sellie003 Publish time 20-9-2013 05:55 AM

TAMAN DELIMA DI SYURGA....

E0k1gOpwz-s


Lirik Patri - Jinbara

Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali ooo
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/11/lirik-patri-jinbara.html#ixzz2fNVOSzmH

ct8076 Publish time 20-9-2013 08:22 AM

wa.. ada citer baru {:1_132:}{:1_132:}

sellie003 Publish time 20-9-2013 08:25 AM

ct8076 posted on 20-9-2013 08:22 AM static/image/common/back.gif
wa.. ada citer baru

BELUM START LAGI...{:singo

PAGI NI BUSY SIKIT SBB ADA PELANCARAN PENUTUP KAT TEMPT KEJE SAYA...TGHARI SAYA TEPEK...

mamajiah Publish time 20-9-2013 05:44 PM

erkkkk...da ptg ni...

{:1_273:}

wipers81 Publish time 20-9-2013 05:52 PM

kak sellie sibuk la tu

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:17 AM

Sori korg...igt cuti nih nak tepek...modem aku lak jahanam x berfungsi...

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:17 AM

Prolog

Dentuman dan hujan lebat mengganas membasahi bumi. Namun, digagahinya mengharungi kepayahan itu. Memaksa langkah kakinya yang lemah hampir tidak bermaya. Sekali-sekala dia tersungkur ditanah lecak. Tubuhnya yang bisa-bisa menambahkan lagi rasa sakit akibat terjatuh. Terkial-kial dia bangun. Seluruh tubuhnya menggigil-gigil menahan sejuk. Dia memeluk tubuhnya yang kedinginan. Bajunya yang rabak diraba-raba menutupi sebahagiaan tubuhnya yang terdedah penuh luka-luka. Dengan terketar-ketar dia meneruskan langkah. Ingin dia cepat sampai ke rumah. Airmata sedari tadi mengalir bersama aliran hujan seiring menemani langkah malangnya yang tidak bertepi. Suara tangisannya senada bunyi curahan hujan menambahkan lagi rasa pilu dan menyakitkan.

Kakinya sudah terpacak di hadapan rumah. Tersedu-sedu menatap seketika rumah usangnya itu. Sarat perasaan serba-salah memaksanya dia melangkah jua ditangga rumah. Satu persatu diameniti anak-anak tangga. Dia terjelepuk dimata tangga teratas. Dengan susah payah, tangan menggeletar itu mengetuk pintu rumah.

“Mak, makk…” Suara itu mendayu-dayu lemah memanggil ibunya.

Seakan tahu dan menantikan ketukan dipintu. Tidak sampai beberapa saat pintu itu pantas terbuka.

“Ya Allah anakku. Kenapa begini keadaan kau nak?” Si ibu begitu cemas meluru mendapatkan anak gadisnya yang terbaring hampir pitam.

Si ibu memangku seketika tubuh si anak dan memaut lengan anaknya disandar kebahu. Perlahan-lahan si ibu mengangkat tubuh si anak yang kebasahan dan dibawa masuk ke rumah.

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:23 AM

Delima 1

Seorang pemuda sedang sibuk menilik sayur-sayuran segar dan sekali-sekala menarah rumput-rumput halus yang tumbuh meliar dikeliling batas sayur-sayuran tersebut. Pemuda itu tersenyum puas melihat hasil tanamannya. Dihujung lengan baju T-shirt putih yang lusuh dikesat peluh didahi.

“Zul, dah tu mari makan tengahari dulu..’”

Seorang perempuan lanjut usia namun masih sihat menggamit-gamit ke arahnya. Pemuda yang bernama Zul meletakkan peralatan berkebunnya ke tepi. Terdapat pili kecil yang tidak berapa jauh dari batas sayurannya. Kedua belah tangan yang diselaputi debu dan pasir dibasuh bersih-bersih. Kedua belah tangannya dilap dengan tuala basahan ‘Good Morning’. Kemudian disangkut keleher. Pemuda itu melangkah menuju ke arah perempuan tua itu yang sedang menyeduk nasi kepinggan plastik. Dilabuhkan punggung di atas tikar mengkuang dengan sopan. Dia duduk bersila bertentangan dengan perempuan tua itu.

“Nah..” Nek Teh menghulur pinggan kepada Zul. Pemuda itu menyambutnya dengan senyuman.
“Terima kasih nek.”

