan pandangan semacam saja. Datin dengan pandangannya yang agak tegas, manakala si pesakit...entah, aku tidak mampu membaca riaknya yang sebenar. Terkejut, musykil, suka, sedih, menyampah...bagaikan semuanya bergabung menjadi satu. Kala ini aku pula...menyesal tak sudah masuk ke sini!

“Saya Rafa,” memperkenalkan diri kepada Datin. “Kawan Marwan, pernah handle projek sama dengan dia dulu,” aku terhegeh-hegeh mengaku kawan la konon.

“Marwan tak pernah pulak bagitahu. Bawak balik rumah pun tak pernah kan?” Bawak balik rumah? Oh, memang buaya besar la laki ni ya.

Aku hanya tersenyum, dan menggeleng.
               
“Encik Marwan apa khabar? Maaflah, saya baru je tahu Encik kemalangan,” aku berbasa basi, dalam sakit hati. Tapi gatal juga nak datang sini melihat dengan biji mata sendiri.

“Macam ni lah. Dah nasib badan...lagi tak lakulah lepas ni,” Marwan memandang tajam kearahku. Matanya membulat. Tak semena-mena dia pusingkan badan kearah lain.

“Saya balik dulu ya, Datin. Nak balik pejabat pula,” aku menyalaminya sekali lagi. Sekeping kad yang kubeli khas untuk Marwan kusimpan kemas dalam handbag. Tak betah untuk aku berlama-lama di sini. Memang aku tetamu yang tidak diundang, tetapi tiada kusangka sampai begitu sekali layanannya.

Aku melangkah perlahan. Memikirkan begitu saja berakhir perhubungan singkat kami.

YaAllah, bantulah hambaMu yang sentiasa lalai ini. Ampunkanlah segala dosa-dosa maksiat yang telah aku lakukan terhadapMu, ya Allah.

sarizu Publish time 27-10-2013 05:56 PM

Episod 14

Pingganku digeletek. Kerja Zahra la tu. Dia gelakkan aku yang tadinya menggeliat spontan. Aku buat muka bodo je...sebenarnya mood sedang melayang-layang mengenangkan nasib diri yang tidak memihak.

Zahra duduk di sofa sebelahku. Aku jemput dia datang ke rumah hari ini. Menemani aku yang sedang tidak keruan. Emak ayah pun dah keluar entah kemana-mana, sudahnya tinggal aku sorang-sorang kat rumah ni. Tengok tv pun bosan, apatah lagi nak belek-belek buku. Aku ajak Zahra borak-borak je. Kalau dia ‘keluarkan’ cerita pasal Marwan, ah...itu sudah menjadi satu bonus buatku. Walaupun sakit jiwa, hati masih tetap merindu. Pasrah dalam parah.

Lewat doaku kebelakangan ini, kupohon kepada Allah agar tenangkan hati ini. Kalaupun tiada jodoh aku dengan si jejaka idaman itu, jadikanlah aku seorang hambaMu yang redha dengan apa saja ujian daripadaNya. Kupohon juga, datangkanlah kepadaku seorang jodoh yang lebih baik. Jadikanlah jodohku itu seorang yang benar-benar mencintaiku sepenuh hatinya. Tidak hensempun tidak mengapalah, janji dia sayang aku sepenuh jiwa raganya.

Aku sedang belajar untuk menerima hakikat bahawa entah kesekian kalinya aku kecundang lagi dalam hal mencari cinta sesama manusia. Dari jauh aku juga mengharapkan agar Marwan kembali sihat seperti biasa dan menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab terhadap perasaan mana-mana perempuan selepas ini. Semoga tiada lagi perempuan yang akan kecewa sebagaimana aku kini.
            
Aku tutup tv, tiada satupun rancangan yang boleh mengubat luka di hati ini. Aku ajak Zahra ke dapur, jalan-jalan cari makan.

“Dua tiga hari lepas aku ada visit Marwan kat hospital. Aku tengok dia tambah sihat. Tak lama lagi discharge la kot. Harap dia boleh jalan seperti biasa lah. Tapi mesti berbulan-bulan jugak la kan nak kena terapi jalan. Ngeri pulak aku rasa,” akhirnya aku juga yang buka cerita perihal Marwan. Tunggu Zahra punya cerita langsung tak ada kaitan dengan jejaka tu.

