myrandapv Publish time 9-9-2013 05:11 PM

PERKAHWINAN MEWAH DATO SURAYA..Xde sesapa nk share cter ke

Last week berlansung nye reception dato suraya ...perkahwinan mewah....dgr kata...gown je dah jejak 1.4 mil...rekaan versace..dlm ig sape ntah ada pic weding dia..tp pc kt tmpt ai ni xbley buka instagram..kene block dgn company..so sesapa yg ada pic or pe ke..share la......

alepmama Publish time 9-9-2013 05:22 PM

siapa dia ni

MissMamamia75 Publish time 9-9-2013 05:35 PM

kredit to http://www.murai.com.my/article/ ... id=15681&c=30&s=152
Jurusolek Kim Kardashian Datang Malaysia Solek Pengantin VIP
http://photo.murai.com.my/952013_mariodatoida-a.jpg


KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2013: Jurusolek kegemaran Kim Kardashian dan Jennifer Lopez iaitu Mario Dedivanovic telah diterbangkan khas dari Amerika Syarikat ke negara ini bagi menyiapkan penampilan pengantin VIP, Dato' Ida Suraya pada Sabtu ini.

Sumber Dato' Ida Suraya memberi tahu portal murai.com.my bahawa jurusolek selebriti berkenaan bakal tiba hari ini dan akan pulang ke Amerika Syarikat pada 8 September ini iaitu sehari selepas berlangsungnya majlis persandingan penuh gah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

"Kemunculan Mario pada majlis persandingan Dato' Suraya pada Sabtu ini merupakan sesuatu yang sangat-sangat diimpikan oleh bakal pengantin berkenaan yang selama ini telah mengikuti bakat semulajadi jurusolek itu.

"Mario akan menyolekan Dato' Ida dengan sentuhan ajaibnya itu, di mana hasilnya akan dapat dilihat pada majlis persandingan pada malam Sabtu itu nanti," kata sumber berkenaan.

Sumber juga memberi tahu, selain mendapat sentuhan Mario, bakal ratu sehari itu juga bakal menyarungkan persalinan pengantin yang direka khas oleh Donatella Versace, Atelier Versace bernilai RM1.6 juta khusus untuk majlis persandingan berkenaan.

Katanya, Donatella Versace telah mengirimkan sepucuk surat kepada pengantin VIP berkenaan untuk melayangkan ucapan tahniah di atas hari bahagia berkenaan dan meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis itu.

"Beberapa wakil dari Versace dan juga Louis Vuitton yang diterbangkan khas dari luar negara telah berada di sini bagi memastikan segala persiapan perkahwinan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan," katanya.

Sementara itu, ramai selebriti popular seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Umie Aida dan Zahida Rafik akan hadir pada majlis persandingan mewah berkenaan yang juga bersempena memperkenalkan label fesyen terbaru, Bianco Mimosa.

Selepas sahaja tamat majlis persandingan, sebuah majlis pertunjukan fesyen yang membabitkan 30 model tinggi lampai akan diadakan bagi memperkenalkan koleksi sulung jenama fesyen yang diasaskan oleh Dato' Ida sendiri.

Bagi menyemarakan lagi majlis persandingan berkenaan, penyanyi popular Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Amy Search bakal membuat persembahan pada majlis yang dijangka penuh gah lagi glamor.

Last edited by MissMamamia75 on 9-9-2013 05:37 PM

girly.. Publish time 9-9-2013 05:45 PM

MissMamamia75 posted on 9-9-2013 05:35 PM static/image/common/back.gif
kredit to http://www.murai.com.my/article/ ... id=15681&c=30&s=152
Jurusolek Kim Kardashian Datang...

saper dia ni ae??? kayer nyerrrrrrrrrr

pearlspth Publish time 9-9-2013 05:51 PM

wedding dato ida suraya ada 70 lucky draw spt iphone,samsung tab, hp, tissot watches, barang kemas berupa emas..guest artist anuar zain, dayang nur faizah, amy search, fazli zainal and fashion show..and Awal Ashhari as MC of the nite...