Zul mencedok dalam mangkuk tingkat ikan keli sambal kegemarannya diletakkan kepinggan. Dengan kalimah ‘Bismillah’ Zul menyuap nasi ke mulut dengan penuh selera.

“Hmmm…sedaplah nek. Kalau masakan kampung macam ni memang nenek nombor satu. Dah tu duduk kat tepi kebun ni.” Sempat Zul memandang sekeliling kebun.

Nek Teh hanya tersenyum dengan pujian cucu lelaki tunggalnya. Baginya sudah cukup masakannya dijamah cucu kesayangan. Dia bersyukur apabila cucu tunggalnya ini mahu untuk tinggal bersamanya sambil mengusahakan kebun sayur milik mereka.

“Zul nak lagi ke?” Apabila melihat pinggan cucunya hampir licin. Zul menggeleng.
“Alhamdulillah nek, dah kenyang. Ingat nak sambung balik kerja tadi.”
“Yelah.” Nek Teh mengambil pinggan dari tangan Zul yang sudah licin.

Air minuman yang berbaki dibuat untuk basuh tangan.

“Zul gerak dulu nek.”

Nek Teh mengangguk tanda membenarkan. Diperhati langkah cucunya hingga dihujung pandangan tuanya. Dia mengemas sisa-sisa makanan tengahari tadi dan berangkat untuk pulang ke rumah.

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:25 AM

“Allah…hujan pulak tiba-tiba…” Zul berlari-lari anak menuju ke pondok kecil yang terletak tidak beberapa jauh dari kebun sayurnya. Zul meraup wajahnya yang dibasahi hujan. Zul duduk dipangkin sambil memerhati langit yang diselubungi awan gelap.

Tadi panas terik, petang ni ler pulak hujan turun lebat. Patut le ada pepatah melayu.. sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari..hmmm…

Zul menggumam dalam hati. Apabila dirasakan hujan tidak akan berhenti serta-merta, Zul merebahkan diri dipangkin. Terkebil-kebil matanya memandang atap rumbia. Tak lama kemudian kelopak mata kian berlabuh.

“Astaghfirullah alazim”.

Bingkas Zul terbangun dari perbaringan apabila terdengar suasana bising yang tidak berapa jauh dari pondoknya. Zul mencari-cari arah suara-suara seperti sorakan beramai-ramai. Rupanya di belakang pondok kecil yang berdinding separuh ternampak beberapa penduduk sedang gigih menolak sebuah kereta mewah yang tayar hadapannya terbenam dalam lumpur jalan akibat hujan sebentar tadi. Zul bingkas bangun. Niat dihati mahu turut membantu. Pantas Zul mengatur langkah.

“Assalamualaikum.” Zul memberi salam kepada mereka.
“Waalaikum Salam.” Jawab para penduduk serentak.
“Alhamdulillah, kebetulan kau ada Zul, mari tolong kami tolakkan kereta encik ni.” Seorang lelaki dalam linkungan 40-an menggamit ke arah Zul.
“Ok Bang Kamil.” Zul berlari-lari anak. Kemudian Zul mengambil posisi di belakang belah kiri buntut kereta.

Abang Kamil menyeru mereka menolak kereta tersebut serentak.

“Ok semua ready…1, 2, 3..tolak..!”
“Allahuakhbar..!” Serentak mereka melaung takbir.

Akhirnya kereta tersebut berjaya ditolak. Masing-masing bersorak gembira.

“Terima kasih semua.” Balas pemandu kereta mewah tersebut dengan pertolongan mereka sambil mengangkat tangannya.
“Sama-sama.” Mereka semua menyambut salam terima kasih daripada pemandu itu. Kereta itu kemudiannya meluncur pergi.

“Kau ni memang bawa tuahlah Zul…kau datang tolong terus boleh saja kereta tu bergerak keluar dari lumpur tu.” Kamil menepuk bahu Zul.
“Eh mananya tuah saya bang…kita semua usaha tadi kan…itu kebetulan je Bang Mil”.
“Alah tak kisah sapa punya usaha pun…tapi abang pun setuju juga dengan Abang Kamil kau”. Seorang rakan Kamil iaitu Borhan turut memuji Zul.
“Allah bang, janganlah macam ni…kita sama-sama tolong tadi…lagipun…”
“Udah, udah…kalau begini punya borak sampai besok tak habis…dah jom abang belanja kau minum.” Potong Kamil sambil memaut bahu Zul.
“Yang itu saya tak tolak.” Zul tersengih ke arah kedua rakan sekampung yang lebih usia daripadanya.