“Ngeri tak ngeri tak ada kaitan dengan kita kan?” Zahra memang macam tu. Aku menggeleng, memilih jalan selamat.

Tiba-tiba aku rasa sedih sangat. Entah kenapa aku rasa sebak semacam. Ya Allah, kenapa hati ini begitu merindui dirinya...

NaylaArisha Publish time 28-10-2013 08:49 AM

sarizu posted on 26-10-2013 10:47 PM static/image/common/back.gif
I'Allah habis...
tp tak tau bila...



hehhehe okay... dah abis calling2 yer :lol:

sarizu Publish time 28-10-2013 01:33 PM

Episod 15

Kata doktor yang merawat, kakinya akan mengambil masa selama enam bulan untuk sembuh sepenuhnya. Nasib masih memihak kepadanya apabila dia memutuskan untuk menyambung pengubatan secara tradisional, dalam tempoh tiga bulan sahaja kakinya telah menunjukkan perkembangan yang amat memberansangkan. X-ray yang dilakukannya semalam telah menunjukkan tulang pahanya yang retak tempohari sudah bercantum semula, Alhamdulillah. Kini dia hanya perlu menunggu untuk perkembangan tulang pinggul sahaja yang kelihatannya masih dalam keadaan sama sebagaimana sebelumnya. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya kini dia sudah boleh berjalan dengan bantuan tongkat.

Sudah hampir satu jam Marwan berada di tepian kolam di belakang rumahnya. Untuk kesekian kali dia bergaduh lagi dengan ibunya. Dari pagi sampai la ke tengahari tak sudah-sudah ibunya menanyakan persetujuannya untuk ditunangkan dengan Farah. Memuji Farah begitulah Farah beginilah. Naik rimas dirinya, jalan lepaskan diri akhirnya dia meminta untuk istikharah dulu. Tahu ke ibunya apa itu istikharah? Solat lima waktupun tak berapa nak cukup. Nak jadi apapun tak tahulah, dah tuapun masih tak sedar diri lagi.

Hatinya mahu saja kembali ke rumah sendiri. Tapi mengenangkan diri sendiri yang masih kurang upaya untuk berdikari hasrat itu terpaksa dipadamkan sahaja. Susah juga kalau tak ada yang membantu. Sekadar mahu menguruskan diri sendiri insyaAllah dia sudah mampu melakukannya sendiri, tetapi untuk urusan makan minum, cuci pakaian, kemas rumah...memang dia tak boleh buat lagi. Kan senang kalau ada isteri!

Rafa!

Sudah berbulan-bulan lamanya dia tidak mendengar khabar gadis impian. Menyesal tak sudah rasanya melayan Rafa sebegitu di hospital tempohari. Sebenarnya tiba-tiba saja perasaan marahnya menguasai diri. Marah kerana sudah lebih seminggu terlantar barulah Rafa datang menjenguknya. Dia sudah terlalu merindu ketika itu.
Last edited by sarizu on 30-10-2013 08:15 AM

sarizu Publish time 28-10-2013 01:36 PM

NaylaArisha posted on 28-10-2013 08:49 AM static/image/common/back.gif
hehhehe okay... dah abis calling2 yer

Calling2 4 d next episode :laugh3:
tp secoet je... :sweat3:



sarizu Publish time 28-10-2013 04:01 PM

Episod 16

Sudah berhari-hari dia mengambil peluang sebegini. Melihat gadis itu dari jauh. Memang dia seorang gadis yang baik. Balik saja dari kerja gadis itu seketika akan bermain dengan tiga orang anak kecil di halaman rumahnya. Anak saudaranya barangkali. Kerana selepas itu akan tiba pasangan suami isteri yang akan menjemput anak-anak itu.

