Eva_yy_Ellin Publish time 23-9-2013 08:57 AM

Pengumuman dan Panduan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua forumer Board Teka-Teki & Trivia.


Meskipun tag di board ini sudah wujud berbulan lamanya, saya rasa perlu untuk menjelaskan bagaimana hendak menggunakan tag-tag ini dengan betul mengikut kesesuaian soalan yang hendak diberikan.


1. - Soalan yang biasa dan berIQ, memerlukan pemikiran secara kreatif dan kritis.

2. - Soalan-soalan berpengetahuan am dan berfakta. Digalakkan forumer memberikan bukti sama ada dalam bentuk kenyataan, link sumber dan sebagainya berbanding hanya memberikan jawapan kepada soalan semata-mata.

3. - Soalan yang memerlukan pengiraan.

4. - Soalan yang bergambar.





Panduan membuka thread soalan di Board Teka-Teki & Trivia

1.

Semua jenis soalan boleh menggunakan tag ini melainkan soalan bergambar, berpengetahuan am dan memerlukan pengiraan.

Bagaimanapun, terdapat soalan berbentuk matematik yang terletak dalam tag ini kerana jawapannya tidak memerlukan pengiraan seperti "makan - makan" (by alisyadania)



2.

Semua jenis soalan yang berpengetahuan am dan berfakta menggunakan tag ini. Jawapan haruslah disertakan dengan bukti sama ada dalam bentuk kenyataan pendek daripada sumber, link sumber dan sebagainya. Forumer tidak digalakkan hanya memberikan jawapan kepada soalan semata-mata. Pemberi soalan juga digalakkan menyimpan sumbernya bagi mengelakkan kecelaruan fakta jawapan.

Soalan berbentuk trivia adalah seperti "Bombay Duck" (by babyridz)
Forumer memberikan jawapan dengan sumber, pemberi soalan juga memberikan sumbernya.

Walau bagaimanapun, soalan seperti "Kematian" (by babyridz) ini bukanlah soalan trivia, tetapi lebih kepada soalan teka-teki.



3.

Semua jenis soalan yang memerlukan pengiraan.

Seperti

"Betulkan mana yang salah" (by SambalBelimbing)

"kasut dan duwet" (by alisyadania)


Walau bagaimanapun, soalan seperti ini sangat dilarang dikeluarkan lagi di board ini.

"Tolong kirakan"
"Mana pergi seringgit lagi?"
"Mana Pergi Lagi Seringgit ???"
"Mane Lg Seringgit?????"

Jika ada forumer yang mengeluarkan soalan seperti ini lagi tanpa alasan yang munasabah, mod tidak akan teragak-agak untuk menutup thread.



4.

Semua jenis soalan yang bergambar. Soalan bergambar tertakluk kepada beberapa kategori.

(a) Teka gambar - Forumer perlu meneka gambar berdasarkan gambar blur yang diberikan

"face" (by alisyadania)
"EDISI TEKA BENDA~11" (by xpdckelate)
"EDISI TEKA BENDA~5" (by xpdckelate)
"Zoomed In" (by AisPrince)



(b) Cari gambar - Forumer perlu mencari gambar berdasarkan klu-klu yang diberikan oleh penyoal.

"Cari Gambar ~ Jom Gugel V5" (by ciksurie)
"Cari Gambar ~ Jom Gugel V12" (by ciksurie)



(c) Teka bergambar - Forumer mencari sesuatu pada gambar berdasarkan soalan yang diminta.

"Cari Harp" (by Eva_yy_Ellin)
"Cari Kucing" (by Eva_yy_Ellin)



Walau bagaimanapun, soalan seperti ini sangat dilarang dikeluarkan lagi di board ini.

"Cuba Teka Anak Siapakah ini"
"TEKA GAMBAR ARTIS Part 2"
"GAMBAR PENUH V1"
"Teka Bola V2"

Dengan kemajuan teknologi hari ini, dengan gambar-gambar semacam itu, kita sudah dapat meneka gambar tersebut dengan mudah melalui beberapa cara dan teknik. Untuk mengelakkan penipuan, soalan seperti ini tidak dibenarkan lagi dikeluarkan di board ini. Mod tidak akan teragak-agak untuk menutup thread serta-merta.




Walau bagaimanapun, soalan berkenaan artis, selebriti dan sebagainya boleh dikeluarkan di board ini, tetapi bukan dalam bentuk teka gambar seperti contoh di atas. Sebaliknya, soalan berkenaan artis boleh dikeluarkan dalam bentuk cari gambar, triva berkenaan tempat kelahiran, sumbangan, pencapaian, anugerah, filmografi dan sebagainya.

Seperti "Filem Pertama Beatles" (by babyridz)



Diharap semua forumer boleh memberikan kerjasama bagi kemajuan board Teka-Teki & Trivia.