Walaupun jarak usia mereka jauh berbeza namun mereka tetap akrab.

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:26 AM

Zul berjalan sambil menghirup menikmati udara remang petang. Sudah hampir maghrib. Sesampai di rumah Zul duduk sebentar di tangga batu di luar laman. Nek Teh seakan mengetahui kebiasaan cucunya. Dihulurkan tuala mandi kepada Zul dan Zul menyambutnya.

“Dah nak maghrib ni pergi mandi”. Nek Teh menyuruh.

Zul menurut, terus dia menuju ke bilik air yang terletak di belakang luar rumah nenek. Selesai mandi Zul bersiap hendak ke surau.

“Nenek orang pergi dulu ya. Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam. Baik-baik jalan tu.”

Zul berjalan kaki ke surau yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Namun sedang dia asyik mangatur langkah terdengar bunyi hon motor dari belakang. Agak tersentak Zul dengan bunyi hon tersebut. Terus berpaling ke belakang.

“Ya Allah, Abang Mil…terkejut saya…ingat siapa tadi.”
“Dah jangan buat-buat terkejut…jom abang tumpang kau ke surau.”
“Tak payahlah bang, bukan jauh sangat pun.”
“Tak jauh pun tapi mau berpeluh kau…kang ada yang pengsan bau peluh badan kau masa berjemaah nanti.”
“Takpe ke bang?”
“Eh budak ni, orang dah bagi tumpang banyak songeh pulak. Nak naik ke tak ni kang abang tinggalkan kau je.”
“Yelah, yelah…orang nak buat baik takkan nak menolak.” Zul tersengih.
“Pandai pun kau”.

Tanpa lengah Zul terus membonceng atas motor Kamil. Mereka berdua bergerak menuju ke surau berhampiran.

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:27 AM

Selesai berjemaah di surau hingga ke Isyak mereka beredar pulang ke rumah masing-masing. Kamil dan Zul bergerak menyusuri sepanjang jalan kampung yang cukup sunyi. Sedang mereka rancak berborak dari atas motor tiba-tiba mereka ternampak sebuah kereta mewah berwarna hitam tersadai di tepi jalan.

“Eh bang, tak silap… itu kereta yang kita tolong petang tadi kan?”
“Yelah, tapi kenapa tersadai kat situ, macam ada yang tak kena.”
“Jomlah bang kita tengok apa masalahnya tu.”

Setelah menghampiri kereta mewah tersebut mereka berdua bercadang untuk melihat keadaan pemandu kereta yang kemungkinan menghadapi masalah. Kamil mematikan enjin motornya. Zul turun dari boncengan. Zul menapak selangkah ke kereta tersebut diikuti Kamil di belakangnya. Zul meninjau-ninjau dibalik cermin gelap kereta yang tertutup rapat. Zul mula mengetuk-ngetuk pintu cermin kereta tersebut namun tiada respons daripada pemandunya.

“Macam mana Zul. Ada tak orang dalam kereta tu?”
“Entahlah bang, senyap jek. Puas saya ketuk-ketuk cermin ni.”
“Agaknya takda orang kot dalam kereta tu.”

Zul merasa tidak sedap hati. Dia memeriksa kereta tersebut. Zul meletakkan tapak tangannya di hadapan bonet enjin untuk memeriksa tahap kepanasan enjin.

“Uh, panas ni.” Zul mengirai-ngirai tangannya yang agak kepanasan.
“Kenapa Zul?” Kamil berkerut hairan.
“Panas lagi enjin kereta ni bang. Seolah-olah lama enjin ni dihidupkan.”
“Hish, mana pulak owner kereta ni. Takkan nak biar saja kereta mahal kat tepi ni... Tengah-tengah hutan pulak tu. Mau ada yang rembat isi kereta ni.”
“Kita cari-carilah bang owner kereta ni dulu. Abang rasa, kenal tak empunya kereta ni?”
“Tak, abang tak pernah nampak lelaki tu. Tapi…” Terdiam sejenak Kamil di hujung ayat.
“Tapi apa bang?”.
“Masa mula-mula kitorang nak tolong tu owner ni macam pelik sikit. Asyik tak bagi kitorang tolong. Terkial-kial dia cuba tolak kereta ni seorang diri…tapi abang tetap minta bantuan orang-orang kampung….” Kamil terhenti bercerita.
“Habis tu…”
“Habis tu bila nampak semua datang tolong terus tak kata apa. Dia pun tak bantah macam memula tadi.” Kamil berkerut bercerita kepada Zul.
“Pelik cerita abang tu. Mesti ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki tu. Abang tak tanya dia apa-apa ke?” Zul mula mengorek cerita.
“Hisyy, kamu ni Zul.. suka sangat bersangka buruk. Niat abang cuma nak tolong tak ada pulak nak siasat ke apa.”
“Taklah macam tu bang…cuma rasa sangsi je.”
“Banyaklah sangsi kau…kau memang banyak sangat fikir. Kadang-kadang terlebih fikir dari orang biasa.”
“Alah Abang Kamil ni… ke situ pulak dia…” Zul mengaru-garu kepala. Kebingungan.