Marwan ralit melihat Rafa. Bagaikan satu terapi untuk dirinya yang kesunyian kini. Senyum manis gelak tawa gadis itu sangat menyentuh jiwanya. Gadis itu pandai melayan anak kecil. Ada tikanya bukan saja bermain-main dengan anak-anak itu, ada waktunya dia menyuap, merapikan rambut dan membaca buku untuk mereka.

Pasangan suami isteri itu muncul lagi, anak-anak kecil berlari anak mendapatkan mereka berdua. Si ayah mendukung si anak yang paling kecil. Paras lelaki itu ada iras Rafa. Bermata sepet dan lampai tubuhnya. Begitulah Rafa, sepet dan tinggi. Marwan tersenyum sendirian. Dia mahu menjadi seperti lelaki itu. Mahu memiliki seorang isteri dan anak-anak yang akan membahagiakan kehidupannya.

Sudah hampir tiga minggu inilah aktivitinya dipetang hari jika berkelapangan. Melihat dari jauhpun sudah memadai, asalkan rindu yang ditanggungnya terubat jua. Ingin sekali dia bersua Rafa. Namun keadaan dirinya membantah. Dia masih lagi bertongkat. Berjalan betul pun tidak mampu inikan pula mahu mengorat anak dara orang.

Pasangan suami itu berlalu. Rafa masih di situ. Menyiram pokok-pokok di halaman rumah. Entah mengapa hatinya begitu kuat mahu berjumpa gadis itu. Dia mahu bersua muka dengan gadis pujaan hati. Dia tahu suara gadis itu nanti mampu mengubati sunyi di jiwanya.
Berbaki semangat yang masih ada dia melangkah perlahan menuju ke rumah banglo sederhana besar itu. Tapi sekadar beberapa langkah, dia berpusing kembali ke keretanya. Tongkatnya dilemparkan ke tempat penumpang sebelah. Perasaannya berbelah bagi. Bukankah dia sudah tergolong dalam golongan kurang upaya kini? Keretanya pun sudah ditampal dengan stiker pemandu kurang upaya. Laku lagikah dirinya di mata Rafa? Mungkin tiada istimewanya lagi dia di mata gadis itu kini. Entah-entah gadis itu sudah dipunyai orang lain...?

Marwan mengambil handphonenya. Mahu menghantar mesej ringkas buat Rafa selepas beberapa bulan langsung tiada perhubungan di antara mereka berdua.

Salam,
Rafa, I miss u so much!
Marwan

Tidak berfikir panjang dia terus tekan butang ‘send’. Dia tidak mahu fikir apa yang akan terjadi selepas itu. Pastinya dia mahu gadis itu tahu perasaannya yang tidak mampu lagi ditanggung keseorangan kini. Dadanya tiba-tiba sebak. Dia sangat mahukan gadis itu untuk menjadi teman hidupnya yang sah. Tanpa sedar, ada air yang sedang bertakung di bibir matanya. Dia terlalu merindu.

sarizu Publish time 30-10-2013 10:41 AM

Episod 17

Marwan menapak perlahan menuju ke keretanya. Tongkat yang menempel di ketiak masih setia membantunya untuk berjalan. Dia perasan ada sebuah kereta bergerak perlahan dari arah belakangnya. Pon! Dia berpaling apabila yakin hon itu ditujukan kepadanya. Kereta itu betul-betul berhenti di tepinya. Matanya melirik melihat gerangan si pemandu. Dia sedikit terkejut. Dadanya berdegup kencang entah kenapa. Mahu saja dia cepat-cepat berlalu tetapi kakinya kejap saja di bumi.



Dua minggu selepas aku menerima mesej ringkas daripada Marwan, rezeki memihak untuk bertemu dengannya walaupun secara tidak sengaja hari ini. Mesejnya tempohari tidak aku balas, musykil sebenarnya. Tiba-tiba saja mengucap rindu, siapa dia, siapa aku, untuk saling merindu? Entah-entah mesej tu tersesat, tak ke naya aku ditimpa perasan. Kalau aku berani, nak juga tanya dia sendiri dari hati ke hati. Lebih mudah nanti untuk aku menerima hakikat apa yang sebenar-benarnya di antara kami ini.

