aimanfrepaid Publish time 25-9-2013 02:21 PM

Mcm mana nk transfer domain untuk kes domain provider tak membantu

Aku ada satu domain bawah asiahost.cc .
Kalau sapa2 penah guna dgn hosting ni mmg tau la perangai dia cenggana kan.
Sebab aku dah fedup skang ni, ingat nk transfer domain tu, nk kena ada EPP Key dan tukar lock status kpd unlocked.

Masalahnya aku masuk cp dlm clientarea pon xleh set kpd unlocked, pastu mintak support team asiahost pon takde reply.

Ada cara tak mintak ngan boss besar daripada asiahhost ni spaya aku boleh transfer domain. dah la aku punya website tu takleh bukak langsung ..

tq sapa2 yg tahu/ blh bantu ye

aimanfrepaid Publish time 25-9-2013 03:16 PM

maksud boss besar tu, yg lebih domain dealer ke, yg ada authority daripada Asiahost? sebelum ni aku report SKMM dia kata bukan bidang tugas, KPDNKK pon tak ngaku tugas dia... letih aku kejar bayang yg tak nampak nie

trunks Publish time 25-9-2013 09:05 PM

aimanfrepaid posted on 25-9-2013 03:16 PM static/image/common/back.gif
maksud boss besar tu, yg lebih domain dealer ke, yg ada authority daripada Asiahost? sebelum ni aku...

aku tanya netkl tadi..ini jawapan dia

Jika anda beli servis/produk dari mana2 syarikat, kemudian, tidak terima servis seperti yg dijanjikan, anda boleh buat aduan ke Tribunal Pengguna. (kat The Mall, Jalan Putra, jika tak silap)

Emailkan perkara tersebut kepada syarikat penyedia hosting/domain tersebut, dan berikan mereka deadline utk bertindak.

Jika tiada respon, anda akan teruskan aduan tersebut.

Namun, di atas adalah pendapat peribadi kami sahaja.

Semua keputusan di tgn anda.

Semoga berjaya!


trunks Publish time 25-9-2013 09:08 PM

brotha..domain itu sangat pentingke? adakah sudah banyak backlink ke apa dan traffic ke website capai ribu ke yang mana bro buat earning ke.atau ada keyword tertentu ada di page 1 google ke..
yelah yang buatkan ianya sangat bernilai untuk bro..

kalau biasa2 sahaja..beli saja domain baru dulu.

aimanfrepaid Publish time 27-9-2013 09:54 AM

ni domain client, dia dah siap print kat namecard dan signboard kedai .. baru je siap kedai, tp hosting tu plak buat hal..sebab tu nk amik jugak domain tu.

Baru dpt respond dari hosting tu semalam.. harap2 dia dpt bagi kerjasama lah sampai berjaya transfer domain tu. TQ

trunks Publish time 28-9-2013 12:22 AM

signboard kedai boleh saja upah ubah ..tetapi yelah itu last resort..
dan sudah respond sudah ok lah cepat pindah tempat lain yang user friendly.

aimanfrepaid Publish time 30-9-2013 02:31 PM

Yup.. alhamdulillah, dah dpt email confirmation untuk transfer domain.. dalam 3 - 5 hari process transfer berjaya.. selamat tinggal tokey lama huhu..

trunks Publish time 1-10-2013 12:28 AM

aimanfrepaid posted on 30-9-2013 02:31 PM static/image/common/back.gif
Yup.. alhamdulillah, dah dpt email confirmation untuk transfer domain.. dalam 3 - 5 hari process tra ...

transfer kemana?

aimanfrepaid Publish time 1-10-2013 04:19 PM

internet-webhosting.com SKSA technology..
Pages: [1]
View full version: Mcm mana nk transfer domain untuk kes domain provider tak membantu


ADVERTISEMENT