Entah kenapa hati Zul diulit rasa ingin tahu yang menebal berkaitan pemandu tadi.

“Kereta ni apa cerita. Takkan nak biar kereta mahal-mahal kat sini aje.”
Kamil mula berkata apabila hening seketika.
“Saya cadang kan bang, minta tolong Abang Bob tarik saja kereta ni ke bengkel. Nanti bila owner tu cari pun mesti dia akan cari orang-orang kita tanyakan hal kereta dia ni.”
“Haa…abang baru nak cadang gitu tadi.”
“Hmm…lambat le abang fikir.” Zul mengipas-ngipas hidungnya tanda mengejek Kamil.
“Oit…tolong sikit..bukan lambat tapi sedang menimbang cadangan kau tu.”
“Eleh, timbang pakai penimbang bang…” Zul mengusik.
“Yelah, kau aje yang cerdik…abang aje yang dungu…tinggallah kau kat situ.”

Kamil sudah berada atas motor dan mula hidupkan enjin motor kapchainya.

“Bang, tunggulah…takkan merajuk kot.” Zul berlari anak menuju ke arah Kamil.
“Cepatlah, kata nak pergi bengkel Bob.”

Zul sudah pun membonceng. Kamil mula menggerakkan motornya menderu pergi.

sellie003 Publish time 23-9-2013 08:28 AM

seperti biasa...komen diperlukan...TQ{:2conggalo

yoozara Publish time 23-9-2013 01:44 PM

blur lagi kak sellie..tp menarik
zul nanti ade kaitan dgn dak pompuan yg pitam tu ke?

suria74 Publish time 24-9-2013 02:00 PM

yoozara posted on 23-9-2013 01:44 PM static/image/common/back.gif
blur lagi kak sellie..tp menarik
zul nanti ade kaitan dgn dak pompuan yg pitam tu ke?

kan...masih blm dapat tangkap jalan cerita...tp best...teruskn yeee...{:1_152:}

psst...umah satu lagi jgn tinggal sepi tau....:lol:

ladyFinger12 Publish time 25-9-2013 11:44 AM

Amboi cik @sellie003

pesanan dr hati sanubari iols yg paling dlm.... siapkan dulu rumah sinun. Jgn buka sana, buka sini lepas tu terbengkalai... Rumah terbengkalai ni jin aprit suka hinggap. :shutup:


:lol:

psssttt.... dun worry, kalau iols buat rumah baru, design tak sama dgn rumah uolsss! :P

sellie003 Publish time 2-10-2013 10:22 PM

Thanks sudi baca....

ikutkn citer nih sama2 karang ngan 'cinta kita' dari tahun lepas....tergantung citer ni sbb idea tengh kering...kini idea datang bg ilham utk teruskn....huhu...

harp2 citer ni x menghampakn kawn2 & saya sendiri...{:1_545:}

sellie003 Publish time 2-10-2013 10:24 PM

Delima 2

Kereta mewah jenama BMW diletakkan dalam bengkel Bob. Selesai satu masalah. Kamil dan Zul bersalaman dengan Bob kemudian meminta diri untuk pulang.

Sepanjang perjalanan balik Zul yang sedang membonceng berfikir. Otaknya mula berlegar segala macam kemungkinan berkaitan pemilik kereta tersebut.

“Abang Mil, esok saya nak siasat siapa punya kereta tu!” Sedikit memekik melawan arus angin supaya Kamil dapat mendengar kata-kata daripada mulutnya.

“Nak siasat apa..?!” Kamil bertempik, terus diberhentikan motornya.
“Allah bang.” Zul hampir-hampir hendak terjatuh dari motor akibat brek emergency Kamil.