Kalau Allah mahu menjodohkan aku dengan Marwan, Alhamdulillah, itu sememangnya impian yang terindah. Kalau sebaliknya, akan kuterus panjatkan doa meminta-minta daripadaMuya Allah semoga dipermudah dan diperbaikkan jodohku nanti. Dah gatal nak kahwin sangat ke aku ni? Tak de lah macam tu kan... Merancang hidup la kononnya. Umur pun dah banyak ni. Target nak kahwin sebelum 25. Sekarang dah 23. Masih bertempoh dua tahun lagi. InsyaAllah lakulah nanti. Usaha dan tawakkal!

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.”

Nasib baik Marwan sudi jawab salam aku. Aku pandang wajah dia. Tak semena-mena sunyi di antara kami. Aku tengok dia, dia tengok aku. Nak cakap apa ni... Aku tarik nafas perlahan. Mencari lebih oksigen supaya keadaanku lebih terkawal. Marwan setia berdiri di hadapanku.Aku nasib baik bersandar di badan kereta. Takut melihat riak wajahnya yang sedikit serius. Aku nak senyumpun takut.

Dia renung aku tajam. Kenapalah asyik tengok aku macam tu, takut pun ada rimas pun ya.

“Nak apa?” Marwan buka mulut.

Aku nak apa ya? Aku dah jadi blur semacam. Aku tengok dia macam tambah menyinga.

“Saja nak tengok saya macam ni?” dia tinggikan suara.

Aku tarik nafas lagi. Perlahan aku gelengkan kepala. Marwan mendengus kasar. Dia membetulkan tongkatnya entah keberapa kali.

“Terima kasihlah datang visit saya kat hospital hari tu, tak sangka sudi jugak nak datang jenguk,” kendur sikit suaranya namun renungannya masih serius. Aku telan liur.

“Awak nampak dah bertambah sihat sekarang,” idea baru datang. “Mmm... kalau awak sudi saya nak ajak awak minum-minum, boleh?” ringan saja lidahku menutur. Idea dah terlebih-lebih. Telinga terngiang-ngiang kata-kata Marwan dulu-dulu...Tapi kalau dah sudi ajak saya keluar ya... “Awak sudi tak? Saya nak belanja ni. Tapi kalau tak nak ok je,” macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pulak rasanya.

“Tak malu nak minum-minum dengan OKU ni? Tak pun boyfriend tak marah ke?” soalan cepumas Marwan untuk aku.

“Berani pulak awak hantar mesej merapu dekat girlfriend orang ya? Tunang awak tak marah ke? Tak pun yang sebenarnya awak yang malu nak minum-minum dengan saya kan...maklumlah saya ni rakyat marhaen...tak sepadan nak duduk semeja dengan anak Dato. Lagipun saya betul-betul lupalah yang awak ni kan tunangan orang,”nada suara aku dah lain. Rasa bahang menguasai diri. Aku perlu mencari kebenaran hari ini. “Terimalah hakikat yang awak tu dah ada tanggungjawab, tanggungjawab untuk menjadi seorang yang setia kepada tunang sendiri. Kalaupun hati dan perasaan awak tu masih nak menggatal, belajar-belajarlah untuk kontrol-kontrol sikit. Orang lain pun ada hati dan perasaan jugak. Kalau saya sukakan awak sekalipun, saya tak akan jadi seorang perampas.”

“Awak suka saya, Rafa?” terbantut bebelan aku dengan soalannya yang tiba-tiba.
Aku cakap apa tadi? Aku blank. Aku cuba rewind balik apa yang aku bebelkan tadi. Seingat aku tak ada pulak aku cakap suka kat dia.

“Awak suka saya, Rafa? Saya tak silap dengar kan...? Saya tahu memang awak suka kat saya. Tapi awak tak nak mengakukan...?”

Aku bulatkan mata.

“Susah sangat ke awak nak mengaku, Rafa.Kalau saya pun dah mengaku betul-betul rindukan awak, awak pun mengaku je lah sukakan saya. Awak bebellah apapun, biarlah maksudnya awak sukakan saya,” giliran Marwan pula merapu.