MissMamamia75 Publish time 9-9-2013 05:59 PM

alepmama posted on 9-9-2013 05:22 PM static/image/common/back.gif
siapa dia ni

kaya giler Dato Ida Suraya ni...
bayor duit mekap jer RM180K...hmmm...
baju..juta2an...
berabis sungguh2an...

Nama suami Datuk Ida Suraya,Kapten Johari Jumadi
yg pakai baju kaler hijau tu kot pengantinnya..
tp..xkan dia bukak tudung pulak..hmm..sapa2 yg ada gambor sila tepek ya..

http://www.mstar.com.my/archives/2013/9/8/mstar_hiburan/Fashion%20Show.jpg

kalu digoogle..
Dato. Ida Suraya: seorang usahawanita yang berjaya dari bawah berkelulusan Jurutera
beliau berjaya membuka perniagaan sendiri sehingga berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada kerja kerasnya
dan sifat tidak pernah putus asanya.
Director MUTIARA GEMILANG ENGINEERING SDN BHD
(http://malaycr.com/corporations/profile/summary/coid/2596859)
dia 1 of the Directors' dlm Mutiara Gemilang Engineering Sdn Bhd dan
Managing Director Oriented Prospects Active Link and Services (OPALS) Sdn Bhd

pemilik butik Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya Mustapha
(http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/9/8/mstar_hiburan/20130908132635&sec=mstar_hiburan)

whadda Publish time 9-9-2013 05:59 PM

uiiiii... hadiah lucky draw tak alang2... iphone... tab... emas... klo kenduri kat kampung lucky draw dapat hamper keropok ngan minuman jer...:lol:

311gurl Publish time 9-9-2013 05:59 PM

gigih sgt "beli" kawan dgn kemewahan...

AbukRokok Publish time 9-9-2013 06:02 PM

xknal la...klu knal dah ngurat 2 3 tahun lepas{:mldance1:}

cepheid Publish time 9-9-2013 06:20 PM

MissMamamia75 posted on 9-9-2013 05:59 PM static/image/common/back.gif
kaya giler Dato Ida Suraya ni...
bayor duit mekap jer RM180K...hmmm...
baju..juta2an...


butik dia pun aku tak pernah dengar

pearlspth Publish time 9-9-2013 06:47 PM

her husband name is Capt Johari

miss_pooh Publish time 9-9-2013 07:20 PM

180k je ntok make up..{:1_273:}
kalau x magic x tahu la nak kata..

stryder_cats Publish time 9-9-2013 08:54 PM

Kira beliau ni business women yg berjaya la...

mnaa Publish time 9-9-2013 09:14 PM

MissMamamia75 posted on 9-9-2013 05:35 PM static/image/common/back.gif
kredit to http://www.murai.com.my/article/ ... id=15681&c=30&s=152
Jurusolek Kim Kardashian Datang...

pandai dia buat bisnes, sambil2 rai perkahwinan dia, sambil perkenal jenama pakaian dia... bagus bagus.. otak bisnes.. Alhamdulillah:loveliness:

tintin22 Publish time 9-9-2013 09:26 PM

semoga berbahagia

Roca Publish time 9-9-2013 10:53 PM

kbai... nmpk zahida rapik...mmg kerja keras noksss.... ;P menitik2 peluh berbaldi2

mrsbob Publish time 10-9-2013 12:58 AM

Xkenal.....

surioo Publish time 10-9-2013 07:25 AM

Pergh bianco mimosa....exclusive brand.Masyuk lah datuk ni

lantanao8 Publish time 10-9-2013 08:13 AM

semuanya tajaan la noks.....

kakikuchantik Publish time 10-9-2013 09:27 AM

kapt. johari ... ermmm mcm biase ku lihat {:thiefo
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: PERKAHWINAN MEWAH DATO SURAYA..Xde sesapa nk share cter ke


ADVERTISEMENT