Sempat dia berpaut bahu Kamil. Kamil mengeliat agar Zul tidak terus memegang bahunya.

“Kamu jangan nak merepek Zul.”
“Apa pulak merepeknya bang…saya rasa tak sedap hati ni..entah-entah…”
“Ah sudah, kamu jangan nak cari masalah. Lagipun abang tak nampak apa-apa yang buruk atau tak elok dengan lelaki tu.”
“Tapi bang…” Belum sempat Zul menghabiskan kata-kata lekas sahaja Kamil membantah.
“Dah, kau jangan nak buat gila..kau ingat tak kes pecah rumah..hampir-hampir kau putus nyawa…nenek kau tu sapa nak jaga bila terjadi apa-apa nanti kat kau.”
“Yelah, yelah..orang tak campur….” Zul mencebik.

Walaupun niatnya baik namun apabila Kamil mengingatkannya berkenaan nenek dirinya terpaksa menurut. Tetapi adakah darah anak muda yang bernama Zul akan mendengar kata-kata nasihat dan amaran daripada Kamil yang sudah dianggap seperti abang kandung? Entah kenapa hati Zul berkobar-kobar mahu menyiasat perihal pemilik kereta BMW tersebut. Namun pada masa yang sama, jauh di sudut hati Zul rasa bimbang sekiranya nenek kesayangannya yang semakin dimamah usia hidup sendirian kelak.

sellie003 Publish time 2-10-2013 10:26 PM

Pagi-pagi lagi Zul sudah bangun usai solat Subuh. Zul bersiap hendak ke kebun. Sambil berkira-kira plannya hari ini.

“Nek, orang pergi dulu…jaga diri baik-baik. Doakan err…cucu nenek selamat.” Sambil memaut menyalami dan mencium sopan tangan Nek Teh.

“Zul…apa rancangan kamu pagi ni? Kamu ada benda nak buat ke? Baik-baik cu…jangan sampai lupa keselamatan diri. Nenek tau cucu nenek ni suka nak menolong… berkhidmat pada kampong, pada masyarakat… tetapi jangan abaikan keselamatan diri sendiri. Lagipun doa nenek tak pernah putus buat Zul…sentiasa mengiringi Zul tak kira apa yang Zul buat dan ke mana saja Zul pergi..tak pernah nenek lupa memohon dilindungi Allah sentiasa cu.”

Sebak hati tuanya menuturkan kepada satu-satunya Anugerah yang dia ada. Nek Teh mengelap airmata yang hampir jatuh di birai kedua kelopak matanya, di hujung pergelangan tangan kurung kedahnya.

“Terima kasih banyak nek…Zul pun selalu doa untuk nenek…Zul sayang nenek.” Terus didakap tubuh tua itu. Meresap segala perasaan kasih dan sayang antara kedua mereka.

“Dah, pergi cepat kang lambat kamu nak jual sayur-sayur tu.” Nek Teh menepuk mesra bahu cucunya.
“Baik nek, Zul gerak dulu. Assalamualaikum.”
“Wa'alaikum Salam.”

Zul melangkah tegap ke lori sayurannya. Lori itulah satu-satunya kenderaan hendak ke pekan atau ke bandar untuk menjual hasil tanamannya. Dan lori itu jugalah hendak dibawa ke mana sahaja arah tuju sekiranya dia perlu bergerak jauh dari kampung halaman.

sellie003 Publish time 2-10-2013 10:29 PM

Di Pasar Tani Daerah Jasin, Melaka hiruk-pikuk dengan suara-suara yang kebiasaan berlaku di mana-mana pasar. Zul begitu ramah dengan para pelanggan tetapnya dan ada juga pelanggan baru. Tetapi timbul rasa hairan sejak akhir-akhir ini. Setiap kali membeli sayurannya beberapa orang makcik membawa anak dara mereka. Asyik dok usha-usha dirinya nak dibuat menantu. Macam-macam ragam anak-anak dara makcik-makcik tu. Ada yang gedik, ada yang merengek manja, ada yang malu-malu tapi mahu dan yang paling tak menahan…ada yang lebih berani terus ajak kahwin.

Seriau juga jual sayur kat pasar macam ni. Dah serupa lelong diri sendiri kat pasar tani pula, bukannya penjual sayur. Nak dijual melalui pembekal berapa sen sangatlah kalau setakat jual sayur dikebunnya yang tidak seluas mana itu. Malah, menjual sendiri tanaman di pasar lebih seronok dan dapat menimba pengalaman jual, beli.