Aku rasa nak gelak pun ada tapi tetap kontrol serius. Memang tak sesat la ya mesej tempohari. Mungkin inilah hikmah yang tersembunyi apabila lama sudah kami tidak berhubung. Tapi aku nak kena mengaku ke? Mengarut je lah nak ikrar bagai nih. Aku ajak dia minum-minum tu kira aku sudi la kan.

“Nak mengaku apanya...? Sudi tak saya nak belanja ni?” aku pusing alam.

“Sudi!” Terus Marwan menjawab. Terkejut aku dengan lakuknya. Dia senyum panjang. Pandai pulak senyumnya. Tadi macam nak makan orang. Aku tarik bibir, senyum sikit-sikit. Tandanya kami sudah berdamai untuk tika ini. Sekurang-kurangnya lepas ni dapatlah kami bersoal-jawab dengan lebih elok lagi hendaknya.





Aku pilih kopitiam berdekatan.Sebenarnya petang ni janji nak keluar dengan Zahra. Tapi dah jadi keluar dengan jejaka idaman pulak. Tak apalah, insyaAllah malam nanti ajak Zahra datang rumah. Ada cerita best ni!

Untuk seketika kami melayan rasasendiri. Melihat panorama sekeliling. Ramai juga pelanggan kat kedai ni. Couple pun ramai. Kami? Couple baru nak jadi. Entah jadi ke tak belum pasti. Baru nak bincang-bincang la ni. Nak kena banyak soal-jawab lagi.

Last edited by sarizu on 30-10-2013 07:02 PM

qimi08 Publish time 30-10-2013 03:52 PM

hu hu hu marathon baca ni sbg lagi tt{:1_152:}

sarizu Publish time 30-10-2013 09:25 PM

qimi08 posted on 30-10-2013 03:52 PM static/image/common/back.gif
hu hu hu marathon baca ni sbg lagi tt

nasib baik pendek jah... :sweat3:

thanks qimi dtg jenguk cni... :loveliness:

sarizu Publish time 30-10-2013 09:28 PM

kawan2 yg sudi mbaca...
episod atas ni (episod 17) sy 2, 3x edited...sambung2 yg bwh2 tu
mohon maaf ya kalu rs pening2 sket

:L

sarizu Publish time 31-10-2013 10:58 AM

Episod 18

Belum apa-apa lagi aku dah siap bagitau mak ayah pasal calon menantu mereka. Bukan apa, takut susah payah pulak mak ayah nak tolong carikan calon suami untuk aku. Alah orang tuakan, mesti la sangat-sangat risau kalau anak dara diaorang ni tak laku. Orang laku la mak...memilih je sikit.               

Jejaka idaman segak berkemeja hijau melangkah keluar dari keretanya. Marwan aku jemput datang ke rumah hari ni. Selepas sebulan pertemuan tidak sengaja kami tempohari, aku mahu perkenalkan dia kepada mak ayah. Entah apalah penerimaan di antara mereka. Sedikit sebanyak aku dah cerita kepada mak ayah, terutamanya calon menantu mereka bertongkat! Pilih punya pilih dapat yang macam ni. InsyaAllah sebulan dua lagi kembali normal, mudah-mudahan.

Sekarang ni pun sebenarnya Marwan dan boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat, tapi ketika berada di rumah sahaja. Pegang sana sini bolehlah dia menguruskan diri. Tapi belum berani untuk tidak bertongkat jika berpergian kemana-mana. Katanya kalau dah beristeri tak payah nak pakai tongkat lagi, pegang-pegang tangan isteri confirm boleh jalan. Mata aku yang sepet ni lagi la sepet tersenyum perasan. Rasa macam tambah gatal nak kahwin. Nak tolong dialah!

Aku selesa dengan blouse kelawar dan berpalazo untuk menyambut kedatangan si jejaka pujaan. Malas nak berbaju kurung, dah hari-hari pakai baju kurung ke pejabat. Apa-apalah, janji menutup aurat. Terbukanya hanya wajah dan dua tapak tangan. Bukan susahpun nak mentaati perintah Allah!

