bobkee Publish time 8-9-2013 12:44 PM

Grafik Inspirasi Harian & Permintaan Doa - 8 Sept 2013


Memandangkan rayuan kes penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian akan didengarkan esok di Mahkamah Rayuan Persekutuan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga kehendak Bapa kami di Syurga ditaati di dunia seperti di syurga. Marilah kita juga mendoakan supaya keadilan mengalir seperti sungai, dan kejujuran mengalir seperti air yang tidak pernah kering (Amos 5:24).

Marilah kita melafazkan pengakuan iman kita untuk memperingatkan kita bahawa kita adalah satu umat:

Aku percaya kepada Allah, Bapa Yang Maha Kuasa, Pencipta langit dan bumi;

Dan kepada Yesus Kristus, Anak-Nya yang tunggal, Allah kita, Yang dikandung daripada Roh Kudus, Dilahirkan oleh anak dara Maria; Yang menderita sengsara di bawah pemerintah Pontius Pilatus, Disalibkan, mati dan dikuburkan; Pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati, Naik ke syurga, Duduk di sebelah kanan Allah Bapa Yang Maha Kuasa; Dan dari sana Dia akan datang, Untuk mengadili orang hidup dan mati.

Aku percaya kepada Roh Kudus, Gereja yang kudus dan am, Persaudaraan orang kudus, Kebangkitan tubuh, Dan kehidupan kekal. Amendan membawa Doa Bapa Kami di bibir dan di hati:

Ya Bapa kami yang di syurga, Engkaulah Allah yang Esa, semoga Engkau disembah dan dihormati.

Engkaulah Raja kami. Semoga Engkau memerintah di bumi, dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati. Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini. Ampunkanlah kesalahan kami, seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami. Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai, tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.

Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amen.
Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. (Amos 5:15)
Last edited by bobkee on 8-9-2013 12:49 PM

Pages: [1]
View full version: Grafik Inspirasi Harian & Permintaan Doa - 8 Sept 2013


ADVERTISEMENT