bobkee Publish time 30-8-2013 09:58 AM

Renungan Singkat Harian - 30 Ogos 2013


Yesus bersabda: “Berjaga-jagalah dan berdoalah supaya kamu tidak mengalami cubaan. Memang roh kamu ingin melakukan apa yang benar, tetapi kamu tidak sanggup kerana kamu lemah.” (Markus 14:32-41)
Apabila kami teringat akan saudara-saudari kami yang hidup di dalam keadaan daif dan kesusahan, kami diperingatkan pemanggilan Allah kepada kesederhanaan. Kehidupan seharian yang ringkas dan sederhana mendorong kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah dan mendorong kami untuk saling mempercayai diantara satu sama lain.

* Petikan dari "Peace of Heart in All Things" oleh Brother Roger dari Taizé; GIA Publications, ISBN 978-1579993849

tuakang Publish time 31-8-2013 10:25 AM

live simple paling susah di zaman ini ..

bobkee Publish time 31-8-2013 11:18 AM

Paulus menyatakan di dalam suratnya kepada jemaah Korintus:

Tiap-tiap cubaan yang kamu alami itu cubaan yang biasa dialami orang. Tetapi Allah setia kepada janji-Nya. Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai lebih daripada yang dapat kamu tanggung. Pada waktu kamu ditimpa cubaan, Dia akan memberikan jalan keluar supaya kamu mendapat kekuatan untuk menanggungnya. (1 Korintus 10:13)

Pada pendapat saya kekuatan untuk menanggung cubaan dan menjalankan "simple living" terdapat didalam komuniti. Di dalam konteks kita sebagai pengikut Kristus, komuniti ini adalah jemaah kita, baik yang lokal ataupun gereja yang am. Disitulah kita dapat mendorong dan membantu satu sama yang lain di dalam perjalanan kita bersama Tuhan. Disitulah kuasa Roh Kudus dapat dilihat dengan sepenuhnya.

"Ketahuilah juga, setiap kali dua orang antara kamu di dunia ini bersetuju berdoa bagi perkara apa sahaja, doa itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga. Hal itu demikian kerana apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka.” (Matius 18:19-20)
Pages: [1]
View full version: Renungan Singkat Harian - 30 Ogos 2013


ADVERTISEMENT