Marwan pun tak pernah sekali nak komen perihal gaya aku. Oklah tu kot kalau nak bandingkan dengan mak dia. Ada juga dia ajak aku ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada Dato dan Datin. Apa kes perempuan nak pergi rumah lelaki? Tak akan aku buat benda-benda yang pelik macam tu. Zahra pun kata JANGAN!

Marwan ok je terima alasan aku. Dia kata dulu-dulu pernah juga dia bawa balik dua tiga orang perempuan untuk diperkenalkan kepada mak ayahnya. Fuhhh...boleh tahan! Aku diam je malas nak cemburu tak tentu pasal, dia pun bukan cinta pertama aku jugak. Kira adil dan saksamalah.

NaylaArisha Publish time 31-10-2013 03:25 PM

sambungggg....

sarizu Publish time 31-10-2013 05:23 PM

Episod 19

Sudah berhari-hari otak ini aku paksa berfikir untuk mencari jawapan. Aku katakan kepada Marwan biar aku sendiri yang akan putuskan sebarang jawapan tanpa campur tangan daripada diapun. Perasaanku bercampur aduk kini.
               


“Mak saya tahu awak, Rafa. Dia ingat lagi awak yang datang visit saya kat hospital hari tu. Kalau ikutkan memang dia tak sukalah saya kawan dengan awak ni...pasal dia dah ada calon pilihan sendiri,” Marwan tenung aku lembut. Aku lemah semangat. Baru je nak jadi couple elok-elok dah kena rintang awal-awal lagi. Ini yang aku tak nak ni.

“Tapi dia ada jemput awak datang ke rumah. Nak berkenalan katanya. Nak datang dengan family awak pun ok je,” sambung bicara Marwan lagi. Ada aku rasa nak terima jemputan tu? Tak nak lah, entah apalah nanti mak dia sembur kat aku ni. Kalau nak berkenalan boleh je mak dia datang kat rumah mak ayah aku ni. Boleh cerita panjang-panjang lagi kalau dia sanggup nak dengar. Tapi itupun aku tak percaya mak dia sudi datang ke rumah kami ni.



“Tak nak lah saya pergi rumah awak,” akhirnya aku bagi keputusan muktamad.

“Memang saya dah agak pun....so, kita ni macamana?” Marwan tanya pendapat aku dan dah sah-sah lah akan aku serahkan saja kesinambungan perhubungan ini kepada apa jua keputusannya.

“Saya ikut je keputusan awak,” aku malas nak fikir banyak-banyak.

“Kalau saya aturkan makan malam kat luar macam mana? Kita makan satu keluarga, keluarga awak dan keluarga saya. Kita makan santai-santai je...sambil borak-borak...boleh lah ya...?”

Lama aku berfikir. Takut untuk menerima pelawaan itu, takut nanti bagaikan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Aku baiki duduk, Marwan dihujung talian masih menunggu. Susahnyalah nak bagi jawapan. Nak menolak takut dikata terlalu jual mahal, nak menerima takut memikirkan bagaimana penerimaan mak ayah Marwan terhadap keluarga kami.

“InsyaAllah, kami datang,” aku mengalah dalam terpaksa.

“Alhamdulillah...awak decide masa yang sesuai,” Marwan bertolak-ansur.

“Mmm...malam minggu nanti...?” Aku malas fikir panjang.

sarizu Publish time 31-10-2013 05:26 PM

InsyaAllah 1 episod lagi tamatlah cite ni... :L

Cite ni sy buat ringkas je...perasan nk buat ala2 bc diary gituh
ringkas tp padat
harap2 thibur utk sama2 lepak kat sini... :sweat3:

NaylaArisha Publish time 31-10-2013 06:37 PM

so kategori novel atau cerpen ni yunk ??

sarizu Publish time 31-10-2013 11:14 PM

NaylaArisha posted on 31-10-2013 06:37 PM static/image/common/back.gif
so kategori novel atau cerpen ni yunk ??

Novel pendek boleh? ;P

Tak tahulah kategori mana satu... :o
Pages: 1 [2] 3
View full version: Takdirnya Begitu


ADVERTISEMENT