Sebarang pertanyaan dan cadangan untuk menaikkan lagi board ini, sila kemukakan di thread Pertanyaan & Cadangan.
Last edited by Eva_yy_Ellin on 23-9-2013 09:00 AM

Spiral Publish time 23-9-2013 09:28 AM

pesssssss hehe..
great.. perlu tampal thread kat atas skali kot so x tlepas pandang {:thumbo

Eva_yy_Ellin Publish time 23-9-2013 09:35 AM

Spiral posted on 23-9-2013 09:28 AM static/image/common/back.gif
pesssssss hehe..
great.. perlu tampal thread kat atas skali kot so x tlepas pandang
Terima kasih kerana sudi baca :$

Letak sini dulu kot, sebab kalau tampal kat atas, lagi tak ada siapa yg perasan. :lol:



Oh, by the way, saya tak cakap benda ni kat panduan atas tu tapi nak request kat korang, boleh tak tukar tajuk "jom google" tu? Tukar la jadi "jom cari" ke, "jom gali" ke, tak kisah. Sebab nama "google" tu...dah nampak macam nama produk pulak :$
Last edited by Eva_yy_Ellin on 23-9-2013 09:51 AM

Spiral Publish time 23-9-2013 09:41 AM

Eva_yy_Ellin posted on 23-9-2013 09:35 AM static/image/common/back.gif
Terima kasih kerana sudi baca

Letak sini dulu kot, sebab kalau tampal kat atas, lagi tak ada ...
hehe mak jemah x kesah {:mlhehe:}
tapi kene tnye pengasas produk nye le @ciksurie nk rebranding name ape {:mlbigsmile:}

Eva_yy_Ellin Publish time 23-9-2013 09:42 AM

Spiral posted on 23-9-2013 09:41 AM static/image/common/back.gif
hehe mak jemah x kesah
tapi kene tnye pengasas produk nye le @ciksurie nk rebranding n ...

Ahaha...panggil-panggil lor geng jum gugel korang bincang elok-elok. :lol:

ciksurie Publish time 23-9-2013 09:43 AM

Spiral posted on 23-9-2013 09:41 AM static/image/common/back.gif
hehe mak jemah x kesah
tapi kene tnye pengasas produk nye le @ciksurie nk rebranding n ...

letak jer apa2x pung eva..tak kisah...kami gigih nak cari gambar jer ;P

Spiral Publish time 23-9-2013 09:46 AM

ciksurie posted on 23-9-2013 09:43 AM static/image/common/back.gif
letak jer apa2x pung eva..tak kisah...kami gigih nak cari gambar jer

betul².. bubuh je name aper, janji dpt gali gambo ;P
so nk rebranding name per? nk bg soalan nih {:gimmeo

ciksurie Publish time 23-9-2013 09:54 AM

Spiral posted on 23-9-2013 09:46 AM static/image/common/back.gif
betul2.. bubuh je name aper, janji dpt gali gambo
so nk rebranding name per? nk bg soalan ...

jom cari pung boleh {:1_152:}

Spiral Publish time 23-9-2013 10:01 AM

ciksurie posted on 23-9-2013 09:54 AM static/image/common/back.gif
jom cari pung boleh

better start dr v1 atau smbung je latest version tu? {:mlwhat1:}

ciksurie Publish time 23-9-2013 10:02 AM

Spiral posted on 23-9-2013 10:01 AM static/image/common/back.gif
better start dr v1 atau smbung je latest version tu?

sambung jer latest version..biar nampak banyak sikit ;P

Spiral Publish time 23-9-2013 10:25 AM

Eva_yy_Ellin posted on 23-9-2013 09:35 AM static/image/common/back.gif
Terima kasih kerana sudi baca

Letak sini dulu kot, sebab kalau tampal kat atas, lagi tak ada ...

nak tag pokcik @Pak.Maun {:mllaugh:}
pokcik bace pelan2 :curse:

Elle_mujigae Publish time 23-9-2013 10:48 AM

Spiral posted on 23-9-2013 10:25 AM static/image/common/back.gif
nak tag pokcik @Pak.Maun
pokcik bace pelan2

hahaha ;Pbaca pelan pelan ye pokcik..kalau tak faham boleh tanya nak Eva............:lol:

Elle_mujigae Publish time 23-9-2013 10:49 AM

Okay mod...roger that................{:1_152:}

FMKiller Publish time 23-9-2013 11:37 AM

Mod @Eva_yy_Ellin, kalo macam bomb threat riddle macam mano pulak. Sebab perlukan teka tempat dan pengiraan masa. Macam gabungan maths + teka-teki...

jadi nak taruk kategori mna?...huhu

cik_luna Publish time 23-9-2013 12:37 PM

baik momod

Eva_yy_Ellin Publish time 23-9-2013 03:41 PM

@Elle_mujigaedan @cik_luna terima kasih sebab baca :$

Eva_yy_Ellin Publish time 23-9-2013 03:42 PM

FMKiller posted on 23-9-2013 11:37 AM static/image/common/back.gif
Mod @Eva_yy_Ellin, kalo macam bomb threat riddle macam mano pulak. Sebab perlukan teka tempat dan...

Kalau ada pengiraan, terus masuk tag maths. Sebab dengan tag tu, forumer boleh tau yg soalan tu perlukan pengiraan. Kalau letak tag teka-teki, orang tak tahu :$

alisyadania Publish time 23-9-2013 04:45 PM

noted..good job mod


Eva_yy_Ellin Publish time 23-9-2013 04:53 PM

alisyadania posted on 23-9-2013 04:45 PM static/image/common/back.gif
noted..good job mod

Terima kasih sebab sudi baca :$

alisyadania Publish time 24-9-2013 08:45 AM

Eva_yy_Ellin posted on 23-9-2013 04:53 PM static/image/common/back.gif
Terima kasih sebab sudi baca

harus berbangga..thread sya dijadikan cth..waaaa...bangga seh {:mlcry:}
Pages: [1] 2
View full version: Pengumuman dan Panduan


ADVERTISEMENT