Elok jual sendiri, usaha sendiri. Kepuk juga duit dalam bank. Dan setiap kali itu juga sayur-sayurannya pasti habis dijual kerana kesegarannya tak pun… sebab aku selaku penjual boleh laku sayur-sayur ni kot?...Huhu..kembang pulak hati aku.

“Habis lagi sayur-sayur kamu Zul.” Tersentak Zul dari mengelamun sendiri. Seorang lelaki setengah abad menegurnya dari gerai bersebelahan yang menjual daging ayam dan itik.

“Alhamdulillah Pak Mid.”
“Rezeki kamu tu..yelah anak muda yang segak macam kamu siapa yang tak tertarik nak beli sayur-sayur kamu. Lagipun segar-segar sayur kamu tu.”
“Allah Pak Mid, Pak Mid pun apa kurangnya laku saja ayam, itik tu. Oh ya Pak Mid, ingat nak beli kat Pak Mid ayam sekor.”
“Haa…yelah, nak Pak Mid potongkan?”
“Boleh juga.”

Sesudah bahagian ayam dipotong keil-kecil, Pak Hamid memasukkan ayam tersebut ke dalam plastik lalu dihulurkan kepada Zul.

“Nah ayam kamu.”
“Terima kasih Pak Mid, ini duitnya baki tu keep the change.”
“Terima kasih juga…semoga murah rezeki kamu.”
“Sama-samalah kita Pak Mid, semoga melimpah rezeki Pak Mid. Saya minta diri dulu Pak Mid. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam Warahmatullah.”

Kalau aku ada anak perempuan… nak juga aku jodohkan dengan si Zul tu. Baik budaknya. Berbudi bahasa pula.

Getus hati kecil Pak Hamid mempunyai empat orang anak lelaki yang dua daripadanya sudah berumahtangga.

sellie003 Publish time 2-10-2013 10:31 PM

Setelah selesai tugas hariannya. Zul meneruskan rancangannya seperti yang diatur. Zul memandu lorinya menuju ke bengkel Bob.

“Assalamualaikum Abang Bob.”
“Wa’alaikumsalam, haa..Zul kenapa ni? Nak tanya pasal kereta semalam tu ke?”
“Eheh..” Zul tersengih .”..bijaklah Bang Bob macam tau2 je.”
“Dari air muka kau tu abang dah tau tujuan kau.”
“Muka saya ada tulisan ke bang?” Zul melukis bulatan diwajahnya dengan jari telunjuk.
“Takdenya, abang dah tau kau punya perangai. Suka nak jadi spy.”

Zul menggaru-garu belakang kepalanya sambil tersengih.

“So bang, apa cerita dengan kereta tu?”
“Owner kereta tu dah ambil kereta dia.. abang cuba tanya-tanyakan jugak tapi dia asyik berdolak-dalih..”
“So..tak dapatlah apa-apa maklumat tentang owner tu?”
“Kau jangan risau…abang dah set nombor plat BMW owner tu.. puas juga abang bersoal jawab dengan owner tu…tapi katanya dia minta maaf dan siap merayu bagai..katanya lagi dia ada kesulitan dan emergency …. gelabah semacam jugalah…pelik jugak abang tengok.”
“Itu saja?”
“Itu saja..tapi kau boleh siasat berpandukan nombor plat kereta tu. Abang sempat snap dalam handphone abang.”
“Mananya bang?”

Bob mengeluarkan handset disaku seluarnya dan membuka foto yang diambil dalam handset. Dia menghulurkan kepada Zul. Tanpa lengah, Zul setkan nombor plat dalam handset Nokia tok kaduknya dalam aplikasi note. Done.

“Nombor plat dari KL, mungkin boleh trace nombor plat ni kat JPJ…Abang Bob ada member kat JPJ kan?”
“Yup.” Mengangguk.
“Err…minta tolong kat member abang tu…nanti saya belanja minum.”
“Iyelah..kau punya pasal…abang usahakan.”
“Hihi…” Tersungging sengih dibibir. “Abang Bob you are the best…”

Dipeluknya tubuh Bob yang agak bulat. Tetapi Bob cepat-cepat leraikan. Geli katanya.
Pages: [1] 2 3
View full version: TAMAN DELIMA DI SYURGA....


ADVERTISEMENT